klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 26 Ogos 2009

SIASAT SI TIONG

Salam 2 all.

Semalam Presiden MCA merangkap Mentari Pengangkutan Dato' Seri Ong Tee Keat telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan isu PKFZ.
Saman difailkan melalui peguamcara Tetuan Tan, Goh & Associates difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menuntut gantirugi sebanyak RM500 juta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Tiong.
Saman ini difailkan apabila Datuk Seri Tiong, Ahli Palrimen Bintulu yang juga Ketua Backbencher Be End mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah membayar wang sebanyak RM10 juta kepada Dato Seri Ong Tee Keat. Ini diikuti oleh kenyataan Pengarah Urusan Kuala Dimensi Sdn. Bhd. Mohd Faisal yang mendakwa Dato' Seri Ong telah menggunakan kemudahan penerbangan jet peribadi milik mereka sebanyak empat kali.
Dakwaan dan pendedahan ini adalah sangat serius kerana Datuk Seri Tiong adalah juga Pengerusi Eksekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang telah mendapat kontrak bagi pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan.
Dato' Seri Ong dalam samannya antara lain mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Tiong adalah cubaan untuk menghalang siasatan dilakukan terhadap Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang menimbulkan kontorvesi berikutan dakwaan rasuah, salahlaku dan salahguna kuasa membabitkan berbillion ringgit wang rakyat.
Saya hairan mengapa sehingga hari ini pihak berkuasa saperti Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih membisu dan tidak mengambil segera tindakan yang konkrit. Alasan lapuk yang diberi kononnya perkara ini sedang disiasat oleh Public Account Committee (PAC) Parlimen yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Azmi Khalid.
Pada saya ini dua isu yang berbeza. PAC tidak ada kuasa pendakwaan, ia sekadar melapur kepada Parlimen untuk tindakan lanjut. Apa yang berlaku sekarang ini mempunyai unsur-unsur jenayah. Samada Dato' Seri Ong Tee Keat telah melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa, ataupun Datuk Seri Tiong telah melakukan penipuan dan "peras ugut halus" terhadap seorang Menteri Kabinet.
Saya percaya kalau yang terlibat ini adalah pimpinan Pakatan Rakyat, sudah pasti Polis Raja Di Malaysia dan SPRM akan melompat-lompat menghunus keris karat masing-masing.
Dan yang paling malang Timbalan Presiden UMNo Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menasihatkan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan "perbalahan mereka secara senyap-senyap"!?
Ini bukan soal perbalahan parti komponen, ini soal wang rakyat yang bernilai berbillion ringgit telah disalahgunakan. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan melihat tindakan segera dan tegas diambil tanpa sebarang kelengahan lagi. Oleh itu saya mendesak supaya pihak berkuasa tidak lagi bermain aci-cop dengan rakyat, tetapi mengambil tindakan segera untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat!
Wassalam.

YB Zulkifli Bin Noordin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan