klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 20 Februari 2011

Kabinet Bayangan : Najib Tidak Perlu Cabar PR tetapi Sahut Cabaran Debat Dahulu

Kenyataan DS Najib Razak tentang isu kabinet bayangan PR membuktikan beliau sudah kekeringan idea sehingga mencabar PR supaya mengemukan kabinet bayangan . Sudah ketiadaan isu sehingga seorang bertaraf Perdana Menteri mencetus satu isu yang terlalu dangkal dan dilihat beliau serta UMNO/BN yang sudah semakin tertekan .

DS Najib Razak cuba mengalih isu dengan mengutarakan isu kabinet bayangan supaya rakyat tidak lagi membicarakan berkaitan Janji Jingga PR yang mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat . Kerisauan DS Najib Razak dapat dirasai terutama Janji Jingga PR benar-benar telah mula menarik minat rakyat terutama "Program 100 hari ". Polisi terbaik telah diungkap agar rakyat memperolehi manafaat bagi merealitikan manifestasi 'ketuanan rakyat' yang dilaung-laungkan oleh PR .

Bagi saya isu kabinet bayangan adalah tidak penting kerana barisan kabinet boleh dibentuk apabila PR berjaya menumbangkan BN dan menguasai Putrajaya . Kabinet boleh diwujudkan berdasar Ahli-Ahli Parlimen yang menang , serta dibentuk mengikut kemahiran dan kebolehan mereka berpandukan kementerian yang diwujudkan oleh kerajaan PR demi kepentingan dan keperluan kepada rakyat dan negara . Bukan sesuatu yang luar biasa .

DS Najib Najib harus sedar , bahawa sudah 2 tahun PR telah mewujudkan Panel Portpolio di mana setiap Ahli-Ahli Parlimen PR mempunyai portpolio tertentu berdasarkan kabinet dan kementerian yang diwujudkan oleh Kerajaan BN . Malah BN tidak pun mengiktiraf dan menafikan tindakan PR tersebut . Tetapi kali ini mencabar PR mengemukan kabinet bayangan . Adakah dengan kewujudan kabinet bayangan PR tersebut akan diiktiraf oleh BN ? Sudah pasti mereka tidak akan mengiktirafkan kewujudan kabinet bayangan tersebut tetapi bertujuan untuk memanipulasikan isu .

Apakah kepentingannya kabinet bayangan berbanding polisi sepertimana yang digariskan oleh PR dalam Janji Jingga PR . Bagi saya rakyat lebih perlu mengetahui apakan polisi dan dasar yang bakal disediakan oleh PR kepada rakyat jika PR menawan Putrajaya dan bukannya hendak mengetahui barisan kabinet PR .

Tidak perlu DS Najib mencabar PR mewujudkan kabinet bayangan tetapi ialah MENYAHUT CABARAN BERDEBAT oleh DSAI secara terbuka mengenai dasar ekonomi yang tercatat dalam Buku Janji Jingga. Sikap berdolak- dalik DS Najib Razak membuktikan ketakutan dan keresahan beliau untuk berdepan dengan DSAI dan realiti bahawa Janji Jingga PR adalah realistik dan kondusif untuk rakyat Malaysia demi menyelamatkan Malaysia yang selama 50 tahun dirompak dan dimusnahkan di bawah kerajaan BN .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !

antara ganjaran RM 7,500 oleh Muhyiddin dan Janji Jingga PR kepada warga guru

Pada 10 Februari lalu, Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri dilaporkan berkata beliau mengumumkan tawaran baru (Bai'ah) untuk pengetua dan guru besar sebagai satu inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan.

Katanya, selepas setahun mengumumkan ganjaran kewangan, jumlah guru besar melepasi sasaran di luar jangkaan, iaitu pertambahan 12.1 peratus - peningkatan 600 peratus daripada sasaran 2 peratus. Dilaporkan seramai 924 guru besar disenaraipendek dan akan menerima RM7,500 seorang manakala lima peratus guru yang paling cemerlang akan menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.

Sudah pasti ramai guru-guru besar yang berlumpa-lumba bagi memperolehi ganjaran tersebut . Sudah pasti akan dikerah seluruh guru-guru bawahan untuk bekerja semaksimum boleh dengan mengerah keringat , masa dan ruang bagi memastikan cita-cita guru-guru besar tersebut tercapai bakal memperolehi ganjaran RM 7,500 . Satu jumlah wang yang sangat besar bakal diterima oleh guru-guru besar yang terpilih .

Suka atau tidak suka , guru-guru bawahan akan terpaksa mengikuti arahan guru-guru besar mereka kerana segala penentuan prestasi adalah dipantau oleh guru besar sebagai majikan di sekolah . Mengingkari bermakna engkar arahan ketua . Sudah pasti para guru menjadi mangsa guru-guru besar yang bercita-cita dengan inisiatif Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan ini . RM 7,500 adalah sangat lumayan .

Para guru biasa sudahlah terbeban dengan tugasan wajib mendidik anak bangsa , sudah pasti akan ditambah kerja mereka dengan aktiviti yang menjurus kepada arahan guru besar yang 'mata duitan' ini .

Warga guru adalah insan yang terbaik , akur kepada arahan , setia kepada tugasan , menjalankan amanah dengan bersungguh-sungguh .. wataknya adalah sangat mulia .. sudah pasti menjadi bahan mereka yang suka mengambil kesempatan demi kepentingan peribadi sendiri . Benarkah berlaku peningkatan 600% prestasi guru-guru besar yang melepasi sasaran ? Banyak mana keringat guru terperah bagi merealitikan guru-guru besar mereka melepasi sasaran tersebut ? Disenarai pendek sebagai mereka yang bakal menerima ganjaran RM 7,500 tersebut .

Tindakan Muhyiddin benar-benar telah menginaya para guru . Kenapa harus mengambil sikap sedemikian dalam meningkatkan prestasi para guru besar dan guru . Bukankah dengan meningkatkan gaji para guru dapat memberikan motivasi yang terbaik agar dapat mengurangkan bebanan mereka yang turut merasai angkara kenaikan harga barang makanan dan keperluan hidup .


Justeru JANJI JINGGA PR adalah yang terbaik dalam menjana mutu serta prestasi para guru di seluruh Malaysia . cadangan menaikkan gaji guru dan kakitangan awam RM 500 sebulan adalah satu pengiktirafan terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka . Sedangkan ganjaran yang diumumkan oleh Muhyiddin tersebut hanyalah sekali sahaja dan sudah pasti memerlukan kepada jumlah dana yang besar bagi memenuhi ganjaran yang disediakan . J

anji Jingga PR adalah kenaikan RM500 sebulan setiap bulan bagi meringankan bebanan para guru . Kenaikan RM 500 sebulan memerlukan kos RM 3 billion setahun yang akan dirasai oleh para guru seluruh Malaysia .
Tindakan UMNO / BN khususnya Menteri Pelajaran mewujudkan ganjaran tersebut adalah merupakan gimik politik semata-mata yang bertujuan menginaya para guru bawahan .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !


* saya pernah berkhidmat sebagai guru selama 17 tahun

PAS DI MERLIMAU , KEADILAN DI KERDAU ????

Pakatan belum tentukan parti bertanding di Kerdau

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat bagi menentukan parti mana yang akan bertanding mewakili pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Pahang.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada pilihan raya umum lepas pada 2008, kerusi DUN itu ditandingi oleh calon PAS.

"Bagi kerusi DUN Merlimau (Melaka), Majlis Pakatan Rakyat bersetuju meletakkan calon PAS dan untuk kerusi DUN Kerdau kita akan tentukan nanti," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan pemimpin PKR Pulau Pinang, di George Town, hari ini.

Ditanya mengenai jentera pilihan raya Pakatan Rakyat bagi kedua-dua kawasan itu, beliau berkata: "Jentera pilihan raya kita baik dan memuaskan. Kita belum melancarkan sepenuhnya lagi."

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan DUN Kerdau diadakan serentak pada 6 Mac ini manakala tarikh penamaan calon bagi kedua-dua DUN itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Kerusi DUN Kerdau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, dari BN pada 12 Februari lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, Zaharuddin menewaskan calon PAS, Hassanuddin Salim ,dengan majoriti 1,615 undi.

Sementara itu, kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN, meninggal dunia pada 20 Jan lepas.

Pada pilihan raya umum 2008, beliau menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon PAS, Jasme Tompang. - MALAYSIAKINI

Kisah Rosmah Mansur : FLOM , isteri Perdana Menteri dan Menteri Kewangan

Sikap keborosan dan hidup berpoya-poya Rosmah Mansur menggunakan wang rakyat benar-benar menjijikkan . Semua rakyat tahu bagaimana First Lady Of Malaysia ( FLOM ) a.k.a BIG MAMA ini adalah seorang 'queen' yang sangat digeruni oleh Najib Razak .


Maklumlah suami Rosmah Mansur adalah seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan . Rosmah pula ialah isteri kepada seorang Perdana Menteri dan Menteri Kewangan .

Satu hari Rosmah memaklumkan kepada suaminya yang bercadang untuk bercuti ke luar negara tapi menggunakan wang rakyat konon atas lawatan rasmi isteri Perdana Menteri . Suaminya meminta supaya Rosmah memberitahu kepada Perdana Menteri tentang hajatnya tersebut .



Rosmah tanpa berlengah terus memaklumkan impiannya kepada Perdana Menteri . Perdana Menteri bersetuju dan akan mengarahkan Menteri Kewangan untuk meluluskan budjet yang cukup luar biasa kepada isteri Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan .

Lalu Perdana Menteri dengan pantas mengarahkan Menteri Kewangan dengan tegas supaya meluluskan budjet yang luar biasa kepada Rosmah . Kerana Rosmah adalah merupakan FLOM dan BIG MAMA. Kerana arahan Perdana Menteri maka Menteri Kewangan tanpa membantah , akur dan taat kepada Perdana Menteri bersetuju untuk meluluskan budjet yang luar biasa kepada FLOM dan rombongannya serta bersedia untuk tambah lagi budjet tersebut .

