klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 12 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta:


KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.mStar Online


FM - 10 Julai , wartawan Sinar Harian Terengganu Pn Saidatul menghubungi saya meminta supaya memberikan komen dalam isu pemansuhan PPSMI . saya secara konsisten menjawab bahawa PPSMI adalah perlu diSEGERAkan pemansuhannya . Saya melihat bahawa tindakan Menteri Pelajaran adalah merupakan gimik kerana PRK Manik Urai yang berlangsung sekarang . Bukan secara serius untuk memansuhkan PPSMI yang sudah pasti yang menjadi menjadi mangsa ialah para pelajar kita terutama anak-anak di luar bandar dan desa .

Kenapa harus ditunggu sehingga 2012 ? kenapa tidak sekarang ? Jangan niagakan pendidikan kerana kepentingan kroni yang mengakibatkan pembaziran wang rakyat . Tindakan pemansuhan PPSMI pada tahun 2012 hanyalah kenyataan dan keputusan politik . Atau mujngkin Muhyiddin juga percaya apabila 2012 , Pilihanraya ke 13 , yang dijangka dalam tahun 2012 atau 2013 , Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menerajui negara dan membatalkan PPSMI .

'Demo lagi, segerakan mansuh PPSMI'

Abdul Rahim Sabri

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan rasa "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012."Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.
Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya." "Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.Satu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.A Samad , yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
"Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13.""Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus. "Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata. "Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.
"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad."GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."Untuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.
Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI."Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.
"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar". Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan. "Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata. MALAYSIAKINI

KHIR TOYO BAKAL HABISKAN USIANYA DI DALAM PENJARA


Jika kerajaan BN ini sebuah kerajaan yang tidak korup dimana Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak adil, cekap, telus dan tanpa berpilih, Khir Toyo sudah pasti telah di bawa ke muka pengadilan.Belum pun selesai isu penyalahgunaan dana negeri yang melibakan pemindaan dana bernilai lebih RM1 juta yang diberikan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS), kini timbul isu pembinaan banglo mewah, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ini berikutan nilai hartanah mewah tersebut mencecah kira-kira 24 juta ringgit yang mencakupi keluasan tanah lebih 1 ekar.Menurutnya, istana Khir Toyo ini juga dibina di atas dua lot tanah yang dibeli dari Syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan keseluruhan harga 4 juta ringgit.“Istana ini paling kurang 18 juta, belum campur perabot, jadi saya estimate sebagai 20 juta, campur dengan 4 juta tanah, istana Khir Toyo nie 24 juta”,katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah, berkata demikian kepada media selepas melawat banglo mewah Khir Toyo di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.Dalam pada itu, Ng Suee Lim turut mempersoalkan sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.
“Saya kira 48 ribu tanpa berbelanja setiap bulan, tak payah belanja semua makan minum kerajaan tanggung termasuk semua pembantu semua dia tanggung, net profit Khir Toyo dapat RM48 ribu, kali 12 bulan, bermaknanya satu tahun dia punya gaji 576 ribu, 8 tahun keseluruhan dia dapat, lebih kurang 4.6 juta campur interest RM4.7juta, saya nak tanya, saya minta khir toyo beri penjelasan daripada RM4.7 juta ini, boleh kah memiliki banglo sebesar istana Khir Toyo ini?
Ng Suee Lim tidak berhasrat untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa, tetapi menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk menilai sendiri ketelusan Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar.Menurutnya, Khir Toyo sering mempersoalkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan beliau sendiri jelas tidak telus dalam mentadbir negeri selangor di bawah naungan barisan nasional.
“Jadi kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti, kebertanggungjawaban, jadi benda ini Khir Toyo kena jawab kepada media, kepada rakyat kenapa dia memiliki harta yang sebegini besar”,katanya.Ng Suee Lim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini dengan adil, berikutan pendedahan beberapa dokumen pembelian tanah yang dibuat Khir Toyo pada Julai 2007.“Saya mintak SPR, Suruhanjaya Pencegah Rasuah jangan jadi pelindung tolong siasat dan tak perlu cari dokumen dengan saya dokumen ini ada di PTG. Tanya kenapa seorang Menteri Besar, penjawat awam, yang tak boleh meniaga dalam 8 tahun boleh dapat harta yang begitu banyak”,katanya.
Banyak pihak yakin bahawa setelah kerajaan pusat diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dimana selepas SPRM, polis, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan dibersihkan daripada manipulasi dan eksploitasi politik UMNO BN, kes Khir Toyo ini akan diberikan perhatian serius dan impiannya untuk tinggal di istana yang bukan di dalam kemampuannya akan bertukar kepada kediaman di sel penjara sebagai ganti.