klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 25 November 2009

MBMBI ganti PPSMI sesuatu yang janggal

KUALA LUMPUR, 25 Nov: Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Azmi Abdul Hamid pagi tadi menganggap keputusan kabinet memperkenalkan pelan Memertabat Bahasa Melayu Dan Memperkasa Bahasa Inggeris (MBMBI) sebagai sesuatu yang janggal.Anggapan tersebut sebagai respon pada pengumuman Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, bagi mengantikan pelan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
"Walaupun pelan penggantian ini (MBMBI) bermula 2011, setahun lebih awal, saya masih melihat ianya janggal.""Sepatutnya kebinet mansuhkan terus PPSMI dan kembalikan sistem pendidikan negara pada sistem yang asal.
"Beliau juga berpendapat bahawa kabinet seharusnya berusaha untuk memperkukuh semula bahasa kebangsaan."Sepatutnya kerajaan perlu memperkukuh semula Bahasa Melayu (atau) Bahasa Kebangsaan dalam semua hal pentadbiran dan pendidikan," ujarnya."Tumpuan itu (memperkukuh bahasa Melayu) itu lebih mendesak...bila PPSMI dilaksanakan sejak 6 tahun lalu, proses kemandulan bahasa (Melayu) berlaku.
"Ujarnya lagi, kerajaan juga dilihat tidak serius memartabatkan bahasa Melayu.Beliau juga melahirkan kebimbangan, jika dasar MBMBI yang menggantikan PPSMI tersebut gagal memartabatkan semula kedudukan Bahasa Melayu."Saya bimbang dasar baru ini gagal...bahasa Melayu gagal jadi bahasa ilmu dan rakyat gagal menguasai (sabjek) Sains (dan) Matematik disebabkan masalah penguasaan bahasa Inggeris sebenarnya."
"Sepatutnya kerajaan mesti memperkasa teknik pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris sendiri, tidak perlu dasar baru ini jika pelajar benar-benar lemah bahasa Inggeris," jelasnya.Beliau juga mencadangkan kerajaan memberi insentif berupa elaun kepada guru yang mengajar Sains dan Matematik kelak.
"Kalau dulu boleh bagi elaun kepada guru-guru PPSMI, saya cadang bagi elaun dan jangan anak tiri guru-guru yang ajar sabjek Sains (dan) Matematik guna bahasa kebangsaan."Nada yang sama turut ditegaskan oleh Penolong Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kayat.
"Dasar baru itu saya lihat masih kabur, tidak ada suatu jaminan bahawa sistem pendidikan negara akan kembali seperti biasa, (iaitu) menggunakan bahasa kebangsaan," jelasnya.Ujarnya, keputusan kerajaan memperkenalkan MBMBI dilihat tergesa-gesa, sama seperti melaksanakan PPSMI enam tahun dahulu.
"Jelasnya lagi, GMP yang merupakan pertubuhan paling lantang mendesak kerajaan memansuhkan PPSMI sebelum ini turut tidak diajak berbincang tentang dasar baru tersebut, walaupun keanggotaannya terdiri oleh beberapa tokoh bahasa dan sasterawan.Bagaimanapun, tambahnya lagi, GMP akan mengadakan mesyuarat khusus demi meneliti dasar MBMBI tersebut.
Semalam, Muhyiddin berjanji bahawa dasar MBMBI tidak akan mengetepikan penggunaan bahasa Inggeris, walaupun PPSMi dimansuhkan kelak.Beliau yang juga Menteri Pelajaran Malaysia menyeru rakyat supaya terus menguasai bahasa Melayu.

