klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 11 Jun 2009

layari http://chegubard.blogspot.com

Kewujudan kenyataan bersumpah kaitkan pegawai tertinggi PDRM dengan layanan istimewa kongsi gelap harus dipandang serius

pendedahan terbaru Pengarah BPR NS terima 'habuan' dari MB Negeri sembilan

Anwar Minta Dokumen Dari Pendakwaraya


KUALA LUMPUR [7.35 pm] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.
Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.
Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain. Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners, pada jam 2.15 petang ini. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.

Anwar Mohon Agar Kes Liwatnya Ditangguhkan

KUALA LUMPUR [5.32 pm] - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan membekalkan dokumen-dokumen kes liwatnya selesai. Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah tersebut.
Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, sudah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.
Oleh kerana kes itu membabitkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.
Beliau juga berkata, pembelaan beliau membabitkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.

SHURA Gesa Agar Kerajaan Mansuhkan PPSMI


KUALA LUMPUR [3.35 pm] - Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abd Hamid (foto), berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia sudah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
"Shura berpendapat PPSMI dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang terperinci dan tanpa mengambil pendapat daripada pakar bahasa tempatan," katanya. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini, hari ini.
Memorandum tersebut diterima oleh Engku Ibrahim kira-kira jam 11 pagi. Mohd Azmi berkata, kerajaan dan Kementerian Pelajaran tidak boleh memberi alasan untuk meneruskan PPSMI berdasarkan kepada kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

KENYATAAN MEDIA DSAI TERBARU

Wednesday, June 10, 2009 6:48 PM

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.
Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Usaha Serius Tangani politik Wang, Cawangan Hantu - TVA

Wednesday, June 10, 2009

Cadangan pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat telah diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi dalam mesyuarat pada 26 April lalu dan dikemukakan untuk kelulusan Kongres di bawah Fasal 31 Perlembagaan Parti.Antara tujuan utama cadangan ini adalah untuk:
1- Memperkasakan amalan demokrasi dalam parti
2- Menambahbaik pentadbiran parti
3- Mencegah atau mengurangkan potensi berkembangnya amalan negetif seperti politik wang atau cawangan hantu
4- Memastikan struktur parti disemua peringkat disesuaikan sebaik- baiknya dengan visi dan misi parti sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang mewakili semua komuniti.
Pindaan yang terbabit adalah seperti berikut:-
1- Istilah
a- "Bahagian" kepada "Cabang"
b- "Cawangan" kepada "Ranting"
c- "Majlis Pimpinan Tertinggi" kepada "Majlis Pimpinan Pusat"
d- "Perhubungan Negeri" kepada "Majlis Pimpinan Negeri"
e- "Ahli" dan "Keahlian" kepada "Anggota" dan "Keahlian"
2- Proses pemilihan dalam parti
a- Hak memilih pimpinan pusat diturunkan daripada perwakilan kepada semua ahli diperingkat Bahagian
b- Proses pemilihan akan dilakukan secara undi sulit dua minggu sebelum Kongres Nasional ditahun pemilihan
3- Penubuhan "Ranting" sebagai unit operasia
- Ranting akan didaftarkan dengan Bahagian bukan Pendaftar Pertubuhan
4- Struktur Majlis Pimpinan Tertinggi
a- Menambahkan jumlah naib presiden daripada 7 kepada 9
b- had penggal 9 tahun atau 3 penggal untuk jawatan Presiden
5- Struktur Bahagian
6- Struktur Bahagian
a- Keahlian minima untuk menubuhkan Bahagian ditukar kepada 100 ahli daripada 50
7- Keahlian
8- Angkatan Mudaa- Had umur keahlian ditukar daripada bawah 40 tahun kepada 35 tahun dan bawah
9- Kongres Nasional
10- Disiplina- Lembaga Rayuan dimansuhkan supaya sistem disiplin lebih cekap
11- Perkara Lain
a- Nama ringkasan parti ditukar daripada KeADILan kepada KEADILAN
b- Cogan kata parti dijadikan "Keadilan Untuk Semua"TVA