klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 17 Mac 2011

BANTAH DNA : POLIS BERAT SEBELAH DAN SAMPAI BILA JADI BARUA UMNO !

Demo bantah DNA, Ketua, Timbalan AMK Pulau Pinang ditahan polis

Adakah polis akan bertindak sama terhadap demontrasi pro-Umno?

NIBONG TEBAL: Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali dan timbalannya yang dikenali sebagai Haji Wan ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Selatan, Jawi di sini, petang ini.

Mereka ditahan jam 6 petang dan disoal siasat selepas mengadakan demontrasi membantah mana-mana pihak mengenakan tekanan untuk memaksa Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerah DNA kepada mahkamah.

“Ketua Polis Daerah memberi masa dua minit untuk bersurai dan kami akur. Sebaliknya, mereka meminta kad pengenalan Amir dan Haji Wan sebelum dibawa ke balai polis,” kata Zulfadli Md Noordin kepada KeadilanDaily.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Cabang Bayan Baru, berkata demontrasi itu disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.

Rakyat Pulau Pinang bangkit mempertahankan Anwar dari manipulasi bukti mahkamah

Ironinya, satu demontrasi yang disertai badan bukan kerajaan (NGO mesra Barisan Nasional, antaranya Perkasa dan Gaps di depan ibu pejabat KEADILAN, baru-baru ini pula tidak ‘disentuh’ polis.

Undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.

Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.

Analogi kisah Nabi Yusuf-Siti Zulaikha bukti Anwar tak bersalah


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Krai, Hatta Ramli hari ini membawakan kisah Nabi Yusof a.s yang dituduh mencabul Siti Zulaikha dengan mengaitkannya dengan isu pembuktian dalam kes Fitnah II.

Pada sesi perbahasan Dewan Rakyat, Hatta menceritakan kembali kisah yang terkandung dalam al-Quran mengenai Nabi Yusuf yang dituduh cuba mencabul Siti Zulaikha dengan membawa bukti bahagian belakang baju Yusuf, terkoyak.

Kisah itu dianalogi untuk menjelaskan persamaan dalam kes Fitnah II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kalau isunya m**n belakang, kenapa belah depan (seluar Saiful Bukhari Azlan) ada air mani, itu yang pelik,” katanya dipetik dari Harakah Daily sambil mengingatkan semua pihak, sebarang bukti yang dibawa ke mahkamah harus diteliti supaya tidak tersalah membuat keputusan.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur baru-baru ini, mendengar keterangan seorang pakar dari Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong yang mengakui menemui kesan air mani di bahagian depan seluar panjang hitam milik Saiful Bukhari Azlan, pengadu yang mendakwa diliwat.

Dalam perbahasan itu, Hatta juga menyelar tindakan pihak yang mengadakan demonstrasi menuntut Anwar menyerahkan DNA kepada mahkamah.

“Riuh satu negara demonstrasi sana-sini. Itu menghina mahkamah. Dulu waktu kita demonstrasi isu rakyat, pemimpin Umno dari Rembau (Khairy Jamaluddin) kata beruk-beruk di jalanan.

“Sekarang siapa beruk dan monyet ini…oh DNA, DNA,” katanya.

Perbahasan Hatta juga hangat apabila beliau menyentuh kempen KEADILAN sebagai respons kepada isu kes Fitnah II bertemakan DNA: Datuk-Najib-Altantuya.

“Kita kena teliti perkara ini, kalau nak tengok DNA Altantuya ke macamana. Kalau boleh isu menteri dituduh (rogol amah) pun kita nak mintak DNA, tapi tak adalah sampai ke situ.

“Sampai sekarang timbul makna baru DNA, tapi saya tak nak sebut,” katanya.

Azan Ismail (KEADILAN-Indera Mahkota) kemudian bangun mencelah dan bertanya, “Saya bukan bidang perubatan, saya nak tahu DNA yang disebut Ini, DNA yang baru Ini makna apa?”

Lalu dijawab Hatta: “Saya pun tak tahu, tapi ada orang kata ‘Datuk Najib Altantuya’.

Jawapan itu mengundang kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

PENGERUSI FELDA : LU TOLONG GUA , GUA TOLONG LU ISA


PM: Pelantikan Isa jejas pasaran saham tak relevan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan. - MALAYSIAKINI

DS Najib Razak terus mempertahankan TS Mohd. Isa Abdul Samad dan menganggap segala dakwaan negatif terhadap TS Mohd. Isa adalah tidak relevan walaupun TS Mohd. Isa adalah seorang perasuah yang menjejaskan kredebiliti Felda yang merupakan aset negara .

DS Najib Razak terus menyelar kenyataan bahawa perlantikan TS Mohd. Isa dikaitkan dengan kepincangan pasaran saham dan menegaskan bahawa perasuah dan penyelamat skandal beliau dengan artis tersebut punya pengalaman yang tidak dinafikan oleh sesiapa pun sebagai pentadbir , pengurus dan pemimpin sedangkan peneroka-peneroka Negeri Sembilan amat mengenali bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang telah banyak menipu dan menginaya serta mengkhianati mereka sepertimana yang berlaku kepada para peneroka di Sendayan .

Seorang yang terpalit dengan politik wang ( istilah UMNO ) atau jenayah rasuah diangkat sedemikian rupa serta dipertahankan . Sememangnya tiada yang luar biasa dengan perlantikan TS Mohd Isa oleh DS Najib Razak yang juga terpalit dengan pelbagai skandal jenayah dan turut juga atas dasar mengenang jasa menyelamatkan beliau dengan peristiwa 'tangkap basah' di Port Dickson .

Betul la istilah yang suka diungkapkan oleh DS Najib Razak , "LU TOLONG GUA , GUA TOLONG LU "!