klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 13 November 2009

SPRM TIDAK PERLU BUKA KERTAS SIASATAN KES TAJAAN TGNA KE MEKAH

Petang tadi saya dihubungi oleh wartawan Sinar Harian Terengganu meminta saya memberikan komen terhadap tindakan SPRM hendak membuka kertas siasatan terhadap TGNA berkaitan tajaan untuk beliau menunaikanj haji ke Mekah .
Saya secara tegas menyatakan bahawa TGNA tidak bersalah dan beliau secara telus dan jujur mendedahkan sendiri bahawa beliau telah ditaja untuk ke Mekah . Beliau tidak menyembunyikannya sedangkan beliau boleh berbuat sedemikian . Lebih-lebih lagi amalan tersebut bukannya luar biasa .
Sedangkan pemimpin UMNO / BN sudah pasti akan menyembunyikan daripada pengetahuan umum apabila mereka diberikan tajaan yang sudah pasti berunsur rasuah . Ini yang sepatutnya SPRM mengambil tindakan . SPRM seharusnya menyiasat juga setiap kali para Menteri dan pimpinan UMNO/BN bercuti ke luar negara atau mengerjakan umrah dan haji ! Adakalanya mereka turut membawa bersama ahli keluarga . Banyak betul duit mereka ini .
Justeru saya menyatakan sokongan kepada TGNA dan TGNA mempunyai hak sama ada menerima atau menolak tajaan tersebut dan pihak SPRM tidak perlu membuka kertas siasatan terhadap isu tersebut . Ini semua didalangi oleh UMNO / BN yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti TGNA .
Sudah pasti dalam UMNO perkara menerima habuan berbentuk tajaan ke luar negara atau ke Mekah adalah amalan mereka dan jangan anggap TGNA pun bersikap sedemikian rupa . Kalau tidak untuk apa TGNA sendiri mendedahkan isu tajaan tersebut .
SPRM kalau melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat cepat dan segera bertindak ! Kalau pimpinan UMNO / BN , dengan semut pun boleh kalah !

farizmusa.blogspot.com

Nik Aziz batal ke Mekah selepas tajaan dipertikai

Menteri besar Kelantan membatalkan hasratnya menunaikan fardu haji musim ini kerana bosan dengan kerenah media, yang banyak mempersoalkan permergian beliau ke tanah suci itu yang ditaja pihak tertentu.Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata pemergiannya ke tanah suci yang dijadual pada 17 Nov ini ditangguhkan kerana media heboh mempersoalkan pemergiannya itu kerana ditaja orang tertentu yang didakwa mempunyai kepentingan dengan kedudukannya sebagai menteri besar.
Nik Aziz, yang juga mursyidul am PAS, berkata laporan dalam media dan laman blog mengenai tajaan untuk beliau itu bertujuan untuk memusnahkan kerjaya politiknya."Kalau di zaman Nabi dahulu baginda pernah dihalang oleh orang Quraisy daripada memasuki Kota Mekah, maka kini saya dihalang daripada niat untuk mengerjakan haji di tanah suci itu oleh Qurasy Malaysia," katanya ketika menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu hari ini.
Dalam ceramah itu, Nik Aziz berkata, beliau tidak begitu "pelahap" (menagih) tajaan oleh seseorang untuk menunaikan ibadah haji kerana beliau mempunyai wang sendiri, tetapi menerima tawaran itu kerana mahu memenuhi niat orang yang ingin menaja pemergiannya."Tapi oleh kerana akhbar geger (bising) sangat, saya tangguhkan dulu niat untuk pergi ke Mekah kali ini," katanya.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Nik Aziz mengakui ada pihak membiayai perbelanjaannya untuk menunaikan ibadah haji dan beranggapan ia tidak salah selagi tidak melanggar peraturan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Katanya, beliau menerima terlalu banyak tawaran daripada pelbagai pihak yang sanggup menanggung perbelanjaannya ke Mekah.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa SPRM telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan yang menteri besar Kelantan dan keluarganya mendapat tajaan untuk menunaikan ibadah haji.Laporan yang memetik sumber itu menyebut bahawa jika ada unsur rasuah dan salah laku dalam kes itu, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya. BERNAMA

BIL RUMAH SIAPA NI ?????

Dewan kecoh projek masjid bertukar kondominium

KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat semalam kecoh seketika apabila seorang Ahli Parlimen pembangkang mempertikaikan bagaimana tanah yang didakwa diwartakan untuk pembinaan masjid boleh dibangunkan dengan bangunan komersial.
Wee Choo Keong (PKR-Wangsa Maju), yang membangkitkan perkara itu, mendesak Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan mengenai sebidang tanah di Sri Hartamas di sini yang dikhaskan untuk pembinaan masjid telah dibangunkan dengan projek pangsapuri dan kompleks beli-belah.
“Saya difahamkan di dalam Draf Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur 2020 ada sebidang tanah di Sri Hartamas yang telah digazetkan untuk masjid Desa Sri Hartamas. Kami sokong (pembinaan masjid) tetapi yang kami tidak boleh terima ialah bagaimana tanah yang khas untuk masjid boleh tukar untuk dibangunkan pangsapuri dan kompleks beli-belah.“Saya difahamkan tanah ini telah dijual kepada syarikat swasta dengan harga RM30 juta. Sila buat siasatan perkara ini,” katanya.
Ketika menjelaskan perkara itu, Raja Nong Chik berkata, tanah berkenaan adalah milik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), yang juga telah membuat keputusan untuk membina masjid berkenaan di tempat lain.
Tidak puas hati dengan jawapan itu, Choo Keong bangkit meminta Raja Nong Chik menyatakan lokasi baru masjid yang dimaksudkan itu: ”Yang Berhormat Menteri, sekarang ini masjid dibina di mana. Saya tak nampak pun ada masjid di Sri Hartamas?”Kepada soalan itu Raja Nong Chik hanya menjawab ringkas dan mengatakan bahawa perkara yang membabitkan agama lebih tepat jika dijawab olah Menteri agama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom yang lebih arif berhubung isu itu. - Bernama
FM - padam muka Raja Nong ! memalukan ! Tanah hendak buat masjid boleh jual jadikan kondominium . Bangsat betul ! teringat saya pada Raja Nong sewaktu kami menjadi tamu dalam segmen Perspektif Saluran 501 Astro Awani . Memang mulut dia celupar . Bercakap tanpa fakta . Tengah saya berhujah sibuk nak potong cakap . Dah tua tapi tak profesional .

BANK NEGARA MALAYSIA MENYIASAT SEGERA TERHADAP MOHD HASSAN, MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN YANG MENGIRIM DANA SEBANYAK RM 10 JUTA KE LUAR NEGARA

KENYATAAN AKHBAR
13hb Nov 2009, Jumaat

Pada 26 Okt 2009, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Bank Negara tidak memberi alasan dan sebab pembatalan lesen-lesen yang dinyatakan.
Antara bukti-bukti diperolehi BNM, didapati maklumat yang menunjukkan Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan, Menteri Besar Negeri Sembilan melalui Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd (salah satu lesen perniagaan pengurupan wang yang dibatalkan) telah mengirim sejumlah wang yang bernilai RM10 juta ke London pada tahun 2008.
Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998 antaranya,
Seksyen 30(1)(b), “… perbuatan yang melibatkan, yang berkaitan dengan, atau sebagai persediaan bagi, pengiriman atau pemindahan dana ke luar Malaysia…” dan;
Seksyen 35(b), “memberikan apa-apa maklumat yang palsu dalam sesuatu butir material bagi mana-mana Akta ini”.
Persoalannya, adakah MB Datuk Seri Mohd Hassan bersedia menjelaskan sama ada transaksi ini dijalankan melalui saluran sah mengikut Undang-undang Malaysia? Bolehkah beliau secara telus menerangkan dari mana datangnya dana sebanyak RM10 juta dan apakah tujuan transaksi tersebut?
Saya menyeru kepada Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dato’ Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz menyiasat segera terhadap Salamath Ali Money Changer Sdn Bhd serta mengumumkan siapa penerima dan pengirim yang berkaitan serta tujuan transaksi yang dijalankan.
Saya turut menyeru Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera terhadap punca-punca dana sebanyak RM 10 juta yang dikirim oleh Mohd Hassan dan penerima transaksi yangditujukan.
Dari maklumat yang saya perolehi, terdapat banyak tokoh-tokoh pernigaan serta ahli-ahli politik sering mengguna langkah ini mengirim dana ke luar negara. Saya percaya dana sedemikian datang dari punca-punca yang melanggar undang-undang.
Perniagaan pengurupan wang merupakan bidang perniagaan yang multi-billion. Berikut merupakan statistik yang diperolehi daripada BNM
Jumlah Kes yang disiasat oleh Bank Negara Malaysia yang disyaki melanggar seksyen 30 adalah seperti berikut:
Tahun - No. Kes
2006 - 3
2007 - 7
2008 - 12
2009 - 92
Jumlah - 144
Pada tahun 2009, telah berlaku 92 kes yang melanggar seksyen 30 dalam Akta tersebut. Perkembangan ini (pada tahun 2008, 12 kes telah meningkatkan kepada 92 kes pada tahun 2009) adalah satu fenomena yang membimbangkan. Ini menunjukkan bahawa pengiriman wang secara haram makin tidak terkawal.
Manakala maklumat yang ada mendedahkan bahwa BNM mengenakan tindakan terhadap hanya satu pengirim dana yang melanggar Seksyen 30 Akta Pengurupan Wang 1998. Pengurupan wang ini telah dikompaun sebanyak RM50,000.00 pada tahun 2006.
Saya ingin tahu kenapa BNM tidak menyiasat kes-kes yang lain dan tiada sebarang perkembangan dalam siasatan semua ini. Saya harap Gabenor BNM menjelaskan perkara ini.
Akhir sekali, saya menegaskan sekali lagi BNM dan SPRM harus ambil tindakan undang-undang yang tegas untuk melindung kedudukan ekonomi negara kita daripada korupsi dan kegiatan jenayah. Hanya siasatan yang adil dan telus dapat mengembalikan keyakinan awam terhadap institusi-institusi pentabiran negara.

YB TIAN CHUA
AHLI PARLIMEN BATU

Tiada bonus 2 bulan untuk k'tangan awam

DEMIKIANLAH NASIB KAKITANGAN AWAM DI BAWAH PENTADBIRAN PM @ MENTERI KEWANGAN NAJIB ALTANTUYA .

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) akur dengan keputusan kerajaan tidak memberikan bonus dua bulan gaji kepada 1.2 juta kakitangan awam tahun ini selepas menerima penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.Presidennya Omar Osman berkata Perdana Menteri bagaimanapun memberi jaminan untuk mengkaji pemberian tambahan bonus sebanyak RM500 dalam masa terdekat sekiranya keadaan ekonomi mengizinkan.
"Perdana Menteri juga memberi jaminan akan menimbangkan pemberian bonus dua bulan seperti mana permintaan kongres sekiranya keadaan ekonomi negara pulih kelak."Perkara ini dalam pertimbangan Perdana Menteri, tetapi dalam masa terdekat kita berharap ada pertambahan RM500 untuk kakitangan awam mendapat RM1,000 Disember nanti," katanya kepada pemberita selepas pertemuan kira-kira satu jam dengan perdana menteri di Parlimen, hari ini.
Bagi penjawat awam berpangkat Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA), Omar berkata perdana menteri pada pertemuan hari ini turut bersetuju menimbangkan permintaan kongres untuk memberikan potongan cukai pendapatan sehingga 30 peratus.
Omar berkata dalam pertemuan itu Najib menjelaskan dalam keadaan ekonomi sekarang, kerajaan mungkin terpaksa membabitkan pinjaman daripada sumber lain sekiranya mahu memenuhi permintaan kongres.Cuepacs sebelum ini menuntut kerajaan menimbangkan pemberian bonus dua bulan gaji kepada kakitangan awam dalam perbentangan Bajet 2010 pada 23 Oktober lepas.
Kerajaan bagaimanapun mengumumkan akan memberikan bayaran khas sebanyak RM500 kepada penjawat awam gred 41 hingga 54 dan setaraf dengannya serta pesara wajib kerajaan pada Disember ini.Turut dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai kenyataan perdana menteri kepada Cuepacs bahawa adalah salah dari segi moral bagi kongres itu menuntut bonus ketika keadaan ekonomi negara masih belum pulih sepenuhnya.
Perdana menteri juga menyifatkan tindakan kongres itu boleh membuatkan Cuepacs popular di kalangan ahlinya, tetapi dalam konteks ekonomi semasa ia disifatkan sebagai tidak wajar."Selepas perdana menteri menjelaskan apa sebenarnya yang dimaksudkan, kita terima dan perkara ini kita anggap sudah tamat," kata Omar.
Dalam isu lain, Omar berkata kongres itu turut menyerahkan memorandum kepada perdana menteri untuk menimbangkan supaya 18,000 warga pekerja Kemas diberi keistimewaan yang sama dengan warga perkhidmatan awam.
Dalam pertemuan itu, perdana menteri juga bersetuju untuk menambah geran peruntukan tahunan Cuepacs kepada RM1 juta bermula tahun depan, katanya.Tahun lepas, Cuepacs menerima RM350,000 bagi menjalankan aktiviti kongres. - Bernama

Al-Quran buatan AMERIKA

Email : kahar jalil
Jangan abaikan ini, sebarkan ke semua muslim

UNTUK PERINGATAN BERSAMA..

surah al-baqarah [120] Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam) itulah petunjuk yang benar". Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.

