klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 27 Mac 2010

NAJIB antara diktator, pemimpin rasuah dunia upah APCO

NAJIB

Pulih Imej Antarabangsa

NAJIB antara diktator, pemimpin rasuah dunia upah APCO

Syarikat APCO Worldwide yang diupah Perdana Menteri Najib Razak untuk memulihkan imej beliau yang tercalar, didakwa memberikan khidmat serupa kepada beberapa diktator dan pemimpin rasuah di seluruh dunia.

Akhbar berpengaruh The Times of India melaporkan selain Najib, firma perhubungan awam yang beribu pejabat di Washington itu dilantik sebagai perunding imej untuk bekas diktator Nigeria Sani Abacha dan Presiden seumur hidup Kazakhstan, Nursultan Abishuly Nazarbayev.
Turut menjadi pelanggan APCO ialah jutawan Mikhail Khodorkovsky yang pernah menjadi ketua belia Parti Komunis Rusia dan didakwa mempunyai hubungan dengan mafia.

The Times of India mengatakan APCO Worldwide mempunyai kepakaran untuk gi membaikpulih imej pemimpin-pemimpin dunia yang tidak popular di kalangan rakyat.
Akhbar The Times melakukan siasatan terhadap APCO setelah didedahkan bahawa Narendra Modi, Ketua Menteri Gujarat adalah juga pelanggan syarikat itu.

Narendra dikatakan mendalangi rusuhan agama di negerinya pada Februari 2002 yang meragut 1,000 nyawa, kebanyakan orang Islam. Untuk memulihkan imej Narendra kerajaan negeri Gujarat dilaporkan membayar yuran sebanyak USD25,000 sebulan kepada APCO Worldwide.
"Walaupun sebutharga APCO tiga kali ganda lebih mahal daripada syarikat lain, ia telah dipilih atas alasan firma itu mempunyai ramai bekas senator daripada parti Republikan dan Demokrat yang menjadi pakar perunding," kata akhbar itu lagi.

Kerajaan Malaysia pula dipercayai mengikat kontrak bernilai RM20 juta sejurus selepas Najib menjadi Perdana Menteri.

Diasaskan pada 1984, APCO Worldwide merupakan perunding komunikasi global yang mempunyai rangkaian di 24 bandar raya utama dunia.
Pelanggannya merangkumi kerajaan, syarikat korporat, pertubuhan industri dan badan bukan berorientasikan keuntungan.

APCO Worldwide membuka pejabatnya di Kuala Lumpur pada 1 September 2009 selepas mengikat kontrak lumayan itu dengan kerajaan Najib.
Syarikat tersebut mempunyai majlis penasihat antarabangsa termasuk beberapa tokoh yang pernah berkhidmat dengan rejim Zionis Israel seperti Shimon Shein bekas duta Israel ke Jerman, Itamar Rabinovich bekas duta Israel ke Amerika Syarikat dan Doron Bergerbest-Eilon bekas pegawai tinggi Agensi Keselamatan Israel.

Saifuddin: 'Pejuang Melayu tulen ada saham judi'


Ahli parlimen Machang Saifuddin Nasution memohon kerajaan menjelaskan kelulusan lesen judi yang diberikan kepada sebuah syarikat yang dikuasai Tan Sri Vincent Tan.

Berucap ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini, Saifuddin (kiri) turut mengaitkan MP Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang didakwa turut mempunyai saham dalam syarikat berkenaan.

"Pasir Mas, pejuang tulen pun ada saham juga, itulah wajah sebenar pejuang Melayu. Untuk itu kita minta kementerian kewangan jelaskan perkara berkenaan," dakwanya lagi.

Tambahnya, syarikat yang dinamakan Ascot Sports itu diberikan ruang sehingga 20 tahun untuk menjalankan perniagaan pertaruhan.

Jelasnya, perniagaan itu membabitkan pertaruhan untuk lumba kuda, bola sepak dan sukan-sukan lain.

"Syarikat ini membayar yuran operasi sebanyak 20 juta kepada kerajaan dalam urusniaga sebesar RM1bilion.

"Sudah tentulah lesen ini diberikan oleh menteri kewangan, saya difahamkan menteri kewangan dan perdana menteri sebelum Abdullah Badawi mengambil alih kuasa.

"Menteri kewangan ini adalah presiden Umno, Umno ialah parti agama bangsa dan negara," katanya lagi.

Tambahnya, maklumat tersebut diperolehinya melalui buku tulisan Barry Wain berjudul Malaysian Maverick yang setakat ini masih dalam penilaian oleh kerajaan.

1Malaysia, 1Israel: Anwar jelaskan Selasa ini

Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi peluang membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung dakwaannya tentang ilham konsep 1Malaysia diciplak daripada slogan 'One Israel' Selasa depan.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, R Sivarasa (kiri, berpakaian perang) berkata, penjelasan oleh Anwar itu diputuskan ketika pertemuan kedua-dua mereka dengan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee di pejabatnya hari ini.

Katanya, Kiandee dalam mesyuarat 20 minit itu telah menetapkan jam 11.30 pagi, Selasa ini untuk Anwar memberi penjelasannya.

"Anwar dan saya pergi berjumpa timbalan speaker bagi mendapatkan penjelasan. Timbalan speaker berkata dia diberi tujuh hari untuk membuat penjelasan,” kata Sivarasa.

Sivarasa yang juga MP bagi Subang Jaya yang bercakap bagi pihak Anwar berkata tarikh lebih awal tidak mungkin kerana Anwar akan ke luar negara dan hanya akan kembali minggu depan.

Minggu lalu, ketua pembangkang itu mendakwa Apco Worldwide pernah menjadi perunding bagi kerajaan rejim Yahudi yang diketuai oleh Ehud barak bagi melakarkan slogan One Israel.

Menurut Anwar lagi, Apco kemudiannya membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakarkan 1Malaysia untuk kerajaan.

Anwar sedia pertahan dakwaan 'One Israel'

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersedia mempertahankan dakwaannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan slogan 'One Israel'.

Bagaimanapun, Anwar berkata beliau juga akan mendapatkan penjelasan kerajaan mengenai peranan Apco Worldwide - yang didakwanya menghasilkan 1Malaysia dan One Israel - dengan kerajaan pusat.

Katanya, dalam satu jawapan yang diberikan kepada Dewan Rakyat, ia menyatakan bahawa perkhidmatan Apco tidak digunakan khusus untuk mempromosi 1Malaysia tetapi untuk semua isu-isu umum komunikasi.

Anwar merujuk kepada jawapan kerajaan terhadap soalan ahli parlimen Tanah Merah, Amran Abdul Ghani minggu lalu, yang turut mendakwa perkhidmatan firma itu turut digunakan oleh diktator di Nigeria dan Kazakhstan.

Menurutnya, beliau mahu kerajaan mendedahkan peranan sebenar Apco, nilai kontrak dan syor-syor firma berkenaan kepada semua kementerian kerajaan.