klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 24 Oktober 2009

Nik Aziz : berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti

KOTA BAHARU, 23 Okt :-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.
Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.
"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan."Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.
Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.
Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan:
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.
Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-- BERNAMA

SIDANG DUN PERAK 28 OKTOBER 2009 : DS NIZAR DEDAH CUBAAN JAHAT BN

LUMUT,24 Okt :- Sidang pada 28hb Oktober ini kami diberitahu oleh orang dalaman yang rapat dengan kami bahawa bentara lama telah diberhentikan dan dilantik 15 bentara baru dari kalangan samseng Umno, demikian penegasan MB Perak Pakatan Rakyat, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin dalam sidang media selepas merasmikan Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Perak di Markaz PAS bt8 Lekir disini pagi tadi.
Katanya jika ini berlaku besar kemungkinan katanya dengan alasan kami akan buat kecoh,mereka merancang selamatkan Adun BN dan mengunci bilik dan melanyak kami."Kami hanya boleh masuk jam 10 pagi, sebenarnya nak masuk bila-bila masa kepada Adun. Keselamatan dikatakan tidak membenarkan Adun bawa rakan, kamera dan perakam video. Mereka nak mengekalkan kerajaannya dengan apa cara sekalipun " kata Ds. Nizar.

Program Pemuda PR diganggu oleh Polis

LUMUT : Program Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak tetap mendapat sambutan lebih 2,000 orang Pemuda PAS, PKR dan DAP walaupun mendapat kawalan ketat dan halangan yang melampau oleh pihak Polis pagi tadi-demikian jelas Ketua Penerangan Pemuda PAS Perak,Ustaz Akmal Kamaruddin ketika ditemui selepas majlis perasmian yang bersejarah itu.
Jelasnya lagi lebih separuh rombongan pemuda yang datang dari seluruh pelusuk negeri Perak terpaksa berpatah balik akibat sekatan Polis itu. Malah terdapat bas muslimat dari Bagan Serai yang tidak sampai ke tempat program, jelas beliau.
Pelancaran Pemuda Pakatan Rakyat Perak itu telah disempurnakan oleh Ds. Nizar Jamaluddin. Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Pesuruhjaya PAS Perak,Ust. Abu Bakar Hussain, Pengerusi DAP Perak,Dato' Ngeh Khoo Ham, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,Ust. Azman Shapawi dan semua Pemimpin Tertinggi Pemuda PAS, DAP dan PKR Negeri Perak.
"Rencana awal himpunan diadakan disebuah padang, setelah itu dipindah kesebuah tokong di Lumut dan terakhir diadakan di Markaz bt.8 Lekir kerana mendapat halangan dari Polis.Ust. Akmal juga melahirkan kekesalannya kerana pada 12hb Okt lalu Pemuda Umno melakukan konvoi dan perhimpunan tetapi tidak diganggu oleh polis malah dikawal pula, ini sikap double standard yang tidak sepatutnya dilakukan oleh polis." Jelas beliau dengan nada kesal.
Beliau menjangkakan sekiranya tidak dihalang, diperkirakan lebih 5,000 pemuda akan hadir.

Program Celik IT : TAHNIAH DUN SRI MUDA

Program Celik IT hari ini yang dikendalikan oleh 4E Motivation & Training di Seksyen 6 , Shah Alam untuk DUN Sri Muda ( anak-anak buah YB Shuhaimi ) cukup cemerlang dengan penyertaan penuh seramai 25 orang .
Program yang mendedahkan kepada para peserta tentang kemahiran Microsoft Office 2007 cukup menarik minat para peserta yang komited daripada pagi sehinggalah petang ini dengan pengendalian daripada Trainer Miss Shiela seorang profesional dalam bidang IT .