klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 1 Jun 2009

JAZAKALLAH ! TAHNIAH ! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SKUAD PILIHANRAYA DAN SEMUA AMK

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK merakamkan jutaan terima kasih , syabas dan tahniah kepada teman-teman Skuad Pilihanraya AMK dan seluruh jentera AMK yang telah berkampung di Penanti . Saya bener-benar terharu di atas segala kesungguhan , komitmen dan kerja kuat semua teman-teman bagi memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dan YB Dr. Mansor Othman di N12 Penanti.
Kali ini walaupun kita tidak berdepan dengan UMNO / BN tetapi kita tetap bekerja tanpa penat dan lelah seolah-olah kita berdepan dengan mereka . Walaupun tanpa UMNO , kita masih terus diserang oleh media milik UMNO , ditekan oleh pihak atasan polis dan SPR yang sentiasa tidak telus dan profesional .
Pelbagai usaha UMNO untuk menghasut para pengundi Penanti terutama para penyokong tegar UMNO bagi memastikan mereka tidak keluar mengundi . Termasuk perancangan jahat mereka untuk membawa para pengundi melawat Padang Besar atau Langkawi , namun berjaya kita patahkan .
Pelbagai program , strategi dan pendekatan telah kita laksanakan sebaik mungkin bagi mestikan para pengundi termasuk pengundi muda sejumlah 40% mejalankan tanggungjawab mereka .
Saya amat berbangga dengan komitmen teman-teman Wanita Muda ( Sri Mawar ) AMK yang begitu aktif , berkemampuan dan kreatif . Beberapa assigment yang saya berikan telah berjaya mereka laksanakan dengan baik dan sukses .
Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas atas kejayaan yang bermakna ini yang insyaallah akan kita bawa ke PRK Manek Urai . Terima kasih saya kepada teman-teman AMK Permatang Pauh dan AMK Negeri Pualau Pinang di bawah pimpinan YB Yusmadi dan juga teman-teman di Kg. Guar Perahu di bawah pimpinan "Bayang dan Man" . Anda semua memang hebat .
Penghargaan saya juga kepada semua yang memberikan komitmen terutama Sdr. Amir Ghazali , Ketua AMK Permatang Pauh. Kerjasama tuan sangat-sangat saya hargai .

Selamat Berjuang ! Reformasi !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat

T'ganu: Undi tak percaya jika kemelut tak selesai...

Politik Terengganu bakal bergolak lagi setelah bertiup khabar angin bahawa kumpulan 18 ADUN BN Terengganu akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dalam sidang DUN Ogos ini jika kemelut politik di negeri masih gagal diselesaikan.
Bagaimanapun, menurut sumber yang rapat dengan mereka, undi tidak percaya itu merupakan jalan terakhir bagi menyelesaikan kemelut politik yang melanda negeri itu sejak lebih setahun lalu.
"Mungkin satu usul tidak percaya terhadap Datuk Ahmad akan dibuat dalam sidang dewan yang dijadualkan Ogos ini."Kumpulan 18 ADUN masih percaya krisis politik Terengganu akan selesai jika Ahmad meletakkan jawatan sebagai menteri besar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini semalam.
FM - Rakyat Terengganu bosan dengan kemelut politik UMNO Terengganu . Isu undi tidak percaya sudah menjadi lapuk . Dasas-desus undi tidak percaya terhadap Ahmad Said hanya retorik sahaja . ADUN dalam Kem Idris tetap tidak berani dan penakut untuk berbuat demikian . Baru-baru dalam sidang DUN mereka boikot . Tiba timbul isu SMS ugutan bunuh menjadi alasan kenapa mereka tidak hadir ke sidang DUN . Apa yang berlaku Ahmad Said menang , semua ADUN kem Idris terpaksa masuk dalam dewan .
Sekarang hendak timbulkan lagi isu undi tidak percaya . Saya cabar Rasol dan kawan-kawannya membuat usul tersebut ! Saya hendak tengok keberanian dan kejantanan mereka. Atau sama penakut seperti presiden mereka ! Rakyat Terengganu sedang memerhati gelagat badut politik mereka . dok rok cetong !

PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

May 31, 09 6:07pm
KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas - Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).
Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang - yang merupakan kawasan masyarakat Thai - dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.
Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).
Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

SUASANA PRK N12 PENANTI

Hari semalam tidak memberikan ruang untuk saya menulis dan update blog . Kesibukan memantau perjalanan PRKL N12 Penanti dan ketidakmeriahnya suasana pilihanraya tidak memberikan kesempatan yang baik untuk saya membuka laptop. Tidak banyak cerita , yang pasti perjalanan dan kehadiran pengundi agak lembab , perlahan . Saya bertemu YB Sdr Azmin Ali , Naib Presiden di Pejabat YB Ahli Parlimen Permatang Pauh , di Yayasan Aman memberitahu setakat pukul 12.00 tengahari hanya 23% pengundi keluar .
Saya kerahkan seluruh kawan-kawan terutama Skuad Pilihanraya AMK supaya masuk kampung dengan speaker dan lound healer supaya para pengundi keluar mengundi termasuk arahkan Sdr Fauzie yang uruskan untuk membuat mengedarkan SMS kepada para pengundi muda yang dalam simpanan data melalui borang maklumat pengundi muda yang dapat dikumpulkan supaya keluar mengundi .
Dalam pukul 2 petang , berlaku peningkatan sedikit iaitu 38% sudah keluar mengundi . Saya hanya berdoa agar lebihg ramai akan keluar mengundi disebelah petang . Dalam pemantauan ke tempat mengundi di Tanah Liat , yang ramai petugas SPR dan FRU. Di barong SPR lenggang . Risau dan meresahkan .
Saya terus arahkan kawan-kawan untuk mobilisasi masuk kampung. Itu sahaja yang dapat dilakukan . Nampaknya SPR betul-betul berjaya.
Pertama , Pili hari minggu sebagai hari mengundi . Pengundi agak malas untuk keluar dan kebetulan cuti sekolah bermula. Kenduri kawin pun banyak. Kedua , arahan-arahan baru seperti tidak benarkan perayu undi di pondok panas dan sebagainya ( malas nak taip ) telah membantut dan memudarkan suasana.
Semua petugas , tersadai di mana-mana , berdoa dan mengharap segala gerakerja selama seminggu berbaloi dan kemenangan besar dapat diperolehi. Saya yakin di kotak minda mereka , hanya pikirkan kemenangan Dr. Mansor Othman dan PKR .
Proses pengundian tamat jam 5 petang . Saya hubungi Sdr Amir Ghazali , Ketua AMK permatang pauh dan beritahu hampir 50% pengundi keluar . Saya tarik nafas lega sebab sebelum ini UMNO jangkakan hanya 40% pengundi akan keluar mengundi dan 5,000 orang ahli UMNO tegar tidak akan keluar mengundi , taat setia kepada parti mereka.
Sempat minum di bawah jambatan di Kubang Semang , makan kueh tiew dan pisang goreng dengan kawan-kawan . Sdr. Hamdi datang, cakap di Guar Perahu kita kalah! Rupanya buat lawak! Tidak terfikir baru sahaja tutup proses pengundian . Takkan dah dapat jumlah keputusan di peti undi Sek. Keb. Guar Perahu .
Tunggu dengan tenang , terdengan bunyi siren polis , mungkin bawa kotak undi. Saya terus leka dengan pisang goreng dan tenggelam dalam bunyi deruman kenderaan ke hulu-ke hilir.