klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 10 November 2009

MB dedah info rahsia tiga projek

Kerajaan Selangor akan mendedahkan mulai esok tiga dokumen berkaitan projek pembangunan di negeri itu yang didakwa telah menguntungkan syarikat-syarikat tertentu bawah pentadbiran BN.Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata pendedahan dokumen yang kini dikelaskan bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) akan dilakukan melalui bidang kuasanya sebagai menteri besar Selangor seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 2(C) akta berkenaan.

Katanya, peruntukan undang-undang itu memberi kuasa kepada menteri dan menteri besar untuk membatalkan pengkelasan "rahsia" atau "sulit" sesuatu dokumen bawah OSA. Pendedahan tersebut bertujuan mengurangkan kejadian rasuah dan penyalahgunaan peruntukan serta memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai kelebihan berkaitan kebebasan maklumat, jelasnya.

"Apa yang kita hendak tunjuk, kita ada projek yang ditinggalkan. Rakyat tidak tahu siapa yang terlibat, berapa nilai tanah itu dan sebagainya," katanya di luar sidang DUN selepas membentangkan belanjawan negeri hari ini.

Jelasnya, projek yang akan didedahkan itu melibatkan satu projek penghutanan semula untuk tujuan komersil dan dua lagi projek, masing-masing di Bukit Botak, Selayang dan Bukit Cerakah, Shah Alam."Satu berkaitan projek penghutanan semula. Satu lagi mengenai kegagalan Bukit Botak, projek perumahan untuk setinggan. Ketiga adalah laporan mengenai Bukit Cerakah," tambah Abdul Khalid.

Beliau berkata, salah satu daripada kes yang akan didedahkan itu melibatkan tanah kerajaan seluas kira-kira 2,000 ekar yang telah diberikan kepada penduduk.

"Penduduk ini membuat perjanjian dengan satu pemaju untuk membina rumah di atas tanah mereka. Pemaju berjanji membayar mereka RM360,000 untuk tiga ekar. Akhirnya mereka tidak dapat aset tersebut dan mereka kehilangan semua wang," katanya.

Beliau juga berkata, beberapa laporan mengenai projek-projek berkenaan akan dikemukakan dalam sidang DUN."Bila kita tahu mengenai perkara ini, kita akan dapat membincangkan dengan baik dan produktif dengan mangsa-mangsa projek ini," katanya. Sehubungan itu juga, Khalid berkata kerajaan Selangor akan memperkenalkan satu enakmen baru berkaitan hak kebebasan maklumat yang akan dibentangkan dalam sidang DUN akan datang."Apa yang kita hendak tunjuk, kebebasan maklumat memberi lebih kelebihan untuk membuat keputusan berbanding (kerahsiaan) bawah OSA pada masa sekarang," katanya.

Jelasnya, enakmen berkenaan masih perlu dikaji sebelum dibentangkan kerana mungkin akan berhadapan tentangan daripada Peguam Negara kerana dianggap mendatangkan konflik bidang kuasa persekutuan dalam akta OSA."Sebab di bawah perlembagaan (negara), undang-undang persekutuan boleh melebih undang-undang negeri," jelasnya.

Siasat Gani Patail Untuk Bebaskan Sistem Kehakiman

Demi memulihkan semula kebebasan mahkamah, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mencadangkan beberapa individu yang dilihat bersekongkol dengan pihak eksekutif disiasat secara terbuka.Ianya termasuk menyiasat beberapa dakwaan yang dikaitkan dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sendiri.
“Selagi Peguam Negara tidak dibersihkan, selagi itu mahkamah turut akan dilihat tidak bebas dari pengaruh eksekutif (kerajaan),” ujarnya.“Kalau nak bersih, tak perlu tutup-tutup (siasatan), tapi perlu terbuka kerana ia lambang integriti mahkamah.” Ujarnya, kesangsian rakyar terhadap Abdul Ghani merupakan salah satu sebab Mahkamah tidak dilihat bebas.“Sekiranya Peguam Negara sendiri menerima kesangsian sama ada di mahkamah atau di luar (mahkamah), maka beliau sendiri seharusnya dibersihkan terlebih dahulu dari kesangsian tersebut, tidak boleh dilihat kebal,” jelasnya.
Beliau yang juga AJK PAS Pusat berharap kerajaan tidak lagi menubuhkan suatu suruhanjaya untuk menyiasat Abdul Ghani secara tertutup, seperti sebelum ini.“Ianya tidak boleh dilakukan dengan hanya menubuhkan suatu suruhanjaya, kemudiannya disiasat secara tertutup lalu diumumkan seseorang yang didakwa itu tidak bersalah, tidak (melakukan) jenayah dan sebagainya,” jelasnya.Beliau turut menyentuh kes VK Linggam yang dianggapnya sebagai bukti mahkamah di Malaysia tidak bebas.
“Mereka tidak boleh menganggap kesangsian pada VK Linggam atau mana-mana hakim yang terbabit adalah masalah moral yang bersifat peribadi, kerana rakyat melihat kes-kes berkaitan dan hakim-hakim tertentu itu sebahgaian dari wajah kebebasan mahkamah,” Jelasnya.“Persepsi ini bukan hanya diberikan (oleh) saya atau ahli parlimen pembangkang yang lain, ianya (kes VK Linggam) diperkata oleh banyak pihak di luar negara sendiri.”Dalam pada itu, beliau juga mengakui bahawa usaha menjadikan mahkamah benar-benar bebas adalah sesuatu yang mustahil.
Ianya kerana soal perlantikan, pengajian dan perjawatan masih menerima lagi dilakukan secara langsung dengan pihak eksekutif.Pun begitu, Khalid berpendapat bahawa mahkamah dan pihak eksekutif seharusnya bersikap profesional, termasuk mendakwa pihak-pihak yang disangsikan terbabit.“Yang penting, mereka sendiri mesti berusaha memperlihat kebebasan mereka dan mesti memenangi kembali kreteria ini (kebebasan Mahkamah),” jelasnya.
“Memang tiada sesiapa pun yang sempurna, tetapi mahkamah tidak boleh dilihat cacat disebabkan seorang dua (inividu) ini (termasuk Abdul Ghani).”“Sekiranya mereka yang terbabit tidak mampu dibersihkan dari sangsi umum, mereka ini perlu dilucutkan jawatan atau mahkamah sendir perlu lantik seseorang yang lebih layak.”Tambahnya lagi, mahkamah di Malaysia tidak perlu berubah sehingga mewujudkan sesuatu yang disebut Penghakiman Majmuk – Peguam Negara mesti majmuk demi mengelakkan perlanggaran nilai integriti seperti dakwaan terpilih.
“Saya tidak rasa kita perlu sampai sebegitu (Penghakiman Majmuk), Sekurang-kurangnya Peguam Negara perlu menjawab segala kesangsian itu di Parlimen,” jelasnya.“Jawapan Menteri berwajib tidak memadai, malah dilihat lebih banyak melindungi dia (Peguam Negara) dari menyelesaikan kesangsian (mahkamah tidak bebas).
”Semalam, Khalid mendesak Kerajaan mengemukakan bukti bahawa mahkamah di Malaysia telahpun bebas dari pengaruh eksekutif pemerintah.Menjawab soal itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz meminta semua pihak bersabar dengan beberapa usaha pemulihan yang dilakukan kerajaan sehingga sekarang.
“Bukan kita tidak mengambil tindakan tegas (dan) cepat, saya kata kesan (dari tindakan) itu memakan masa sikit, tindakan telahpun kita (kerajaan) ambil, berkesan itu (hasil tindakan kerajaan),” jelasnya lagi. -zainulfaqar

AKTIVITI KORBAN DI MINDANAU FILIPINA

YAYASAN AMAL MALAYSIA akan mengadakan korban di Mindanau , Filipina .
Keadaan di sana sangat memerlukannya .
1/7 bahagian lembu = RM 290
seekor lembu = RM 350
BERMINAT SILA HUBUNGI
C FAUZI DI TALIAN
013-9238685
korban anda akan mengembirakan mereka !

Nizar vs Zambry : Sultan Tiada Kuasa Pecat Nizar

Tunjukkan mana-mana peruntukkan di dalam Perlembagaan Perak yang memberi kuasa kepada Y.M Sultan Perak untuk memecat Nizar sebagai Menteri Besar(MB)Perak yang sah”. Itulah intipati hujah pasukan peguam Nizar semasa berhujah di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada 5 November yang lalu.
Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa Zambry adalah MB yang sah kerana beliau telah dilantik oleh Y.M Sultan Perak di bawah Perkara 16(2)Perlembagaan Negeri Perak. Peguam Nizar pula berhujah sebelum Zambry boleh mendakwa dia adalah MB Perak yang sah beliau perlu membuktikan terlebih dahulu bahawa jawatan MB yang disandang oleh Nizar telah dikosongkan ataupun Nizar telah dipecat secara sah berdasarkan Perlembagaan Negeri Perak.
Sepertimana yang dikatakan oleh Harley CJ(Borneo)di dalam kes Stephen Kalang Ningkan v Tun Abang Haji Openg and Tawi Sli(1966)2 MLJ 187, terdapat dua keadaan di mana Governor(atau Sultan)mempunyai bidibicara iaitu (a) dalam isu pelantikan MB dan(b)enggan bersetuju untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN).
Harley CJ seterusnya berkata “ As regards to(a ), nobody could be so foolish to suggest that a Governor could appoint a second Chief Minister while there was still one in office..”(Terjemahan : “Berkenaan(a ), tiada orang yang terlalu bodoh untuk mencadangkan bahawa Governor boleh melantik MB yang kedua jika MB yang pertama masih memegang jawatan tersebut.” )
Apa yang jelas sehingga 5 November 2009 Zambry masih tidak dapat membuktikan bahawa kerusi MB yang Nizar pegang telah dikosongkan atau Nizar telah dipecat secara sah oleh Sultan Perak. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah bahawa memandangkan Nizar telah memohon secara betulis pada 5.2.2009 kepada Sultan bagi pembubaran DUN Perak di bawah Artikel 16(6)Perlembagaan Perak dan memandangkan Sultan enggan menggunakan budibicaranya untuk membubar DUN Perak maka Nizar dan barisan exconya hendaklah meletakkan jawatan berdasarkan peruntukkan itu.
Peguam Zambry dan Peguam Negara juga berhujah bahawa di dalam surat Nizar kepada Sultan bertarikh 5.2.2009 itu Nizar mengatakan jumlah kerusi BN dan PR adalah sama banyak iaitu masing-masing 28 kerusi kerana kerusi tiga ADUN yang melompat telah diisytiharkan kosong oleh Speaker. Peguam Zambry dan Peguam Negara berhujah jika pun jumlah kerusi BN dan PR adalah sama iaitu 28 Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker maka jika undian dibuat speaker tidak boleh mengundi maka PR hanya boleh dapat 27 undi sahaja.
Peguam Nizar menjawab sebelum Artikel 16(6)hendak digunakan oleh Zambry mestilah terlebih dahulu dibuktikan bahawa Nizar telah kehilangan kepercayaan oleh Adun –Adun dan bagi menentukan hal tersebut perlu diadakah sidang dewan bagi para Adun membawa undi tidak percaya kepada Nizar. Di dalam kes ini adalah jelas tiada sebarang undi tidak percaya telah diambil dari mana-mana sidang Dun. Oleh itu prasyarat Perkara 16(6)tidak dipenuhi di dalam kes ini.
