Oleh Suara Keadilan |
Let us embrace the future by embracing every Malay, Indian, Chinese, Kadazan and Iban as Malaysian brothers and sisters, Malaysian sons and daughters. In the Chinese New Year Of the Rabbit, DAP wishes all Malaysians a peaceful, harmonious and prosperous new year. DAP also expresses our condolences and sympathies to those who lost loved ones and suffered losses in the massive floods affecting Johor, Negeri Sembilan and Melaka. |
Jumaat, 4 Februari 2011
Only Two-Party System Can Save Malaysia From Umno-BN
Al-Qaradawi Seru Mubarak Letak Jawatan, Sokong Rakyat Hapus Rasuah
Al-Jazeera melaporkan Husni Mubarak perlu mengambil pengajaran dari nasib Presiden Tunisia, Zine el Abidine Ben Ali.
Syeikh Yusuf al-Qaradawi menggambarkan sistem pemerintahan Mesir sebagai tidak mengerti dan tidak berfikir.Ia buta tidak melihat, tuli tidak mendengar, serta bodoh tidak memahami.
Al-Qardhawi menyeru Mubarak, "Undurlah, wahai Mubarak, jika ada di hatimu sedikit rasa belas kasih, atau ada dalam kepalamu sedikit akal yang berfikir".
Beliau meminta Mubarak agar merasa belas kasihan terhadap dirinya sendiri serta ahli keluarganya.
Kuasa kerajaan itu jika dianggap sebagai peluang keemasan maka cukuplah tempoh tiga puluh tahun itu, dan jika dianggap sebagai hukuman denda pula, maka cukuplah juga tempoh tiga puluh tahun itu.
Al-Qaradhawi menyarankan Mubarak agar melepaskan kepimpinan serta meninggalkan Mesir yang sudah kerugian dan kehilangan wang berbilion-bilion.
"Jangan kamu hancurkannya dan duduk di atas kehancuran tersebut. Pergilah, wahai Mubarak".
Beliau menambah bahawa puluhan pemuda telah gugur dalam tempoh satu hari dalam menuntut hak mereka, "Tapi kamu dan askar kamu pula telah membalas mereka dengan peluru hidup."
Al-Qaradawi menambah, "Tidak ada lagi tempat untukmu, wahai Mubarak. Saya minta kamu untuk keluar mengangkat kaki", untuk diadili dan dibicara sesudah itu oleh mahkamah awam dan bukannya oleh mahkamah tentera, "yang kamu bina untuk mendakwa pihak lawanmu, lalu kamu menghukum mereka dengan hukuman yang zalim", di bawah undang-undang darurat, dan sesungguhnya "bagi orang zalim itu ada kesudahnnya, dan tidak ada seorang pun yang mampu untuk melawan sejarah. "
Syeikh al-Qaradawi menganggap bahawa Mubarak tidak memahami mesej dari rakyat, malah keluar dengan ucapan yang menunjukkan bahawa ia tidak merasakan apa yang terjadi.
Dia berada "dalam dunia yang bukan dunia kita, tidak merasa kelaparan orang yang lapar, atau kesakitan orang yang terluka," dan mempersoalkan pula faedah untuk membubarkan kerajaan, sementara ia tidak mengatakan apa yang seharusnya dikatakan iaitu membubarkan Dewan Syura dan Dewan Rakyat serta menghapuskan undang-undang darurat.
Rakyat dan Tentera
Dalam ucapannya, al-Qaradhawi mengalu-alukan rakyat Mesir atas kebangkitan mereka melawan situasi korup yang telah banyak mereka bersabar terhadapnya, seperti kesabaran mereka melihat ramai orang mengaut kekayaan negara serta menikmati keuntungannya, sedangkan mereka tidak mampu mencari makanan harian mereka.
Beliau menggambarkan kebangkitan rakyat Mesir sebagai pemberontakan secara aman, tidak ada kayu mahupun senjata, bagi menuntut kehidupan yang lebih baik serta rezeki yang halal, akan tetapi mereka dikejutkan pula dengan peluru hidup dari pihak pengawal keamanan, menyebabkan puluhan orang terbunuh.
Menekankan bahawa para penunjuk perasaan yang sebenar tidak bertanggungjawab menyertai sebarang kes PENCURIAN ATAU PENJARAHAN.
"Janganlah kamu sekali-kali memanjangkan tangan pada mana-mana harta milik institusi awam ataupun swasta, kerana itu adalah HARAM,"katanya.
Beliau turut menyatakan rasa bangga dan hormat terhadap tentera Mesir serta menyeru mereka untuk melindungi negara Mesir di masa mendatang tanpa campur tangan dalam hal pemerintahan.
Menuntut pihak tentera agar menyerahkan hal kuasa pemerintahan kepada rakyat dan pemilihan presiden dibuat sesuai dengan dasar-dasar syura dan juga demokrasi.
Kerajaan Malaysia Harus Minta Hosni Mubarak Letak Jawatan
SHAH ALAM 3 FEB: Kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) harus mengambil pendirian menyokong rakyat Mesir mendapatkan keadilan dan meminta Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan dengan kadar segera.
Pengerusi Biro Antarabangsa DAP, Liew Chin Tong berkata, tindakan kerajaan Malaysia menyatakan pendirian mereka sama pentingnya dengan tindakan membawa pulang pelajar Malaysia keluar dari kemelut yang melanda Mesir lebih seminggu lalu."Apa yang penting bagi Malaysia adalah kerajaan haruslah memainkan peranan yang lebih penting bukan sahaja membawa pelajar Malaysia di Mesir balik ke tanah air tetapi juga peranan yang lebih penting sebagai satu suara yang memihak keadilan, memihak kepentingan rakyat di Mesir," kata beliau.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata adalah jelas kerajaan Mesir terutama pemimpinnya, Hosni Mubarak telah kehilangan kepercayaan negara-negara yang dahulunya menjadi sekutu Hosni seperti Amerika Syarikat yang baru-baru ini mengeluarkan kenyataan menegaskan kekerasan terhadap rakyat Mesir perlu dihentikan.
Katanya lagi, negara-negara Islam lain juga dilihat tidak memberikan satu respon yang membina, malahan kerajaan Malaysia yang dilihat sebagai negara contoh dunia Islam juga masih tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sehingga kini.
"Berpandangan bahawa kerajaan Malaysia ini penting bagi umat Islam dan dunia Muslim, ataupun sebagai satu negara yang penting dalam arena antarabangsa memang kerajaan harus bersuara untuk mempercepatkan proses pemdemokrasian di Arab Tengah," tegas beliau lagi.
Manakala Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Yusmadi Yusof berkata isu penting yang perlu diambil perhatian ialah sejauh mana kepimpinan Mesir mahu melakukan perubahan dalam kerajaan seperti yang dikehendaki oleh rakyatnya atau berdegil mempertahankan kedudukan Hosni sebagai Presiden Mesir.
Beliau menjelaskan, kebanyakan negara-negara lain yang berkepentingan di Mesir telahpun memberikan isyarat menyokong perubahan dalam pemerintahan Mesir."Sekiranya Mesir masih ambil sikap tidak responsif kepada dunia luar dan juga suar kebebasan daripada dalam, saya rasa banyak negara telah menghantar satu isyarat bahawa mereka mahukan keadaan yang lebih demokratik di Mesir," kata beliau.
Sementara itu, desakan dari pemimpin dunia sudah mula kedengaran terkini Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama memberitahu Hosni Mubarak perlu memulakan peralihan kuasa sekarang, sekali gus membayangkan pengumuman pemimpin itu untuk tidak bertanding pada pilihan raya September ini, masih belum mencukupi.
Obama bercakap demikian kepada Presiden Mesir itu malam tadi melalui satu perbualan telefon yang panjang sejurus Mubarak mengumumkan hasratnya untuk tidak bertanding pada pilihan raya Presiden negara itu, melalui satu ucapan yang disiarkan melalui televisyen.
"Saya menyatakan kepercayaan saya kepada beliau (Mubarak) bahawa satu peralihan kuasa terancang, bermakna dan aman perlu dilakukan sekarang," katanya.
Kenyataan Obama itu yang disiarkan secara langsung dari White House, sebagai satu cubaan untuk meyakinkan Mubarak supaya meletak jawatan lebih awal.
Turut memberi ingatan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan meminta Hosni Mubarak untuk memenuhi keinginan rakyat Mesir untuk melakukan perubahan.
Dalam pidato mingguannya di parlimen, Selasa lalu, Erdogan melukiskan permintaannya itu sebagai sebuah nasihat yang sangat jujur dan sebuah peringatan yang penuh hormat kepada Mubarak.
“Dengarlah teriakkan rakyat dan keinginan kemanusiaan mereka. Penuhi kerinduan rakyat untuk berubah tanpa harus diikuti sikap benci,” kata Erdogan.
Turun Harga Minyak Untuk Kawal Barang Naik
Menurut Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli, kerajaan sepatutnya boleh mengawal keadaan ini sekiranya tidak berlaku kenaikan harga minyak sejak bulan lalu.
“Kenaikan harga minyak sudah semestinya disertai dengan kenaikan harga barangan yang lain,” katanya.
Hilangnya keyakinan dikalangan peniaga terhadap kerajaan dalam usaha mengawal harga barangan memberikan ruang kepada mereka untuk menaikan harga barang.
Sekiranya situasi ini terus berlaku, ia akan membebankan rakyat.
“Penurunan semula harga minyak akan mengembalikan keyakinan kepada rakyat,” tegasnya lagi.
Sementara itu, Pengarah Komunikasi Persatuan Pengguna-pengguna Malaysia atau FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman mendesak supaya kerajaan mencari alternatif lain terutama perkara yang berkaitan dengan makanan bagi mengelakan situasi ini terus membebani rakyat.
“Kita minta kerajaan melakukan sesuatu dari segi memastikan barang-barang keperluan makanan kita ini mencukupi untuk keluaran kita sendiri misalnya memastikan kita mampu mengeluarkan beras seratus peratus begitu juga mencari makanan alternatif lain yang kita boleh hasilkan sendiri daripada kita bergantung kepada makanan yang kita import dari luar,” katanya.
Semalam, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa kadar inflasi yang dilaporkan oleh Bank Negara dan kerajaan bahawa kadarnya adalah rendah hanya sekadar mahu mengaburi mata rakyat tatkala realitinya harga barangan dan perkhidmatan terus naik mendadak.
Rakyat terus dibebani dengan kenaikan harga barang keperluan harian dalam masa beberapa bulan sahaja jelas menunjukkan kerajaan mengambil tidak prihatin dengan bebanan yang ditanggung rakyat.
Pada 1 Februari lepas, Petrol Ron 97 Naik RM0.10 lagi menjadikan harganya meningkat menjadi RM2.50 peningkatan kali keempat dalam tempoh 3 bulan. - TV SELANGOR