klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 28 September 2010

kecoh

Ramai wartawan menghubungi saya hari ini bertanyakan berkaitan isu "kecoh" dalam pemilihan cabang2. Kebetulan saya baru selesai membaca akhbar Sinar Harian yang turut terpampang perkataan "KECOH" di muka depan . Memang kecoh jadinya .
Proses pemilihan kali ini dengan cara yang baru adalah satu model yang terbaik yang dilaksanakan oleh Keadilan . Sepertimana yang pernah saya menjawab soalan seorang wartawan TV Selangor 2 bulan yang lalu bahawa sudah pasti akan berlaku sesuatu diluar dugaan kerana ini adalah julung kali diadakan. sudah pasti ada kelemahan dan kekurangan .
Daripada keseluruhan cabang-cabang yang ber MATC 96% adalah berjalan dengan baik . Tidak ada kecoh-kecoh. Hanya 4% ( dalam lingkungan 7 atau 8 cabang ) sahaja yang bermasalah dan menimbulkan kekecohan. Itu pun berlaku permasalahan teknikal serta keghairahan ahli-ahli keadilan yang menyokong calon-calon masing-masing . Ini membuktikan kesungguhan dan keghairahan ahli-ahli keadilan dalam menyertai MATC dan pemilihan kali ini cukup luar biasa.
Beberapa insiden pergadohan dan ketegangan di cabang-cabang adalah disebabkan permasalahan teknikal . Dan langkah yang terbaik ialah menangguhkan pemilihan dan menyerahkan Jawatankuasa Pemilihan Pusat ( JPP ) menentukan semula tarikh pemilihan dan saya yakin akan diperkemas , diperbetulkan dan dilaksanakan dengan lebih baik terutama di kawasan yang sensitif dan 'panas'.
Kenyataan Ezam yang cuba masuk campur dalam urusan pemilihan Keadilan sangat memualkan. Tak perlulah membuat sebarang komentar . Ini bukan lagi parti anda. Keghairahan ahli-ahli Keadilan dan jumlah yang ramai yang hadir dalam MATC kali ini luar biasa dan membuktikan kekuatan parti .
Malah disaksikan ada YB ADUN , EXCO Kerajaan Negeri , Ahli Parlimen kecundang dalam pemilihan parti kali ini . Kita benar-benar bukan seperti UMNO dan Barisan Nasional . Ahli boleh menilai , berfikir dan berhak menyokong sesiapa sahaja tanpa dipengaruhi . Menjadi ADUN , MP atau EXCO bukan tiket selesa untuk menang sekiranya tidak menjalankan tanggungjawab kepada ahli2 parti . Memenangi hati mereka dengan bekerja dengan baik . Ahli-ahli disemua peringkat mampu berfikir dan membuat keputusan .
Itulah budaya dalam Keadilan , merit adalah menjadi kekuatan dalam membina sokongan ahli-ahli . Suasana kempen yang berlaku dalam tempoh pemilihan ini menjadi suasana agak tegang . Masing-masing dengan ghairah berkempen bagi memastikan calon-calon mereka menang dalam menerajui pimpinan di cabang-cabang .
Insyaallah , saya yakin isu ini akan selesai dan mampu diperelokan .

Sir Branson : Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan

(malaysiakini)
Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri AnwarIbrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini....
"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.

"Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya .

Bercakap kepada kira-kira 800 pemimpin perniagaan di Kuala Lumpur, Branson berkata, imej negara masih lagi penting kerana ia membolehkan kerajaan untuk menarik para pelabur dan pada masa yang sama, melaksanakan dasar yang lebih baik
untuk melengkapinya.

Bekas timbalan perdana menteri itu yang dipecat dan dipenjarakan atas dua tuduhan berasingan membabitkan tuduhan liwat dan rasuah lebih sedekad lalu berkata tuduhan terbaru juga embabitkan liwat dengan pembantunya bertujuan 'membunuh' kerjaya politiknya.

Human Rights Watchmenggesa Malaysia menggugurkan tuduhan berkenaan manakala kerajaan Amerika Syarikat pula memberi amaran bahawa ia sedang memerhatikan saga itu dengan dekat.

"Jika Malaysia lebih liberal, lebihramai orang akan melabur. Jika anda pemimpin yang berani, anda sepatutnya menghapuskan perkara seumpama itu yang merosakkan reputasi negara,” kata Branson.

Usahawan Britain itu diminta mengulas sama ada dasar ekonomi dan pelaburan Malaysia pada masa ini akan terus mampan untuk pertumbuhan masa depan jika iklim politik boleh menjejaskan pelaburan.

Beliau berkata, iklim politik semasa tidak menjejaskan Malaysia dengan ketara tetapi kerajaan perlu mengambil langkah-langkah berani untuk menangani isu itu.

"Pada umumnya, saya rasa banyak yang boleh kami di barat ini belajar dari Malaysia dan kami sememangnya mahu belajar dari anda," kata Branson yangdilaporkan mempunyai nilai kekayaan bernilai AS$4 bilion.

Pengasas Virgin Group itu mengembangkan perniagaannya kepada dunia muzik, pengembaraan udara, mudah alih, perhotelan, aeroangkasa dan lain-lain dengan sekitar 200 syarikat di lebih 30 negara.

Usahawan berjaya itu meraikan ulangtahunnya yang ke-60 baru-baru ini, turut memaklumkan pentingnya melakukan kerja-kerja kemanusiaan di kalangan usahawan memandangkan merekamempunyai sumber kewangan dan kemahiran keusahawanan yang cukup untuk membantu mereka yang memerlukan.

"Dengan kekayaan yang berlebihan, ia seiring dengan tanggungjawab. Saya rasa pemimpin perniagaan mempunyai keupayaan dan pengalaman yang ahli politik tiada” katanya.
Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.

Forum dua hari yang bertemakan "Dawn of the New Decade" bermula hari ini.

Ia akan menyaksikan perbincangan dari 19 pakar terkemuka antarabangsa, berkongsi pendapat mengenai pilihan pelaburan di Asia dan cara untuk mengukuhkan portfolio pelaburan.