WASPADA !!!Al-Qur'an Palsu buatan Amerika

Al-Quran baru buatan amerika, berbahaya dan sedang didistribusikan di kuwait , berjudul "The True Furqan" isinya bertentangan sekali. Dibuat oleh 2 perusahaan percetakan; 'Omega 2001' dan 'Wine Press'. Judul lain buku ini 'The 21st Century Quran'! berisi lebih dari 366 halaman baik bahasa Arab dan Inggris, sekarang kabarnya didistribusikan kepada anak2/generasi muda di Kuwait di sekolah2 berbahasa Inggris di sana .
Bukunya sendiri memuat 77 surah, termasuk Alfatihah, Al-Jana and Al-Injil. Semuanya dimulai dengan sebuah versi panjang gabungan kepercayaan Kristen tentang tiga tuhan. Dan banyak sekali bertentangan dengan berbagai kepercayaan dalam Islam, seperti mempunyai lebih satu istri dianggap perbuatan Zina, penceraian itu dilarang, dikatakan juga bahwa Jihad adalah HARAM. Buku yang sangat menyesatkan.
Jadi tolong sampaikan kepada semua muslim sedapat kita tentang pemberitaan ini semoga Allah melindungi kita semua dari orang2 Kafir yang jahat, mendustakan Agama Allah SWT. Contoh: CoverThe Blessing - Al BasmalahThe Opening - Al Fateha
Mudah2an Allah s.w.t. melaknat orang/kelompok yang mencuba menghancurkan Islam. Amin......