Kementerian Pengajian Tinggi lulus kenaikan yuran kami: KUIS

Kenaikan yuran pengajian di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dibuat selepas persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), kata seorang pegawainya."Isu kenaikan yuran, kita ikut KPT. Sebarang kenaikan setiap yuran akan dibentangkan dalam mesyuarat lembaga pengarah (KUIS) dan mendapat persetujuan mereka.
"Kadar yuran yang dikenakan, telah dipersetujui oleh kementerian. Sebarang kenaikan, kita kena mohon kepada KPT," kata eksekutif pemasaran kolej itu Raja Nor Ashikin Raja Ramli kepada Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas tindakan sekumpulan kira-kira 40 pelajar KUIS yang menghantar memorandum kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelmarin yang menggesanya campur tangan berhubung isu kenaikan yuran pengajian peringkat diploma dan ijazah.Mulai 2007, pelajar diploma membayar RM2,500 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM1,000. Manakala pelajar peringkat ijazah sarjana muda membayar RM5,000 seorang bagi setiap semester – kenaikan RM2,500.
Raja Nor Ashikin juga berkata, Timbalan Rektor Akademik dan Pembangunan Mahasiswa KUIS Mohd Khairi Hussin pernah mengadakan pertemuan dengan pelajar pada 10 November lalu bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu kenaikan yuran pengajian.
Bagaimanapun pegawai pemasaran itu tidak pasti dengan hasil dialog tersebut – yang turut disertai oleh kumpulan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) yang ke pejabat menteri besar itu.
Tambahnya, KUIS juga memberi diskaun yuran pengajian kepada pelajar cemerlang yang mendapat jumlah markah purata terkumpul CGPA sebanyak 2.8 ke atas. "Kita juga mengenakan yuran diskaun, bagi pelajar yang cemerlang, iaitu mengurangkan yuran pengajian mereka."Sebagai contoh, pelajar yang mendapat jumlah mata 3.5 ke atas, mereka diberi yuran diskaun sebanyak 15 peratus."Pelajar yang mendapat mata 2.7 ke bawah, tidak ada potongan," katanya.
Pegawai KUIS itu juga berkata, insitutusi juga turut mencetak dalam borang permohonan mengenai struktur yuran bagi kedua-dua peringkat untuk diisi oleh pemohon."Kami tidak ada apa-apa yang hendak disorok," katanya.
Sementara itu, diminta mengulas memorandum tersebut petang ini, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan cuba menyelesaikan bebanan yuran pengajian setelah mendengar penerangan daripada kedua-dua pihak.
"Kita akan dengar bukan sahaja daripada mahasiswa KUIS, tetapi mahasiswa lain juga, kita akan dengar."Mereka mesti mempunyai alasan yang munasabah yang mereka akan utarakan," katanya dalam sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam petang ini.
"Kerajaan negeri prihatin dan cuba untuk menyelesaikan masalah (ini), di samping cuba memikirkan kerana pengajian tinggi ini memerlukan dana-dana yang banyak, antara dana yang diperlukan adalah kutipan yuran tersebut".

Peguam: Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala

Mereka yang berfikiran waras akan membuat kesimpulan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat berkaitan dengan kehilangan P Balasubramaniam, kata peguam penyiasat persendirian itu Americk Singh Sidhu.Menurutnya, fakta-fakta kelihatannya menunjukkan kepada kemungkinan mereka tidak mahu penyiasat itu lagi dan menyerahkan tugas itu kepada orang lain yang rapat dengan mereka, untuk dilaksanakan.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini, Americk memandang berat pembabitan adik perdana menteri, Datuk Mohamed Nazim.Menurutnya, persoalan yang timbul ialah mengapa Nazim berminat dengan kehilangan Balasubramaniam "jika dia tidak mendapat perlindungan daripada abangnya?"Balasubramaniam baru-baru ini mendedahkan bahawa dia pernah berjumpa dengan Nazim, seorang arkitek, pada malam sebelum dia menarik balik akuan bersumpah pertamanya yang mendakwa Najib ada hubungan rapat dengan Altantuya Shaariibuu, wanita Mongolia yang mati dibunuh.

Balasubramaniam turut mendakwa bahawa dia ditawarkan RM5 juta oleh seorang yang dikenali sebagai Deepak, seorang ahli perniagaan yang didakwa rapat dengan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor supaya menarik balik akuan bersumpah pertamanya.Najib telah berulang kali menafikan spekulasi bahawa beliau di belakang tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah pertamanya itu.

