klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 24 Mei 2009

bila hati perut terlalu busuk!

fitnah memfitnah , prejudis , adu domba , buruk sangka , prasangka dan macam-macam mula menular. virus yang kini cuba ditanam dan disebarkan oleh individu-individu yang hati perutnya sangat busuk ! terlalu dangkal dan bodoh ! menikam dari belakang ! mereka-rekakan cerita dan menjadi penglipurlara jahat , memecah belahkan kalangan teman-teman . merosakkan keyakinan dan mencalarkan hati-hati yang bersih . dengan mainan politik kotor dan menjijikan . mencanaikan permusuhan dan perbezaan yang tiada hujung pangkal serta titik bengek yang memual dan meloyakan . yang kecil diperbesar-besarkan . yang besar lagilah mahu diperluaskan langkauan . walau sanggup mencipta penipuan .
kepada hati-hati yang busuk , hentikanlah. jangan pecahkan kekuatan. jangan punahkan pemikiran teman-teman dengan rekaan memusnahkan. jangan takut dengan bayang-bayang sendiri . jangan cipta kehancuran. kepada teman-teman , jangan dengar bisikan si munafiq dan si fasiq . siasat dan cari kebenaran . mencari yang hak dan menolak kebatilan .
ingatlah... hati ini beri amaran ... membujur lalu melintang PATAH !!!!!

UMNO Parti Bertaraf Parti Bebas - TG Nik Aziz


Sunday, May 24, 2009 1:25 AM

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa kesemua Menteri Besar yang dilantik di negeri-negeri adalah dengan mandat yang diberikan oleh rakyat.Menurutnya, keputusan yang dibuat Mahkamah Rayuan semalam mengisytiharkan Dato' Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar adalah membuktikan bahawa ianya tidak berpandukan kepada mana-mana sistem iaitu Islam ataupun demokrasi.
"Kesemua Menteri Besar di Malaysia ini memegang jawatan ini kerana undi yang diberikan rakyat kepada kami, bukan keputusan mahkamah yang memutuskannya," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan sambutan jubli perak kepimpinan ulama di Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar Gombak dekat sini.
Beliau juga mendakwa bahawa sekiranya kaedah 'rampas kuasa' yang dilakukan Umno-BN ke atas kerajaan Perak 'dihalalkan', maka ini bermakna ia mungkin akan dilaksanakan di negeri-negeri lain selepas ini."Selepas berjaya dibuat di Perak, maka ia akan dibuat di negeri-negeri lain pula selepas ini."Cara apakah ini? Islam pun tidak, demokrasi pun tidak," tegasnya.
Malah menurutnya, Menteri Besar Perak sebelum ini, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin mengambil jalan yang betul dengan mengadap Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.Ditanya mengenai keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang berpihak kepada BN, beliau menyifatkan parti itu sebagai satu gerombolan dan bukan sebuah parti politik.
"Umno sekarang bukan lagi sebuah parti politik sebaliknya ia sebuah gerombolan pemikiran sahaja," katanya lagi.Menjawab soalan pemberita mengenai kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib mengenai hasrat BN untuk bertanding di Manek Urai, pihaknya menyifatkan kenyataan tersebut mencerminkan parti itu sebuah parti bertaraf parti Bebas.
"Bila dia tidak mahu bertanding di Penanti, maka ia jadi taraf sebuah parti Bebas, tetapi selepas timbalan dia menyatakan bahawa dia akan bertanding di Manek Urai bermakna dia telah sedar akan taraf sebenar parti itu."Kenyataan yang dibuat Najib dan pemimpin BN sebelum itu membuktikan rendahnya moral dan maruah parti tersebut apatah lagi dengan keengganan mereka untuk bertanding di Penanti," ujarnya lagi.
Beliau yang juga merupakan Menteri Besar Kelantan menjelaskan bahawa PAS mempunyai senarai calon yang ramai untuk mengisi kekosongan pada pilihan raya kecil Dun Manek Urai nanti.
"Kita mempunyai senarai yang panjang kerana terdapat calon yang ramai dan insya-Allah ia adalah orang tempatan," demikian ujarnya.Turut hadir pada sidang media tersebut, Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din. - mks._

SKUAD PILIHANRAYA AMK IRINGI DR. MANSOR DI PASAR MALAM GUAR PERAHU

23.5.2009 , 6.30 PETANG



YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Berkunjung Ke Markas Operasi Utama AMK Pusat

23 Mei 2009 , 1.05 tgh.

Kunjungan Hormat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ke Markas Operasi Utama AMK Pusat

Taklimat telah disampaikan oleh Sdr. Fariz Musa , Pengarah Pilihanraya AMK Pusat . Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin , Ketua AMK Pusat juga menyampaikan ucapan . YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya menekankan agar AMK berkerja bersungguh-sungguh dan menjalankan kempen tidak politik tetapi memberikan kesan positif kepada para pengundi muda DUN Penanti .

MANIK URAI : BN HENDAK LETAK CALON !

Barisan Nasional (BN) menunjukkan permusuhannya dengan PAS apabila Timbalan Presidennya Muhyidin Yassin berkata BN tidak akan memberi laluan mudah kepada parti lawan terutamanya PAS dan akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai.

PRK Penanti , tanpa UMNO/BN . Macam-macam alasan diberikan. Ekonomilah , buang tenagalah , tidak ikut perlembagaanlah , perancangan pembangkanglah dan macam-macamlah .

Kat Manik Urai tiba-tiba BN nak lawan PAS ! Apa pulak alasan Najib ? Lu pikirlah sendiri !

PENANTI TANPA UMNO/BN


CALON DI PENANTI... Mereka yang turun gelanggang pilihan raya kecil DUN Penanti (dari kiri) pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris; Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti Nai Khan Ari Nai Keow.
TALKIN UNTUK UMNO !