Saya dengan rendah hati BERSETUJU dengan tindakan YAB MB Selangor TS Khalid Ibrahim yang mengambil keputusan secara drastik tersebut . Sememangnya wajar dan amat relevan larangan tersebut di buat dan perlu diikuti oleh semua negeri-negeri di bawah kekuasaan Pakatan Rakyat.
Saya bersetuju bukan kerana saya adalah merupakan ahli Parti Keadilan Rakyat dan merupakan pimpinan AMK pusat maka saya mesti bersetuju dengan apa jua keputusan yang di buat oleh TS Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor .
Ini adalah kerana saya sewaktu berada di dalam UMNO , adalah merupakan seorang SAHABAT BTN ( tenaga penceramah , fasilitator , pengkuliah , jurulatih di panggil 'Sahabat BTN ') ! Saya adalah merupakan PENCERAMAH dan FASILITATOR BTN Cawangan Terengganu ( Boleh sahkan dengan Sdr. Rosli Abdullah sekarang Setiausaha Majlis Perhubungan Negeri PKR Terengganu – beliau ialah bos saya selaku Pengarah BTN Cawangan Terengganu ) . Sejak tahun 1991 hinggalah saya dipecat pada tahun 1998 . Perkhidmatan saya ditamatkan selepas saya didapati menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Saya mula bersama BTN sewaktu saya berada di Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung ( GPMS ) . Saya pernah dipilih dalam Persidangan Agong Tahunan GPMS sebagai EXCO GPMS Kebangsaan ( sesi 1993-1996 ) bersama-sama Dato’ Shuhaimi Ibrahim , Sdr. Rezal Merican ( Datuk ) , Sdr. Sharil Rejab dan ramai lagi . Saya memang dididik dan di’tarbiyah’kan dengan semangat ke'melayu'an yang melampau .
Waktu itu memang menjadi kebanggaan kepada saya kerana dipilih menjadi SAHABAT BTN . Setiap bulan 2 atau 3 kali saya akan berada di Kem Bina Negera sama ada menjadi Penceramah atau Fasilitator .
Sebelum berkisar kerja saya dalam BTN , sewaktu saya masih dibangku sekolah menengah , saya pernah menjadi peserta program BTN . Disitulah saya didoktrinkan dengan semangat kemelayuan . Saya diasuh untuk membenci orang cina! Saya disuntikkan dengan kekuatan UMNO sebagai landasan mempertahankan kuasa politik melayu dan mesti membenci kaum cina . Orang cina sebagai komunis , DAP adalah komunis , orang cina hendak menguasai negara melalui kuasa politik . Di situ saya mula mengenali lagu WARISAN .
Bila menyanyikan lagu WARISAN .. menangis dan meraung-raung! Semangat melayu membuak-buak!!! Meratapi nasib melayu .. kalaulah ada orang cina di situ jawabnya MATI lah !
Dari sekolah menengah lagi saya menyertai GPMS sehinggalah menjawat jawatan EXCO GPMS Kebangsaan . Lagu WARISAN menjadi lagu Tangga No. 1 carta muzik GPMS . Menarik lagi lagu tersebut dicipta oleh bekas Setiausaha Agong GPMS Sdr Nordin Kardi ( Dato’ Dr. ) ( beliau menjadi pensyarah saya sewaktu saya belajar di UPM , selepas itu beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah BTN ) .
Semasa menjadi penceramah dan fasilitator BTN , memang tugas saya ialah mendoktrinkan para peserta untuk menyokong UMNO! UMNO lah parti yang memperjuangkan orang melayu . Banyak kejayaan yang dibuat oleh UMNO dalam mentadbir negara dan negeri , UMNOlah segala-galanya . UMNO IS THE BEST IN THE WORLD!
Pembangkang ( PAS , DAP dan Semangat 46 ) adalah musuh negara . PAS adalah Parti Ajaran Sesat , DAP Komunis dan Semangat 46 petualang Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP dan PBS ( parti kristian – waktu itu PBS adalah pembangkang dan menerajui kerajaan Sabah ) .
Kejayaan manusia bernama Mahathir Mohamad sebagai Ultra Melayu . Mesti menjayakan Wawasan 2020 , Mahathir adalah yang paling hebat ! Peserta mesti diyakini bahawa untung nasib melayu dan negara terletak pada UMNO dan BN . Mahathir dan UMNO adalah penyelamat melayu ! Apa yang kami sampaikan pada peserta dari hari pertama hinggalah ke hari akhir ialah melayu,melayu,melayu,melayu! UMNO,UMNO,UMNO,UMNO!
Sewaktu saya masih bekerja sebagai cikgu di Terengganu ( 1999 ) , sebelum saya ditukarkan ke Sekolah Jenis Cina Jabor , Hulu Kemaman ( sempadan Pahang – Terengganu ) , saya dikaitkan menyokong pembangkang dan menjadi penyokong kuat REFORMASI serta Anwar Ibrahim , saya telah dinamakan untuk menghadiri Kursus Bina Negara di Kem Bina Negara , Bukit Keluang , Besut . Semua kakitangan kerajaan yang di senarai hitam menyokong pembangkang , reformasi dan Anwar Ibrahim dikumpulkan dalam program tersebut. Para penceramah adalah daripada daripada BTN Pusat . Kami di’basuh’ agar kembali menyokong UMNO. Cerita-cerita Anwar pengkhianat , agen Amerika , Azmin agen Amerika , PAS menyesatkan , Mahathir betul , negarawan hebat dan pelbagai dakyah songsang disampaikan kepada kami termasuk tentang keselamatan negara . Syukur kerana mereka tidak berjaya mengubah pendirian dan prinsip saya.
Semua tenaga BTN sama ada Pengarah , Penolong Pengarah , kakitangan tetap , penceramah , pengkuliah , jurulatih hatta kontraktor makan, pembekal bahan makanan dan semuanya yang terlibat dengan BTN adalah WAJIB UMNO ! Berjawatan dalam UMNO !
Sekira benar itu hasrat Najib dan kuncu-kuncunya . Termasuk Muhyidin Yasin selaku timbalan Najib . Maka adalah amat RELEVAN organisasi yang bernama Biro Tatanegara di bawah Jabatan Perdana Menteri ini DIBUBAR! Kalau tidak , 1 Malaysia hanyalah slogan semata-mata atau bersifat ‘kosmetik’ . Untuk meralisasikan 1 Malaysia , BTN yang merupakan pencetus semangat perkauman , mendoktrinkan nilai perpecahan kaum, penghasut dan penghancur perpaduan kaum WAJIB DIBUBARKAN! Kalau tidak Najib perlu ‘kubur’kan slogan 1 Malaysia tersebut. Dan Najib tidak layak bercakap tentang 1 Malaysia .
Saya CABAR , Pergerakan Pemuda UMNO , Pemuda MCA , Pemuda MIC , Pemuda PPP , Pemuda Gerakan dan semua pemuda komponen BN termasuk di Sabah dan Sarawak untuk desak Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN ini memBUBARkan BTN!
farizmusa.blogspot.com