klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 28 Januari 2011

PEMBEKUAN/PENGHAPUSAN TOL BUKTI BUKU JINGGA BOLEH DILAKSANAKAN

Kenyataan Media

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.


AZMIN ALI

TIMBALAN PRESIDEN

28 JANUARI 2011

NAJIB PATUT FOKUS PERBETULKAN EKONOMI, BUKAN SALAHGUNA KUASA DIPLOMATIK UNTUK RISIK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Kenyataan Media
28 januari 2011

Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan.

Umno/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang. Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

Tahun

Angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam RM billion

2005

27.8

2006

27.4

2007

17.8

2008

29.9

2009

17.9

Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, fitnah Umno/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden Umno/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

28 JANUARI 2011

Malaysian Insider digesa perbetulkan laporan mengelirukan

Kenyataan Akhbar

Laman berita the Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk 'Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN'.

Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda' (laporan disertakan sebagai rujukan).

Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato' Sri Najib adalah tidak benardan tidak berasas.


'Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: "Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas."'

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Pengarah Komunikasi

Parti Keadilan Rakyat

Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Tajuk :
Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk.

Pembicara:
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

3.
Dato' Dr Siddiq Fadzil

Fasilitator:
Dr Mohd Nor Manuty

Tarikh:
Ahad, 30 Januari, 2011

Masa :
900am - 100pm.

Tempat:
Auditorium Dewan Jubli Perak, Pej Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor.

Respons Anwar Ibrahim terhadap laporan CNN

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai
mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Media Arus Perdana Kelirukan Melayu, Bukan Melayu Kena Tempias- Asri

SHAH ALAM 27 JAN : Media arus perdana Malaysia yang berada di bawah kawalan pemerintah menjadi antara penyumbang masyarakat Melayu di negara ini terkeliru dengan ajaran Islam sebenar.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, justeru tidak mustahil, bukan Islam juga turut menerima tempias daripada fahaman Islam yang dipengaruhi sentimen bangsa oleh pihak tertentu demi melunaskan agenda politik masing-masing.

"Kalau orang Melayu awam, mereka kadang-kadang faham Islam macam mana yang ditonjolkan oleh kehendak politik kebelakangan ini. Islam yang menimbulkan permusuhan, Islam yang menghalang orang bukan Islam itu memahami Islam dengan lebih mudah, Islam yang menghalang perpaduan, Islam seperti ini mereka dapat dari media.

"Isu-isu ini cuba dimainkan dan kerana ini mereka juga terikut-ikut dengan apa yang dibawa oleh media perdana dan media cetak umpamanya yang menyebabkan mereka mentafsirkan Islam dalam kerangka Melayu. Saya rasa mereka ini menjadi mangsa percaturan kehendak orang politik yang menggunakan Islam," jelas Dr Asri ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau merujuk laporan media arus perdana yang berunsur provokatif seperti yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan banyak lagi.

Media hari ini melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berkata, orang Melayu yang menolak Islam lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Lee dalam bukunya yang berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Lee dalam tulisannya menyebut, ajaran Islam boleh menghalang integrasi dan pembangunan di negara republik itu.

Menjelaskan hal itu, Dr Asri berkata terdapat beberapa teori boleh diambil berhubung tanggapan Lee terhadap Islam.

"Mungkin Lee Kuan Yew memahami Islam sepertiman dia lihat fahaman Islam sesetengah pihak seperti di Malaysia yang cuba menonjolkan Islam yang lebih bersifat kemelayuan, bukan bersifat Islam sebenar," kata Dr Asri.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin berkata, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz harus diambil diiktibar oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam di negara ini.

Ujarnya, teguran yang dibuat oleh alim ulama seperti Nik Aziz haruslah dihormati dan dijadikan iktibar.

"Orang yang belum masuk Islam seperti Lee Kuan Yew, dia memang tidak mengerti bahawa Islam itu sepenuhnya adalah kebaikan. Islam itu adalah rahmat dan nikmat serta hadiah Allah kepada umat sejagat.

"Tetapi bagaimana dengan orang yang telah mengaku beriman tetapi mereka sendiri tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai landasan perjuangan. Malah mereka mahu menguburkan Islam, mereka mahu mengalahkan Islam malah mencanggahi ajaran agama dan menolak para alim ulama," kata Ustaz Ghani.

Menurut Ustaz Ghani, amalan pemerintah hari ini yang mirip kepada corak nasionaslisme dan mengenepikan ajaran Islam, haruslah segera dihentikan.

Umno Tolak Islam, Soi Lek Takutkan Bukan Islam, Nik Aziz Kecewa

Labis 27 JAN : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan rasa dukacita dengan Umno kerana menolak Islam dan gagal memahami konsep Islam walaupun mengaku sebagai parti orang Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Sehingga kini MCA terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Dia tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, ini masalah kalau dia faham mustahil dia tolak Islam. Islam ini menyeluruh dan komprehensif.

"Saya duka cita kerana Umno tolak Islam. Kalau MCA tolak Islam tidak pelik. Sebab dia tidak faham (Islam), kalau MCA mempermainkan Islam tak apa sebab dia tak faham. Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai. Habis rosak komputer itu. Kalau nak bagi mesti bagi pada anak orang kampung yang faham tentang komputer,” beliau berkata demikian ketika melawat Kampung Redong Labis bersama dengan Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman dan suaminya.

Beliau yang mesra dikenali sebagai 'Tok Guru' disambut dengan baik oleh penduduk kampung Redong itu dan menghabiskan masa lebih dua jam sebelum sempat menunaikan solat Zohor bersama penduduk kampung itu di Masjid Redong.

Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Normala untuk membantunya dalam kempen ini.

Dr Chua sebelum ini menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas Menteri Kesihatan yang pernah terbabit dalam skandal video lucah itu berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Menurut Nik Aziz, peluang PAS di Tenang bergantung kepada pilihan pengundi yang perlu bijak memilih yang terbaik dalam hidup mereka.

"Peluang terletak ke atas pengundi. Kalau nak kekal jahiliah atau terima Islam. Tolak Jahiliah ambillah Islam, Itu yang betul di dunia dan akhirat," jelasnya.

'Teman wanita' TKM S'wak dikait projek hospital

Sebuah lamanweb whistleblower, yang sebelum ini mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, kini mensasarkan seorang lagi pemimpin politik Sarawak dalam pendedahan terbarunya.

NONEMenurut Sarawak Report, Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada Christina Foo, yang didakwa 'teman wanitanya', untuk membeli peralatan perubatan bagi sebuah hospital baru di Kota Samarahan, yang terletak kira-kira 20km di tenggara Kuching.

Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.

NONEHospital Jantung Kota Samarahan - setelah bertahun-tahun tergendala - telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menghadiri majlis perkahwinan Taib di Kuching.

Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.

NONEKos pembinaannya sebanyak RM473 juta dibiayai oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, milik kerajaan negeri Sarawak. Bagaimanaun, ia berdepan dengan masalah, menyebabkan rakan kongsi projek tersebut menarik diri.

Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.

Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.