klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 30 April 2009

JADUAL AKTIVITI MEI 2009


2 Mei 2009

( 5 petang ) - Mesyuarat bersama AMK Permatang Pauh dan AMK Negeri Pulau Pinang di Yayasan Aman , Penanti

( 9 malam ) - Ceramah di Penanti dan pelancaran Blog BIRO PILIHANRAYA AMK oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


3 Mei 2009

- Perjumpaan Biro Pilihanraya AMK Malaysia


6 Mei 2009

( 10 malam ) - Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) di Bilik Mesyuarat MPT , Ibu Pejabat PKR


16 Mei 2009

- Ceramah di DUN Seri Setia , Selangor Darul Ihsan

Rabu, 29 April 2009

PRK PENANTI : APA LAGI MUSLIHAT SPR ?

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa DUN Penanti akan diadakan Pilihanraya Kecil ekoran perletakan jawatan Sdr. Fairus Khairudin , Bekas Timbalan Ketua Pulau Pinang 1 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti . Baru-baru ini kita berdepan dengan isu pelibatan Fairus yang ditahan oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah . Akhirnya SPRM telah memutuskan Fairus didapati tidak bersalah . Apa pun terima kasih atas segala jasa dan komitmen Fairus yang sanggup meletakkan jawatan kerana mempertahankan parti dan perjuangan serta tetap terus bersama parti dan Ketua Umum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim . Malah membanggakan sanggup untuk bersama dalam kempen PRK Penanti .

Pengumuman PRK Penanti telah dibuat oleh SPR dan menetapkan Hari Penamaan Calon ialah 23 Mei 2009 ( Sabtu ) dan manakala Hari Mengundi ialah 31 Mei 2009 ( Ahad ) . Kalau sebelum ini , SPR sengaja menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ! Muslihat apa pula ini ?

Di Bukit Selambau , SPR menafikan adanya Pengundi Hantu atau Ragu . Walaupun kita berjaya mengesan sejumlah 3029 orang pengundi yang berstatus sedemikian . Malah di Taman Bandar Baru yang terletak dalam Daerah Mengundi ( DM ) Taman Bandar Baru sejumlah 2215 dikesan Pengundi Hantu atau Ragu iaitu 64% daripada keseluruhan pengundi berdaftar sejumlah 3544 orang . Terdapat 79 buah lokasi rumah yang dipergunakan alamat untuk mendaftarkan pengundi-pengundi ini . Terdapat 60 - 26 orang pengundi dalam satu-satu alamat. Malah kita kemukakan bukti kukuh , berasas dan laporan polis dibuat oleh tuan rumah serta AMK. AMK juga menghantar memorandum kepada SPR dan meminta SPR membersihkan Daftar Mengundi. Malangnya jawapan daripada SPR ialah dakwaan AMK adalah tidak benar !

Kali ini di Penanti apa lagi tindakan dan muslihat SPR ? Di Batang Ai , terdapat 14 buah peti undi yang terpaksa dibawa dengan menggunakan helikopter dan pembilangan undi dibuat secara berkelompok. Menghairan kesemua peti-peti undi yang dibawa melalui helikopter Parti Keadilan Rakyat kalah teruk ! Sedangkan banyak peti undi yang lain yang membuat pengiraan di tempat mengundi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat . Akhirnya kita kalah di Batang Ai.

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .

Sampai bila SPR mahu terus bersandiwara dan menjadi 'orang suruhan BN' ? Kita memerlukan SPR yang benar-benar BERSIH , telus , adil dan profesional .

TAHNIAH DR MANSOR OTHMAN !



28 April 2009
(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.
Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.
Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.
Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.
En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.
Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Ahad, 26 April 2009

Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda


Dikirim pada April 25, 2009

Pada 26 April 2009, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda”.
Antara pengisian program tersebut ialah persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron, wakil-wakil NGO serta wakil-wakil AIC. Berikut adalah butiran program:
Tarikh : 26 April 2009Masa:8 malamTempat: Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ)Laman Web Hebahan:www.anwaribrahimclub.compentas152.blogspot.com/
Seterusnya acara kemuncak bagi Pentas 152 adalah merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara yang merupakan Pejuang Bahasa buat sekian lamanya, termasuklah sama-sama memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Semua dijemput hadir.
Semoga usaha kecil ini mampu memberikan impak yang besar di kalangan golongan muda yang sayangkan identiti bangsa!
Acara ini akan disiarkan secara langsung di Justin tv

AKTIVITI FARIZ MUSA BULAN MAC/APRIL



29 Mac - 7 April - Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau

11 April - Ceramah di Gelang Patah , Johor Darul Takzim

12 April - Ceramah di Parit Sulong , Johor Darul Takzim

13 April - Ceramah di Lenggeng , Negeri Sembilan

14 April - Mesyuarat Biro Politik AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR
MK Pusat di Pejabat AMK Kotaraja , Selangor

25 April - Mesyuarat Bulanan Exco AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR

26 April - 9 pagi - Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) di Ibu Pejabat PKR

- 4 petang - Ceramah Motivasi Kursus Keusahawan di Dewan Audotorium Majlis perbandaran Kelang

- 8 malam - Pentas 152 : Amanat Untuk Pejuang Muda anjuran Anwar Ibrahim Club ( AIC ) di PJ Seksyen 16

- 9 malam - Mesyuarat Biro Pilihanraya AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR

Khamis, 23 April 2009

PERLANTIKAN HISAMUDIN HUSSEIN SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU BUKTI UMNO TERENGGANU MENUJU KEHANCURAN!


AMK Negeri Terengganu menganggap perlantikan Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang juga merupakan Naib Presiden UMNO menerajui UMNO Terengganu bagi mengantikan YAB Datuk Ahmad Said yang sebelum ini sebagai Pengerusi Pergubungan UMNO Negeri Terengganu merupakan bukti kukuh UMNO Terengganu dalam keadaan yang semakin parah dan " Retak Menunggu Belah " .
Kegagalan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Negeri Terengganu telah mengundang tindakan drastik ADUN UMNO/BN telah menolak kepimpinan beliau dengan tindakan memalukan beliau dengan tidak hadir dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini . Datuk Ahmad Said tidak mampu untuk menyatukan UMNO Terengganu dan dilihat UMNO Terengganu semakin lemah .
Perlantikan Datuk Seri Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tidak akan mampu menyelesaikan kemelut dan polemik "pergaduhan" dan keretakan UMNO Terengganu yang semakin parah . Penurunan pangkat Datuk Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO adalah tindakan memalukan ahli UMNO Terengganu yang dilihat kegagalan beliau menerajui dan memimpin UMNO Terengganu dan negeri Terennganu.
Polemik UMNO Terengganu tidak akan mampu diselesaikan dengan perlantikan Datuk Seri Hishamudin Hussein kerana beliau tetap berada di Kuala Lumpur sepenuh masa dan sudah pasti pengurusan UMNO Terengganu tetap akan diuruskan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu , Datuk Ahmad Said yang merupakan musuh kepada 18 ADUN UMNO.
Rakyat Terengganu sedang 'mentertawakan' gelagat pemimpin-pemimpin UMNO.
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
merangkap
Ketua AMK Negeri Terengganu