Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya kerahmattullah calon penyandangnya dari Barisan Nasional yang mendapat undi 6, 430 dalam PRU12 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS mendapat undi 4,097 satu lawan satu. Majoriti calon BN 2,333.
Mood politik PRU12 dikawasan DUN Bagan Pinang ketika itu tentunya condong kepada UMNO dan Barisan Nasionaldimana pengundi masih belum nampak isu dan kepincangan UMNO dan BN serta kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak begitu menyerlah dan diyakini oleh pengundi.Ada kah senario politik PRU12 masih lagi kekal dipihak UMNO dan BN atau sebaliknya? Mungkin sahaja keputusan PRK Bagan Pinang nanti boleh buat satu kejutan seperti PRK Parlimen diKuala Trengganu dimana kerusi UMNO dan Barisan Nasional dirampas oleh calon PAS. Ada kah nasib calon UMNO dan Barisan Nasional di Bagan Pinang itu juga akan senasib dengan calon Parlimen BN di Kuala Trengganu? Walaupun UMNO dan BN mendapat majoriti berjumlah 2,333 undi mengalahkan calon PAS, ia bergantung kepada cara berkempen, strategi dan isu Pakatan Rakyat.
Antara 14 dalil berkenaan ialah :-
1. KENAIKAN HARGA PETROL
Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos tambang taksi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar. Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah diterima oleh pengundi.
2. KOS HIDUP RAKYAT YANG TINGGI
Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol mendapat subsidi 30 sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30 sen tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan sistem double standard?
3. KRISIS POLITIK DIPERAK
Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,
4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK
Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara. Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan dengan permasahan politik negara. Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.
5. MAHKAMAH HENDAKLAH BEBAS
Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan dibawah Perdana Menteri Malaysia.
6.. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE
Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri. Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang disiasatnya menerima budi.
7. POLIS PUN MESTI BERKECUALI
Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan, polis cuma jaga keselamatan mereka.
8. RASUAH POLITIK WANGSPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk Seri Mohd. Ali Rustam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin didapati merasuah wang? Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang. Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa? Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?
9. PERANAN MEDIA ARUS PERDANAMedia Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional. Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya. Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.
10. KONTROVERSI KES LIWAT ANWAR
Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal Saiful Bukhari Azlan pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah. Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh politik UMNO.
11. AKTA ZALIM ISA TERUS DIKEKALKAN
ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara. Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.
12. KRISIS DALAM KOMPONEN BN, MCAKrisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut dibekukan accountnya dan disiasat. Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut andaian Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran negatif.
13. SIKAP SURUHANJAYA PILIHANARAYA
SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para pengundi.
14. SEMANGAT PERKAUMAN MAINAN BN
Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu. Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa asing. Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi. Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan, kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka tahu mereka akan kalah..