Tengku Razaleigh dan Pakatan - Zaid Ibrahim

Satu wadah politik yang bernama Pakatan Rakyat Malaysia telah pun dikemukakan permohonan untuk kelulusan Pendaftar Pertubuhan 10 hari yang lalu. Saya amat gembira dengan perkembangan ini; maklumlah ini adalah julung kali tiga parti pembangkang terbesar di tanah air kita bersetuju untuk bersatu di bawah satu kerangka yang sah serta mempunyai lambang dan matlamat perjuangan politik yang satu.
Namun, kegembiraan ini tidak pula dikongsi bersama oleh pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat, Parti Islam Se-Malaysia dan Parti Tindakan Demokratik. Tidak ada langsung kenyataan yang memberangsangkan dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti itu. Mereka seolah-olah tidak mahu perkara ini dihebohkan kepada orang ramai. Tak tahu lah saya sama ada ini strategi politik masing-masing; hanya mereka sahaja lah yang mengetahui sebab-musababnya.
Sebaliknya yang dihebohkan kepada awam adalah kenyataan seorang dua pemimpin kanan PKR yang bersungguh-sungguh mahu menjelaskan kepada orang-ramai bahawa saya bukan lah Pengerusi Pakatan Rakyat Malaysia. Mereka menjelaskan nama saya sebagai pengerusi “protem” ini hanyalah untuk tujuan pendaftaran. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada mereka kerana gigih berusaha membuat penjelasan itu. Saya percaya rakyat Malaysia yang bijaksana sudah pun sedia maklum yang permohonan pendaftaran sesebuah pertubuhan memang memerlukan beberapa pegawai penaja untuk memenuhi syarat pendaftaran. Sudah tentu tak masuk akal kalau saya yang menjadi “ketua” kepada pemimpin-pemimpin besar seperti Anwar Ibrahim, Abdul Hadi Awang dan Lim Kit Siang.
Yang rakyat ingin dengar tetapi tak diterangkan ialah tujuan dan harapan penubuhan Pakatan Rakyat Malaysia sebagai alternatif kepada Barisan Nasional. Bagi saya penjelasan tentang isi lebih penting daripada bercakap soal kulit. Saya pasti rakyat ingin tahu matlamat, wawasan dan strategi bersama Pakatan Rakyat Malaysia.
Bercakap mengenai strategi politik, saya bukan pakar atau ada apa-apa agenda tersendiri. Saya sekadar ingin melihat satu perancangan dari parti-parti pembangkang yang harus diketahui oleh rakyat; tentang bagaimana pelan tindakan mereka untuk menggantikan BN sebagai kerajaan pusat yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat. Buat masa ini pelan itu, kalau pun ada, masih tidak jelas.Mungkin ada beberapa tindakan yang boleh dipertimbangkan. Misalnya, para pemimpin Pakatan sepatutnya berusaha lebih gigih dan bersungguh-sungguh supaya pemimpin politik seperti Tengku Razaleigh Hamzah masuk gelanggang bersama-sama dengan mereka.Pasukan Pakatan tentu masih memerlukan beberapa orang ’striker’ lain dari yang ada sekarang untok memperkuatkan pasukan.Ku Li memang orang lama; tetapi ada integriti dan pandangan politik nya kontemporari.
Beliau tidak semestinya melompat parti kerana perjuangan untuk matlamat yang sama boleh diwujudkan melalui kerjasama yang lebih rapat. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan ceramah dan kempen bersama. Saya sedar Ku Li masih mempunyai impian untuk memulihkan UMNO, iaitu menghidupkan semula UMNO asal yang telah mati (dan kemudiannya menjadi alat untuk kroni-kroni parti dengan masalah politik wang dan rasuah). Bagi saya tidak ada salahnya kerjasama seperti itu kerana hasrat bersama kita ialah membuat pembaharuan ke arah sistem pemerintah yang bersih, cekap dan tidak rasuah.
Untuk menjayakan usaha ini, ia memerlukan “pengorbanan” dari Anwar Ibrahim. Abdul Hadi Awang juga boleh membuat sumbangan besar dengan meminta Tok Guru Nik Aziz untuk menjadi Ketua atau Pengurusi kepada Pakatan Rakyat; sama seperti Mahatma Gandhi yang menjadi “spiritual leader” kepada parti Kongres India. Lim Kit Siang pula boleh membuktikan semangat “statesmanship” dengan bersetuju dengan cadaangan ini serta menjadi penasihat dalam hal-hal demokrasi dan hak asasi. Sekali gus tindakan ini akan melenyapkan sebarang agenda “unity government” dengan UMNO.
Satu lagi perkara yang perlu diberi pertimbangan serius adalah mengkaji semula impian yang terlalu tinggi untuk menang besar di Sabah dan Sarawak. Realiti politik menunjukkan ia adalah usaha yang amat berat. Kesan buruknya sudah pun kelihatan sekarang apabila berlaku perebutan kerusi, sama seperti dalam pilihan raya umum 2008. Hakikat politik juga menunjukan bahawa adalah lebih baik jika Pakatan memainkan peranan dengan memberi sokongan padu kepada parti-parti tempatan yang sehaluan dengan Pakatan di Sabah dan Sarawak. Ini bukan sahaja langkah yang dilihat sebagai menghormati maruah dan kekuatan orang tempatan tetapi juga membawa kepada kesan yang lebih besar, iaitu membawa mereka bersama menjadi rakan kongsi dalam Pakatan. Bukankah ini lebih realistik?
Yang penting untuk menjadi ikatan kuat dalam Pakatan ialah kesanggupan semua pihak untuk bersetuju tanpa berdolak-dalik untuk memastikan wujudnya dasar-dasar negara yang baik dan dipersetujui bersama melalui perbincangan sebagai landasan perjuangan. Hanya gabungan besar atau “grand coalition” seperti ini mampu mengatasi gergasi BN. Sebaliknya jika para pemimpin besar ketiga-tiga parti ini masih lagi merasakan mereka sudah cukup kuat dan hebat, dan memadai dengan meneruskan cara lama, iaitu melalui pakatan pilihan raya atau “electoral pact” semata-mata, saya yakin impian ke Putrajaya hanya akan kekal sebagai mimpi di siang hari.
Saya harap tidak ada sesiapa akan terasa hati dengan cadangan-cadangan saya atau menuduh saya mahu tunjuk pandai. Saya tidak ada niat sedemikian. Namun begitu, saya tetap dengan pendirian bahawa segala usaha perlu dilakukan oleh semua parti pembangkang dan individu dengan seberapa segera supaya hasrat rakyat yang mahukan perubahan dapat dicapai.
Jika masih ada di kalangan Pakatan yang cuma memberi keutamaan kepada kepentingan parti masing-masing atau kedudukan mereka diletakkan lebih tinggi dari kepentingan muafakat, saya anggap mereka ini sebenarnya bukan pejuang perubahan. Golongan ini hanya mahukan kuasa untuk diri mereka. Rakyat akan melihat golongan tak ada bezanya dengan pemimpin UMNO dan BN.
Kita masih dalam era reformasi. Ini bererti semua pihak mesti sanggup membuat pengorbanan. Pemimpin tidak boleh suruh rakyat berkorban jika mereka sendiri tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam diri sendiri. Rakyat sentiasa mengawasi tingkah-laku para pemimpin, terutamanya mereka yang sanggup menggagalkan usaha perubahan ini demi kekuatan kumpulan mereka. Jika para pemimpin ini masih berdegil dan mengikut kaedah lama, rakyat akan menghukum kita dalam pilihan raya umum akan datang.

SELANGOR APPOINTS ANWAR IBRAHIM AS ECONOMIC ADVISOR

PRESS STATEMENT
NOV 13, 2009

SHAH ALAM: Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yesterday announced the appointment of Datuk Seri Anwar Ibrahim as the state's economic advisor. The Menteri Besar made the announcement in his winding speech of the state budget 2010 at the State Assembly here today.

He said Anwar will be sitting at the state economic advisory council for the state’s economic stimulus package. The council was formed last April in to assist the state in implementing its the stimulus package which includes cleaning and developing the Klang River, urban renewal, restructuring of Selangor water industry, enhancement of paddy yield, reviving abandoned housing projects, expanding transportation system and reviving abandoned housing projects.

There are eight other members in the council which include Tan Sri Ramon Navaratman, Tan Sri Clifford Herbert, Datuk Zainal Putih, Dr Barjoyai Bardai, Datuk Paul Low, Prof Sieh Mei Ling and Datuk Dr Mohamed Ariff.

Later at a press conference, Tan Sri Abdul Khalid also said that Anwar will also play a key role in promoting Shah Alam as an Islamic investment hub for the region.

“I have met Anwar and he has consented to the appointment with a token monthly allowance of RM1. His experience cannot be doubted as he has been the Deputy Prime Ministe and Finance Minister. He is now a director for a fund management company in United States, an adviser for a large Islamic bank in Bahrain and economic adviser to a country in Europe,” said Tan Sri Abdul Khalid.


PRESS SECRETARIATE

SELANGOR MENTERI BESAR’S OFFICE

BERDAMAI?

Ini saya petik daripada blog Zulkifli Nordin . Alhamdulillah selesai .


Salam 2 all.
Saya mengambil sikap menganggap isu saya dan YB Siva sebagai sudah selesai setelah dua perkara berlaku:
1. Kenyataan terbuka DSAI sendiri yang menegaskan bahawa kenyataan beliau menegur pemimpin PKR tidak dituju khusus kepada saya dan kenyataan YB Siva adalah satu kesilapan tafsiran.
2. YB Siva sendiri telah berjumpa dengan saya dan menyatakan kesilapan tafsiran tersebut dan akur dengan kenyataan DSAI.

Sebagai seorang Islam, saya sekadar mahu perkara yang sebenarnya ditegakkan. Dan kita mengambil sikap kalau orang sudah mengakui kesilapan dan mencari penyelesaian yang ma'ruf, apa salahnya kita memaafkan. Kita mempunyai perjuangan lebih besar dan saya tidak mahu perkara saperti ini menganggu agenda perjuangan yang lebih penting.
Sekian wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
24 Zulqaedah 1430
12 Nov 2009

Tamparan Hebat Buat Puak-Puak UMNO Temerloh, Beberapa Pemimpin Bahagian Dan Cawangan Bertindak Sertai Pakatan Rakyat


TEMERLOH, 12 Nov [8.20 pm] - Pakatan Rakyat terutamanya Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Pahang semakin kukuh dan kuat dibawah pimpinan Pengerusi Negeri, Dato' Fauzi Abd Rahman. Terbaru, beberapa orang pemimpin UMNO Bahagian dan cawangan dekat sini telah menyertai parti itu. Satu pertemuan khas telah diadakan di Restoran Saika, Jalan Ibrahim dekat sini dan bakal membawa perubahan yang cukup besar terhadap UMNO Bahagian Temerloh khasnya dan Pahang amnya selepas ini.

Beberapa buah ranting baru PKR akan ditubuhkan pada pertengahan bulan Disember 2009 ini, yang meliputi kampung-kampung sekitar DUN Lanchang, Kuala Semantan dan Mentakab. Salah seorang bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang turut mengisi borang menyertai PKR iaitu Saudara Rosli Ismail berkata, beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan 4 buah ranting PKR dalam jangka terdekat ini, dan beliau dan rakan-rakannya sedang mengumpulkan rakan-rakan mereka dari UMNO dibeberapa buah taman perumahan di Taman Rimba, Bukit Bendera, Taman Saga dan Batu Kapur.

Gerak gempur sedang dilakukan oleh PKR sekarang untuk menawan hati rakyat Pahang. Adalah dijangkakan, sekurang-kurangnya dua buah cawangan UMNO di DUN Lanchang akan dibubarkan. Manakala itu, Cikgu Jalaludin bin Johan, Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh yang menyerahkan borang penyertaannya kedalam PKR menyatakan bahawa beliau dan rakan-rakannya akan menubuhkan beberapa buah Ranting di DUN Lanchang, dan beliau menyatakan bahawa penduduk DUN Lanchang sudah hilang keyakinan terhadap UMNO dan BN.

AMK DESAK KHAIRY JAMALUDIN , PEMUDA UMNO , S.NALLAKARUPAN DAN S. VIGNESWARAN MOHON MAAF SECARA TERBUKA PADA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM DI ATAS KENYATAAN

Kenyataan Media
12 November 2009

Kenyataan yang telah dibuat oleh Bekas Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris, membebaskan Ketua Umum dan juga mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada skandal akaun bank luar negara berjumlah RM3 billion .

