klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 9 September 2009

9 ADUN UMNO/BN sertai pkr?

Ramai yang menghubungi saya sama ada melalui talifon atau sms dan beberapa wartawan termasuk Malaysiakini bertanyakan tentang berita yang sedang berkembang mekar terutama di Terengganu pasal 9 Adun UMNO / BN yang diketuai oleh Rosol Wahid akan menyertai PKR dan desas-desus yang mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Info ini telah saya terima dalam sebulan setengah yang lalu . Sekarang isu ini sudah menjadi hangat berada di tangga No1 carta Politik Negeri Terengganu .

Cerita ADUN lompat PKR

Sebulan setengah yang lalu bila info dan persoalan sama yang diajukan kepada saya , hanya menjawab “saya tidak tahu, kalau betul , baguslah”. Andai betul mereka hendak menyeberang ke PKR saya menganggap satu senario politik baru dan sudah pasti akan berlaku suasana iklim baru politik negeri Terengganu dan terutama kepada PKR negeri Terengganu . Pasti mengerunkan ramai orang politik PKR Terengganu dengan kemunculan mereka ! Maklumlah orang politik PKR Terengganu ni hebat-hebat belaka !
Bila ramai teman-teman menghubungi saya apabila cerita 9 ADUN UMNO /BN hendak menyertai PKR , saya hanya menjawab saya tidak ambil tahu pasal isu ini . Maaflah kepada teman-teman yang mungkin agak kecewa dengan jawapan saya . Saya tahu mereka mengharapkan jawapan yang sebenar dan tepat cerita tersebut. Kerana saya ini berada dalam barisan pimpinan Pusat .

Untuk Jatuhkan Mad Said

Memang saya benar-benar tidak ambil tahu pasal isu tersebut . Bagi saya Rosol dan kawannya hanya hendak gertak Mad Said. Tekanan diteruskan kepada Mad Said termasuk usaha supaya Mad Said turun daripada kerusi MB Terengganu telah dibuat .
Benarkah mereka hendak meninggalkan UMNO ? Sanggupkah mereka ? Isu undi tidak percaya kepada Mad Said semua orang tahu hanya satu gertakan dan sandiwara semata2 sehingga bertindak memulaukan Sidang DUN dan berakhir dengan ugutan bunuh SMS yang dilakukan oleh Dr Ramzi , orang kesayangan Idris Jusoh. Geng-geng dia orang juga. Pelik , ugut sama sendiri . sedangkan visi dan misi yang sama untuk jatuhkan Mad Said . Mad Said terus menang ! Takkan orang yang berpendidikan tinggi ( PhD ) dan anak orang alim seperti Dr. Ramzi bersikap bodoh sebegitu tanpa perancangan dan didalangi seseorang ?

Dulu baikot , sekarang bisu Dalam Sidang DUN

Sekarang Mad Said terlalu geram dengan sikap ADUN-ADUN yang membisu dalam Sidang DUN . Rosol Wahid bila ditanya pemberita menafikan penghijrahan mereka ke PKR . Isu undi tidak percaya yang kononnya akan dilakukan dalam Sidang DUN baru-baru ini hanya ‘tong kosong yang berdentum kuat’.
Saya hanya memerhati gelagat ini . Sebab itu saya menjawab saya tidak ambil pusing cerita mereka ini . Rosol Wahid menjawab “ini isu dalaman mereka". Sebab itu saya sudahkan dengan jawapan kepada teman-teman bahawa mereka bukan pejuang rakyat .. Mereka adalah manusia2 yang penakut , Apa yang berlaku hanyalah tindakan mengertak dan memprotes Mad Said.

Bermula Dengan Tidak Setuju Mad Said Jadi MB Terengganu

Isu mereka adalah bersifat kepentingan diri . Bukan kepentingan rakyat. Kerana tidak puas hati terhadap perlantikan Mad Said sebagai MB, Sehingga sanggup menderhaka dan membinatangkan DYMM Sultan Terengganu, marahkan keputusan Tuanku tidak melantik semula Idris Jusoh sebagai MB . Bukan kerana kepentingan rakyat.Bukan kerana perjuangan rakyat .
Dalam sidang DUN tempohari , mereka hanya menunjukkan protes dengan membisu seribu bahasa. Sekiranya mereka benar2 ikhlas dalam membela rakyat , sudah pasti mereka akan bertindak menggunakan Sidang DUN yang hanya setahun 2 kali itu untuk berdebat dan mempertahankan rakyat terutama kepentingan rakyat di DUN yang mereka wakili . Kalau betul mereka tidak puas hati terhadap urus tadbir Mad Said sebagai MB itulah ruang yang ada . Malah terlalu banyak isu yang mereka perlu sentuh dan perjuangkan terhadap tindakan Mad Said memerintah negeri Terengganu dan mengurus kewangan rakyat Terengganu .
Sekiranya Mad Said memang tidak layak bagi mereka sebagai MB dan setelah setahun lebih mengurustadbirkan Terengganu serta dilihat oleh mereka bahwa Mad Said gagal kenapa tidak digunakan ruang tersebut untuk menyerang dan mengkritik Mad Said .

Perundingan Dengan Anwar

Melalui saluran apa , melalui siapa mereka berunding dengan Datuk Seri Anwar saya pun tahu sekiranya ianya adalah betul seperti yang diwar-warkan. Saya pun sehingga sekarang tidak pernah bertanya kepada Datuk Seri Anwar atau sesiapa pun . Sebab itu apabila kawan-kawan bertanya , saya jawab tidak tahu . Malaysiakini menghubungi saya, jawapan sama saya berikan saya tidak tahu !
Bagi saya apa yang dilakukan oleh 9 ADUN UMNO/BN ini hanyalah bersifat kepentingan diri dan hanya untuk jatuhkan Mad Said . Sekiranya benar sepertimana cerita dan dakwaan mereka ada melakukan negosiasi dengan YB Ketua Umum , saya mengharapkan satu perundingan yang sangat baik dan bersifat atas kepentingan rakyat . Bukan kerana mendasari isu 'tidak setuju dan tidak sukakan Mad Said'. Berdasarkan atas prinsip kepentingan rakyat !

Hak saya menyatakan pandangan

Itu pandangan saya dan hak saya untuk membuat analisa isu tersebut . Siapa yang hendak marah atau 9 ADUN tersebut tidak puas hati dengan kenyataan saya di dalam Malaysiakini terpulang . Bagi saya ianya berdasarkan rentetan kronologi dari awal krisis perlantikan MB Terengganu hingga peristiwa sekarang .
Saya dituduh dengan sms oleh seseorang ( seseorang yang mengaku Setiausaha Politik DSAI ) bahawa kenyataan saya dalam Malaysiakini adalah salah dan menjejaskan parti ! Bila saya soalkan di mana salahnya dan apa yang menjejaskan parti , tidak beri pun . Saya pun hendak tahu di mana silap dan yang boleh jejaskan parti terhadap kenyataan saya tersebut . Orang itu tidak nyatakan pun. Saya bersedia dihadap ke Lembaga Disiplin sekiranya saya salah dan menjejaskan parti .
Malah saya membaca kenyataan tersebut berkali-kali , tidak nampak pun di mana silap dan yang boleh menjejaskan parti . Mungkin saya tidak perasan , kalau ada tolong beritahu saya .
Saya mengalu-alukan kemasukan mereka dalam PKR sekiranya betul mereka bertindak sedemikian rupa . Tetapi adakah saya merosakkan parti apabila menyatakan sekiranya mereka ingin bersama dalam PKR , hendaklah atas kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan peribadi . Bukan kerana tindakan semata-mata untuk jatuhkan Mad Said . Kerana tidak memenuhi cita-cita mengulingkan Mad Said lalu tidak puas hati dan lompat sertai PKR . Salah kah kenyataan saya ? Jejas kah kepentingan parti ? Saya sudah lalui pengalaman bersama parti ini sudah lama . Difitnah dan dituduh macam-macam. ( Orang yang sms saya itu pun pernah hilang macam itu sahaja bila kalah pilihanraya. Malah diberitahu oleh seseorang beliau pernah mengutuk Ketua Umum ).
Sekiranya betul ada negosiasi antara 9 ADUN dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesediaan mereka menyertai PKR biarlah benar-benar original kerana perjuangan rakyat .
Saya masih teringat peristiwa ADUN Bota yang kita sambut dengan tabĂșh dan paluan kompong menyertai PKR akhirnya melompat semula . Bukan terlalu mudah untuk sekali lagi mempercayai . Itu pandangan dan prinsip saya . Orang tidak suka , terpulang.
Saya bukan bersifat prejudis , tapi ini adalah politik!

"Ahlan-walsahlan" Mengalu-Alukan Kemasukan Mereka

Sekiranya benar sepertimana yang digembar-gemburkan . Saya di atas prinsip peribadi dan AMK mengucapkan SELAMAT DATANG ke Parti Keadilan Rakyat . Menghayati prinsip-prinsip perjuangan parti dan masuk atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan . Memperjuangkan rakyat . Bersama membangunkan parti dan mempertahankan prinsip atas ketuanan rakyat . Bukan kerana kepentingan diri .
Saya amat kasihan kepada Ketua Umum dan rakyat sekiranya mereka mengkhianati dan melacurkan prinsip . Saya tidak sanggup berdepan dengan sikap-sikap mereka yang prejudis dan 'lidah bercabang' . Akhirnya 'pisang berbuah 2 , 3 , 4 kali'. Letih ! Sejarah dan peristiwa banyak mengajar saya . Untuk lebih berhati-hati!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan