klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 12 Februari 2011

ADUN KERDAU MENINGGAL DUNIA

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim daripada Umno meninggal dunia petang tadi.

NONEAllahyarham dikatakan menghembuskan nafas terakhirnya ketika dalam perjalanan ke hospital selepas dilaporkan terjatuh di bilik air rumahnya.

Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Temerloh ACP Mohd Noor Mansor berkata pihak Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) Temerloh mengesahkan Zaharuddin, 63, meninggal dunia
di hospital berkenaan pada jam 7.15 petang.

"Datuk Zaharuddin disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung," katanya ketika dihubungi di Kuantan.

Sejak setahun lalu, Zaharuddin seringkali keluar masuk hospital kerana pelbagai penyakit.
azlan
Kali terakhir adalah pada November tahun lalu di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Hospital di Temerloh kerana tekanan darah yang tidak menentu.

Allahyarham juga sebelum ini pernah dimasukkan ke IJN pada 9 Mei tahun lalu apabila berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus.

Sementara itu, ahli parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Mohamed Said berkata Zaharuddin yang terjatuh di dalam bilik air di rumahnya itu telah dibawa ke hospital dan dimasukkan di unit rawatan rapi, bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika diberi rawatan.

"Menurut pembantunya, Datuk Zaharuddin sebelum itu mengadu sakit perut dan pembantunya membawanya ke bilik air, tiba-tiba beliau terjatuh dan tidak sedarkan diri," katanya.

Ismail berkata allahyarham ketika itu sedang bersiap-siap untuk menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Temerloh. - MALAYSIAKINI

Umat Islam Melayu Nusantara Perlu Jadi Agen Perubahan

PETALING JAYA 12 FEB : Umat Islam Melayu khususnya dari Asia Tenggara perlu ke depan dan menjadi agen perubahan untuk memimpin masa depan mereka.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali menganggap proses demokrasi sebenar di rantau ini bermula dengan kefahaman ilmu yang didokong oleh golongan di alam Melayu ini.

Menurut Azmin, kesejagatan dan universalisme Islam mampu membawa umat Melayu keluar dari kepompong pemikiran sempit, baik perkauman atau ideologi.

"Sudah sampai masanya umat Islam Melayu Indonesia, Thailand, Filipina, Brunei dan Singapura mempunyai keyakinan untuk membangun pemikiran yang asli untuk mendepani cabaran umat, rantau dan dunia," katanya.

Azmin berkata demikian dalam ucaptama Seminar Pembangunan Pemikiran Islam Melayu di sini hari ini.

Seminar anjuran Yayasan Selangor dan Institut Kajian Dasar (IKD) ini bertujuan meningkatkan pemikiran kaum Melayu dalam perkembangan wacana negara dan dunia.

Menurut Azmin lagi usaha pembangunan semula pemikiran Islam di masyarakat Melayu perlu bermula dengan merancakkan wacana Ilmu dan pemikiran tanpa melihat pada aspek kaum semata.

Beliau merujuk pandangan sejarawan Arnold Toynbee bahawa kekuatan tamadun Islam berpunca adalah kerana ketiadaan aspek perkauman dan meraikan kepelbagaian antara budaya dengan nilai asasi murni.

"Dalam konteks Malaysia antara peranan penting intelektual Muslim adalah untuk membangun pemikiran politik berteraskan demokrasi. Kita sudah sampai di tahap wacana di mana mempersoalkan demokrasi dari barat," katanya.

Menurut Azmin, pandangan Demokrasi sebagai bertentangan dengan Islam adalah pandangan yang keliru dan wajar difahamkan semula.

Beliau menjelaskan pandangan Tokoh Pemikiran Islam Dunia, Dr Yusuf Qardhawi dalam bukunya Fatawa Muasirah atau Fatwa Kontemporari.

"Menurut Dr Yusuf, demokrasi adalah hak untuk rakyat memilih siapa yang harus memerintah dan juga menolak pemerintah yang tak disuka atau menolak aturan dan sistem yang mereka tak suka...dan hak rakyat untuk menurunkan pemerintahan bila pemimpin menyimpang. Jika ini intipati demokrasi, di mana konflik dengan ajaran Islam?," tegas Azmin.

Justeru beliau menyeru agar umat Melayu dapat melakukan perubahan serta ajakan paradigma pemikiran untuk mengubah keadaan bagi mencipta sejarah dan ketemadunan baru.

