KERAJAAN SEBENTAR TADI TELAH MENGUMUMKAN PEMBEBASAN 13 ORANG TAHANAN ISA !
MEREKA YANG DIBEBASKAN TERMASUK 3 ORANG PEMIMPIN HINDRAF IAITU -
1. UTHAYAKUMAR
2. YB MANOHARAN
3. VASANTA
TAHNIAH KEPADA TEMAN-TEMAN HINDRAF YANG TERUS BANGKIT BERJUANG TANPA TAKUT DAN GENTAR UNTUK MEMBEBASKAN KESEMUA WIRA HINDRAF YANG DITAHAN DI BAWAH AKTA ZALIM ISA !
MAKKAL SAKTI ! MAKKAL SAKTI ! MAKKAL SAKTI !
tahniah kawanku jayathas !
Jumaat, 8 Mei 2009
AMPUN TUANKU SULTAN PERAK : JANGAN ROSAKKAN KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA TUANKU
Insiden yang berlaku dalam Dewan Undangan Negeri Perak semalam 6 Mei 2009 adalah satu sejarah hitam politik negara dan amalan demokrasi . Tindakan kurang ajar , biadab dan keterlaluan ADUN Barisan Nasional yang sanggup membelakangkan undang-undang dan peraturan adalah sangat mengaib dan memalukan .
Suasana di dalam Dewan Undangan Negeri menjadi kecoh sehinggakan bertindak diluar undang-undang mengugurkan V Sivakumar, Speaker DUN Perak dan melakukan tindakan tidak bermoral sepertimana yang di dakwa oleh Sivakumar sewaktu membuat laporan polis , "Walaupun saya telah cuba sedaya upaya memberi amaran (supaya) jangan berlaku kekerasan dan jangan menghalang saya menjalankan tugas (sebagai Speaker), sekumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher saya dan mengheret badan saya sampai ke atas lantai. "Dan saya dibawa keluar (dari) dewan negeri dengan penuh kekerasan," katanya dalam laporan itu, sambil menambah beliau kemudiannya dikurung selama sejam selepas itu.
Kekecohan itu juga, tambah Sivakumar, menyebabkan beberapa ADUN , antaranya Thomas Su (Pasir Pinji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) dan Chang Lih Kang (Teja) telah mengalami kecederaan.
Suasana yang berlaku telah dirasai sendiri oleh DYMM Dr. Raja Nazrin Sultan Azlan Shah yang mencemar duli untuk merasmikan sidang Dewan Undangan Negeri Perak . Hingga terpaksa menunggu agak lama sebelum berangkat ke dalam dewan bagi merasmikan sidang DUN akibat daripada kekecohan yang berlaku . Suka atau murka dengan apa yang berlaku , itulah hakikatnya.
Justeru , apa yang berlaku di dalam dewan dan konflik serta polemik politik di negeri Perak bermula rampasan kuasa oleh UMNO / BN yang diketuai oleh Najib Tun Razak harus diselesaikan dengan secara bijaksana oleh DYMM Tuanku Sultan Perak. Suasana "panas" ini akan menjadi semakin parah sekiranya tidak diselesaikan dengan baik. Malah kita yakin dan percaya sudah pasti DYMM Tuanku tidak akan sanggup melihat negeri Perak menjadi hancur gara-gara suasana politik yang berpunca oleh Barisan Nasional . Malah semua pihak termasuk pakar undang-undang menyatakan tindakan memecat YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin adalah tidak sah dan melanggar Undang-Undang Tubuh Negeri Perak .
Hari ini Negeri Perak mempunyai 2 orang Menteri Besar , 2 orang Speaker DUN dan 2 barisan exco . Rakyat negeri Perak sudah pasti menjadi keliru dan merasa amat malu dengan apa yang berlaku . Kebimbangan ialah dalam kes yang berlaku ini istitusi raja akan dipersalahkan . DYMM Sultan yang seharusnya bertindak sebagai orang tengah yang mampu membantu ke arah penyelesaian konflik politik yang semakin hari semakin parah . Kerisauan ialah DYMM Tuanku Sultan tidak lagi dihormati dan institusi raja akan diperlekehkan oleh rakyat jelata khususnya rakyat negeri Perak Darul Ridzuan .
Tidak ada cara yang paling terbaik ialah DYMM Tuanku Sultan membuat keputusan sepertimana yang di cadangkan oleh YAB Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat iaitu bertindak memperkenankan PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK . Memberikan mandat kepada rakyat negeri Perak untuk menentukan parti mana yang secara sah dan majoriti yang bakal menerajui pentadbiran negeri Perak .
Sekiranya UMNO/Barisan Nasional bersikap 'gentleman' atau 'anak jantan' , seharusnya bersetuju dan bersedia dengan cadangan yang paling terbaik ini dan menyerahkan kepada rakyat negeri Perak menentukan siapakah yang bakal menerajui Kerajaan Negeri Perak . Hentikan segala konflik dan polemik yang melanda negeri Perak ini .
Meletakkan kepentingan peribadi dan mengangkat ketuanan rakyat .
Jangan sampai DYMM Tuanku Sultan akan dipersalahkan dan istitusi raja berpelembagaan ini tercemar . Bubar segera Dewan Undangan Negeri Perak . Biar rakyat Perak menentukan siapakah dan parti mananakah yang layak memimpin dan menguruskan Kerajaan Negeri Perak .
Fariz Musa
Langgan:
Catatan (Atom)