klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 24 Februari 2010

CADANGAN PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM BERTUJUAN MENGHENTIKAN MANIPULASI BN

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 24 Februari 2010

CADANGAN PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN PETROLEUM BERTUJUAN MENGHENTIKAN MANIPULASI BN

PKR memandang serius cubaan berterusan Kerajaan Pusat (di bawah Barisan Nasional) untuk mengelirukan rakyat mengenai hak setiap negeri di dalam Persekutuan Malaysia untuk mendapatkan bayaran tunai royalti minyak secara langsung kepada kerajaan negeri di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974 (APP).

Iklan terbaru oleh Kerajaan Pusat (yang dibayar dengan duit rakyat) cuba untuk mengelirukan rakyat dengan mendakwa cadangan pindaan APP oleh Pakatan Rakyat adalah tanda-tanda bahawa Pakatan Rakyat mengakui negeri-negeri tidak mempunyai hak di bawah APP.

YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang mencadangkan usul tersebut di dalam sesi terakhir Dewan Rakyat pada Disember 2009 yang lalu dengan niat menghalang BN dari terus memanipulasi kepercayaan yang diberikan oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat di masa pentadbiran Tun Abdul Razak untuk menghukum rakyat Kelantan.

Semasa APP 1974 dirangka, Malaysia hanya mempunyai beberapa telaga minyak di luar pesisir pantai (contohnya telaga minyak carigali Tapis di luar pesisir pantai Terengganu dan Temungo di luar pesisir pantai Sabah). Semua telaga minyak ini berada jauh di tengah lautan dan jauh dari garisan 3-batu nautika setiap negeri (yang kini ditimbulkan sebagai sempadan negeri apabila merujuk kepada APP). Telaga-telaga minyak inilah yang menjadi rujukan utama kepada mereka yang merangka APP, apabila mereka memperkenalkan istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP.

Niat dan tujuan APP (apabila merujuk kepada telaga minyak luar pesisir pantai) adalah cukup jelas, sehinggakan dimensi sempadan dan jarak jauh dari pantai untuk menentukan sempadan negeri tidak ditimbulkan di dalam APP langsung. Pendirian dan pendapat Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri pada ketika itu adalah sangat jelas, iaitu apa-apa perolehan dari carigali hidrokarbon di atas darat atau di luar pesisir pandai di dalam wilayah negeri perlu dibayar dengan bayaran tunai (kemudian dipanggil royalti). Pendirian ini dikukuhkan lagi dengan rasa hormat dan tanggungjawab Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri kepada semangat persekutuan, di samping mengambil kira kebajikan rakyat di setiap negeri.

3 dekad kemudian, BN mencabul kepercayaan dan budi bicara di antara Kerajaan Pusat dan kerajaan-kerajaan negeri yang tercapai dalam tahun 1974, dengan menafikan hak rakyat Kelantan mendapatkan royalti atas alasan terma “luar pesisir pantai” yang kabur di dalam APP.

Maksud dan niat yang termaktub di dalam APP adalah jelas, terutamanya apabila negara kita tidak mempunyai telaga minyak yang berada dalam lingkungan 3-batu nautika sejak petroleum dijumpai di negara ini. APP tidak dirangka dalam tahun 1974 dengan merujuk kepada telaga minyak yang tidak wujud; ia merujuk kepada realiti operasi yang wujud dalam industri minyak dan gas negara pada ketika itu – maknanya semua telaga minyak luar pesisir pantai berada jauh dari pantai.

Sebenarnya, apa yang juga jelas ialah niat BN untuk mengkhianati semangat perjanjian yang menjulang kebajikan rakyat, dengan menggunakan persoalan remeh-temeh mengenai istilah di dalam APP. Ini terus dilakukan, walaupun telah berkali-kali mereka yang merangka APP, termasuklah Pengerusi PETRONAS yang pertama Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, menjelaskan bahawa niat dan maksud istilah “luar pesisir pantai” di dalam APP merujuk kepada mana-mana telaga minyak di luar pantai sesebuah negeri.

Oleh itu, cadangan pindaan oleh YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bertujuan untuk menegakkan dan membawa kembali niat dan semangat perjanjian ke dalam APP (dengan memberikan definisi yang nyata mengenai istilah “luar pesisir pantai” yang melambangkan niat dan semangat perjanjian dalam tahun 1974); supaya kita dapat menghalang sesetengah pihak yang berniat buruk dari terus memanipulasi APP untuk menganiayai rakyat Kelantan.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Setiausaha Agung, KEADILAN
Ahli Parlimen Machang

TOLAK BERDEBAT : BUKTI SAIFUL BAHARI BAHARUDIN DAN PEMUDA UMNO PENGECUT DAN TAKUT UNTUK BERDEPAN DENGAN REALITI

KENYATAAN AKHBAR

24 Febuari 2010

TOLAK BERDEBAT : BUKTI SAIFUL BAHARI BAHARUDIN DAN PEMUDA UMNO PENGECUT DAN TAKUT UNTUK BERDEPAN DENGAN REALITI , HILANG JATIDIRI DAN HALATUJU SERTA MENGESAHKAN MEREKA ADALAH PENGKHIANAT MELAYU TERENGGANU

Belum pun sampai TUJUH (07) hari , Sdr. Saiful Bahari Baharudin ( Ketua Pemuda UMNO Terengganu ) telah menolak untuk berdebat dengan saya dalam tajuk AMK ATAU PEMUDA UMNO PERLU DIBUBARKAN : HALATUJU & SIAPA PENGKHIANAT MELAYU .

Penolakan itu membuktikan, Sdr. Saiful Bahari dan Pemuda Umno pengecut, takut untuk berdepan dengan saya dan AMK Negeri Terengganu untuk berbincang secara professional berkaitan halatuju dan siapa pengkhianat melayu Terengganu .

Beliau takut untuk berdepan dengan realiti malah bersikap “ baling batu sembunyi tangan “ dengan memberikan alasan dangkal dan melucukan, menunjukkan beliau dan Sayap Kanan UMNO Terengganu itu benar-benar lemah.

Penolakkan debat adalah bukti nyata beliau dan Pemuda UMNO bimbang, segala pekung dan nanah mereka akan terbongkar, dan sesungguhnya benarlah, mereka mengkhianati rakyat khususnya orang Melayu Terengganu.

Terang lagi jelas, Sdr Saiful Bahari dan Pemuda UMNO bukan sahaja tidak mempunyai halatuju, malah telah hilang jatidiri, menjadi mereka tidak lagi relevan untuk memimpin anak-anak muda negeri Terengganu .

Saiful dan ‘awak-awak’ Pemudanya hanya dilihat ‘gah’ menggunakan media tapi ‘kurang jantan’ untuk berpencak, berdepan digelanggang.

Oleh kerana itu, saya mencadangkan agar Sdr. Saiful Bahari ‘mengunci mulutnya’ dan duduk berdiam diri kerana beliau telah hilang kelayakan untuk memimpin pemuda UMNO Terengganu.

Terbukti Pemuda UMNO adalah golongan ‘kurang upaya’ yang hanya mampu berdiri bertongkatkan wang ringgit, dan menyuap ‘gula-gula rasuah’ kedalam mulut anak-anak muda negeri Terengganu dengan Dana Bakti Remaja atau Wang Ehsan.

Justeru, adalah wajar sdr. Saiful Bahari Baharudin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Terengganu .

Sdr. Saiful juga gagal menjawab beberapa persoalan yang saya dan AMK bangkitkan berkaitan halatuju Pemuda UMNO yang penuh palitan kehitaman akibat gejala penyelewengan , rasuah dan salahguna kuasa kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu, termasuk kegagalan, ketidakadilan , pilih kasih , penginayaan serta kezaliman dalam melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat negeri Terengganu Darul Iman .

Beliau juga gagal memberikan penjelasan, keterlibatan beliau dalam syarikat multi-jutaan MZ Hakujaya Sdn. Bhd. yang beroleh projek runding terus, pembinaan jalan dari Kg. Jeram ke Kg. To’ Kong bernilai RM226 juta.

Beliau gagal menjelaskan kezaliman Umno dan BN Terengganu dalm perlaksanaan projek tersebut serta melibatkan 14 buah rumah rakyat bakal dirobohkan di Kg. Banggol Donas .

Saiful juga gagal, menafikan penjualan projek tersebut kepada seorang Kontraktor bukan Melayu, lalu menelan sendiri airliur dan ludah dari tempikan slogan “ketuanan Melayu” yang dilaungkan oleh Pemuda UMNO.

Kasihan ahli – ahli pemuda UMNO di cawangan-cawangan, yang hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”, sedang pemimpin pemuda UMNO seperti Saiful, meraih laba, melonggok harta dan kaya raya dengan keuntungan atas angin, cari projek dan jual projek.

Malang bagi rakyat yang terus teraniaya, ditindas dan dizalimi, secara halus dan jelas, Pemuda Umno bukan lagi membela dan menjaga kebajikan rakyat, tetapi ‘membela dan menyembelih’ rakyat.

Saya dan AMK Negeri Terengganu menyeru dan mempersilakan, ahli-ahli Pemuda UMNO agar keluar dan meninggalkan parti ‘racist’ itu.

Saya mengalu-alukan mereka menyertai Parti Keadilan Rakyat atau sebarang parti dalam Pakatan Rakyat yang telah membuktikan membawa perubahan ‘cakna’ dan menjaga kebajikan sepertimana yang dilaksanakan di negeri Selangor , Kelantan , Kedah dan Pulau Pinang .

Dasar Pakatan Rakyat yang telah dipersetujui bersama parti-parti Pakatan Rakyat adalah lebih mengutamakan kepada pembangunan insan,ekonomi,pendidikan,kesihatan,hak-hak wanita, generasi muda, kakitangan kerajaan , pekerja swasta,petani,nelayan dan seluruh rakyat .

Debat adalah merupakan adalah platform terbaik yang diamalkan oleh negara-negara maju termasuk Amerika Syarikat dalam memberikan penjelasan dan hujah yang professional , fakta dan mudah difahami oleh rakyat . Rakyat akan dapat menilai dengan baik tanpa prejudis. Malah amalan tersebut berlaku dalam sidang parlimen serta Dewan Undangan Negeri sebelum sesuatu dasar atau polisi diluluskan .

Sekiranya debat tidak berguna , bubarkan sahaja sebarang pertandingan debat atau bahas yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hujah Sdr. Saiful terlalu dangkal dan kebudak-budakkan .

Fariz Musa

Ketua AMK Negeri Terengganu

SAYA TERIMA SURAT DARI JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

hari ini saya menerima surat daripada Jabatan Agama Islam Selangor ( JAIS ) berkaitan arahan memberikan keterangan saksi bersabit tulisan bertajuk CABAR JAIS , MAIS SERTAI POLITIK dalam Sinar Harian 14 jan 2010 kerana saya antara ahli panel dalam ceramah tersebut. Saya diminta hadir ke Bah. Penguatkuasaan ( Caw. Siasatan Jenayah ) JAIS , 2Mac 2010 , jam 9 pagi .

Dah tak ada kerja lain dia orang ni. Surat panggilan terakhir . Jika saya tidak hadir tindakan mahkamah di bawah enakmen tatacara jenayah syariah negeri selangor tahun 2003 .

ini pasti kes ucapan YB Khalid Samad sewaktu ceramah di Kota Damansara .


SAIFUL BAHARI TOLAK BERDEBAT DENGAN SAYA

Sinar Harian 22 Febuari 2010 , bertajuk PEMUDA UMNO TERENGGANU TOLAK DEBAT .
Sdr. Saiful Bahari Baharudin , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu menyata tidak akan melayan desakan pihak pembangkang yang mengajak berdebat mengenai sesuatu isu kerana tidak memberi keuntungan .

KEUNTUNGAN ? takut kalah la tu !

Penolakan itu bukan bermaksud Pemuda UMNO tidak mempunyai kekuatan ataupun takut berdepan dengan pembangkang , sebaliknya ingin menumpukan kepada perkara penting .

APA ? PROJEK ? JUAL PROJEK ?

sedangkan matlamat dan hasrat kita ialah membela kebajikan rakyat .

KEBAJIKAN RAKYAT ? YANG HALAU RAKYAT MISKIN DI KAMPUNG PAYA BUNGA ADA PEMUDA UMNO BELA ?

ORANG MISKIN TAK DAPAT WANG EHSAN APA CERITA ? WANG EHSAN BUKAN WANG UMNO ! NI ORANG BERKERETA BESAR , HIDUP SENANG DAPAT .

TERBUKTI PEMUDA UMNO TIADA HALATUJU ! TAKUT UNTU BERDEPAN DENGAN REALITI !

saya cabar Saiful Bahari Ketua pemuda UMNO Terengganu BERDEBAT

MENYANGKAL KENYATAAN SDR SIAFUL BAHARI , KETUA PEMUDA UMNO NEGERI TERENGGANU DAN CABARAN BERDEBAT SECARA TERBUKA ISU HALATUJU ANAK MUDA TERENGGANU SERTA SIAPA PENGKHIANAT MELAYU TERENGGANU ?

Saya menyangkal kenyataan Sdr. Saiful Bahari Baharuddin , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu yang meminta agar AMK dibubarkan dan menyertai bersama-sama Pemuda UMNO yang mempunyai hala tuju jelas dalam perjuangan parti . Apa halatuju Pemuda UMNO ? Halatuju apa yang diperjuangkan oleh Pemuda UMNO ? Adakah hala tuju mendapatkan projek-projek bernilai ratusan jutaan ringgit ? Halatuju apa yang di bawa oleh Pemuda UMNO terutama Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu dalam memperjuangkan nasib anak-anak muda Terengganu ? adakah halatuju sekadar mengula-gula atau merasuah anak-anak muda Terengganu dengan Dana Remaja RM200 – RM300 ? Halatuju apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO apabila laporan Ketua Audit Negera 2008 membuktikan penyelewengan wang rakyat , pembaziran wang rakyat dan salahgunakuasa pentadbiran kerajaan UMNO/BN Negeri Terengganu ? Halatujua apa yang dibuat oleh Pemuda UMNO dalam memperjuangkan isu rakyat yang dizalimi , diinaya konon atas nama pembangunan sehingga memangsakan rakyat terutama orang-orang Melayu yang miskin dan dhaif ? Hala tuju apakah yang dilaksanakan oleh Ketua pemuda UMNO Negeri Terengganu dalam mengaut keuntungan dan kepentingan diri dalam projek-projek yang mengorbankan rumah dan tanah rakyat ?Apakah halatuju Pemuda UMNO dalam pengagihan Wang Ehsan atau Dana Khas yang bersifat tidak adil dan pilih kasih? Halatuju apa yang dimainkan oleh Pemuda UMNO sebagai parti kerajaan negeri dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada anak-anak muda negeri Terengganu ?

Saya MENCABAR Sdr Saiful Bahari , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu menjelaskan kepentingan beliau dalam MZ Hakujaya Sdn. Bhd. terhadap projek runding terus membina jalan bernilai RM226 juta . Ianya melibatkan pembinaan jalan dari Kg Jeram ke Kg. Tok Kong dan Kg. Jeram ke Kg. Banggol Tuan Muda , keseluruhannya berjarak kurang lebih 5 kilometer . Projek yang melibatkan 14 buah rumah di Kg. Banggol Donas terpaksa menerima nasib bakal dirobohkan . Projek jalan tersebut dibantah oleh penduduk-penduduk di situ sejak 31 Januari 2008 yang tidak dihiraukan oleh pihak berkuasa termasuk ADUN . Difahamkan projek bernilai RM226 juta tersebut telah pun dijual kepada kontraktor cina . Adakah itu halatuju Pemuda UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu ? Pemimpin Pemuda UMNO kaya raya jual projek , ahli-ahli Pemuda UMNO melopong dan rakyat terus terinaya .

Sebenarnya halatuju Pemuda UMNO yang semakin kabur dan memperlihatkan kelembapan dan kecelaruan halatuju yang sudah kehilangan sokongan anak-anak muda Terengganu sehingga terpaksa menggunakan wang untuk meraih sokongan . Masalah dalaman UMNO Terengganu yang parah menjadikan pergerakan Pemuda UMNO dilihat sudah tidak signifikan lagi untuk anak-anak muda Terengganu . Kenyataan tersebut membuktikan bahawa Pemuda UMNO semakin tertekan terhadap sokongan anak-anak muda Terengganu yang lebih berpihak kepada parti-parti Pakatan Rakyat dan memperlihatkan peningkatan jumlah keahlian anak-anak muda menyertai Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat . Yang wajar dibubarkan ialah Pemuda UMNO dan kita pelawa mereka bersama AMK untuk bersama memperjuangan rakyat yang terus terinaya dan dizalimi .

AMK Negeri Terengganu juga menyangkal tuduhan bahawa Parti Keadilan Rakyat memperjuangkan individu tertentu dan bukan rakyat menjadi keutamaan. 17 prinsip Parti Keadilan Rakyat adalah tunjang perjuangan parti yang lebih relevan dan memberikan keutamaan kepada perjuangan rakyat serta dasar Pakatan Rakyat yang dipersetui bersama parti-parti dalam Pakatan Rakyat adalah lebih relevan dan lebih baik daripada dasar yang dilaksanakan oleh UMNO/BN . Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat terus kukuh dan tidak tergugat dengan kemelut yang berlaku yang sebenarnya cuba digembar-gemburkan oleh media yang dikuasai oleh UMNO/BN .

Sdr. Saiful Bahari Baharuddin harus sedar adalah menjadi tanggungjawab AMK memperjuangkan keadilan dan kebenaran terhadap pakatan jahat dan fitnah yang dikenakan ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sehingga perbicaraan tersebut dipertikai , diragui , tidak adil dan menjadi bahan ketawa kepada dunia .

Tuduhan yang tidak berasas dan dangkal telah dibuat oleh beliau dengan menyatakan Parti Keadilan Rakyat tidak mampu memberikan kepercayaan bukan sahaja kepada rakyat dan golongan muda . Pilihanraya ke 12 yang lalu adalah bukti yang cukup nyata bagaimana prestasi Parti Keadilan Rakyat mampu meraih sokongan daripada 1 kerusi pada PRU ke 11 kepada 31 kerusi parlimen menjadi kerusi majoriti kepada Pakatan Rakyat dan meletakkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Ketua Pembangkang dan seterusnya disandang oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Saya juga menyangkal kenyataan prejudis serta rasis dan mengapi-apikan perkauman dan sentimen agama oleh Sdr. Saiful Bahari Baharuddin terhadap fitnah larangan DAP atau Kerajaan Negeri Pulau Pinang terhadap larangan membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan DAP dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu dan ianya adalah satu pembohongan .

Saya juga MENCABAR Sdr. Saiful Bahari , Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu untuk BERDEBAT SECARA TERBUKA bertajuk AMK ATAU PEMUDA PERLU DIBUBARKAN : halatuju dan Siapa Pengkhianat Melayu Terengganu . Saya bersedia bila-bila masa dan menetapkan kepada beliau menentukan tarikh dan masanya yang sesuai serta melantik seorang moderator yang dipersetujui bersama .

Saya memberikan tempoh selama 7 hari untuk beliau menjawab dan menyahut cabaran saya . Sekiranya beliau tidak menjawab dan meyahut cabaran saya , saya akan meyediakan gelanggang pedebatan dan akan menetapkan tarikh dan masanya untuk beliau hadir .

FARIZ MUSA

Ketua AMK Negeri Terengganu

memorandum rakyat Kg. Paya Bunga kepada MB Terengganu

MEMORANDUM RAKYAT :

YAB MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI TERENGGANU WAJIB TANGANI SEGERA ISU PERPINDAHAN PENDUDUK KG. PAYA BUNGA

IKHWAN Negeri Terengganu MERAYU dan MEMINTA agar YB Menteri Besar Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu membantu menyelesaikan dengan SEGERA dan BIJAKSANA agar penduduk yang rata-rata adalah golongan miskin YANG SEWAJIBNYA diberikan pembelaan dan ditangani permasalahan serta rintihan mereka

Sedarkah YAB Menteri Besar , majoriti mereka yang menduduki Kg. Paya Bunga Kuala Terengganu adalah golongan miskin dan berpendapatan rendah , warga tua , ibu tunggal , orang yang sakit dan uzur , penerima bantuan kebajikan masyarakat , penerima bantuan zakat oleh MAIDAM serta ada yang tidak mempunyai pekerjaan tetap .

IKHWAN Negeri Terengganu dan seluruh warga penduduk Kg Paya Bunga menuntut dan merayu agar YAB Menteri Besar Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu melunasi harapan dan rintihan sepertimana di bawah :

1. MEMBAYAR PAMPASAN KEPADA TUAN-TUAN RUMAH YANG TELAH MEMPEROLEHI LESEN MENDUDUKI SEMENTARA ( TOL ) SERTA TELAH MEMBAYAR CUKAI PINTU SEJAK TAHUN 1954 LAGI .

2. 2. MEMBAYAR PAMPASAN PERPINDAHAN KEPADA TUAN RUMAH DAN PENYEWA-PENYEWA YANG MENDAPAT NOTIS PENGOSONGAN TANAH OLEH PEJABAT TANAH KUALA TERENGGANU SAMA ADA SEKARANG DAN YANG AKAN DATANG. KERANA SETIAP KALI PERPINDAHAN RUMAH SUDAH PASTI MELIBATKAN KOS SEPERTI KEPERLUAN RUMAH , PERPINDAHAN PERSEKOLAHAN ANAK-ANAK DAN SEBAGAINYA YANG SUDAH PASTI MEMBEBANKAN MEREKA . IANYA TIDAK AKAN SELESAI DENGAN HANYA PENYEDIAAN LORI UNTUK MENGANGKAT DAN MENGANGKUT BARANGAN MEREKA .

3. 3,. MENYEDIAKAN RUMAH KEPADA KESEMUA YANG BERKELAYAKKAN TERUTAMA MEREKA YANG MISKIN . DHAIF , WARGA TUA , IBU TUNGGAL , PENERIMA BANTUAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN ZAKAT SERTA BERPENDAPATAN RENDAH.

4. MEMANSUHKAN BAYARAN DEPOSIT RUMAH KOS RENDAH YANG DISEDIAKAN SERTA KERAJAAN NEGERI MEMBIAYAI KOS DEPOSIT AIR DAN ELEKTRIK ( RM 250 ) KERANA MEREKA TIDAK BERKEMAMPUAN UNTUK MENJELASKANNYA SERTA BAYARAN SEWA BULANAN YANG SERENDAH-RENDAHNYA MENGIKUT PENDAPATAN DAN KEMAMPUAN MEREKA.

5. 5. LOKASI RUMAH YANG DISEDIAKAN BERHAMPIRAN DENGAN TEMPAT KERJA MEREKA IAITU BERHAMPIRAN BANDAR KUALA TERENGGANU KERANA LOKASI YANG JAUH MEMBEBAN DAN MENYULITKAN MEREKA UNTUK BEKERJA MENYARA DIRI DAN KELUARGA.

Dimanakah slogan ” Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan” ? Bagaimana dengan slogan Kerajaan Negeri Terengganu , ” Merakyatkan Pembangunan dan Pengurusan” ? Atau sekadar ungkapan retorik yang hanya ’manis’ menggula-gulakan rakyat .

IKHWAN Negeri Terengganu MERAYU agar MB Negeri Terengganu dan Kerajaan Negeri Terengganu menyelesaikan isu ini dengan bijaksana dan terbaik . Bukannya menzalimi dan menginaya rakyat miskin dan dhaif yang sepatutnya dibela dan dibantu bukannya diugut dengan saman RM50,000 atau 5 tahun penjara atau kedua-duanya sekiranya mereka tidak mematuhi notis arahan tersebut.

IKHWAN Negeri Terengganu akan bertindak mempertahankan rumah-rumah tempat mereka berteduh dari dirobohkan terutama mereka yang tidak berkesanggupan menerima tawaran rumah kos rendah sepertimana tawaran YAB Menteri Besar Terengganu kerana tidak berkemampuan walaupun dengan deposit RM500 kecuali tuntutan dan harapan mereka ditunaikan sepertimana di atas .

” Cakna kepada rakyat ”

FARIZ MUSA

Presiden IKHWAN Negeri Terengganu