KEMAMAN – Sebanyak RM70 juta wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar sebuah syarikat perunding bagi membantu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak membina imejnya. .
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Geliga, DUN Chukai, dekat sini baru-baru ini."Dia (syarikat perunding) nasihat Perdana Menteri (untuk), umum (dan) cari 60,000 orang di Wilayah Persekutuan potong 50% (bayaran lesen),”syarikat ini juga menasihat bagaimana nak melaksanakan dasar, kamu cari kumpulan-kumpulan kecil, ”Najib pun beritahu, kita umum pemotongan (atau) diskaun 20% tol (bagi) pengguna-pengguna lebuhraya yang menggunakan (kad) Touch ‘n’ go dan Smart Tag,”tapi dengan syarat, 80 kali sebulan guna baru dapat potongan, kalau 79 kali sebulan, tak dapat,”katanya.Menurutnya, pengumuman 11 perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri sempena 100 hari telah dirancang supaya kelihatan hebat, seolah-olah ia memberikan manfaat kepada seluruh Malaysia.Hakikatnya kata Mahfudz, ia hanyalah memberikan faedah kepada segolongan, terlalu kecil rakyat Malaysia.”Dia (syarikat perunding) sudah ‘calculate’, dah kira berapa ramai yang dia (Najib) terpaksa (dan) sanggup untuk beri diskaun 20% (potongan tol) ini,”hanya dalam lingkungan 80,000 orang sahaja, bukan satu Malaysia,”jelasnya.