Bercakap kepada Malaysiakini, Americk menceritakan bagaimana beliau diperkenalkan kepada Balasumbramaniam; tindakan bekas anggota polis Cawangan Khas menarik balik akuan bersumpah pertamanya Julai tahun lalu dan pertemuan seterusnya beliau dengannya selepas muncul semula daripada persembunyian setahun kemudiannya.

Americk turut mendedahkan bahawa rakaman video wawancaranya dengan Balasubramaniam tiga bulan lalu, dibuat secara rahsia sebagai "satu jaminan sekiranya dia ditahan oleh pihak-pihak yang terbabit dalam pemergiannya dari negara ini setahun yang lalu.""Dia tidak tahu yang dia sedang dirakamkan pada masa itu, tetapi kita kemudiannya memaklumkan perkara itu kepadanya dan dia faham mengapa kita berbuat demikian," katanya.

Menurut Americk lagi, Balasubramaniam mungkin melakukan kesalahan di bawah Akta Akuan Bersumpah 1960 kerana memberi akuan bersumpah yang bercanggah, tetapi dia boleh mempertahankan dirinya kerana dia nampaknya telah dipaksa, diugut dan/atau dipaksa menandatangani akuan bersumpah kedua".

Tetapi, katanya, mereka yang didakwa menghasut akuan bersumpah kedua yang palsu dibuat - Deepak, ASP Suresh dan peguam M Arunampalam - juga berdepan dengan tuduhan jenayah kerana bersubahat dan berkonspirasi.

Mengenai Nazim pula, Americk mendakwa, dia terbabit dalam melakukan ugutan jenayah terhadap Balasubramaniam di samping kemungkinan didakwa bersubahat/konspirasi berhubung pembuatan akuan bersumpah kedua yang palsu.

Berikut adalah bahagian pertama daripada dua siri wawancara dengan Americk.
[Baca berita penuh]
Penyiasat dedah nama adik NajibPI Bala - Dari Bangkok ke Kathmandu dan DelhiBom petrol 'amaran' pada peguam kes akuan Bala
malaysiakini

Selangor rasmi boikot program BTN

Selangor hari ini memutuskan untuk menghentikan penyertaan para pelajar institusi pengajian tinggi miliknya ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN), kata exco pendidikan tingginya Dr Halimah Ali. Keputusan yang berkuatkuasa serta-merta itu dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri susulan desakan sekumpulan ADUN Pakatan Rakyat di negeri itu yang mendakwa program kendalian biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu membangkitkan sentimen perkauman.
Tiga buah pusat pengajian tinggi yang dimiliki kerajaan negeri itu: Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Inpens.
Dalam sidang medianya di Shah Alam selepas mesyuarat itu, Dr Halimah menyifatkan program BTN sebagai "indoktrinisasi kerajaan (pusat) BN untuk menimbulkan fenomena yang agak racist (perkauman) dan memecah belah penduduk pelbagai bangsa."Selasa minggu lalu, sekumpulan wakil rakyat muda tiga parti dalam gabungan pembangkang itu menulis surat kepada Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat desakan demikian.
ADUN-ADUN yang membuat desakan itu: Amirudin Shari (PKR-Batu Caves), Lau Weng San (DAP-Kampung Tunku), Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR-Seri Setia), Jenice Lee Yin Ha (DAP-Teratai), Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP-Subang Jaya) dan Gan Pei Ni (PKR-Rawang).Malaysiakini
FM - tahniah Kerajaan PR Selangor ! BTN adalah perosak rakyat ! Pencetus perpecahan orang Melayu dan bangsa Malaysia ! Pembuat fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim ! saya tahu kerana saya dulu sewaktu berada dalam UMNO adalah tenaga Penceramah dan Fasilitator BTN .

ANWAR MENANG SAMAN NSTP KES ARTIKEL FITNAH RM3 BILLION DAN AGEN AMERIKA

Terkini : MAHKAMAH TINGGI JALAN DUTA : Jam 3.05 ptg tadi , saya hadir ke mahkamah jalan duta di bersama YB Amirudin Shari dan Sdr. Hasmuzir bagi mendengar keputusan penghakiman kes saman Datuk Seri Anwar terhadap New Straits Times Press (M) di kamar Mahkamah Tinggi Sivil 10 hari ini .

Datuk Seri Anwar telah menyaman NSTPdan Bekas Ketua Editor NSTP Abdullah Ahmad pada 4 Julai 2003 di atas penyiaran artikel bertajuk "Anwar's Link To US Lobbyist" .

Sebelum itu Datuk Abd. Razak Idris , bekas Pengarah Penyiasat SPRM menyatakan pada mahkamah bahawa setelah disiasat oleh SPRM ( dulu BPR ) didapati kenyataan bahawa Anwar mempunyai skandal akaun luar negara sejumlah RM3 billion adalah tidak benar dan tidak berasas.

Hakim telah memutuskan bahawa NSTP dan Abdullah perlu membayar saman kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sejumlah RM100,000 . Mahkamah juga memutuskan agar NSTP membayar RM20,000 untuk kos mahkamah .

Terbukti konspirasi jahat mereka terus gagal .

ayuh layarilah http://kajian-quran.blogspot.com

Saya terima email daripada sdr Khalid Yong .... Saya kira blog yang patut dilayari oleh teman-teman ... tahniah dan syabas sdr. Khalid Yong !
Marilah kita melihat kehebatan Al-Quran adn mengkaji serta menjana ilmu-ilmu baru lagi hebat. Sila layarihttp://kajian-quran.blogspot.com/

AMK BANTAH CADANGAN PENERUSAN PIALA MONSUN SELEPAS 2012 OLEH MB TERENGGANU DATUK AHMAD SAID

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu

Tarikh : 25 November 2009

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu membantah cadangan Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said untuk meneruskan Pertandingan Kapal Layar Piala Monsun selepas tamatnya perjanjian pada tahun 2012 sepertimana yang dilaporkan oleh MStar Online bertarikh 14 November 2009 bertajuk “Monsoon Cup Will Stay Beyond 2012” .

Dalam kenyataan tersebut , beliau berkata akan melakukan penilaian kandungan perjanjian sebelum mengumumkan keputusan Kerajaan Negeri sama ada untuk meneruskan kejuaraan tersebut selepas 2012 , beliau juga menambah sekiranya membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri maka Kerajaan Negeri sudah pasti bersedia untuk meneruskannya .

Benarkah membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri atau kebaikan dan keuntungan kepada beberapa individu di atas nama UMNO /BN yang mengaut wang dan harta rakyat melalui Piala Monsun sepertimana yang dapat dilihat dan diketahui umum .

Contohnya : Yang pertama, pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit. Kedua, pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta. Ketiga, perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta. Keempat , membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah. Dan tidak termasuk projek-projek lain seperti Taman Tamaddun Islam yang juga melibatkan pembinaan Masjid Kristal membabitkan kos sebanyak RM249.3 juta . RM 270 juta untuk pembangunan di Pulau Wan (malah ada sumber mendakwa belanja berkali ganda lebih besar).

Sepertimana yang dimaklumkan T-Best Event Sdn Bhd yang dulunya dikenali sebagai Premium Project Management Sdn Bhd telah diberi kebenaran oleh Swedish Match Grand Prix AB untuk mengendalikan Piala Monsun dengan perjanjian yang ditandatangani pada 5 Ogos 2005 dan perjanjian tersebut selama 8 tahun iaitu akan berakhir pada tahun 2012.

Malah kini T-Best Event Sdn Bhd bukan lagi milik kerajaan Negeri Terengganu. Dalam penggulungan Sidang DUN yang baru lalu, Exco Belia dan Sukan, Rahin Said gagal memberikan beberapa penjelasan berkaitan syarikat T-Best Event Sdn Bhd. Iaitu apabila didedahkan profil syarikat T-Best Event dikuasai Prestasi Wangi Sdn Bhd ( 67.1% ) dan TDM Bhd ( 42.9% ) . Ini membuktikan Prestasi Wangi Sdn Bhd dan beberapa individu di Kuala Lumpur memegang saham lebih besar daripada kerajaan negeri Terengganu.

