Ramai yang diberikan peluang untuk merasai kenikmatan kemenangan , jawatan , kedudukkan , projek dan sebagainya . Walaupun lebih ramai yang melopong tanpa apa-apa perhatian terutama mereka yang telah lama berjuang mempertahankan parti dan perjuangan , menghadapi kesulitan dan kegetiran , kesusahan , ditekan dan macam-macam lagi yang mereka lalui hanya mampu menjadi tukang saksi kejayaan dan kemenangan . Orang-orang baru mengambil dan mengisi tempat . Malah ada yang tidak mengenali perjuangan REFORMASI sewaktu kita semua dipukul , ada yang ditangkap , dimaki , dihina , dibuang kerja dan macam-macam lagi . Ada yang masih terus setia bersama perjuangan dan parti . Ada yang sudah 'pancit'. Malah yang ada meninggalkan parti kembali semula kepada UMNO / BN .
Dari 5 kepada 4
Insiden kejatuhan dan rampasan kuasa di Perak sepatutnya menjadi ikhtibar yang amat sangat oleh kita semua . Daripada 5 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menjadi 4 negeri . Tumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak benar-benar menyedihkan kita . MB Nizar sewaktu berkuasa terus mengekalkan pegawai -pegawai tinggi kerajaan yang akhirnya bersekongkol dengan 'tuan' lama mereka . Angkara 2 pengkhianat dari parti kita dan 1 pengkhianat daripada DAP bertindak keluar dari parti dan menyokong UMNO/BN . Maka bermula episod rampasan kuasa UMNO/BN di Perak yang sebelum itu menghantar 'duta' mereka dari Bota ke dalam parti kita , yang kita sambut dengan gegak gempita , paluan kompang dan tabuh yang akhirnya melompat kembali kepangkuan UMNO . Malu dan amat memalukan . Rakyat terus menilai , inikah nilai Adun-Adun kita ? Yang mudah dibeli dengan pelbagai tawaran oleh UMNO , mengkhianati perjuangan .
Usaha untuk mengembalikan kembali kerajaan rakyat di negeri Perak terus diperjuangkan melalui undang-undang , gerakan rakyat dan sebagainya . Kerajaan UMNO/BN di peringkat Persekutuan menggunakan Ghani Patail untuk memainkan kita dengan menggunakan undang-undang dan penghakiman . Zambry terus berkuasa , kita terus melopong . Ramai kawan kita kehilangan kerja dan jawatan dalam kerajaan . Syukur YB-YB masih terus mempertahankan prinsip dan perjuangan walaupun pellbagai usaha dibuat oleh UMNO/BN membeli YB-YB kita.
Selangor menjadi sasaran utama
Najib Razak dalam kenyataannya menyatakan Selangor akan ditawan semula . Usaha UMNO/BN untuk menawan dan merampas semula Selangor bukan mainan kata-kata , tetapi sangat serius . Dapat disaksikan bagaimana UMNO/BN menggunakan SPRM , menahan dan menyiasat terhadap perbelanjaan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat . Namun agak terhenti sedikit apabila kematian Toe Beng Hock . Jangan difikirkan 'setenang air tiada buaya' . Ianya tidak akan berhenti . Sebelum ini kes rasuah dan penyelewengan dihalakan kepada MB Selangor .
Selagi Selangor tidak mengambil tindakan drastik menukarkan pegawai-pegawai kerajaan yang pernah menunjukkan taat setia kepada Khir Toyo , UMNO dan BN , tidak hairan insiden yang sama akan berlaku sepertimana di Perak . Lebih menakutkan apabila ada yang terus diletakkan bertugas di Pejabat MB ! Tidak hairan kalau segala maklumat dalaman dan sulit boleh sampai kepada Khir Toyo walaupun beberapa jam selesainya mesyuarat EXCO . Apa lagi dokumen-dokumen yang dibocorkan .
Ahli-ahli parti yang komited diabaikan , tidak diberikan perhatian . Malah lebih menghairan sekiranya projek-peojek tertentu masih ada orang UMNO / BN yang mengaut keuntungan . Orang kita melopong dan terlopong . Tiada diploma dan ijazah maka tidak melayakkan seseorang itu menduduki jawatan seperti Ahli Majlis Daerah . Kouta untuk AMK terlalu sedikit diberikan . GLC apa cerita ? Imej MB Korperat rasanya perlu ditukar . Jangan sehingga pertimbangan politik diabaikan . Ada dasas desus YB-YB kita sudah berubah karektor . Betul ke?
Program merakyatkan ekonomi sangat memberangsangkan apabila didengar . Tahniah dan teruskan . Sejauh mana keberkesanan , terlalu awal untuk membuat ukuran . Rakyat yang mengundi di Selangor bukan semua adalah anak jati Selangor . Sedarlah bahawa ramai orang luar yang tinggal di Selangor , menjadi pengundi di Selangor membantu memenangkan Selangor . Tetapi setiap program mensyaratkan kepada anak jati Selangor . Mereka yang bukan anak jati Selangor mula rasa terpinggir dan merasakan tidak ada keuntungan mengundi Pakatan Rakyat di Selangor .
Dulu sebelum kita berkuasa , kisah rasuah dan penyelewengan Khir Toyo dan UMNO/BN dijaja dan memperlihatkan betapa teruknya Khir Toyo dan UMNO/BN di mata rakyat . Tetapi sudah setahun lebih memerintah Selangor , takkan itu sahaja kes-kes rasuah dan penyelewengan Khir Toyo ? Takkan semua fail-fail dan dokumen telah berjaya dimusnahkan oleh Khir Toyo ? Jangan jadi macam di Terengganu , kita ada berlori-lori fail dan bukti penyelewengan pemimpin UMNO /BN tetapi sehingga jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu satu fail pun tidak didedah dan dilaporkan . Rakyat boleh buat tafsiran , bermakna tidak ada rasuah dan penyelewengan pun sepertimana yang diwar-warkan . Takkan kita tak sedar lagi ....
Kedah sasaran seterusnya .... Part 2
Tiada ulasan:
Catat Ulasan