klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 16 Jun 2009

Sudah tiga bulan Najib jadi PM, ada yang tidak kena! - Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Hrkh) - "Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap Perdana Menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena."Demikian pandangan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu wawancara bersama Harakah baru-baru ini.
Menurutnya, ukuran Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri baru boleh dilihat berdasarkan sambutan masyarakat terhadapnya termasuk dunia luar.
"Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.
"Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan Perdana Menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena,"jelasnya.Tambah Nik Aziz, jika diselidik,sudah pasti pergolakan bukan sahaja dalam komponen Barisan Nasional (BN) malah isu dalaman Umno sendiri boleh dianggap sebagai punca pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri tidak diterima dengan baik.
"Apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai.
"Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai,"jelasnya lagi.
Nik Aziz juga menerangkan, bukan sahaja satu atau dua perkara tetapi ia juga melibatkan hampir seluruh negara seperti,"di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat."Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa.
Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator. Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib.
"Dalam pada itiu katanya, desakan oleh pemimpin DAP, Lim Kit Siang agar Najib diuji di parlimen untuk melihat wujud sokongan atau tidak juga antara indikasi bahawa kepimpinan Najib benar-benar bermasalah.
"Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'."Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini,"tegasnya. - mks. _Harakah

Ucapan 2 Minit Di Geneva Oleh Norlaila ( isteri Mat Sah Mohd. Satray - Tahanan ISA )

My name is Norlaila Othman. I am a Malaysian. I speak on behalf of my husband, Mat Sah Bin Mohd Satray, who has been detained by the Malaysian government under the Internal Security Act (ISA) for more than 7 years. Under the ISA, the government can detain persons without even the most basic of due process rights.
The ISA is extremely broadly worded and allows for indefinite detention without trial. He was detained in April 2002 and is now occupying a cell at Kamunting Detention Camp, deprived of his liberty. He has never been charged and has not had the possibility of a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal.
Under the ISA the Malaysian judiciary has been systematically excluded from playing any meaningful role in ensuring that those detained are treated in accordance with international human rights norms. There is no effective judicial review. Habeas corpus is only available on narrow and technical grounds. Judges cannot review grounds of detention, and are not shown the purported evidence against detainees.The ISA allows for review of detentions by an executive-appointed Advisory Board.
The Advisory Board has no power to free detainees. It can only make non-binding recommendations to the government. Appearances before the Advisory Board are a farce because the authorities never disclose evidence or documents to the detainee.My husband was first accused of being the member of one terrorist organization, then later another. However during the 7 plus years he has already spent in detention, no evidence has been produced to substantiate the accusation.
Instead he is required to attend counseling programmes and encouraged to admit the allegations against him. The authorities have yet to prove he actually engaged in any illegal activity. Persons arrested at the same time as him have long been released. He has been told the only reason he is still detained is due to my activism.The Working Group on Arbitrary Detention has stated that the detention of my husband is arbitrary and contravenes Articles 9 and 10 of the UDHR. I strongly urge the Human Rights Council to visit Kamunting Detention Camp and meet my husband personally.
I call on the Malaysian government to facilitate this visit.I hope the visit will lead to the release of my husband and others who are enduring the same experience. In my case, the most affected victim is my only son, Suhaib, aged sixteen. The ISA separated Suhaib from his father since the age of 9. For 7 years he has been waiting everyday for his father’s release.It is very sorrowful to see him grow up with this uncertainty for such a long time, and being deprived of the love, care and guidance from his father.
Not one person should be held in detention without trial as it violates basic human rights. I am appearing here today not just for the sake of my husband but also for all who continue to be detained without trial under the ISA and their family members.I call on the Malaysian government to accept and implement the recommendations of the Working Group on Arbitrary Detention requesting the Malaysian government to take necessary steps to remedy my husband’s situation to conform with provisions and principles enshrined in the UDHR.