Tiba-tiba, pada 14 Ogos lalu, bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik muncul memberi kenyataan akhbar selaku Pengerusi Piala Monsun, selepas pelancaran klinik layar Sekolah Pelayaran Monsun (MSS) di Pusat Maritim Putrajaya. Dato’ Wan Hisham Wan Salleh tidak lagi menerajui T.Best Event ?

Sedangkan pada 7 Ogos 2008 , Menteri Besar Terengganu Dato’ Ahmad Said berkata, penganjuran kejohanan kapal layar Piala Monsun diambil alih oleh kerajaan Terengganu daripada syarikat T-Best Events Sdn Bhd. Tambah mengelirukan dan semakin bercelaru .

AMK Negeri Terengganu tegas menyatakan pendirian membantah terhadap penganjuran pertandingan berprestij tersebut diteruskan selepas 2012 malah kewajaran untuk menghentikan kejuaran tersebut segera walaupun terpaksa melanggar perjanjian demi kepentingan rakyat . Kejohanan Kapal layar Piala Monsun ini menelan wang rakyat yang sangat tinggi sepertimana yang dilaporkan oleh sebuah majalah antarabangsa Asia Pacific Boating yang menyebut belanja penganjuran Monsoon Cup adalah sebanyak RM 300 juta setahun .

Bayangkan RM300 juta setahun selama 8 tahun wang rakyat hangus dan dibazirkan kerana menganjurkan kejohanan termahal ini . Adalah lebih bertanggungjawab menghentikan kejohanan tersebut demi kepentingan rakyat dan menyalurkan wang tersebut bagi menjana pembangunan , pendidikan dan kebajikan rakyat .

Malah pada 22 Ogos 2007 , Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen mengenai Integriti, Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkata, aduan diterima menyatakan keuntungan penganjuran sukan Monsoon Cup itu hanya diraih oleh individu tertentu sedangkan pada keseluruhannya ia dikatakan tidak memberi pulangan seperti yang diharapkan. Kenyataan Wan Hashim ini adalah hasil pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat ini di Kuala Terengganu yang antara lain turut membangkitkan rasa tidak puas hati rakyat terhadap penganjuran sukan itu yang dikatakan membazir dan tidak menguntungkan.

Adakah wajar ratus juta wang rakyat dihabiskan setiap tahun dalam sukan elit tersebut sedangkan Terengganu merupakan negeri ke 2 Termiskin dalam negara berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM) .

Menurut Statistik yang dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pula menunjukkan penerima bantuan paling ramai sehingga 2008 adalah di Pahang dengan 36,600 diikuti Terengganu (22,710), Kedah (21,393) dan Perak (17,722). Negeri yang mencatat jumlah bantuan paling tinggi pula ialah Terengganu dengan penyaluran bantuan lebih RM57 juta .

Sehingga sekarang sejak tahun 2005 , Piala Monsun ini tidak memberikan manafaat kepada rakyat sepertimana yang dihasratkan oleh objektif kepada penganjuran kejohanan tersebut , malah berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negera 2008 mendapati Terengganu masih lagi mengalami defisit selama 2 tahun berturut-turut iaitu 2007 dan 2008 .

Lebih mendukacitakan apabila peningkatan hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4% walaupun Terengganu mencatatkan penerimaan Dana Khas berjumlah RM 2.613 billion daripada Kerajaan Pusat bagai tahun 2007 dan 2008 .

Ini membuktikan kegagalan Ahmad Said selaku Menteri Besar Terengganu mengurustadbirkan wang rakyat . Apakah keuntungan yang diperolehi daripada penganjuran Pertandingan Perahu Layar bertaraf antarabangsa ini sekiranya Ahmad said bercadang untuk meneruskannya ? Sudah pasti Terengganu tidak akan mengalami defisit dan peningkatan hutang kepada Kerajaan Persekutuan sekiranya Piala Monsun ini menguntungkan rakyat dan negeri terutama sektor pelancongan dan perolehan pendapatan negeri serta pembangunan ekonomi .

AMK juga mempersoalkan Ahmad Said , berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara bahawa Piala Monsun tidak diaudit dan tidak dikemukakan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk diaudit .

Justeru adalah amat dangkal dan keterlaluan apabila Ahmad Said dan Kerajaan Negeri Terengganu masih ingin meneruskan kejohanan Perahu Layar yang bukannya ‘permainan’ rakyat negeri Terengganu , malah tidak memberikan manafaat kepada rakyat negeri Terengganu khususnya kepada rakyat Pulau Duyong serta penjanaan ekonomi negeri Terengganu .

Berapa banyak lagi wang rakyat yang akan dibazir , diseleweng dan digunakan semborono mengikut nafsu serakah pimpinan UMNO/BN Terengganu .

SEMARAK TERENGGANU - SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU !

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

HUKUMAN BUNUH PEROGOL!

saya petik daripada blog Zulkifli Noordin . Saya amat bersetuju kalau perogol kanak-kanak dijatuhkan hukuman BUNUH SAMPAI MAMPUS !
Salam 2 all.
Saya menerima email ini yang menunjukkan hukuman bunuh secara tembakan 11 das dilaksanakan ke atas seorang perogol kanak-kanak berumur 8 tahun. Hukuman ini dikatakan dilaksanakan di Yemen. Kelihatan perogol tersebut dibawa ke tempat hukuman iaitu sebuah tempat terbuka dimana ramai yang menyaksikan.
Saya teringat kisah adik Aaliyah Aiman Hussin, kanak-kanak yang dirogol, diliwat dan dibunuh oleh teman lelaki ibunya. Aaliyah berumur 3 tahun semasa kejadian (kisah lanjut boleh lihat tulisan saya bertajuk "Dajjal ++" bertarikh 21.10.2009).
Kekadang terasa jugak hati saya kalau dapat hukuman macam di Yemen itu dilaksanakan di Malaysia ini, macam kes adik Aaliyah dan banyak lagi kes seumpamanya. Mungkin cara itu dapat menghapuskan jenayah rogol dan seksual terhadap kanak-kanak.

MONOPOLI INDIVIDU SAHAM BERNAS , KERAJAAN TERUS DIPERSOAL

Ahli Parlimen Pakatan rakyat hari ini terus mempersoal kepekaan kerajaan berhubung monopoli saham Padi Beras Nasional Bhd. (Bernas) iaitu sebuah sektor strategik makanan utama negara oleh seorang tokoh perniagaan.
Jika sebelum ini, isu pemilikan 32 peratus saham Bernas oleh syarikat asing Wang Tak Co. Ltd. (Wang Tak) dipertikai, kini isu pengambilan milikan Wan Tak tersebut pula dipersoal.Tradewinds (Malaysia) Bhd (Tradewinds), yang dimiliki oleh tokoh perniagaan Syed Mokhtar Al Bukhary telah diarah untuk membeli kesemua milikan Wan Tak, selepas kerajaan dikritik hebat kerana membiarkan syarikat berpengkalan di Hong Kong itu memegang saham tunggal terbesar Bernas.
Hasil pembelian 32 peratus itu, dan ditambah 55 peratus lagi milikan Budaya Generasi yang juga syarikat milik Syed Mokhtar, menjadikan jumlah keseluruhan milikan tokoh perniagaan tersebut adalah 87 peratus.– harakah daily

Mahkamah Rayuan Terima Permohonan SPR Tangguhkan Pilihan Raya Kecil DUN Kota Siputeh

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan penangguhan perintah Mahkamah Tinggi yang mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya mengadakan pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin menolak permohonan SPR untuk menangguhkan perintah tersebut.Keputusan Mahkamah Rayuan itu diumumkan kira-kira jam 7.30 malam. Esok merupakan tarikh akhir bagi SPR melaksanakan perintah mahkamah tinggi supaya mengeluarkan writ pilihan raya kecil DUN Kota Siputeh.
Berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini, SPR boleh menangguhkan pengeluaran writ tersebut untuk mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari pengundian.Keputusan hari ini dibuat sebulat suara oleh panel hakim yang diketuai oleh Datuk Sulong Matjeraie. Dua lagi hakim ialah Datuk Kang Hwee Gee dan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abd Aziz Abdul Rahim.Mengikut undang-undang, apabila SPR telah mengeluarkan writ tersebut, maka ia tidak boleh dibatalkan.
Sebelum itu, peguam kanan persekutuan, Kamaluddin Md Said berhujah bahawa wujud keadaan tertentu yang membolehkan penangguhan itu dibuat.Katanya, jika SPR sudah menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian, dan jika rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi kemudiannya dibenarkan, maka pilihan raya kecil itu adalah satu pembaziran dana awam.
Kamaluddin juga menegaskan, jika pilihan raya kecil diadakan, ia mungkin menyebabkan ada dua wakil rakyat, jika rayuan SPR dibenarkan.
Manakala peguam kanan Sulaiman Abdullah, yang mewakili speaker DUN Kedah, Dr Abdul Isa Ismail pula berkata, jika mahkamah membenarkan penangguhan itu, ianya hanya menghalang perjalanan perlembagaan kerana kerusi tersebut telahpun diisytiharkan kosong."Apabila sesebuah kerusi diisytiharkan kosong, maka pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dan writ pilihan raya hendaklah dikeluarkan esok," katanya.
Sulaiman berkata, juga tidak ada keperluan segera untuk memberi penangguhan kerana Mahkamah Rayuan boleh mendengar rayuan SPR sebelum tempoh 60 hari itu.Maka katanya, tidak ada keperluan segera untuk mahkamah membenarkan penangguhan.Tambahan lagi, katanya, mengikut undang-undang, mahkamah tidak boleh memberi sesuatu penangguhan terhadap mana-mana perintah yang dipohon. Malaysiakini/-

Sahih SPR Menjadi Jentera Pilihanraya BN

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
24 November 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia berpendapat bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah berkali-kali menyalahguna kuasa serta memutarbelitkan bidang kuasa dalam urusan pilihanraya. SPR bukan sahaja tidak akur kepada keputusan Speaker Kedah yang mengosongkan kerusi DUN, malahan telah mewakili ADUN UMNO untuk memohon penangguhan keputusan Mahkamah Tinggi. Jelasnya bahawa SPR telah hilang kredibiliti serta kedudukan bebas badan tersebut.
Mengikut Perkara 113 (1) Perlembagaan Persekutuan, SPR adalah sebuah badan yang diamanah untuk mengendalikan pilihan raya secara adil dan bebas. SPR bertanggungjawab untuk memastikan penjalanan pilihanraya adalah bebas, adil dan bersih. Prinsip dan nilai demokrasi perlu ditegakkan demi kepentingan rakyat jelata. Namun, sejak peristiwa 3 ADUN Perak lompat parti menjadi ADUN Bebas yang berpihak kepada BN sehingga kes DUN Kota Seputeh, SPR tidak pernah akur kepada keputusan Speaker.
Tindakan SPR yang jelasnya berat sebelah kerana masih bersikap kepala batu untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut di Mahkamah Rayuan Putrajaya.
Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dalam membuat keputusan Mahkamah Tinggi juga mengemukakan kemusykilan beliau terhadap tindakan SPR yang memohon penangguhan keputusan. Sepatutnya bekas ADUN Kota Seputeh, Abu Hassan Sarif yang perlu membuat permohonan.
Sebenarnya sudah lama Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) telah berusaha serta mendesak agar proses pilihanraya di Malaysia dapat diperbetulkan dan diperbaharui. Namun SPR bukan sahaja tidak menerima cadangan yang dikemukakan oleh BERSIH, malahan sanggup dijadi alat kepada BN dan sekaligus meyebabkan badan tersebut hilang kredibiliti serta integriti.
Oleh itu, Angkatan Muda Malaysia menyeru SPR agar insaf serta berani untuk menjalankan perubahan demi menegakkan demokrasi dengan segera di dalam negara kita. Nilai sebenar demokrasi adalah mengembalikan kuasa kepada rakyat. Rakyat perlu diperkasakan untuk menentukan pimpinan negara dengan mengundi pemimpin yang membela rakyat.

Lee Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia