Tindakan YB Ronie Liu adalah meminta agar kerajaan negeri diberikan penjelasan dan penerangan berkaitan perkara tersebut . Bukannya satu perkara yang luar biasa sekiranya tindakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut mengambil sikap sedemikian dan MPSJ sebagai badan di bawah pentadbiran Kerajaan negeri Selangor memberikan penjelasan dan kefahaman kepada beliau dan Kerajaan Negeri Selangor .
Lebih membanggakan kenyataan MB Selangor menyatakan kesediaan Kerajaan Negeri menangani para pekerja di permis menyediakan arak yang dibuang kerja dengan menyediakan tabungan khas serta meminta para Exco kerajaan Negeri menubuhkan sakretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini serta menyediakan tempoh yang sewajarnya kepada semua pihak termasuk pemilik permis dan pekerja .
Sebagai seorang yang bukan Islam , sudah tentu YB Ronie Liu tidak memahami hukum hakam berkaitan perkara tersebut lebih-lebih lagi bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah Selangor . YB Ronie Liu seharusnya diberikan kefahaman dan penjelasan yang sewajarnya . Kebimbangan beliau ialah bagaimana untuk menangani para pekerja ( beragama Islam ) yang akan kehilangan kerja dan pemilik premis yang memerlukan pengambilan pekerja baru dengan kadar yang segera apabila tindakan secara drastik tersebut di ambil oleh MPSJ . Di mana penghinaan terhadap Islam yang didakwa oleh Datuk Seri Jamil Khir ?
Sehingga sekarang , Datuk Seri Jamil Khir terus mengambil sikap berdiam diri terhadap para pekerja yang beragama Islam yang bekerja di Kilang-Kilang Arak dan di permis hiburan yang menyediakan arak di Kuala Lumpur dan negeri-negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN . Sedangkan beliau adalah menteri yang dipertanggungjawabkan berkaitan agama islam . Seharusnya Datuk Seri Jamil Khir terlebih dahulu mengarahkan tindakan tersebut daripada MPSJ . Kalau YB Ronie Liu tidak faham dan mempertikaikannya adalah bukan luar biasa kerana beliau bukan beragama Islam .
Bukankah beliau juga adalah bertaraf ulama yang memahami dan mendalami hukum hakam yang mengharamkan umat Islam bekerja di tempat-tempat sedemikian ? Tindakan Datuk Seri Jamil Khir adalah LEBIH MENGHINA ISLAM ! Tahu tetapi buat-buat tidak tahu . Kenyataan Datuk Seri Jamil Khir sememangnya terlalu ekstrim dan cuba menimbulkan ketegangan . Tuduhan melampau oleh beliau Juga bersifat politik dan boleh mengapi-apikan rakyat dengan sentimen perkauman dan ketegangan agama .