klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 14 Julai 2009

Pemuda Gerakan sertai demo anti-ISA


Dalam satu tindakan yang berani, Pemuda Gerakan secara terbuka menyatakan sokongan - dan turut serta - terhadap demonstrasi besar membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan depan."Pemuda Gerakan akan menggerakan sekumpulan ahli (Pemuda) untuk menyokong perhimpunan aman MANSUH pada 1 Ogos ini bersempena ulang tahun ke-49 (pelaksanaan) ISA," kata ketua biro khidmat guaman dan aduan awamnya Andy Yong.Perhimpunan besar anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) turut disertai parti-parti pembangkang dan NGO hak asasi.
Menurut satu kenyataannya hari ini, Yong berkata keputusan itu dimaklumkan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat kebangsaan Gerakan.Beliau juga berkata parti komponen BN itu beriltizam melindungi dan mempertahankan hak-hak asasi manusia dan kebebasan asas seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Sejagat Hak Asasi Manusia (UHDR) 1948.
"Keputusan kami telah dimaklumkan kepada pengerusi GMI Syed Ibrahim (Syed Noh) dan beliau menerimanya dengan rasa hormat," kata Yong lagi.Pada 22 Jun lalu, GMI secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran dengan mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih)", dua tahun lalu.
Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.Demonstrasi besar itu pernah ditangguhk sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, bagi menghadapi beberapa pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.Tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960.Malaysiakini
FM - Tahniah Pemuda Gerakan ! yang masih bacul dan dayus ialah Pemuda UMNgok !

TAHNIAH PAS ! TAHNIAH ABG OJI ! TAHNIAH PR ! MAMPUS BN !

PAS MENANG DENGAN MAJORITI 65 UNDI ! FUHHH!

Hampir 85% keluar mengundi .

Walaupun mejoriti merosot , kemenangan tipis , yang pasti tetap MENANG !

HADIAH UNTUK NAJIB RAZAK DI ATAS 100 HARI SEBAGAI PM PALING GAGAL !

HADIAH UNTUK MUHYIDDIN YAMSING SEBAGAI PENGARAH PRK MANEK URAI ! TUGAS PERTAMA GAGAL !

TAHNIAH TOK GURU NIK AZIZ & SELURUH WARGA KERJA PRK MU !

M.U - MALUKAN UMNO ! MALUKAN UMNgok !

Anwar cabar SPRM siasat janji Muhyiddin

Jimadie Shah OthmanJul 13, 0912:01pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa tawaran Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membina jambatan baru di Manek Urai sekiranya pengundi memilih calon BN dalam pilihanraya kecil esok, adalah satu perbuatan rasuahSehubungan itu, beliau mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat perkara tersebut.
Anwar menegaskan demikian dalam ceramahnya bersama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang di hadapa hampir 5,000 penyokong - jumlah terbesar dalam tempoh berkempen - di Sungai Peria malam tadi."Mana ada jambatan siap sehari. Mu (kamu) Muhyiddin, bukan Nabi Sulaiman. Barangkali dia nak ikut kita masa pilihanraya dulu, (berjanji kalau) Pakatan menang hari ini, esok turun harga minyak. Itu bolehlah, itu isytihar saja."Dari sudut undang-undang ini salah, saya cabar SPRM, kalau kamu betul-betul amanah, mu siasat dan igat (tangkap) Muhyiddin kerana dia (buat) janji palsu ini. "Kalau dia beranilah. Mana boleh, kalau nak jambatan pangkah Umno-BN. Mu pangkah BN pada 14 haribulan, 15 haribulan buat jambatan. Dia ingat bapak dia punya negeri," katanya.Semalam, Muhyiddin menawarkan untuk membina jambatan baru di Manek Urai Lama, yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.Muhyiddin dilaporkan berkata: "Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."
Manek Urai Lama merupakan sebuah kawasan dalam Manek Urai yang terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Kuala Krai. Bersempadan dengan Manek Urai Lama, ia dihubungkan sebuah jambatan satu lorong sejauh 300 meter.Tidak ada jalan alternatif lain bagi penduduk kawasan tersebut untuk keluar ke jalan besar yang menghubungkan bandar Kuala Krai dengan Gua Musang.Royalti minyakSementara itu, Anwar berkata, beliau akan membawa isu royalti minyak Kelantan ke parlimen dalam persidangan akan datang.
“Menang saja di Manek Urai, pada sidang parlimen akan datang, hari pertama atau kedua, saya bersama (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan saudara kita (yang lain) akan bangun tuntut kerajaanpersekutuan bagi balik wang kepada kerajaan Kelantan,” katanya.Anwar berkata demikian dalam ceramah di hadapan hampir 5,000 penyokong bersama Lim dan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat di Sungai Peria, Manek Urai semalam.
Beliau mengulas kontroversiti isu royalti minyak Kelantan yang dituntut Nik Aziz, melalui suratnya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.Kerajaan Kelantan dilaporkan menuntut sebanyak RM1 bilion yang didakwa tidak dibayar sejak tahun 2004.Mengulas lanjut, Anwar berkata, Najib yang juga menteri kewangan perlu memberikan penjelasan berhubung tuntutan itu.
“Ini hak kita (rakyat Kelantan). Kita akan gegarkan parlimen. Penduduk Manek Urai buat keputusan. Kita nak menteri kewangan jawab masa itu juga. Pulangkan balik kepada rakyat kelantan,” katanya disambut tepukan gemuruh.Berhubung janji-janji pembangunan BN sepanjang tempoh berkempen, antaranya hendak membina majid baru di Temalir, Anwar berkata:“(Pilihanraya kecil) Manek Urai bukan soal satu masjid baru dia nak buat. Cukuplah masjid di Manek Urai... Bagi balik RM1 bilion kepada rakyat Kelantan, saya jamin masjid lebih cantik dibangunkan dengan ehsan tuan guru nik aziz. Tak payah bimbanglah soal masjid,” katanya.
Sementara itu, Lim dalam majlis yang sama mengkritik Najib kerana didakwanya gagal membanteras masalah jenayah dan rasuah dalam negara setelah seratus hari mentadbir negara ini.“Dalam sebelas hadiah hadiah beliau tidak disentuh langsung bagaimana membanteras jenayah dan korupsi. Seratus hari beliau, belum ada apa-apa cadangan (untuk itu).”Najib kelmarin membuat 11 pengumuman "mesra rakyat" sempena genap 100 hari beliau menjadi perdana menteri, antaranya pemberian diskaun kepada pengguna jalan bertol, peluang pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah, pengurangan caj bayaran latihan penunggang motosikal serta satu tabung unit amanah baru.

Komen negatif Najib: Pengacara ntv7 kena tukar

Semuanya berpunca daripada kenyataan salah seorang tetamu jemputan dalam programnya - Point of View - di ntv7 yang memberi pemeringkatan 'C' atau 'D' terhadap prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi 100 hari pentadbirannya.
Ekoran itu, pengacaranya, Florence Looi menerima surat amaran dan terus ditukar ke meja berita stesen swasta tersebut.Looi didakwa telah melanggar dasar redaksi pengarangnya, kata sumber-sumber ntv7.
Dua tetamu jemputan program tersebut - yang dipancarkan pada 5 Julai lalu - ialah penulis Syed Akhbar Ali dan editor perunding, Leslie Lau dari Malaysian Insider. Lau yang memberi pemeringkatan 'C' atau 'D' bagi pentadbiran Najib.
Sumber-sumber itu berkata, Looi selepas itu diberitahu secara lisan bahawa dia tidak seharusnya meminta mereka memberi pemeringkatan terhadap prestasi Najib,Oleh kerana Looi merupakan pengacara yang juga penerbit program tersebut, maka hanya dia seorang sahaja yang diberi surat amaran tersebut.Looi, yang merupakan editor tugasan, kemudiannya telah ditugaskan untuk membuat liputan berita, atas alasan kekurangan petugas di meja berita.
Insiden tersebut mungkin 'menguburkan' program 'Point of View', yang baru tamat musim keduanya. Sehingga ini, belum ada pengumuman sama ada program itu akan dilanjutkan ke musim ketiganya.Bagaimanapun, sumber-sumber itu percaya, sekiranya program itu diteruskan, ia akan dikendalikan oleh pengaracara baru.Ketika dihubungi, Looi enggan mengulas mengenainya dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusannya juga belum berhasil.
Ntv7 adalah salah sebuah daripada empat stesen TV swasta milik syarikat gergasi media - Media Prima Bhd - yang ada kaitan dengan Umno. Tiga lagi stesen miliknya ialah TV3, 8TV dan tv9.Begitu juga dengan berita mengenai banglo mewah milik bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo di Shah Alam di mana ianya hanya sempat disiarkan dalam berita Mandarin jam 5.30 petang di ntv7.
Selepas itu, berita itu tidak lagi disiarkan oleh buletin berita di stesen lain milik Media Prima.'Hanya satu pandangan'Sementara itu, pengarah eksekutif Pusat Kewartawan Bebas, V Gayathry membidas ntv7 kerana mengamalkan saringan kendiri.“Komen oleh tetamu jemputan mengenai pretasi (Najib) bukanlah sesuatu yang kritikal, tetapi hanya satu pandangan,” katanya.Menurutnya, Looi dihukum kerana bertanyakan satu soalan penting ketika semua orang lain membuat penilaian tentang prestasi Najib.
“Program tersebut telah memberi ruang yang baik untuk perbincangan (dan Looi menjalankan tugasnya dengan baik),” tegasnya.Menurut Gayathry lagi, ketika Najib dilantik perdana menteri, Media Prima telah mengeluarkan arahan kepada empat stesen TV miliknya itu supaya tidak menyebut nama penganalisis politik - Abdul Razak Baginda - ketika melaporkan perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu. Razak merupakan teman karib Najib."Kita ingin bertanya sama ada menjadi dasar Najib di mana mereka yang ditempatkan di stesen TV, mengamalkan saringan kendiri,” tambah Gayathri.
Program 'Point of View' disiarkan jam 6 petang hari Ahad. Tetamu jemputannya membincangkan tajuk-tajuk panas seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), dasar penukaran bahasa, pendidikan bahasa ibunda, tanggungjawab pihak polis dan yang terbaru, skandal PKFZ.Sejak Najib mengambil alih kuasa, pegawan tinggi media yang ada kaitan dengan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah diganti.
Mereka yang berkhidmat sewaktu pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad telah dilantik semula menerajui media, sehingga mencetuskan persepsi akan mewujudkan suasana media yang lebih banyak sekatan.Bekas pengarang kumpulan New Straits Times, Datuk Ahmad Talib kini dilantik sebagai pengarah eksekutif berita dan operasi jabatan pengarang di Media Prima, serta sebagai pengarah ksekutif (jabatan pengarang) di New Straits Times Press.Bekas pengarang kumpulan Berita Harian, Datuk Manja Ismail dilantik sebagai pengarang kumpulan NTV7, 8TV, TV9 dan rangkaian radio, bagi membantu Ahmad.

FM - ITU BARU TUKAR KE UNIT BERITA - SAYA DULU SEWAKTU MENJADI GURU ,KERANA MENJADI PEMIMPIN PEMBANGKANG , DIANGGAP MELAWAN KERAJAAN , DARI SEK. KEB. RUSILA, MARANG,TERENGGANU ( 5 MINIT DARI RUMAH SAYA ) DITUKARKAN 3 TAHUN KE SJK(C) JABOR , KEMAMAN ( SEMPADAN PAHANG - TERENGGANU ) DAN 5 TAHUN DI SEK. KEB. PALONG 14 ( F ) , JEMPOL , NEGERI SEMBILAN . TIDAK TERMASUK TINDAKAN TATATERTIB , DITEKAN DAN DIZALIMI .
MAHATHIR PUN CAKAP 100 HARI NAJIB JADI PM - GAGAL ! BETULLAH KALAU DAPAT MARKAH 'C' ATAU 'D' ! MEMANG NAJIB GAGAL JADI PM! 1 MALAYSIA PUN DAH TAHU!

Muhyiddin Guna Jambatan Untuk Merahsuah Pengundi


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga timbalan presiden Umno hari ini mengumpan rakyat Manek Urai dengan janji membina jembatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Bagaimanapun, katanya, ia hanya akan dibina sekiranya pengundi DUN tersebut memilih calon BN Tuan Aziz Tuan Mat."Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN."Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang tadi.

FM - inilah perangai UMNgok. Tak habis-habis nak mengula2kan rakyat . Nak rasuah rakyat . Saya yakin rakyat Manek Urai bukan bodoh . Kalau Kerajaan Kelantan di bayar semua royalti petroleum oleh Petronas , saya yakin bukan 1 tetapi 2 jambatan boleh TGNA buat ! 1 pergi , 1 balik !

Detik Semakin Hampir, TGNA Seru Semua Pengundi Tunai Tanggungjawab


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua pengundi di Dun Manek Urai supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab membuang undi pada Selasa ini.Beliau berkata, mengundi merupakan satu tanggungjawab untuk membentuk sebuah kerajaan Islam."Sistem yang ada pada hari tidak boleh dibentuk kerajaan Islam kecuali melalui undian bagi membentuk kerajaan."Sama ada pengundi yang tinggal di luar Kelantan atau di luar kawasan mereka berhak mengundi."Oleh itu kita minta mereka pulang beramai-ramai," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Halal Negeri Kelantan 2009 yang bertemakan 'Cakna Halal Satu Ibadat' di Balai Islam, hari ini.
Menurutnya taat kepada pemerintah sebenarnya merangkumi ketaatan kepada Allah dan Rasul dalam sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam.Beliau mencadangkan pengundi terlebih dahulu mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat dhuha sebelum membuang pergi undi.Menurut beliau sebagai umat Islam kita kena membuktikan kepada Allah sentiasa beribadat kepadaNya sejak awal hingga ke akhirnya."Riba, pusat hiburan, perjudian semuanya diharamkan dalam pentadbiran kerajaan di Kelantan di mana kita tidak memberi lesen kepada pengusaha berkenaan."Ini satu perbezaan yang ketara berbanding sebelum PAS mengambil alih tampuk pentadbiran hampir 20 tahun lalu," ujarnya.

Hari terakhir kempen di PRK MU

13 Julai

3 Petang tadi sempat gunakan masa luang untuk mandi manda di Lata Rek , Manek Urai .Tempatnya cantik dengan pemandangan air terjun benar-benar menyegarkan minda yang letih . Saya dan teman-teman Skuad Pilihanraya AMK Malaysia yang tidak mandi daripada pagi menggunakan ruang tersebut untuk bersantai dan mandi manda . Maklumlah di Bilik Gerakan AMK suasana agak tidak selesa , bilik air satu sahaja dan airnya meleleh melampau . Dahlah kami ramai .
Arus airnya laju... tidak sesejuk di air terjun Hulu Yam, Selangor. Bagai di zaman kanak-kanak , kami bergurau senda bagai nak melupakan kepenatan dan suasana PRK Manek Urai . Berenang sambil melawan arus . Berlumba . Yang pasti Fauzie Bundle kalah !
Si Azmizam King Castle entah di mana . Kereta ada tapi orangnya entah di mana. Yang ada geng2 AMK Bentong dan AMK Batu Pahat. Tak lama berendam , muncul YB Datuk Mahfuz dan YB Salehuddin Ayub joint kita orang . Turun ke air dengan berkain pelikat . Kelakar tengok gelembong kain pelikat yang dia orang pakai bila masuk ke air .
Dalam jam 5 petang kami balik ke Bilik Gerakan dan saya berikan taklimat sedikit tentang gerakerja petang untuk edaran risalah di pasar malam di Kg. Peria dalam jam 6 petang. Sepertimana biasa Skuad Pilihanraya memang jenis tak boleh duduk diam . Belum sempat ke Pasar malam , kita jemkan jalan di hadapan Bilik Gerakan AMK dengan edaran risalah . Sehingga terpaksa pihak Polis Trafik datang.
Selepas itu kami bergerak ke Pasar Malam dan seterusnya mengedarkan risalah di sana dan men'jem'kan jalan di situ. seronok tengok gelagat orang umno bila dapat risalah yang kami edarkan . Polis Trafik dah tak boleh buat apa lagi . Kami tak endahkan dia orang dan teruskan aktiviti edaran risalah sehingga maghrib .
Edaran risalah diteruskan lagi dalam jam 8 malam dengan diketuai Fauzie . Saya , Hamdi dan Azmizam keluar daripada situ untuk pertemuan dengan teman-teman AMK Kelantan yang hendak berjumpa dengan saya . Jam 10.30 malam kami balik semula ke Bilik Gerakan AMK dan tengok kemeriahan teman-teman Skuad AMK dengan bendera dan poster. Jalan semakin sesak dan jem. Jam 12 tengah malam kami berhenti.
Insyaallah esok rakyat Manek Urai akan buat satu keputusan yang terbaik dengan mengundi Abg Oji.

Kenyataan Media SUA Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutkahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya. Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.
Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.
Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara.
Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu. Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT