klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 11 Februari 2010

ayuh bersama gerakan TAK NAK Zambry

zambry MB mahkamah ! zambry bukan MB rakyat negeri Perak !
zambry MB sultan Perak !
katakan TAK NAK pada zambry !

ceramah saya di Bagan Serai , Perak

saya baru balik daripada berceramah di Tapak Karnival Pakatan Rakyat Sapu Bersih , Bagan Serai , Perak . Bersama saya juga turut menyampaikan ceramah ialah YB Yunus ( Ketua AMK Perak ) , Abang Tan ( Ketua cabang Bagan Serai ) dan Jonah ( Naib Ketua AMK Malaysia ) .
Saya terus mengupas isu Fitnah 2 yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim , kenyataan PI Balasubramaniam yang mengecam bahawa Nasir Safar ( Bekas Pegawai Khas Najib ) yang turut bersama 2 anggota polis ( Sirul & Azilah ) sewaktu menahan wanita mongolia iaitu Altantuya .
Pihak polis minta supaya program ceramah dihentikan jam 11.30 malam . Saya terus berceramah dan berhenti jam 12 tgh malam .

CERAMAH PERDANA DI BATU CAVES


PROGRAM PENERANGAN ISU-ISU SEMASA


Saudara/saudari dijemput hadir ke Program Penerangan Isu-Isu Semasa yang akan diadakan pada:

Tarikh: 11 Februari 2010 (Khamis), 9.00 – 12.00 Malam

Tempat: Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor

Panel Penceramah:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Dato' Seri Nizar
YB Azmin Ali
YB William Leong Chee Kian
YB Dr Dzulkefly Ahmad

Hadirlah beramai-ramai untuk memberi sokongan dan mendengar kupasan isu-isu semasa.