"Dalam sistem bobrok, kejahatan pasti menang lantaran orang baik terlalu longlai dan enggan cabar. Pembebasan umat dari kezaliman, rasuah dan penyalahgunaan kuasa adalah landasan bagi umat Melayu untuk membangun sumbangan ketamadunan. Ini masa kita cipta sejarah," katanya.- tv selangor

Jejantas RM 10 juta : Nong Tiada Kuasa ! Baik lantik 'Pengemis Kuala Lumpur' Jadi Menteri Wilayah







Menteri: Jejantas RM10 juta dibiayai KLCC bukan k'jaan

NONEKos pembinaan jejantas RM10 juta yang menghubungkan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dengan Hotel Impiana KLCC sepanjang 153 meter, ditanggung sepenuhnya anak syarikat Petronas iaitu KLCC (Holdings) Sdn Bhd. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata kerajaan tidak terbabit langsung dalam perkara itu, dan beliau serta Datuk Bandar Kuala Lumpur juga tidak ada kaitan langsung dalam pemilihan kontraktor. "Pelantikan kontraktor pembinaan juga adalah melalui proses tender yang ketat dan 100 peratus dikendalikan oleh pihak KLCC," katanya dalam satu kenyataan. - malaysiakini

Akhirnya Raja Nong Chik merangkap Menteri Wilayah Dan Kesejahteraan Bandar yang sebelum ini membisu terhadap pembinaan jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter . Raja Nong Chik telah bersuara menjawab kenyataan oleh MP Nurul Izzah Anwar yang mempertikaikan kos yang melampau terhadap pembinaan 'jejantas emas' tersebut .

Sememangnya melampau , apa tidaknya RM70,422 semeter untuk sebuah jejantas sepanjang 142cm yang keseluruhan kosnya ialah RM10 juta !

Saya benar-benar hairan terhadap kenyataan Raja Nong Chik yang tidak tahu menahu dan terbabit langsung dalam pemilihan kontraktor . Takkan Raja Nong Chik tidak terlibat secara langsung dalam menentukan kontraktor tersebut walaupun ianya ditentukan oleh pihak Petronas / KLCC .

Saya tidak nafikan bahawa proses , pemilihan dan menentukan kontraktor adalah diputuskan oleh pihak KLCC . Itu prosedur yang semua orang sudah faham dan akui . Sebagai seorang menteri adalah dangkal kalau Raja Nong Chik cuba berdalih dengan menafikan penglibatan beliau dalam menentukan kontraktor pembinaan jejantas tersebut .Lebih-lebih lagi Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) adalah sebuah syarikat milik penuh Kerajaan yang ditubuhkan oleh Kementerian Kewangan.

Adalah menghairankan kalau Raja Nong Chik tidak mempertikaikan kos tersebut walaupun ianya dibiayai oleh pihak Petronjas / KLCC yang dilihat sangat melampau dan tidak masuk akal . Sebagai menteri yang dipertanggungjawab , kuasa yang ada pada Raja Chik Nong memungkinkan beliau bersuara , melainkan beliau mempunyai 'interest' atau kepentingan di situ .

Walaupun kos pembinaan jejantas berhawa dingin tersebut secara 100% dibiayai oleh Petronas maka adalah hairan ianya tidak boleh dipertikai , kerana Petronas juga milik rakyat Malaysia . Adalah amat hairan sebagai seorang menteri beliau tidak punya kuasa !

Kalau betul beliau tidak punya kuasa dan terlibat dengan pembinaan jejantas tersebut , saya rasakan lebih baik ambil 'pengemis di Kuala Lumpur ' jadi Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar !

kembalikan segera kuasa kepada rakyat .. bukan kepada tentera - anwar ibrahim

Anwar : Tahniah Rakyat Mesir !


KUALA LUMPUR 12 FEB : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkap tahniah kepada rakyat Mesir yang berjaya menumbangkan regim Hosni Mubarak yang telah berada ditampuk pemerintahan selama 30 tahun.

"Akhirnya selepas 18 hari berhimpun di Medan Kemerdekaan atau lebih dikenali sebagai Medan Tahrir, mereka berjaya memastikan Hosni Mubarak, seorang diktator yang memerintah selama 30 tahun, berundur dari tampuk pemerintahan.

Rakyat Mesir akhirnya berjaya meruntuhkan tembok ketakutan yang selama ini mengepung mereka," kata Anwar yang dipetik dari blognya.

Tambah Anwar lagi rakyat Mesir yang dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, rakyat Mesir memilih untuk berdepan dengan aparat pemerintah yang terkenal memerintah secara kuku besi.

"Saya berharap pengorbanan rakyat Mesir tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Kebangkitan ini sewajarnya disusuli dengan usaha memulihkan Perlembagaan, sistem keadilan serta pilihanraya yang adil dan telus," kata Anwar.

Anwar juga berharap kuasa pemerintahan Mesir akan dikembalikan semula kepada rakyat Mesir.

"Majlis Tertinggi Tentera yang kini mengambil alih kuasa dari Mubarak sewajarnya segera mengembalikan kuasa kepada rakyat," kata Anwar lagi.

