klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 4 Jun 2009

Prestasi Najib: Hanya 45% pengundi puas hati

Hanya 45 peratus pengundi yang berdaftar di Semenanjung Malaysia puas hati dengan prestasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika negara berdepan dengan krisis kewangan global dan kemelut politik di Perak.
Dalam tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan Merdeka Centre dari 6-15 Mei lalu - membabitkan 1,067 pengundi berdaftar - ia bertanya secara khusus pandangan mereka terhadap prestasi Najib dalam bidang politik, ekonomi dan isu-isu sosial selepas beliau dilantik sebagai perdana menteri keenam. -Malaysiakini
FM - Sebagai bekas guru , saya masih ingat markah 45% adalah C , pen yang saya gunakan untuk ditulis di kad kemajuan murid ialah warna MERAH . Bermakna prestasi tidak memuaskan . Komen saya pada murid tersebut ialah , tingkatkan usaha , banyakkan latihan .
Najib Razak setakat ini masih gagal berdepan menjana ekonomi negara lebih-lebih lagi dalam menghadapi iklim ekonomi global yang menguncup . Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku tahun pertama Malaysia menguncup lagi 6.2 peratus selepas pertumbuhan perlahan 0.1 peratus suku terakhir tahun lepas diumumkan oleh Gabenor Bank Negara . Najib Razak dilihat tidak mampu memberangsangkan ekonomi negara. Kesan ini akan dirasai oleh rakyat .
Dalam suasana menghadapi krisis ekonomi , rakyat dibebankan dengan peningkatan 30% kenaikan harga tambang pengangkutan awam termasuk bas sekolah . Memang Najib Razak gagal dan tidak berkemampuan . Selagi dia hidup , altantuya tetap menghantui hidupnya .

Hampir 70% Rakyat Dakwa Langkah UMNO BN Tidak Berkesan Perangi Rasuah

Thursday, June 04, 2009

Purata hampir 70 peratus daripada rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan Barisan Nasional dalam membendung gejala rasuah di Negara ini yang dilaporkan semakin serius.Transparency International atau (TI), sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 peratus daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah.Menurut presiden (TI), cawangan Malaysia, Datuk Paul Low, 42 peratus daripada responden juga menganggap parti politik sebagai organisasi yang paling korup di negara ini, dikuti oleh sektor perkhidmatan awam.
Pada sidang akhbar itu Low kerap menggunakan ungkapan politik wang yang diakui sebagai masalah serius dalam UMNO oleh kepimpinan tertinggi parti itu sendiri.“Saya fikir amat jelas bahawa rakyat sudah muak dengan politik wang. Saya berpendapat pemimpin politik sendiri sedar perkara ini. Memang tahap ketelusan parti politik amat rendah,” kata Low.
“Untuk menukar persepsi orang ramai ini, usaha hendaklah dibuat untuk parti politik membendung politik wang dan menjadi lebih telus,” tambah Low.Low berkata 5 peratus daripada mereka yang ditemu bual dalam tinjauan itu turut berpendapat badan kehakiman negara ini dicemari dengan rasuah manakala 12 peratus lagi melihat sektor perniagaan dan sektor swasta dibelenggui dengan rasuah.Hanya 28 peratus sahaja yang bersetuju kerajaan Barisan Nasional pro-aktif dalam menangani rasuah di Negara ini.Low berkata tinjauan itu menzahirkan keperluan untuk kerajaan bertindak lebih tegas dalam usaha membanteras rasuah demi meningkatkan keyakinan pelabur asing.“Sebagaimana yang kita sedia maklum, kebanyakan pelaburan di Malaysia berasal dari Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah yang mempunyai undang-undang ketat mengenai rasuah,” kata Low.
“Jadi sudah tentu mereka mahu melabur di Negara yang bebas dari rasuah dan mengamalkan proses telus untuk tender projek,” kata Low.Selain Malaysia, tinjauan oleh Transparency International itu turut membabitkan 68 negara lain di Eropah, Amerika Selatan dan Afrika dengan 73,000 responden.Merujuk kepada skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang PKFZ yang membabitkan dana awam sehingga RM 7.4 billion, Low berkata kerajaan persekutuan seharusnya lebih pro aktif dalam mendedahkan butiran penuh skandal yang membabitkan dana awam.Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) mendedahkan penyelwengan BN dalam menguruskan amanah rakyat.
Kos projek itu meningkat daripada RM 2 billion kepada kepada RM 3.5 billion manakala pinjaman faedah rendah kerajaan untuk projek itu melonjak dari lebih RM 4 billion kepada RM 7 billion.Lembaga Pelabuhan Kelang dijangka tidak berupaya membayar faedah pinjaman selepas tahun 2012, menyebabkan kos projek PKFZ akan naik kepada lebih RM12 billion. -TVA

Pengeluar CF Stadium, Adalah Penjenayah Yang Mesti Di Hukum

Written by SM Noor
Thursday, 04 June 2009

KUALA TERENGGANU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Terengganu telah membuat satu laporan polis keatas tragedi Stadium runtuh dibalai polis Kuala Terengganu disini semalam.
Ketuanya, Cikgu Fariz Musa berkata pihak polis mesti melakukan siasatan dengan segera dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF) Stadium berkenaan.
“Nasib baik tidak berlaku pada hari ini (semalam), 3hb hingga 6hb, (yang) sepatutnya berlaku acara sukan staf universiti peringkat kebangsaan yang bermula hari ini sehingga 6hb,“bayangkan, kalau berlaku hari ini atau pub dalam masa tempoh ini, maknanya kita sedang sibuk mengeluarkan mayat-mayat yang berada dalam runtuhan dan timbunan stadium tersebut,”ujarnya.
Beliau berkata mereka yang meluluskan CF keatas stadium yang belum siap itu adalah satu jenayah yang sangat besar.Beliau mempertikaikan dan mengesyaki telah berlaku penyelewengan dalam proses pengeluaran CF.Katanya, setiap pengeluaran CF keatas sesuatu bangunan hanya boleh dibuat sekiranya ia mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, Bomba dan lain-lain.
Namun menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dirasmikan pada 10 Mei, 2008 belum siap dan tidak layak dikeluarkan CF.“Kami mempertikaikan dan mengesyakki timbul perkara yang tidak betul berkaitan pengeluaran CF atau Sijil Layak Menduduki,“pelbagai aspek (termasuk) keutuhan (kekukuhan) dan keselamatan bangunan mesti diambil kira oleh pihak berkuasa, barulah (sebelum) CF dikeluarkan,“semua orang tahu bangunan (stadium) tersebut belum lagi siap sepenuhnya ketika dirasmikan,”tegasnya dalam sidang media yang diadakan selepas laporan polis dibuat.
Laporan polis dibuat setelah sebuah akhbar media perdana yang melaporkan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengatakan Stadium tersebut memiliki CF.Ahmad dilaporkan berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di Wima Darul Iman pada jam 4.30 petang 2hb Jun, 2009.
buletin online

Ahmad Arah Periksa 3 Projek Idris, Sudah Tahu Masalah Bumbung

Wednesday, June 03, 2009 5:13 PM

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said telah mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) memeriksa tahap keselamatan tiga projek mega di sini iaitu bangunan Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak.
“Hari ini kita juga telah membuat keputusan untuk meminta JKR menyiasat bangunan-bangunan lain, termasuk stadium tertutup, lapangan terbang, dan kolam renang,“benda-benda yang baru belaka, nampak ada benda-benda yang tak kena, kasar satu, benda yang tak betul, kita bimbang,”katanya dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri di Wisma Darul Iman, semalam.
Katanya, beliau telah mengarahkan Exco Infrastruktur (JKR) supaya menghubungi Pengarah Jabatan Kerja Raya supaya membuat siasatan berkenaan.

buletin online
FM- Seronok betul Ahmad Said nampaknya . Masa untuk menganyang Idris Jusoh ke? Mesti Ahmad Said menjerit sekuat-kuatnya , PADAM MUKA MUNG DERIS ! STADIUM RUTUH DENGAN MUNG-MUNG SEKALI RUTUH!

Mansor angkat sumpah sebagai TKM 1, P. Pinang - mStar

Wednesday, June 03, 2009

PULAU PINANG: Anggota Dewan Undangan Negeri Penanti Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini hari ini.Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I.
Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor.
Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.Katanya beliau kini menjadi pengerusi Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Keusahawanan, Penerangan dan Warisan Negeri, manakala jawatankuasa Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.
"Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan dan Kesenian Negeri," katanya kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah di sini hari ini.Beliau berkata Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.
"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim. BERNAMA

ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK )
NEGERI TERENGGANU
Kenyataan Media
SIASAT SEGERA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU TERHADAP PENGELUARAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CF) STADIUM SULTAN MIZAN

AMK Negeri Terengganu memohon agar siasatan dan pendakwaan perlu dilakukan terhadap Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu yang telah mengeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF) sedangkan menurut Timbalan Pengarah Kerja Raya Negeri Terengganu, Ghazali Hashim dalam kenyataannya mengesahkan bahawa bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tidak memiliki Sijil Siap Kerja yang dikeluarkan oleh JKR . Menurut beliau lagi mengikut amalan kerja JKR akan mengeluarkan Sijil Siap Kerja terhadap bangunan milik kerajaan yang siap di bina .

AMK Negeri Terengganu menganggap ini merupakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan perlu dikenakan tindakan yang sangat tegas kerana melibatkan keselamatan dan nyawa rakyat negeri Terengganu yang dipertarungkan setiap kali stadium tersebut digunakan .

Menurut MB Terengganu , YAB Datuk Ahmad Said dalam kenyataannya kepada BERNAMA bertarikh 3 Jun 2009 bahawa keadaan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin adalah tidak selamat semasa pembukaan Sukan Malaysia ( SUKMA ) ke 12 tahun lepas .

AMK Negeri Terengganu benar-benar hairan bagaimana Datuk Bandar Kuala Terengganu boleh mengeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF ) sedangkan JKR sehingga sekarang masih belum mengeluarkan Sijil Siap Kerja dan sedangkan stadium tersebut masih dispekfikasikan dalam keadaan tidak selamat .

AMK Negeri Terengganu mempersoalkan bagaimana YAB Datuk Ahmad Said tidak mengambil tindakan TEGAS terhadap bumbung stadium yang beliau sendiri lihat sewaktu pembukaan SUKMA . BERNAMA melaporkan , beliau berkata sebelum acara pembukaan Sukma, beliau melihat bumbung stadium itu tidak sama rata seolah-olah ada yang tidak betul tetapi membiarkan sahaja dengan sekadar melaporkan kepada pihak JKR sahaja . Stadium tersebut masih terus digunakan . Seolah-olah meletakkan nyawa rakyat Terengganu dalam keadaan bahaya dan menunggu maut !

Adalah amat menghairankan apabila pihak JKR membiarkan situasi bahaya tersebut terlalu lama sehingga setahun tanpa sebarang tindakan yang diambil walaupun stadium tersebut telah digunakan dan sehingga sekarang pihak kontraktor masih tidak menyediakan laporan berhubung keupayaan struktur bumbung stadium tersebut.

AMK Negeri Terengganu menyokong terhadap cadangan Kerajaan Negeri Terengganu mahu menubuhkan Badan Bebas untuk menyiasat tragedi stadium runtuh tersebut dan mencadangkan perlu diadakan Enkuiri dengan memanggil semua pihak yang terlibat.

AMK Negeri Terengganu juga mendesak agar Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu DIGANTUNG tugas , sementara siasatan dilakukan terhadap beliau bagi memastikan proses siasatan telus dan berwibawa .

FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu

SIDANG MEDIA AMK NT : TRAGEDI STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH

SIASAT SEGERA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA KUALA TERENGGANU TERHADAP PENGELUARAN SIJIL LAYAK MENDUDUKI (CF) STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

TARIKH :
4 MEI 2009

MASA :
10.00 PAGI

TEMPAT :
UNCLE CHUA , LADANG , KUALA TERENGGANU

Semua media dijemput hadir .