ANGKATAN MUDA KEADILAN AKAN KE MANEK URAI MEMASTIKAN KEMENANGAN PAS

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyatakan komitmen ke PRK Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS di atas prinsip Pakatan Rakyat . Sepertimana Pilihanraya Kecil sebelum ini AMK akan menumpukan gerakerja sepenuhnya bersama dengan rakan-rakan pemuda Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan di PRK DUN Manek Urai .
AMK akan memfokuskan gerakerja dan seluruh jentera bagi memastikan para pengundi terutama pengundi muda memilih PAS pada 14 Julai nanti . AMK seluruh Malaysia akan berkampung di Manek Urai agar dapat mendekatkan diri dengan para pengundi muda dengan melalui pendekatan dan program yang bersesuaian dengan persekitaran dan adat budaya masyarakat di Manek Urai .
AMK yakin dan percaya , rakyat di Manek Urai terutama golongan pengundi muda akan terus konsisten memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat walaupun UMNO / BN telah menjadikan Manek Urai sebagai ‘anak angkat’ . Ianya tidak memberikan kesan kepada gerakerja AMK bagi memastikan kemenangan lebih bermakna dan lebih besar kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat . AMK akan sentiasa bersiap sedia menghadapi jentera Pemuda UMNO / BN di PRK Manek Urai
AMK yakin UMNO / BN masih fobia untuk berdepan dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutama apabila UMNO / BN semakin lemah , kucar - kacir dan berpecah di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Razak , lebih-lebih lagi kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Barisan Nasional dalam PRK sebelum ini . Ketakutan UMNO /BN benar-benar dirasai apabila tindakan mereka tidak menyertai PRK di N12 Penanti .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat

Manek Urai: KPP minta penyokong k'jaan perpaduan jangan berkempen

Jun 14, 09 5:37pm

Kelab Penyokong PAS (KPP) Kelantan meminta pemimpin PAS yang menyokong cadangan pembentukan kerajaan perpaduan, supaya tidak menyertai kempen parti itu dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai pada 14 Julai ini.
Timbalan Presidennya, Yap Kok Seng berkata ini kerana penglibatan sesetengah pemimpin itu hanya akan mengelirukan pengundi dan penyokong PAS di kawasan itu berhubung isu berkenaan, lapor Bernama.
"Kami Kelab Penyokong PAS tidak mahu pemimpin yang bersetuju dengan pembentukan kerajaan perpaduan itu turut berkempen dalam pilihanraya DUN Manik Urai kerana ia boleh mengelirukan rakyat, khasnya pengundi PAS kawasan itu jika mereka memperkatakan isu itu."Jadi, lebih baik mereka jangan datang berkempen dalam masa kempen pilihanraya DUN Manik Urai kali ini," katanya.
FM - betul,betul,betul ( nada upin & ipin )

Sokong JK audit siasat kontrak sampah

Jun 15, 09 12:08pm

PKR menyokong penuh usaha menubuhkan jawatankuasa audit bagi menyiasat kontrak pembuangan sampah pihak berkuasa tempatan di Selangor yang didakwa wujud pengaruh Pakatan Rakyat. Naib Presidennya Sivarasa Rasiah berkata parti itu sedar selama ini wujud monopoli segelintir syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin BN tertentu dalam pengagihan kontrak tersebut.
"Bagi membaiki keadaan tidak seimbang ini, Pakatan Rakyat menggalakkan kontraktor tanpa mengira kecondongan berparti masing-masing - termasuk mereka yang pernah dinafikan peluang mendapatkannya kerana sistem pengagihan yang bersifat monopoli - untuk membuat permohonan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Mereka boleh menggunakan saluran-saluran yang ada, termasuk pejabat ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat, tambahnya.Sivarasa mengulas tindakan kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa audit khas yang akan bekerjasama erat dengan pegawai- pegawai Alam Flora bagi memastikan mereka yang menerima kontrak bukannya broker parti politik.
"Syarikat-syarikat yang didapati bertindak sebagai broker akan dibatalkan kontrak-kontrak mereka serta-merta dan kes-kes ini akan diadukan kepada pihak-pihak berwajib," kata pejabat menteri besar, Jumaat lalu. - malaysiakini

TAHNIAH YAB DATUK SERI NIZAR ! TERUSKAN PERJUANGAN !

Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen

Jun 15, 09 11:44am

kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".
Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.
Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".
Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan. Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.
Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).
Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.
Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.
FM - saya sedang berada di kedai makan , sambil menjamah roti bakar , saya terkejut bila Buletin TV3 sedang menayangkan visual Datuk Seri Nizar sewaktu dalam dewan Parlimen menjulang tangan , biasalah suara tidak ada. berderau darah pejuang saya . Tahniah Datuk Seri Nizar dan semua MP yang digantung dewan . Kelam kabut Speaker ! baru dia tahu bagaimana brutal , biadab UMNO / BN dalam Sidang DUN Perak tempohari . Merampas kuasa dengan melanggar undang-undang !
Ulasan pemimpin UMNO / BN apa lagi membelasah Nizar termasuk turut sama membelasah Ibrahim Ali Al-Kataki ! Bila kena kat orang lain , dianggap biadap ! tapi bila ADUN UMNO / BN kurang ajar , biadab , brutal , menghina dewan yang mulia tidak mengapa . UMNO memang UMNgok!