Azmin : Fitnah Terhadap Anwar Tidak Pernah Terbukti

PETALING JAYA 12 FEB : Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat Azmin Ali menganggap fitnah Umno serta kroni mereka terhadap Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak pernah terbukti.

Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang mendakwa Anwar kini sedang merancang untuk mendapat suaka politik di luar negara.

"Hak mereka untuk buat laporan polis tetapi dah 12 tahun Umno dan (kini) Perkasa untuk memfitnah anwar dan tiada bukti. Mereka tuduh anwar ejen Amerika, ejen teroris Islam, macam-macam," katanya.

Semalam, Ketua Wira Perkasa Armand Azha Abu Hanifa membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.

Namun bagi Azmin, hal ini remeh dan bukanlah sesuatu yang dipandang berat Pakatan Rakyat.

Azmin menegaskan Pakatan Rakyat lebih menitik beratkan soal kesusahan hidup rakyat dan bukannya fitnah dan cerita bohong seperti ini.

"Ini semua orang yang hilang akal. Kita langsung tak beri perhatian perkara ini. Semua fitnah yang diulang skrip dan watak yang sama.

"Rakyat dah lemas dengan fitnah sebegini. Mereka nak maju ke depan dan ini yang sedang diusahakan PR. Bukan soal kita nak alihkan pandangan. Rakyat sekarang lebih berminat bagaimana nak selamatkan ekonomi. Sebab itu PR perkenalkan pelbagai rancangan ekonomi dalam buku jingga," tegas Azmin.

Azmin yang juga ADUN Bukit Antarabangsa turut memberi komen mengenai cara Umno menggunakan kakaknya Umi Hafilda dan bekas Pembantu Anwar, Rahimi Osman dalam kempen menyebarkan fitnah dan cercaan di bawah nama 'Kempen Selamatkan Selangor'.

Menurut beliau rakyat Selangor lebih bijak dan dapat menilai sendiri kebaikan pimpinan Pakatan Rakyat di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang jauh lebih baik dari kepimpinan selama lebih 50 tahun di negeri ini.

"Apakah dengan mencerca, hamun dan fitnah itu move forward (akan membawa ke hadapan) ? jangan perlekehkan rakyat Selangor. Rakyat cukup matang menilai dan tentukan apa yang berhak, apa yang dusta dan keji. Jangan kita perlekehkan kekuatan rakyat pada hari ini. kalau Umno memilih jalan memaki hamun dan cerca, teruskan. Kalau itu program mereka, teruskan. Tetapi PR di bawah pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim berusaha untuk mengangkat martabat bangsa dan rakyat melalui program Merakyatkan Ekonomi Selangor," katanya. - tv selangor

bila 'situa' mula merepek.. tembelang semakin pecah..

Mahathir Akui DEB Disalahguna


KUALA LUMPUR 12 FEB : Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah disalah-gunakan oleh orang Melayu bagi mendapatkan kekayaan segera tetapi mempertahankan agar program kontroversial itu diteruskan.

Ketika menyampaikan ucaptama pada majlis Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Aspirasi Semalaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini, Dr Mahathir berkata kumpulan Melayu berkenaan yang sebenarnya menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

"Saya malu, saya sering mempertahankan DEB tapi sedar kalau segala peluang yang diwujudkan dalam DEB digunakan oleh orang Melayu, hari ini kita bukan sahaja (akan) mendapat 30 peratus kekayaan negara tetapi lebih daripada itu.

"Kita selalu membuat apa yang membinasakan usaha kerajaan untuk majukan Melayu," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin lapor Malaysiakini.

Namun di sebalik kepincangan itu, Dr Mahathir tegas mahukan DEB dipertahankan kerana membubarkan dasar itu akan menyebabkan orang Melayu kerugian, termasuk mereka yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Masalahnya bukan polisi tetapi pelaksanaan. (Sepatutnya) jika mereka salah guna, mereka tidak boleh mendapatkan bantuan lagi," katanya.

Dr Mahathir juga berkata, adalah lebih malang, jika orang Melayu pula tidak mampu mempertahankan diri sendiri.

Ini kerana, katanya, orang Melayu lebih banyak mengalah dan berundur diri kononnya dengan cara itu lebih mudah untuk mendapatkan keamanan.

''Kita selalunya malu alah pada bangsa lain dan tidak berani menyebut perkara yang benar dan ini merugikan kita kerana kita tidak berniat untuk merampas hak mereka.

''Jika kita terus berpegang kepada nilai ini, maka kedudukan kita akan terhakis,'' katanya.

Menurut Dr Mahathir akan tiba sehingga pada satu tahap, orang Melayu tidak lagi boleh mengatakan bahawa negara ini adalah tanah air mereka dan seolah-olah Melayu ini adalah pendatang sama seperti pendatang lain.

