klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 23 April 2009

PERLANTIKAN HISAMUDIN HUSSEIN SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU BUKTI UMNO TERENGGANU MENUJU KEHANCURAN!


AMK Negeri Terengganu menganggap perlantikan Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang juga merupakan Naib Presiden UMNO menerajui UMNO Terengganu bagi mengantikan YAB Datuk Ahmad Said yang sebelum ini sebagai Pengerusi Pergubungan UMNO Negeri Terengganu merupakan bukti kukuh UMNO Terengganu dalam keadaan yang semakin parah dan " Retak Menunggu Belah " .
Kegagalan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Negeri Terengganu telah mengundang tindakan drastik ADUN UMNO/BN telah menolak kepimpinan beliau dengan tindakan memalukan beliau dengan tidak hadir dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini . Datuk Ahmad Said tidak mampu untuk menyatukan UMNO Terengganu dan dilihat UMNO Terengganu semakin lemah .
Perlantikan Datuk Seri Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tidak akan mampu menyelesaikan kemelut dan polemik "pergaduhan" dan keretakan UMNO Terengganu yang semakin parah . Penurunan pangkat Datuk Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO adalah tindakan memalukan ahli UMNO Terengganu yang dilihat kegagalan beliau menerajui dan memimpin UMNO Terengganu dan negeri Terennganu.
Polemik UMNO Terengganu tidak akan mampu diselesaikan dengan perlantikan Datuk Seri Hishamudin Hussein kerana beliau tetap berada di Kuala Lumpur sepenuh masa dan sudah pasti pengurusan UMNO Terengganu tetap akan diuruskan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu , Datuk Ahmad Said yang merupakan musuh kepada 18 ADUN UMNO.
Rakyat Terengganu sedang 'mentertawakan' gelagat pemimpin-pemimpin UMNO.
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
merangkap
Ketua AMK Negeri Terengganu