Peguam Nizar juga berhujah bahawa berdasarkan sejarah negara ini undi tidak percaya yang dibuat di dalam sidang dewan pernah berlaku di dalam kes di Trengganu pada tahun 1961. Pada tahun 1959, PAS berjaya membentuk Kerajaan di Trengganu dan MB yang dilantik adalah Y.B Daud Samad. Pada 26/10/1961 Ketua Penerangan Umno Tuan Syed Jaafar Albar telah mengumumkan bahawa Perikatan telah menjadi parti majoriti kerana 3 orang Adun PAS dan 3 orang Adun Parti Negara telah melompat menyertai Umno.Pada 30/10/1961 undi tidak percaya dibuat di dalam Dun Trengganu ke atas MB, Daud Samad. Selepas undi tidak percaya Daud Samad telah meminta Sultan Trengganu membubarkan Dun Trengganu namun Sultan enggan berbuat demikian. Sultan kemudiannya melantik Ibrahim Fikri dari Perikatan sebagai MB yang baru.
Jelas Sultan hanya bertindak selepas undi tidak percaya dibuat di dalam sidang dewan.Mengenai hujah Zambry bahawa Nizar masih lagi tewas jika undi tidak percaya diadakan kerana kerusi PR sebanyak 28 itu termasuk kerusi speaker dan memandangkan speaker tidak boleh mengundi maka Nizar akan kalah jika undi dibuat peguam Nizar menjawab seperti berikut : Ya, benar speaker, Sivakumar tidak boleh mengundi tetapi jika benar-benar ada sidang Dun untuk diambil undi tidak percaya kepada Nizar apakah yang menghalang untuk Sivakumar meletak jawatan speaker dan menjadi ADUN biasa dan seterusnya mengundi. Tidakkah waktu itu kedudukan PR dan BN adalah 28 : 28. Sudah tentu jika BN terlalu bodoh melantik Adun mereka sebagai speaker sebagai ganti Sivakumar maka kerusi BN akan berkurang sebanyk 27 dan PR pula mempunyai 28 kerusi.
Peguam Nizar juga berhujah apabila Nizar enggan meletakkan jawatan adakah Sultan ada kuasa memecat beliau. Peguam Zambry dan Peguam Negara kata Sultan ada kuasa. . Peguam Nizar menjawab sila tunjukkan peruntukkan mana yang memberi kuasa itu. Peguam Zambry kata meskipun tiada peruntukkan khusus Sultan dianggap mempunyain kuasa itu(deemed to have such a power ).
Peguam Nizar menjawab mestilah ada satu peruntukkan anggapan(deeming provision) di dalam Perlembagaan Perak sebelum Sultan dianggap mempunyai kuasa itu. Sebagai contoh hujah peguam Nizar terdapat peruntukkan anggapan di bawah Perkara 19(1)di Bahagian 2 Perlembagaan Perak bahawa Sultan dianggap telah mengosongkan jawatannya jika baginda tidak hadir dalam tempoh yang lama di dalam sidang Dewan Negara dan ketidakhadiran untuk tempoh yang lama itu tanpa alasan yang mencukui atau alasan yang munasabah.
Jelas sebelum jawatan Sultan itu boleh dinggap dikosongkan Perlembagaan Perak secara jelas memperuntukkan peruntukkan berkenaan anggapan tersebut.Hal yang sama tidak berlaku di dalam kes pengosongan jawatan MB. Tiada peruntukkan yang menyatakan bahawa jika MB enggan meletakkan jawatan kerusi MB dianggap telah kosong. Tanpa peruntukkan penting itu bagaimanakah Mahkamah boleh membuat anggapan sepertimana yang dihujahkan oleh Peguam Zambry dan Peguam Negara.Peguam Nizar menyatakan Perlembagaan Perak dengan secara jelas menyatakan di dalam Perkara 16(7)Perlembagaan Perak bahawa tidak seperti mana exco yang dilantik atas kerelaann Sultan(at his pleasure)jawatan MB tidak dipegang atas kerelaan Sultan.
Oleh itu tidak timbul Sultan boleh memecat Nizar sebagai MB Perak yang sah.Hujah telah diberikan terpulanglah kepada lima orang Hakim Mahkamah Persekutuan memutuskan. Bagi 5 orang hakim itu saya ingin menukilkan nasihat Hakim Israel iaitu Ehud J yang menyatakan “ Apabila para hakim duduk untuk menghakimi, hakikatnya merekalah yang sedang dihakimi.” Ya, rakyat sedang menghakimi 5 orang hakim tersebut. -Hanipa Maidin (peguampas)