Abd. Razak dalam kenyataannya memberitahu mahkamah tinggi, tuduhan yang dilemparkan ke atas Anwar adalah tuduhan yang tidak berasas. BPR ( sekarang SPRM ) telah menyiasat perkara itu ekoran dakwaan yang dibuat dalam akuan bersumpah bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Abdul Murad Khalid. Sepasukan pengawai BPR telah ke Singapura dan United Kingdom untuk menyiasat dakwaan tersebut yang terbukti adalah tidak benar dan tidak berasas .

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) mengalu-alukan kenyataan Bekas Pengarah Siasatan BPR tersebut dan menyifatkan ianya telah menjernih dan membersihkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah dilakukan oleh Pemuda UMNO/BN , individu serta media yang dikuasai UMNO/BN yang bertujuan serta berniat jahat menaburkan fitnah terhadap Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat selama ini dengan mengaitkan beliau dengan skandal RM3 billion tersebut .

Maka adalah amat wajar Khairy Jamaludin , Pergerakan Pemuda UMNO , Datuk S.Nallakarupan dan S. Vigneswaran ( Bekas Ketua Pemuda MIC ) wajib bertanggungjawab di atas kenyataan dan tindakan jahat , kotor dan jijik serta fitnah yang bertujuan menjatuhkan kredibiliti dan integriti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan isu tersebut .

Justeru , AMK mendesak agar Khairy Jamaludin , Pergerakan Pemuda UMNO , S.Nallakarupan dan S.Vigneswaran mesti membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat .

AMK terus bertegas mendesak agar dibentuk sebuah Suruhanjaya Bebas menyiasat harta kekayaan dan kewangan Khairy Jamaludin sepertimana kenyataan AMK pada 14 Oktober 2009 , serta terhadap kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak takut serta bersedia untuk disiasat terhadap dakwaan tersebut dan meminta satu suruhanjaya bebas menyiasat kesemua harta yang hilang dan termasuklah menyiasat Ketua Pemuda UMNO tersebut .

Agenda fitnah untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim ternyata gagal .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

P.Pinang: Miskin Tegar Turun -Phee Boon Poh.

PULAU PINANG, 12 Nov: Kadar kemiskinan tegar di Pulau Pinang semakin menurun dengan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat.Demikian dinyatakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Menurut beliau lagi, sehingga 31 Oktober 2009 seramai 728 keluarga miskin tegar telah dikenal pasti di negeri ini.Namun begitu kadar tersebut telah menunjukkan prestasi yang baik apabila seramai 77 keluarga miskin tegar sudah berjaya dikeluarkan daripada taraf tersebut.
"Jumlah wang saraan kepada keluarga miskin tegar adalah satu keperluan. Malah ada terdapat keluarga miskin tegar yang hanya memperolehi pendapatan jumlah isi rumah dalam tempoh sebulan hanya mencecah RM100. Cuba bayangkan apa yang dapat dilakukan dengan jumlah RM100 itu bagi satu keluarga.
"Oleh kerana itu maka Kerajaan Negeri telah mengambil keputusan untuk memberikan bantuan kewangan kepada keluarga miskin tegar ini walaupun ianya hanya bernilai RM100 bagi meringankan beban mereka," katanya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sungei Puyu berkata, Kerajaan Negeri memerlukan sebanyak RM1.35 juta untuk membawa mereka yang dikategorikan sebagai keluarga miskin tegar ini untuk keluar daripada taraf kemiskinan tersebut.
"Sehubungan itu bagi mencapai matlamat jumlah tersebut maka dana akan diperolehi daripada agensi swasta, badan bukan kerajaan dan juga individu yang terdiri daripada pemilik syarikat korporat," katanya. (Sumber Harakah/AK)

