Saya baru menerima maklumat daripada sdr. Rozan ( Ketua AMK Cabang Batu ) melalui sms bahawa beliau telah selamat dibebaskan dengan jaminan polis . Beliau maklumkan bahawa YB Sivarasah juga dibebaskan dengan jaminan polis tetapi 30 orang lagi OKT masih terus ditahan termasuk isteri Tahanan ISA , Pn Laila Othman akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jenayah Jalan Duta .
Isnin, 3 Ogos 2009
Tindakan terhadap peserta demo anti-ISA undang kecaman
Kerajaan berdepan dengan kecaman hebat kerana menangkap beratus-ratus orang dan menggunakan gas pemedih mata dan merima air untuk menyuraikan perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara, semalam.Lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan semalam - yang disertai lebih 15,000 orang di pusat bandar Kuala Lumpur - masih ditahan, demikian menurut laporan media dan para peguam.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang turut menyertai perhimpunan anti-ISA semalam berkata beliau melihat sendiri polis yang didakwanya bertindak sewenang-sewenangnya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas orang ramai.
Lim menuduh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bertindak 'membalas dendam' terhadapnya dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka mengadakan perbincangan meja bulat Parlimen minggu lalu, yang mendesak supaya KPN baru dilantik bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang selamat.'Kecam Najib' Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tindakan ganas kira-kira 5,000 anggota polis ke atas peserta perhimpunan anti-ISA semalam."Adakah ini satu petunjuk yang pentadbiran Najib akan menjadi lebih kejam daripada kerajaan semua perdana menteri sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957?" soalnya.Najib sebelum ini menegaskan bahawa perhimpunan bantahan semalam tidak memberi sebarang makna kerana beliau telahpun berjanji untuk menyemak semula undang-undang tersebut selepas mengambil alih pentadbiran negara April lalu.Manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertanggungjawab terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula dilaporkan berkata, ISA boleh dipinda secepat sesi parlimen yang akan datang.Tetapi pihak pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mendesak supaya akta ISA yang diwarisi dari zaman penjajah itu - yang digunakan untuk menahan penentang kerajaan serta suspek pengganas - dimansuhkan terus.
Latifah Koya, seorang peguam yang mewakili mereka ditahan semalam, berkata polis masih menahan peguam yang juga naib presiden PKR, R Sivarasa, serta isteri dan anak seorang tahanan ISA. Dua lagi kanak-kanak masih ditahan."Kami mengutuk keras tindakan polis itu. Mereka yang hanya memakai baju-T dengan logo anti-ISA, ditangkap. Kami mendedsak supaya mereka dibebaskan segera," katanya kepada AFP.'Rakyat mahu perubahan'pemimpin badan hak asai manusia juga turut mengecam tindakan polis semalam.Presiden Aliran, P Ramakrisnan mengutuk tindakan keras polis ketika menyuraikan perarakan aman anti-ISA semalam.
Tegasnya, ribuan rakyat Malaysia yang prihatin menyertai perhimpunan semalam atas tanggungjawab patriotik mereka yang menolak ISA kerana disalahgunakan oleh BN.Penganalisa politik, Khoo Kay Peng berkata, keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan ramai rakyat menolak kerajaan BN, menunjukkan mereka mahu kebebasan yang lebih luas."Rakyat mahukan perubahan. Jika BN mahu kekal berkuasa, maka ia mesti mendengar hasrat rakyat yang mahukan kebebasan dan supaya hak individu dihormati," tambahnya."Mereka turun ke jalanan kerana kerajaan tidak menyediakan ruang alternatif untuk mendengar kehendak rakyat," katanya.Khoo berkata, BN yang sedang berusaha memulihkan sokongan rakyat selepas pilihanraya umum 2008, berdepan dengan kemungkinan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika ia masih gagal melaksanakan pembaharuan demokrasi di negara ini. - malaysiakini

SPRM tahan ADUN T'ganu disyaki terima rasuah
Ogos 2
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. -malaysiakini
SPRM TANGKAP ADUN TERENGGANU RASUAH
Kecoh call dan SMS dari kawan-kawan di Terengganu apabila Buletin TV3 melaporkan seorang YB ADUN Terengganu ditangkap oleh SPRM dalam kes rasuah .
saya cuba siasat disamping maklumat yang saya terima oleh seseorang yang mula begitu mula akrab walaupun tidak pernah bercakap dan mengenali dengan dekat . Lebih menarik berjawatan dalam salah satu sayap UMNO . Seminggu sudah beliau memberi tahu saya yang seorang YB ADUN UMNO akan diambil SPRM kerana terlalu banyak kes rasuah terutama sebelum Perhimpunan UMNO .
Bukan sahaja beliau tetapi Muzafeq ( Timbalan Ketua AMK Terengganu ) menghubungi saya dan mengesahkan YB Ir Rosli Othman ADUN Kemasik ditahan oleh SPRM di Kuala Lumpur bersama agennya yang didakwa mengutip rasuah setiap bulan .
NAJIB , HISAMUDDIN DAN MUSA HASAN PERLU BERTANGGUNGJAWAB DENGAN KEGANASAN POLIS
Setiap yang hadir ke Perhimpunan Mansuh ISA , 1 Ogos 2009 , tahu apa yang berlaku . Najib dan Media Kerajaan terus menaburkan fitnah yang kononnya para demonstran yang bertindak ganas dan berlaku suasana huru-hara di Kuala Lumpur . Semua yang hadir dan berada di Jalan TAR , di hadapan Pasaraya SOGO dan Kompleks Pertama mengetahui bahawa kesemua huru-hara ini dimulakan oleh pihak Polis . Perhimpunan aman yang dianjurkan bertukar menjadi kelam kabut apabila tindakan brutal pihak polis terutama FRU yang menembak gas pemedih mata dan memancutkan air berasid kepada para demonstran dan orang awam .
Semua bertempiaran lari apabila pihak Polis dan FRU bertindak tanpa perikemanusiaan menghalakan tembakan gas pemedih mata dan air berasid dengan membabi buta dan tanpa belas kasihan . Agak saya antara perhimpunan paling banyak gas pemedih mata ditembak dan dihalakan ke merata tempat .

Suasana aman bertukar menjadi huru-hara dan kelam-kabut , kerana masing-masing bertempiaran melarikan diri dari mengidu dan menghadapi gas yang pedih , perit , panas dan menyakitkan itu . Lebih menyedihkan gas yang dihidu oleh anak-anak kecil dan orang-orang tua yang sudah pasti menyesak dan menyakitkan mereka . Ada yang terbatuk-batuk , menahan sesak nafas dan ada yang pengsan !
Kalau betul kita bertindak untuk melakukan keganasan , sudah pasti saya yang berada dalam saf kepimpinan pemuda PR akan tahu . Kita tidak pernah merancang untuk bertindak sedemikian rupa . Tidak terniat di hati kita akan melakukan sesuatu yang akan memudaratkan orang awam atau negara . Malah dari dulu lagi penglibatan saya dalam perhimpunan atau demonstrasi , tidak pernah kita berbincang atau merancang melakukan huru-hara atau bertindak ganas ! Tetapi dari dulu lagi punca berlakunya sebarang keganasan dimulakan oleh pihak polis samada yang menyamar berada dalam kelompok para demostran atau pihak FRU. Memprovokasi dan menjana suasana yang panas dan ganas !
Justeru , saya menafikan sebarang kenyataan oleh para pemimpin UMNO /BN yang menuduh dan memfitnah Pakatan Rakyat atau para demonstran bahawa kita yang memulakan dan merancang keganasan . Sekiranya betul kita hendak bertindak sedemikian , sudah pasti suasana menjadi lebih teruk , harta awam dimusnah dan dirosakkan , bangunan rosak dan sebagainya sepertimana yang berlaku di beberapa negara apabila demonstrasi bertukar menjadi ganas .Kerosakkan dan huru hara ini sebenarnya dilakukan oleh pihak polis , kereta perisai menyembur air asid disembur membabi-buta . Sehingga masuk ke dalam kedai-kedai !
Sebelum pihak polis menganas , walaupun kami sudah mula ramai berada di sana , para penjual , orang awam dan kenderaan masih beroperasi dan aktiviti mereka berjalan tanpa sebarang gugatan . Sebab rakyat tahu bahawa kita bukan hendak melakukan huru hara , bukan hendak mencederakan mereka . Mereka tetap dengan aktiviti mereka , malah ada yang tidak menghiraukan langsung apa yang berlaku .
Apabila gas pemedih mata di tembak dan air asid dipancutkan , bertempiaran masing-masing menyelamatkan diri . Sudah pasti suasana menjadi kelam-kabut! Siapa yang sanggup hendak tadah muka dan badan mereka ? Lebih-lebih lagi sememangnya kita bukan hadir hendak bertindak ganas ! Tidak ada di antara kita yang membawa senjata ! Kita turun ke jalan raya dengan semangat dan kekuatan diri sendiri menyatakan bantahan terhadap ISA!
Siapa yang sanggup berdiri di situ apabila gas pemedih mata ditembak dan air asid dipancutkan . Malah lebih teruk lagi sepasukan polis ( preman atau beruniform ) berlari mengejar mangsa , seperti 'anjing mengejar anak ayam' untuk ditangkap dan humban ke dalam trak 'biru pekat' . Sebab itulah sejumlah 438 orang ditangkap . Malah saya diberitahu ada yang dibelasah dengan teruk !Siapa yang mengarah dan bertanggungjawab kepada semua tindakan brutal ini ? Malah selepas kita semua bersurai , diakhiri dengan doa oleh YB Datuk seri Tuan Guru Presiden PAS , pihak polis terus bertindak ganas ! Najib , Hisamuddin dan Musa Hasan adalah manusia yang bertanggungjawab dan mencetuskan huru-hara ini ! Kezaliman ini diarah dan direncanakan oleh mereka ini . Hari ini mereka terus memutarbelitkan kenyataan . Kecelakaan untuk mereka semua !
Eksklusif: Himpunan Aman ISA, Jadi Medan Untuk Kerajaan Peralatkan Pihak Polis Bertempur Dengan Rakyat !!
KUALA LUMPUR [6.00 am] - Seperti yang telah dijangkakan, himpunan ISA yang sepatutnya berlaku dengan aman akhirnya telah menimbulkan satu keadaan huru-hara dan ketegangan yang amat memalukan. Bagi pihak kerajaan, mungkin mereka menganggap penganjur program itu, bertindak salah kerana meneruskan juga perhimpunan biarpun sudah diberi amaran oleh pihak polis. Alasan mereka bahawa kerajaan memang sedang mengkaji untuk penambahbaikan ISA, dan tidak perlulah rakyat dari seluruh pelusuk negara menunjukan protes jalanan seperti itu.
Kononnya, kerajaan amat peka dan akan menerima segala pandangan yang diberikan. Malah, kerajaan juga mahu, supaya segala komen dan pandangan itu diluahkan mengikut saluran yang betul. Maka itulah rakyat dipersalahankan konon membiarkan diri mereka dipengaruhi oleh pihak-pihak tertentu, malah mereka tutut mengatakan bahawa himpunan ISA yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hanya membuang masa dan untuk kepentingan individu tertentu. Masalahnya sekarang, kenapa himpunan yang sepatutnya berlaku dengan aman dan tenang itu menjadi kecoh serta kacau bilau?.
Siapakah yang memulakan pertarungan? Dan apakah selama ini pandangan rakyat diberi perhatian oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional tentang perkara ini?. Sudah berbuih mulut, pemimpin politik baik dari Pakatan Rakyat mahu pun komponen BN sendiri yang mahu Akta Zalim dan Tidak Berperikemanusiaan itu dihapuskan. Namun, apakah mereka mendengar suara-suara ini?. Rakyat sebenarnya bukan mahukan penambahbaikan !! Tetapi, rakyat mahu supaya akta itu dimansuhkan dan Kem Tahanan ISA di Kemunting, Perak dihapuskan !! Itu yang jelas sebenarnya.
Ini kerana sudah ramai rakyat Malaysia yang tidak berdosa menjadi mangsa kekejaman akta itu sejak sekian lama.Penahanan tanpa bicara, yang jelas bertentangan dengan lunas undang-undang itu tidak sepatutnya berlaku di zaman moden ini. Akta yang sudah lapok yang digunakan untuk menghalang gerakan komunis oleh penjajah Inggeris itu perlu dihapuskan !!. Ia jelas melanggar hak-hak asasi manusia malah kebebasan dari sudut agama Islam itu sendiri. Namun, kenapakah akta zalim ISA ini masih mahu dipertahankan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional yang kononnya mengatakan negara ini adalah sebuah negara Islam Hadhahri?. Mengapakah akta ini amat perlu bagi mereka?.
Sedangkan di negara kita, keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang itu sendiri masih ada untuk dipertahankan. Bayangkan, penjenayah yang dituduh membunuh, merompak, mengedar dadah serta terbabit dengan jenayah kritikal boleh dibicarakan di mahkamah terbuka. Kenapa rakyat Malaysia yang hanya menulis, bersuara, dan betrtentangan pendapat dengan kerajaan itu mahu disumbatkan ke dalam ISA. Ingatkah kita kepada Bentong Kali, Botak Chin, Mona Fendy dan ramai lagi penjenayah "popular" di negara kita dulu?. Mereka semua ini jelas sekali boleh mengganggu ketenteraman awam, malah amat berbahaya buat seluruh rakyat. Bila ditangkap, mereka dibenarkan menggunakan peguambela dan dibicarakan di mahkamah terbuka !! Sedangkan rakyat yang jelas belum tentu apakah dosa mereka, telah diperlakukan seperti binatang. Mereka ditahan dan disoal siasat dan akhirnya dihumbankan ke dalam tahanan ISA. Bayangkan, tanpa diketahui oleh keluarga dan sahabat handai terdekat.
Mereka ditangkap dan dibawa ke satu tempat yang tidak diketahui di mana, kemudian diperlakukan sewenang-wenangnya. Akhirnya terpaksa merengkok dalam penjara selama beberapa tahun, atas satu kesalahan yang terkadang mereka sendiri pun tidak mengetahuinya. Inilah yang dikatakan zalim !! Kenapa pembunuh Altantunya, Noritta Shamsuddin tidak ditahan ISA? Sedangkan mereka lebih berbahaya !!
Inilah yang membingungkan rakyat sebenarnya. Maka itu mereka melihat ISA yang ada bukanlah untuk menahankan mereka yang didapati mengganggu ketenteraman negara sebenarnya. ISA masih dipertahankan untuk kepentingan UMNO dan Barisan Nasional. Kerajaan melihat, ISA boleh dijadikan "batu loncatan" untuk mencampakkan sesiapa sahaja yang didapati menentang dan boleh menjatuhkan kreadibilti mereka. Soalnya, kenapa orang-orang seperti Ayah Pin, Rasul Melayu dan ramai lagi yang jelas membawa ajaran sesat dan cukup berbahaya untuk umat Islam di negara ini, tidak pula ditangkap dan ditahan ISA?. Ini kerana mereka itu menjalankan tugas berdasarkan "selera kerajaan".
Inilah hakikat yang sebenarnya !!. Maka itulah, PDO melihat apa yang berlaku terhadap himpunan ISA semalam adalah amat keterlaluan buat rakyat yang mahu menunjukkan protes aman mereka. Malah, tujuan perarakan himpunan ISA itu adalah untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong di Istana Negara agar akta zalim itu dihapuskan Kenapa pihak polis sanggup bertindak diluar batasan kemanusiaan. Menggempur rakyat yang tidak berdosa seolah-olah melancarkan peperangan buat mereka. Pihak polis telah bertindak terlalu zalim kepada rakyat yang mahu mempertahankan diri mereka sendiri !!. Inilah yang berlaku, bila himpunan ISA yang berlaku semalam menjadi medan pertempuran pihak polis dengan rakyat yang tidak berdosa.
Nampak jelas kerajaan UMNO dan BN, telah memperalatkan polis untuk kepentingan mereka. Sedangkan jika polis mengawal perarakan itu secara aman, apa salahnya!. Samalah juga dengan perarakan Maulidul Rasul, Hari Kebangsaan, Pesta Flora dan Fauna serta sebagainya. Tidak bolehkan mereka bersikap profesional, kerana hak-hak untuk berhimpuan secara aman itu sebenarnya termaktub dalam perlembagaan negara. Namun, kenapa polis dijadikan "alat dan perkakas" untuk bertindak diluar batasan kemanusiaan itu sendiri?. Tidak bolehkah mereka berpihak kepada rakyat?. Sedangkan yang menjadi mangsa mungkin keluarga dan sahabat handai mereka sendiri !!. Kenapakah ini berlaku?. Apakah pihak polis sebenarnya sudah menajdi seperti "robot" yang telah di"remote kontrol" oleh manusia-mansuia yang mempunyai agenda dan matlamat peribadi itu sendiri !!.
Inilah yang harus ditentang oleh rakyat sebenarnya. Bila himpunan untuk mempertahankan hak rakyat dikatakan "himpunan haram" dan digempur oleh mereka. Namun, jika himpunan untuk mempertahankan dasar kerajaan maka pihak polis akan bertindak mengawal pergerakan itu. Lihat sahaja dengan himpunan 10,000 ribu pelajar UITM Shah Alam, ketika membantah isu kuota kaum lain ke institusi itu oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dulu. Bukankah pihak polis turut mengawal pergerakan dan lalulintas agar ia berlaku dengan aman dan tenteram. Namun, kenapa bila ia dilakukan oleh rakyat, maka dihalang dan kekerasan berlaku !!. Inikah dia polis yang dikatakan profesional itu. Kononnya ia haram kerana tidak mendapat permit. Soalnya mahukan polis memberi permit? - cucu mat kilau
Langgan:
Catatan (Atom)