Kata 2 Pada "Pucuk" Pimpinan Pakatan Rakyat..!

Dekat sini juga aku nak beri kata 2 kepada "Pucuk Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat" iaitu TG Haji Hadi, Lim Kit Siang dan juga DS Anwar Ibrahim sendiri... kata 2 ni sebenarnya paling-paling nak aku tujukan pada "Pucuk Pimpinan Tertinggi" dari PKR dan juga PAS.
Sejak akhir-akhir ni berbagai masalah dalam Pakatan Rakyat boleh dikatakan kebanyakannya datang dari 2 parti utama ini iaitu PAS dan juga PKR.
PAS dengan masalah beberapa kerat pimpinan yang kebanyakan kenyataannya tidak seperti pimpinan Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi dari Selangor dan juga Terengganu sehingga memaksa PAS mengadakan beberapa mesyuarat penting bagi menyelesaikan masalah ini.
PKR pula tak habis-habis dengan masalah disiplin wakil-wakil rakyatnya yang semakin hari nampaknya semakin ramai yang hanya "berjawatan" tetapi tidak "bertanggung-jawab" atas amanah yang diberi dan diterima.
Kesemua masalah-masalah yang hadir ini bagi aku bukan disebabkan oleh angkara "pihak ke 3" iaitu UMNO/Beer eNd tetapi kerana kelemahan "Pucuk Pimpinan" dalam menangani orang bawahan sendiri.Mungkin masing-masing sibuk dengan agenda tersendiri dan menyerahkan semua pengurusan kepada pihak yang tidak berkelayakan.
Lama dah aku dok perhati kelemahan yang ni, bila ada masalah, masing-masing pimpinan dok menyalahkan pihak yang buat hal. yang buat hal memang kerjanya buat hal, tapi apa pula tanggung jawab pimpinan dalam menangani masalah yang berbangkit..?Cukup ke sekadar mengarahkan wakil rakyat yang buat hal letak jawatan..? lepas letak jawatan, adakan semula PRK, lantik pula wakil rakyat baru dan bila dah jadi macam ni, siapa dapat jamin "orang baru" ni akan jadi lebih bagus dari yang lama..?
Ini bukan masalah pakai kereta lama ganti dengan kereta baru... ini masalah "tanggung-jawab". aku pun boleh cakap "aku boleh jadi lebih baik dari dia atau dia..!", tapi siapa yang boleh buktikan dan bagi jaminan..?Aku nak jamin diri aku sendiri..? kamon geng... anak anjing baru beranak pun sampai mati balik tak kan percaya dengan janji aku tu selagi aku tak buktikan dan untuk buktikan semua tu, kena korbankan banyak masa dan orang yang kita berjanji pulak terpaksa pertaruhkan masa emas mereka dan "menunggu" apa yang kita janjikan.
Jadi kenapa nak "buang masa"..?Sebetulnya pada pandangan aku, semua masalah yang datang bukan berpunca dari orang yang buat masalah, tapi berpunca dari pihak atasan yang gagal memahami masalah orang bawahan.
Tiada "moral support"... Yang ada setakat ni cuma "arahan"... "u must do this, don't ask me how because that's your responsibility..!".Pakatan Rakyat menentang pemerintahan "Kuku-Besi" tapi masih tanpa sedar "mempraktikkan" pemerintahan "Kuku-Besi".

UMNO MPs’ “ambush” for OTK foiled by Minister’s absence

The ambush by several UMNO MPs for MCA President and Transport Minister, Datuk Seri Ong Tee Keat last night during his Ministry’s reply in the government winding-up of the 2010 budget debate was foiled when the Minister was absent.
The reason given by the Deputy Transport Minister, Datuk Robert Lau, who stood in for the Minister, that Ong was “busy” with the official visit of the Chinese President Hu Jintao as Ong is the “Minister-in-attendance”, did not go down well with the UMNO MPs concerned as Hu’s visit would only begin the next day.
Led by Umno MP for Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz, at least three UMNO MPs questioned Ong for the RM28 million purchase of second-hand DMUs (diesel multiple units) by Keretapi Melayu Bhd (KTMB) instead of EMUs (electrical multiple units).
Mohamad even asked the Malaysian Anti-Corruption Commission to investigate the Transport Minister for the DMU decision, which is the first time a Barisan Nasional backbencher had called for anti-corruption investigation into a Barisan Nasional Minister.
With Ong’s absence, no proper answer was forthcoming from the Deputy Transport Minister.
On the RM12.5 billion Port Klang Free Zone scandal, Lau hid behind “sub judice” as excuse to decline any explanation or accountability on the “mother of all scandals”.
dari blog Yb lim kit siang

Nazri: VK Lingam Tidak Langgar Undang-Undang

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menggemparkan Parlimen hari ini dengan berkata VK Lingam dibebaskan dari pertuduhan jenayah kerana beliau tidak melanggar undang-undang.Nazri juga mencadangkan bahawa Lingam tidak menyalahi undang-undang kerana mungkin Lingam berlagak seolah-olah boleh mempengaruhi perlantikan hakim hanya untuk mempengaruhi orang lain - dalam kes ini ialah Hakim Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.Beliau juga menambah tiada bukti jelas yang menunjukkan bahawa Lingam berkonspirasi dengan Hakim Tun Ahmad Fairuz.
Nazri tidak menafikan bahawa Lingam adalah watak dalam video skandal itu namun menambah ramai penipu di dunia ini dan mungkin VK Lingam hanya berlagak semata-mata.Nazri seterusnya berkata dari kaca mata perundangan, Lingam mungkin sekadar mencadangkan siapa yang sepatutnya dilantik ke jawatan kanan kehakiman.Beliau berkata mungkin Lingam salah dari segi moral kerana tindakannya telah menghakis integriti badan kehakiman, namun tidak ada undang-undang spesifik menyifatkan perbuatan itu salah.
"Bagi saya menteri Nazri dengan kenyataan itu membuktikan bahawa, kerajaan Barisan Nasional memang tidak ada niat politik untuk berbuat apa-apa tentang masalah rasuah ini. Ini kerana mereka tahu tentang hal ini, bukan sahaja Tun Eusoff Chin tetapi banyak hakim-hakim telah dibabitkan" ujarnyaDi Dewan Rakyat hari ini, Pakatan Rakyat menuntut kerajaan menjelaskan mengapa Peguam Negara enggan mengambil tindakan terhadap VK Lingam meskipun Suruhanjaya Di-Raja mendapati peguam tersebut cuba mempengaruhi perlantikan hakim.Pihak suruhanjaya mencadangkan tindakan diambil terhadap Lingam dan mereka-mereka yang terbabit termasuk bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin, Tun Ahmad Fairuz dan saudagar kaya Tan Sri Vincent Tan.
Nazri juga mengumumkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah mendapati tidak bukti kukuh mengaitkan watak-watak terbabit dengan kesalahan salahguna kuasa.Mengulas perkembangan ini, Ahli Parlimen Subang Sivarasa Rasiah mengesyaki kerajaan cuba menutup skandal VK Lingam disebalik alasan teknikal.
"Mungkin itu tujuan mereka kalau mereka kata kes ini tidak ada bukti, kes ini ditutup. Dan mereka harap rakyat boleh menerima, badan kehakiman sudah bersih. Tapi tidak logik. Ia logik lah. Hakim-hakim yang dilantik dulu di bawah hakim-hakim yang rasuah ini masih ada dalam sistem sekarang. Kita tidak boleh asingkan sistem dan hakim-hakim sekarang daripada sistem dahulu. Mereka yang mewarisi masih duduk di atas, di semua peringkat" tambahnya lagi.
Nama Lingam mula dikenali ramai apabila gambarnya sekeluarga bercuti dengan Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin di New Zealand tersebar luas di Internet. Turut dipaparkan dalam Internet gambar Lingam bersama-sama taukeh besar Tan Sri Vincent Tan dan Tan Sri Mohtar Abdullah, mantan peguam negara, yang dirakamkan semasa percutian ke Itali.
"Seorang peguam yang membela kes-kes di hadapan hakim itu juga di Mahkamah Persekutuan lalu membawa dia bercuti bersama. Jelas kalau itu bukan rasuah, jadi apakah rasuah? Kalau menteri Nazri tidak memahami ini, saya minta dia turun kembali dan tengok buku asas lah" katanya.
Menurut Sivarasa, sekiranya kerajaan tidak serius dalam menangani isu yang sebegini besar, maka kerajaan akan dilihat gagal untuk mAhli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, berkata perbualan VK Lingam menyebabkan badan kehakiman negara menghadapi kehakisan integriti yang serius.Beliau mencadangkan Lingam didakwa dibawah Akta Hasutan.Nazri berkata kerajaan sedang mempertimbangkan perkara tersebut.

Isu '3 Batu Nautika', Bloger Perlu Hebatkan Kempen.

By Asyok Kumar
KUALA LUMPUR, 10 Nov: Bloger-bloger yang cintakan bebenaran dan keadilan perlu membantu memperhebatkan kempen mengenai isu '3 batu nautika' bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak kerajaan negeri Kelantan. Hal ini dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku editor Blog Ibnu Hasyim di pejabatnya di sini pagi ini.
"Saya sokong Datuk Husam mengenai isu 'tiga batu nautika' yang diletakkan sebagai syarat untuk melayakkan negeri pengeluar seperti Kelantan mendapat royalti minyak. Hal ini adalah satu hujah yang tidak berasas kerana syarat itu tidak termaktub dalam Akta Petroleum 1974." kata Dr Hj Mohd.Hal ini ditimbulkan berikutan dari kenyataan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa yang hadir parlimen semalam bagi mendengar sendiri penggulungan perbahasan pada peringkat Jabatan Perdana Menteri oleh Menterinya, Tan Sri Nor Ya’kub mengenai perkara ini.
Dr Hj Mohd menyokong Datuk Husam mengenai isu ini. Difahamkan Datuk Husam akan menyentuh semula mengenai royalti dan hujah yang digunakan oleh pihak tersebut itu, yang tidak ada dalam mana-mana undang-undang. "Kalau kita tengok undang-undang negara kita, yang ada hanyalah dua belas batu nautika bukan tiga batu nautika. Tetapi akta petroleum mengatasi segala undang-undang,” kata Dr Hj Mohd merujuk kata-kata Datuk Husam.
Beliau menyokong kenyataan Datuk Husam yang meminta perbahasan akta petroleum di Dewan Rakyat pada November 1975 oleh Ketua Menteri Sarawak ketika itu Tun Rahman Yaakob dirujuk kembali. Tun Rahman ketika itu menekankan dua unsur penting dalam akta petroleum 1974.
Pertama: Kuasa petroleum sebelum akta ini adalah terletak di bidang kuasa negeri-negeri, sejak sebelum kita menyertai Malaysia dan Persekutuan Tanah Melayu. Negeri Kelantan sama seperti Sarawak, iaitu negeri berdaulat dan mempunyai kuasa di atas petroleum dan kuasa ini hanya boleh diserahkan melalui satu perjanjian, dan perjanjian adalah mengikut akta 1974.
Kedua: Selepas negeri meyerahkan hak ini, adalah menjadi tanggungjawab petronas membayar pampasan dalam bentuk wang tunai. Adalah menjadi tanguungjawab petronas dalam bentuk ‘cash payment’, bukan royalti, bukan wang ehsan. Ia mesti dalam bentuk tunai dan dibayar kepada negeri pengeluar.
Beliau turut menyebut mengenai jawapan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdul Razak kepada soalan ahli parlimen Lim Kit Siang iaitu: “Tuan Yang di Pertua, Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5% daripada nilai petroliam yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan atau di luar perairan negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun ejensi-ejensi ataupun kontrektor-kontrektornya.
"Tegasnya, menurut Datuk Husam, kerajaan negeri bukan sekadar ingin menuntut wang yang sememangnya menjadi hak rakyatnya namun apa yang lebih penting adalah ketelusan kerajaan persekutuan dalam membela kebajikan rakyat.Datuk Husam juga turut mempersoal mengenai laporan tahunan Petronas yang tidak pernah dibentangkan di parlimen, “Kenapa petronas tidak boleh membentangkan di parlimen penyata petroleum di seluruh negara. Berapa pengeluaran setiap telaga pada setiap tahun dan berapa nilai pengeluaran tersebut. dan kedudukan tiap-tiap telaga termasuk bumi selatan yang disebut perdana menteri akan dibayar kepada Kelantan dalam bentuk wang ehsan,” soalnya.
Sehubungan itu, beliau menegaskan, kerajaan negeri akan terus memperjuangkan tuntutan ke atas royalty demi keadilan rakyat Malaysia."Oleh itu, bloger-bloger di Malaysia perlu prihatin dan bertanggung jawab dalam membela kebenaran dan keadilan terhadap rakyat tidak kira agama dan kaum, kerana Al-quran sendiri menyebutkan "Kebenaran itu adalah dari Tuhanmu dan janganlah kamu termasuk di kalangan orang-orang yang ragu...
Jom, kita memperhebat kempen mengenai isu ini bagi memberikan kesedaran kepada rakyat mengenai hak mereka!" Jelas Hj Mohd yang juga Presiden Grup Universiti Ulu Klang, Malaysia. (Pelbagai sumber/AK)

Pembangunan Yang Merugikan Rakyat

BESUT – Orang ramai menggesa pihak berkuasa terutamanya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan penyiasatan keatas semua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu terutamanya semasa diterajui bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.Ia adalah kerana, selain dianggap membazir, projek-projek tersebut mengalami banyak ‘kerosakkan’ walaupun baru di siapkan dan merupakan kerugian kepada harta rakyat.
Projek-projek pembangunan yang dibiayai ’dana khas’ dan ’wang ehsan’ merupakan yang paling banyak mengalami kecacatan rosak dan runtuh.
Kerosakan besar yang berlaku adalah seperti runtuhnya atap Stadium Sultan Zainal Abidin, Pusat Akuatik Batu Burok yang bocor, siling lapangan terbang Sultan Mahmud yang tanggal, runtuhnya menara komunikasi di Tembila, Besut dan runtuhnya bumbung masjid di Kerteh.Manakala semakan Buletinonline mendapati, rata-rata masjid-masjid yang di bina pada zaman Idris mengalami kerosakan sebaik sahaja siap dan mula digunapakai.Antaranya adalah masjid Kristal yang mengalami kebocoran, masjid Kampung Lingai, Batu Rakit dan masjid Kampung Bintang, Setiu.Manakala dalam kawasan Dewan Undangan Jerteh sendiri dimana Idris adalah wakil rakyatnya, pelbagai projek yang tidak munasabah yang dilaksanakan menjadi terbengkalai dan rosak.Antaranya pembinaan pasar besar Jerteh atau Jerteh Souq, bangunan Taman Selera di sisi jambatan Jerteh dan taman rekreasi ditebing sungai Jerteh berhampiran masjid Hadhari.Sebanyak enam buah wakaf di taman rekreasi Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dibina menjadi lanskap bagi sebuah Masjid Hadhari disini, rosak ditenggelami airkerana dibina dalam lembah di tebing sungai Jerteh.
Buletinonline dimaklumkan, Taman Rekreasi JPS dibina oleh Majlis Daerah Besut dengan kos lebih RM100 ribu.Seorang penduduk, Abdullah Mat Zin, 45, hairan bagaimana pembangunan sebuah Taman Rekreasi JPS yang dibina di tebing Sungai Jertih diluluskan.Ini kerana, katanya taman tersebut dibina terlalu rendah serta berada di bawah paras aliran air sungai berkenaan.“Saya rasa pelik macam mana pihak kerajaan boleh lulus buat Taman Rekreasi JPS ini. Mereka (kerajaan) buat di tempat rendah dan mudah ditenggelami air Sungai Jertih.“Jika air pasang atau hujan lebat sikit pun boleh tenggelam wakaf-wakaf serta Taman Rekreasi JPS itu,” jelasnya.
Beliau mahukan pihak berkuasa seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat.
Selain Abdullah, seorang pesara kerajaan Mohamad Said, 63, berkata pembinaan wakaf dan taman rekreasi di tebing sungai Jerteh menjadi ‘bahan ketawa’ orang Jerteh.“Semua orang tahu, pada setiap tahun ketika musim hujan, air sungai Jerteh akan melimpah dan banjir akan berlaku,”pembinaan wakaf dan taman rekreasi tersebut, benar-benar tidak masuk akal,”katanya ketika ditemui.
Beliau dimaklumkan pembinaan enam buah wakaf yang kini ditenggelami air Sungai Jertih tersebut mencecah harga RM20,000 sebuah.
-buletin online