Menteri suka golf, duit diseleweng

Isu salah guna peruntukan kerajaan pusat sekali lagi diungkitkan di DUN Selangor hari ini, yang mendorong menteri besar menimbulkan satu projek pembinaan jambatan di sebuah padang golf di negeri itu.
Tanpa menamakan individu terbabit, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata projek berkenaan didalangi seorang menteri pada era pentadbiran BN."Ini contoh peruntukan yang dibuat kerana menteri itu sangat suka main golf," katanya ketika menjawab satu soalan tambahan dalam persidangan dewan itu.
"Sebelum 2008 ada upacara di kelab, seronok sungguh orang di kelab untuk pecah batu untuk buat jambatan di kelab itu."Menteri pun datang pecahkan batu dengan sungguh bergaya.""Lepas pilihan raya, batu entah ke mana, jambatan entah ke mana," kata Khalid lagi, yang mengemukakan contoh tersebut untuk menunjukkan peruntukan persekutuan disalurkan ke negeri itu berdasarkan kepentingan politik.
"Akhirnya perdana menteri tulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri untuk menghentikan projek itu," katanya lagi.Khalid berkata setiap peruntukan sebaliknya hendaklah diluluskan berdasarkan pertimbangan ekonomi serta keperluan semasa.
Jelasnya lagi, salah satu pertimbangan yang telah "ketinggalan zaman" adalah pemberian oleh kerajaan pusat berdasarkan bilangan penduduk negeri (capitation grant).Beliau bagaimanapun berkata, sistem dana berpusat yang diamalkan oleh kerajaan persekutuan kini mempunyai kebaikan kerana dapat mengelakkan negeri-negeri daripada menyalahgunakan dana tersebut.
"Kalau ada negeri yang pinjam (daripada kerajaan pusat) tidak tentu arah, seluruh negara akan kucar-kacir," katanya lagi.Jelasnya, beliau tidak menentang disiplin dalam pentadbiran kewangan seperti itu, tapi beliau menentang usaha kerajaan pusat untuk menghalang Selangor mendapatkan kembali dana yang diberikan kepada negeri.
"Saya tidak halang disiplin kewangan, tapi saya halang duit kita tak dapat balik. Setakat ini kita cukup duit untuk pentadbiran dan pembangunan, tapi kita nak banyak lagi sebab kita ada banyak lagi tempat untuk bangunkan," katanya.
Negeri tersebut, katanya, setakat ini hanya menerima RM400 juta berbanding sumbangannya kepada Kerajaan Persekutuan melebihi 16 bilion ringgit.
Daripada jumlah itu, RM200 juta diberikan melalui Geran Jalanraya Berdasarkan Maklumat Rekod-rekod Jalanraya Malaysia (Marris), dan selebihnya sumbangan melalui Pemberian Bilangan Penduduk (Capitation Grant).
Katanya, pemberian kerajaan pusat sebanyak RM200 juta setahun itu tidak lagi relevan kerana hanya dapat memberikan kira-kira sebanyak RM4 sebulan kepada setiap kira-kira 5 juta penduduk Selangor.
"Ini hanya cukup untuk sarapan pagi," katanya menjelaskan pemberian tersebut yang termaktub dalam Perkara 109 dalam Perlembagaan Persekutuan.Malaysiakini

BAJET 2010 BERIMBANG DAN MEMBERDAYA WANITA SELANGOR

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 11 November 2009

Wanita KEADILAN merasa teruja, dan dalam masa yang sama terharu, dengan ucapan Bajet 2010 oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim – khususnya yang menyentuh penegasan dan komitmen untuk melaksanakan dasar minimum 30 peratus kepimpinan wanita di semua peringkat pembuat keputusan dalam pentadbiran negeri Selangor.
Ia adalah manifestasi kepada suatu keluhuran terhadap pengiktirafan pemberdayaan wanita oleh seorang Ketua Negeri di Malaysia.
Wanita Selangor, khususnya dan Wanita Malaysia amnya, kini memikul tanggungjawab besar untuk bersedia dan layak mengisi ruang yang dibuka oleh Tan Sri Khalid Ibrahim. Ia sewajarnya melonjakkan usaha-usaha mewujud, membina dan mengembangkan takungan wanita yang berkelayakan bagi mengisi perjawatan-perjawatan barisan pembuat keputusan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
Pemberdayaan wanita adalah diperlukan dalam usaha reformasi ke arah pembangunan masyarakat madani, yang menitikberatkan pembangunan menyeluruh, sosio-ekonomi dan politik, dengan gandingan para lelaki.
Dengan perancangan khusus misi pemberdayaan Wanita Selangor oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Wanita Kerajaan Negeri Selangor, Rodziah Ismail, Wanita KEADILAN percaya bahawa wanita Selangor akan berupaya mencapai ufuk-ufuk kejayaan dalam pelbagai bidang di masa mendatang.
Tumpuan utama yang lain, iaitu proses pembelaan dan perlindungan wanita di Mahkamah dan usaha pemberdayaan wanita berbagai golongan dalam bidang ekonomi amatlah menepati kehendak semasa menurut penilaian status wanita di Selangor.
Wanita KEADILAN mendoakan agar Menteri Besar Selangor dan seluruh jentera pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor sentiasa diberi segala keupayaan, kesabaran, ilham, dan kebijaksanaan dalam mentadbir Negeri Selangor secara telus dan adil bagi memelihara kepentingan rakyat marhain.

BIRO PENERANGAN
Wanita KEADILAN