Wan Azizah : Pemimpin Zalim Dan Diktator Pasti Jatuh

Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini menggesa agar semua pihak mengambil iktibar apa yang berlaku di Mesir kerapa sikap pemimpin yang zalim dan diktator akhirnya akan dijatuhkan dengan kuasa rakyat.

Beliau yang ditemui di sidang media berkata pemerintah ala-kuku besi hanya akan memudaratkan rakyat dalam jangka masa panjang. Ini kerana, rakyat akan terus tertindas ekoran kos sara hidup yang tinggi dan kesempitan hidup.

Beliau juga mengingatkan agar krisis yang berlaku di Mesir ini dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi tindakan yang boleh menzalimi rakyat dan berkata talian perhubungan antara Malaysia dan Mesir sudah lama wujud apabila ramai pelajar yang belajar di Mesir .

"Mana-manalah jika ada kezaliman itu kita merasakan bahawa satu hari dia akan jatuh, itu kesannya untuk kita ambil iktibar, siapa-siapalah jika melakukan kezaliman jangan harap sampai bila-bila, dan kalau kita fikirkan talian antara Malaysia dan Mesir itu memang kuat kerana kita daripada dahulu lagi banyak pelajar-pelajar kita pergi ke Azhar dan talian itu kuat," ujar Wan Azizah.

Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu.

Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir yang merayakan kemenangan selepas membuat protes bantahan besar-besaran tanpa henti selama 18 hari.

" Dengan mengambil kira bagaimana kejatuhan itu (berlaku), kita katakan kezaliman tetap akan jatuh, hanya kita tak tahu bila masa. Kita mestilah berjuang habis-habisan," kata Wan Azizah. -tvselangor

NI MESTI KAKI TENGOK DVD NI ! ( DIALOG PAK JABIT (MAN KADIR) DALAM "HANTU MAK LIMAH BALIK RUMAH"... PERKASA.. PERKASA.. BUAT CERITA LAWAK

PERKASA dakwa Anwar rancang lari ke luar negara

Ketua Wira PERKASA Armand Azha Abu Hanifah membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Armand, beliau mendapat maklumat Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapat suaka politik di luar negara.

"Beliau akan meniru cara bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan (civil disobedience) seperti rusuhan Baju Merah di Bangkok," kata Armand kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi petang Jumaat.

Jelas Armand lagi, beliau mendapat maklumat satu cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalan raya akan dilakukan melibatkan Anwar.

"Paling serius perancangan membangkitkan kemarahan penyokong dengan mendakwa kerajaan akan membunuhnya (Anwar) melalui insiden kemalangan jalan raya.”katanya.

Beliau mendakwa rancangan itu dibincangkan semasa satu perjumpaan pemimpin PKR di ibu pejabat PKR pada 2 Febuari lalu.

Ketika ditanya sumber maklumat beliau, Armand berkata beliau telah mendedahkan kepada pihak berkuasa dan dinasihatkan supaya tidak memberitahu media atas alasan bimbang menganggu siasatan.

Kata Armand, beliau membuat laporan polis untuk mendesak Peguam Negara memohon kepada mahkamah supaya menahan pasport antarabangsa Anwar supaya beliau tidak melarikan diri dan menjadi pemimpin buangan.

"Laporan ini juga dibuat bagi menangkis persepsi negatif yang cuba diwujudkan oleh Anwar kepada rakyat jika sesuatu perkara buruk terjadi ke atasnya," kata beliau.

Agendadaily difahamkan hari ini sahaja tiga laporan polis serupa dibuat PERKASA. Selain di Dang Wangi, satu di Sentul dan satu di Putrajaya.

"Kami akan buat di seluruh negara, supaya pihak berkuasa memandang serius kes ini," katanya

ALJERIA PREPARES FOR A DAY OF PROTEST – guardian london

Algeria, the oil-rich, military-dominated north African state, is braced for a day of pro-democracy protests, despite a ban on demonstrations in the capital, Algiers, and a large security presence intent on containing any uprising inspired by Egypt or Tunisia.

A key energy exporter and the biggest country in the Maghreb, Algeria last month used its powerful armed forces to contain several days of rioting, triggered by price rises for sugar and cooking oil. At least five people died and around 800 were injured in demonstrations against youth unemployment, poor housing and corruption, including several people who set themselves alight.

Now a hastily formed umbrella group of civil associations, independent trade unionists and small political parties has called for a national day of protest on Saturday , under the slogan "Changing the system". It is calling for an end to 12 years of authoritarian rule by Abdelaziz Bouteflika and his generals.

In an effort to stop mass protests, Bouteflika said he would use the country's vast oil and gas wealth to lower the prices of key foods. He also promised to allow more democratic freedoms, create jobs and lift a 19-year-old state of emergency that still hangs over the country.

Despite weeks of strikes, including by academics and paramedics, Algeria has not seen the spontaneous, mass uprisings of Tunisia or Egypt. Analysts say people want change but are wary of chaos in a country still traumatised by its violent recent past. More than a million were killed in the fight for independence from France in 1962, while up to 200,000 died during the civil war of the 1990s after elections were scrapped in 1992.

AKHIRNYA PERJUANGAN RAKYAT MENANG ! HOSNI MUBARAK LETAK JAWATAN !

Setelah memerintah selama 30 tahun akhirnya Hosni Mubarak , Presiden Mesir tersebut terpaksa mengambil keputusan mengundur diri setelah sudah tidak mampu lagi bertahan dengan kemaraan rakyat Mesir yang menuntut agar 'diktator tua' tersebut meletakkan jawatan setelah himpunan jutaan rakyat Mesir di hari ke 18 . Perubahan perlu dilaksanakan secara total .

Rakyat Mesir memilih untuk berhimpun setelah menyedari bahawa perubahan perlu dilaksanakan . Rakyat Mesir bangkit menyuara ketidakpuashatian mereka yang selama ini dibelenggu oleh Rejim Hosni Mubarak . Persoalan keadilan, rasuah, penyelewengan , salah guna kuasa dan sebagainya menjadi isu yang mendorong mereka untuk menuntut perubahan. di Bandaraya Suez menjadi saksi peristiwa bersejarah tersebut .

Sebelum itu Hosni Mubarak terus menyatakan pendirian mempertahankan kedudukan beliau dan tidak berhasrat untuk berundur sehingga pilihanraya umum Mesir pada September nanti . Jutaan rakyat Mesir turun ke jalanraya di Bandaraya Suez dan setiap hari semakin memuncak bukan sahaja dengan kehadiran lebih ramai rakyat tetapi sehingga kepada pertempuran dengan pihak berkuasa , malah berlaku kehilangan lebih 100 nyawa dan ratusan yang cedera . Namun rakyat Mesir tidak berganjak dari terus bangkit mendesak Hosni Mubarak berundur .

Rakyat Mesir sudah hilang sabar , gejolak kemarahan mereka meluap-luap hingga tidak mampu dibendung lagi . Bagai api yang membakar dan membara , terus menyala . Suasana gawat tersebut meletakkan Mesir dalam suasana yang sangat kritikal .

Rakyat Mesir telah menunjukkan keberanian dan kekuatan . " Kuasa Rakyat" atau "People Power" benar-benar membuktikan , seangkuh mana pemimpin dan sesebuah kerajaan tersebut akan tersungkur juga di kaki rakyat . 30 tahun rakyat Mesir membekam kemarahan , demokrasi sudah lama terpadam di bumi Mesir .

Soladiriti dan mobilisasi seluruh rakyat Mesir tercatat dalam sejarah dunia menjatuhkan rejim diktator Hosni Mubarak .

Sepertimana yang pernah diungkapkan oleh Anwar Ibrahim ; " kalau sanubari kita penuh dengan ketakutan , kita akan hidup dengan ketakutan . Kalau kita nyalakan api perjuangan dalam dada kita , kita akan memiliki kekuatan untuk menengakkan keadilan , menghapuskan kezaliman " .


Akhirnya perjuangan rakyat menang ! Selamat jalan Hosni Mubarak !

Jumaat, 11 Februari 2011

Najib terus mengugut ! Bukti ketakutan terhadap momentum sokongan rakyat kepada PR

Sektor perniagaan diingat tak sokong pembangkang - Najib Razak

Masyarakat perniagaan hari ini diberi ingatan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak supaya tidak mempertaruhkan masa depan mereka dengan menyokong pembangkang.

NONEMeskipun Najib tidak menyebut pihak yang dimaksudkannya itu tetapi kenyataan secara tidak langsung membawa pengertian supaya sokongan tidak diberikan kepada Pakatan Rakyat.

Najib berkata demikian ketika berucap di majlis rumah terbuka tahun baru Cina dan Taklimat Akta Agensi Inovasi Malaysia anjuran Persatuan Industri Kecil dan Sederhana (SMI) Malaysia di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Way di Petaling Jaya.

Perdana menteri sebelum itu pada ucapannya berkata kerajaan mengakui hakikat BN mengalami kekalahan paling teruk pada pilihan raya umum 8 Mac, 2008 tetapi gabungan itu kini telah berubah. - malaysiakini


DS Najib Razak bukan sahaja memberikan ugutan kepada para peniaga cina supaya memberikan sokongan kepada BN dalam PRU 13 akan datang tetapi memberikan gambaran bahawa ketakutan yang amat sangat terhadap pola sokongan masyarakat cina dalam PRU 12 dan PRK-PRK yang lalu terhadap Pakatan Rakyat .