Rosmah Mansur tergedik-gedik gembira kerana Perdana Menteri dan Menteri Kewangan telah meluluskan lawatannya ke luar negara . Lalu memujuk suaminya untuk tinggal di hotel mewah ala selebriti dan bini tokey minyak berharga RM 100,000 semalam . Suaminya cakap dia tidak ada duit , nanti dia cakap pada Perdana Menteri .
Lantas dengan pantas , suami Rosmah Mansur memaklumkan kepada Perdana Menteri yang isterinya ( FLOM ) teringin nak duduk dalam bilik hotel harga RM 100,000 . Perdana Menteri lantas berfikir dan termenung . Perdana Menteri tidak setuju.

Suami Rosmah beritahu yang Perdana Menteri tidak setuju . Rosmah terus menarik telinga suaminya . Membelasahnya cukup-cukup . Terpaksalah suami Najib memujuk Perdana Menteri supaya menerima permintaan FLOM .

Lalu selepas itu beliau terus mengarahkan Menteri Kewangan supaya meluluskan penginapan FLOM . Sebagai Menteri Kewangan yang sentiasa taat kepada Perdana Menteri terutama Rosmah yang merupakan FLOM , budjet penginapan untuk 10 hari di 3 buah negara diluluskan .
begitulah kisahnya...

R
OSMAH DIDAHULUKAN, FLOM DIUTAMAKAN !

Pertumbuhan ekonomi 7.2 %: Malaysia ditinggalkan Indonesia, Singapura – Anwar

KUALA LUMPUR: Kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 7.2 peratus pada 2010, jauh ketinggalan di belakang Singapura dan Indonesia, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pertumbuhan yang dicatat pada 2010 perlu dilihat secara perbandingan dengan Singapura dan Indonesia untuk mendapatkan gambaran lebih lengkap.

“Singapura dan Indonesia mencatat pertumbuhan 14.5 peratus dan 6.1 peratus pada 2010. Kedua-duanya mengatasi pertumbuhan Malaysia.

“Apatah lagi, pertumbuhan ekonomi Indonesia dikira berdasarkan pertumbuhan asas yang lebih tinggi kerana Indonesia tidak mengalami penguncupan ekonomi dalam tahun 2009 seperti Malaysia dan Singapura,” katanya.

Anwar berkata, pertumbuhan Singapura disokong pertumbuhan kukuh sektor perkilangan sebanyak 29.7 peratus manakala Malaysia sekadar mencatatkan satu pertiga dari pertumbuhan itu iaitu hanya 11.4 peratus.

Katanya, tindakan Malaysia menyalahkan pasaran dunia kononnya berlaku kelembapan sektor perkilangan, menghairankan kerana Singapura pula menyatakan pertumbuhan pesat itu didorong permintaan kukuh pasaran dunia.

Menulis dalam blognya, Anwar percaya sektor perkilangan Malaysia kian hilang daya saing kerana tersilap fokus kepada persaingan dengan negara yang struktur kosnya lebih murah.

Kata Anwar, hal itu pernah dibangkitkan pembangkang 10 tahun lalu tetapi tiada langkah berkesan diambil kerajaan Persekutuan, selain berlegar-legar dengan retorik politik.

Memburukkan keadaan, katanya, daya saing Malaysia merudum pada 2010 berdasarkan pengurusan fiskal dan kewangan negara yang jauh kurang cekap berbanding Indonesia dan Singapura.

“Jumlah hutang kerajaan Persekutuan mencecah RM407 bilion menjelang akhir 2010, bersamaan 53.1 peratus saiz KDNK negara. Kegagalan merancakkan pelaburan swasta menyebabkan kerajaan terlalu bergantung kepada projek mega.

“Perbelanjaan kerajaan untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi, sehinggakan defisit fiskal menjadi salah satu masalah utama ekonomi negara.

“Defisit fiskal negara memuncak pada aras 7 peratus pada 2009, menurun kepada 5.6 peratus tahun lalu, sedangkan sasaran kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-10 adalah 5.3 peratus bagi 2010,” katanya.

Mengenai aliran masuk pelaburan asing (FDI), Anwar berkata, Malaysia hanya memperoleh USD7 bilion bagi 2010, jauh ditinggalkan Singapura yang mendapat USD37.4 bilion,” katanya.

Sedangkan Indonesia, kata Anwar, bukan sahaja berjaya mengelak kemelesetan ekonomi 2009 tetapi berjaya menarik aliran masuk FDI USD12.8 bilion bagi 2010, kedua tertinggi di Asia Tenggara selepas Singapura.

Sehubungan itu, Anwar menyeru Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya mengakui wujud jurang besar antara pengumuman projek mega berbanding realiti ekonomi.

Justeru, katanya, Najib tidak wajar berterusan memperkenal dasar ekonomi yang bersifat reaksi politik tetapi gagal menyelesaikan masalah kemalapan ekonomi Malaysia.

“Ramai rakyat ragu-ragu bahawa siri pengumuman projek sekadar wayang yang akhirnya menguntungkan pemerintah dan peniaga elit tanpa menyelesaikan masalah pokok dan struktur ekonomi negara,” katanya. - keadilandaily