Malah dilihat bagaimana kegagalan MCA dalam meraih sokongan masyarakat cina memberikan gambaran menakutkan kepada DS Najib Razak . MCA sudah dilihat tidak lagi relevan untuk masyarakat cina . Lebih-lebih lagi akhir ini kegagalan MCA tidak mampu lagi membawa suara masyarakat cina dan terlalu akur kepada UMNO yang mendominasikan BN terutama tekanan terhadap kenaikan harga barang oleh Kerjaan BN .

Masyarakat cina bukannya kaum yang bodoh dalam membuat keputusan mereka setiap kali PRU atau PRK. Media Cina adalah lebih telus dalam menyampaikan informasi berbanding media perdana yang dikuasai oleh UMNO yang sentiasa mengekang informasi yang betul dan benar .

saya optimis bahawa masyarakat cina terutama para peniaga cina akan terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat . Ianya akan menjadi mimpi ngeri buat DS Najib Razak bahawa rakyat Malaysia sudah tidak lagi bodoh menyokong secara semborono . Kerana suara rakyat adalah suara keramat !

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !


Jejantas RM70k: Sikap membisu menteri dibidas

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini melawat semula jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM70,422 semeter atau RM10 juta.

"Saya masih tertanya-tanya, apakah nilai sebenar bagi pembinaan jejantas ini?” katanya sambil menyifatkan kos pembinaan jejantas itu sebagai terlalu tinggi dan berkata beliau akan menimbulkan perkara itu pada sidang parlimen minggu depan.

"Selain daripada kos bangunan itu, ia juga dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator, jadi berapa pula kos penyelengaraanya?

NONE"Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang boleh digunakan?” kata Nurul Izzah kepada wartawan ketika melawat kawasan itu di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pagi ini.

Fasa pertama projek jejantas ini menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana.

Menurut Nurul Izzah, beliau masih menunggu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik menjawap soalan-soalan yang dikemukakannya.

"Sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang maklumbalas dari Raja Nong Chik mahupun daripada Datuk Bandar (Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail), katanya.

Selasa lalu, Nurul Izzah mempertikaikan kewajaran RM10 juta dibelanjakan bagi membina jejantas berhawa dingin yang hanya sepanjang 142 meter itu.

Enam lagi jejantas yang serupa dijadualkan dibina menghubungkan Pasar Seni LRT-Dayabumi; bangunan utama DBKL -pusat membeli-belah Sogo; Stesen KTM Komuter-Bandaraya LRT; Jalan Sultan Ismail-Maju Junction-Medan Tunku monorail station; Plaza Rakyat-terminal bas Puduraya; dan Masjid Albukhari-stesen LRT Hang Tuah.

Syarikat Prasarana Sdn Bhd (Prasarana) dilaporkan membelanjakan kira-kira RM60 juta untuk membina enam jejantas berkenaan yang merupakan sebahagian daripada projek sepanjang 12kilometer.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat swasta. - malaysiakini

Kerana "Peristiwa Port Dickson " : Lantik Isa Samad Sebagai Pengerusi FELDA Kerana Membalas Jasa...??

Perlantikan Tan Sri ( TS ) Isa Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) telah banyak menimbul reaksi yang negatif banyak pihak terutama tokoh2 ekonomi . Ramai menyatakan rasa terkilan dan kecewa dengan perlantikan seorang yang berimejkan perasuah memimpin Felda yang mempunyai aset RM 15.37 billion dan peneroka Felda yang berjumlah 112,635 orang .

Perdana Menteri DS Najib Razak terus bangkit mempertahankan TS Isa Samad dengan memberikan gambaran umum bahawa perlantikan GLC adalah berdasarkan kemampuan . Kemampuan apakah yang dilihat oleh DS Najib Razak terhadap TS Isa Samad sehingga diberikan tanggungjawab menguruskan Felda .

'Kasih' DS Najib kepada TS Isa Samad adalah sangat luar biasa . Walaupun TS Isa Samad terpalit dengan rekod perasuah beliau tetap menjadi perhatian utama DS Najib Razak . Sebelum ini sewaktu PRK Bagan Pinang , DS Najib Razak memberikan penghormatan kepada TS Isa Samad menjadi calon UMNO/BN . Dalam situasi Isa Samad yang sudah hilang dan lenyap dipersada politik tiba-tiba 'hidup kembali' .

''Sayang' DS Najib Razak terhadap TS Isa Samad lagi sangat-sangat luar biasa . Kini TS Isa Samad diberikan kepercayaan menjawat jawatan sebagai Pengerusi Felda bagi menggantikan TS Mohd Yusof Noor yang tamat tempoh pada 31 Disember 2010 . Seolah-olah sudah tiada tokoh yang lebih layak selain tokoh veteran ini mengetuai Felda yang mampu membangun dan memacu prestasi Felda yang lebih baik . Itukah yang dimaksudkan 'berkemampuan' oleh DS najib Razak atau kerana sebab lain yang terlalu teruja untuk melantik TS Isa Samad ke jawatan tersebut .

Atas imej sebagai 'perasuah' sudah pasti maksud 'berkemampuan' yang dinyatakan oleh DS Najib sebagai meletakkan risiko yang tinggi terhadap Felda dan warganya . Kalau dilihat atas rekod sebagai bekas Menteri Besar Negeri Sembilan , TS Isa Samad lah yang banyak menginaya dan menzalimi peneroka-peneroka Felda . TS Isa Samad lah yang terlibat dalam memperdaya dan menipu peneroka Felda LBJ untuk menjual tanah mereka .

Selepas itu peneroka Felda Sendayan pula menerima tawaran PKNNS untuk jual tanah ladang sawit mereka kepada Malaysian Helicopter. Tapi ada juga sekitar 50 orang peneroka yang agak cerdik enggan bersetuju dengan tawaran TS Isa Samad tersebut . Malangnya TS isa Samad telah rampas tanah mereka dengan menggunakan Akta GSA.

Kenapa 'kasih dan sayang' DS Najib Razak terlalu kuat terhadap TS Isa Samad ? Saya rasakan mesti ada sesuatu yang 'luar biasa' hubungan antara DS Najib Razak dengan TS Isa Samad sehingga dianugerahkan jawatan tersebut .

Lalu terlintas difikiran saya kepada " peristiwa Port Dickson " ... TS Isa Samad lah yang menyelamatkan DS Najib Razak .. Patut la DS najib beriya-iya benar melantik TS Isa Samad dan 'kasih dan sayang'nya yang luar biasa . Rupanya jasa menyelamatkan beliau menyebabkan 'kasih dan sayang ' terhadap TS Isa Samad sukar dilepaskan . Atau tujuan supaya terus menutup mulut TS Isa Samad dengan kejadian tangkap basah dengan seorang artis dari terbongkar .


Perlantikan TS Isa Samad adalah sebagai tanda terima kasih dan penghargaan yang setinggi-tingginya DS Najib kepada TS Isa Samad . Atau inikah yang dimaksudkan dengan " berkemampuan " yang dinyatakan oleh DS Najib Razak ?

Khamis, 10 Februari 2011

wang haram RM 2 juta : Hasbie jadi "kambing hitam" ?

Bekas setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini didakwa dengan pengubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Sesyen Butterworth, Mohd Zairan Aman menetapkan 14 Mac ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Hasbie, 38 diikat jamin sebanyak RM60,000 dengan dua orang penjamin.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. Jika bersalah, beliau boleh dipenjara sehingga lima tahun atau denda sehingga RM5 juta atau kedua-duanya sekali.

NONESaya merasa agak hairan kenapa dalam kes yang melibatkan yang cukup serius ini hanya melibatkan seorang tertuduh sahaja . Kenapa hanya Hasbie yang didakwa ke mahkamah tanpa melibatkan mana-mana individu yang lain ? Musykil bagi saya kalau hanya Hasbie seorang sahaja yang terlibat dalam memproses pengubahan wang haram berjumlah RM 2 juta ini . Tetapi yang didakwa di mahkamah hanya beliau seorang ..

Empat hari selepas ditahan oleh SPRM , telah dijumpai wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya . Dengan segera Nor Mohamed Yackop yang merupakan bekas Menteri Kewangan 2 dan kini sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telahpun meletakkan jawatan . Bagai ada sesuatu yang 'misteri' cuba ditutup bagi tidak melibatkan individu lain dalam kes ini .

Musykil lagi bagi saya , SPRM mampu mengesan hanya seorang individu dalam kes ini . Adalah amat menghairankan dalam siasatan dan soal siasat , hanya seorang individu berjaya dikesan oleh SPRM . Atau SPRM cuba menutup individu-individu lain yang bertaraf 'VIP' turut sama dalam proses wang haram tersebut ? Dan adakah Hasbie hanyalah 'kambing hitam' untuk menutup jenayah 'VIP' tersebut ?

Benarkah Nor Mohamed Yackop tidak terlibat ? Takkanlah Nor Mohamed Yackop tidak tahu menahu langsung perkara tersebut sedangkan Aslen ialah Setiausaha Politik beliau . Orang yang sangat dipercayai .

Nor Mohamed Yackop sewaktu di Bank Negara beliau telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Sewaktu di syarikat pelaburan dana Abrar Asset Management, Nor Mohamed Yackop telah pecah amanah sekali lagi mengarahkan Abrar Asset menggunakan duit pelabur am untuk menyokong harga saham Mun Loong Bhd di mana Nor Mohamed Yakub adalah pemegang sahamnya juga. Ini adalah satu lagi kes pecah amanah yang amat serius. Tapi tiada satu tindakan telah diambil dan akhirnya Mun Loong dan Abrar Asset Management keduanya telah bankrap.

Kita juga jangan lupa , Norza Zakaria yang pernah disabitkan dengan rasuah pemilihan UMNO adalah merupakan bekas Setiausaha Politik kepada Nor Mohamed Yackop . Hasbie ni pun Setiausaha Politik Nor Mohamed Yackop ..

SPRM ... anak bilis kena tangkap , jerung terlepas bebas

Anwar: Rakyat Mesir Tolak Pemerintah Yang Tolak Demokrasi

NEW YORK 10 FEB: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pergolakan di Mesir menunjukkan rakyat tidak lagi menghalalkan pemerintahan rejim yang menolak prinsip demokrasi dan hak asasi atas alasan memelihara keselamatan negara.

Anwar berkata bantahan ratusan ribu rakyat Mesir menzahirkan keinginan penduduk dunia Islam untuk mendokong demokrasi dan pembaharuan politik, serta bebas dari cengkaman pemerintahan autokratik.

Beliau berkata demikian dalam wawancara dengan stesen telivisyen antarabangsa CNN mengenai tunjuk perasan terhadap Presiden Mesir Hosni Mobarak yang memasuki minggu ketiga.

"Apa yang penting ialah wujudya tuntutan di dalam dunia Islam yang mahukan kebebasan dan demokrasi, dan suara untuk perubahan ini tidak ditetapkan oleh Washington atau London ataupun Paris, tetapi dari rakyat sendiri.

Ini juga penting kerana kita bukan sahaja melihat kepada Mesir tetapi juga reaksi Amerika Syarikat dan Eropah untuk melihat samada mereka mengamalkan dwi-standard... di mana mereka bercakap berkenaan demokrasi dan pada masa sama menerima penipuan dan penindasan oleh pemimpin autokrat," katanya.

Anwar berkata pergolakan di Mesir akan meningkatkan kesedaran politik rejim pemerintah yang menggunakan keselamatan negara sebagai alasan untuk menutup ruang demokrasi dan menafikan hak asasi rakyat.

"Dahulunya, kerajaan autokratik termasuk Malaysia mendakwa keselamatan adalah paling diutamakan, tetapi keselamatan di bawah siapa? Mereka ini tidak ada kuasa yang sah, siapa yang melantik mereka mereka pada mulanya? Siapa yang memberikan mereka kuasa penuh untuk menentukan masa depan di Mesir, dan juga negara-negara lain yang mengamalkan proses pilihnaraya yang tidak adil," jelasnya lagi.

Perkembangan politik di Mesir, menurut Anwar amat penting dalam mempengaruhi aliran pemikiran di rantau ini.

"Tunisia dan Yemen memberi sedikit kesan, tetapi yang penting adalah Mesir kerana Mesir merupakan pusat pembelajaran utama bagi dunia Islam. Malaysia, Indonesia, Pakistan melalui pelajarnya, guru-gurunya serta para iman secara langsung atau tidak langsung berkait dengan institusi Mesir, maka mereka memberikan lebih perhatian kepada pergolakan di Mesir. Namun banyak kerajaan termasuk kerajaan Malaysia cuba meremehkan suara warga Mesir serta kepentingan perubahan ini," tambahnya.

Anwar berkata pengalaman Indonesia dan Turki menunjukkan keinginan rakyat untuk mendokong demokrasi dan hak asasi tidak bererti mengundang huru hara, sebagaimana yang kerap dicanang oleh rejim-rejim diktaktor.

"Kita telahpun menyaksikan perubahan yang menakjubkan di Indonesia dan Turki. Indonesia di bawah Presiden BJ Habibie yang pada hakikatnya kerajaan sementara sahaja. Apa yang penting adalah bukannya membiarkan seseorang ketua perisikan menentukan masa depan Indonesia, tetapi Habibie dan pasukannya telah membuat keputusan yang signifikan iaitu pilihanraya yang bebas dan adil, sistem perundangan yang bebas dan tidak berfungsi di bawah telunjuk eksekutif, serta media mesti bebas.

"Sehari selepas Habibie menjadi presiden, semua tahanan politik dibebaskan dan tiada lagi gangguan atau penyeksaan terhadap mana-mana orang yang menyertai protes ataupun parti pembangkang yang sah," katanya.