klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 2 November 2010

Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja ... Untuk Apa ????? Sebaiknya Bubar Sahaja Agensi Ini !

"Ketua Audit Negara: Saya boleh siasat apa saja" itulah tajuk yang saya baca dari portal web malaysiakini . Kenyataan yang benar-benar menarik minat saya untuk mengulas. Tidak perlulah saya ulas kenyataan lengkap beliau. Cukup terhadap tajuk yang terpampang untuk saya ulaskan.

Sememangnya kenyataan tersebut adalah benar dan betul. Ketua Audit Negara boleh siasat apa sahaja. Malah kalau berdasar Laporan Ketua Audit Negara 2009 dilihat agensi ini mempunyai ketelusan dengan melapor terhadap segala penyelewengan , pembaziran , ketidaktelusan , tidak profesional dan kebobrokkan dalam mengurustadbir wang rakyat sama ada di peringkat Kerajaan Persekutuan mahupun di peringkat Kerajaan Negeri .

Pembelanjaan merapu , membelian barangan yang melampau dan harga yang tidak masuk akal, projek terbengkalai serta pembaziran dan penyelewengan yang dilaporkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara sebenarnya adlah tidak ke mana. Hanya sekadar laporan dan tetap hanya cetakan serta helaian perlaksanaan tugas oleh Audit Negara terhadap penggunaan dana rakyat . Sekadar itu sahaja. Tidak lebih daripada itu .

Walaupun cukup nyata apabila laporan tersebut yang memperlihatkan unsur-unsur rasuah , penyelewengan dan pembaziran wang rakyat , tiada sebarang tindakan secara serius dan telus di ambil oleh pihak yang berwajib . Sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja .

Malah Ketua Audit Negara pun tidak diberikan sebarang kuasa oleh kerajaan intuk mengambil tindakan seperti mendakwa mereka yang terlibat . Apa lagi oleh agensi-agensi penguatkuasaan yang terlibat seperti pihak polis , SPRM mahupun Jabatan Peguam Negara .

Apa lagi ianya melibatkan tokoh-tokoh politik parti kerajaan . Semua akan di sapu di bawah karpet semata-mata . Malah setiap tahun semakin teruk dan parah lagi pembaziran wang rakyat dilaporkan . Pelaku dan mereka yang bertanggungjawab tetap bebas daripada sebarang tindakan walaupun pelbagai laporan polis dan SPRM telah dilakukan sebelum ini.

Pandangan saya ialah agensi ini wajar ditutup sahaja. Mansuhkan sahaja jawatan Ketua Audit Negara dan Jabatan Audit Negara . Tugas hanya untuk mengaudit , menyiasat dan melapor semata-mata . Tiada sebarang tindakan susulan dan diberikan kuasa .

Saya setuju kalau kenyataan Ketua Audit Negara hanya boleh siasat apa sahaja. Tetapi untuk apa?

Pertemuan Clinton-Anwar: Kenapa cemburu?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihak yang mempertikaikan cadangan pertemuan beliau dengan Setiusaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton sebenarnya tidak memahami proses demokrasi yang sebenar, lapor Suara Keadilan.

"Apa masalahnya? Kenapa mereka cemburu, Azizah pun tak cemburu saya bertemu dengan Hillary. Saya pergi ke India dan bertemu dengan Perdana Menteri Manmohan Singh, begitu juga semasa saya pergi ke Turki saya berjumpa Perdana Menteri Erdogan, kenapa tak bantah," kata Anwar pada sidang media di bilik gerakan PKR, di Sandakan hari ini.

Bernama melaporkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz sebagai berkata tidak salah bagi Hillary bertemu Anwar dalam kapasiti beliau sebagai ketua pembangkang.

Bagaimanapun Ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat dari California Chuck DeVore menasihati Clinton supaya tidak menemui Anwar dalam lawatan rasminya.

Anwar dijangka mengadakan pertemuan dengan Clinton semasa lawatan rasminya ke Malaysia bermula esok untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu antarabangsa.

Malaysiakini pada 30 Oktober lalu melaporkan Hillary akan mengadakan pertemuan dengan kumpulan NGO dalam lawatan rasmi sulungnya ke Malaysia minggu depan walaupun format perbincangannya masih belum ditentukan.

Ketua Informasi kedutaan AS di Kuala Lumpur Tina Malone yang dihubungi berkata masih belum dapat menjelaskan sama ada pertemuan tersebut akan dibuat dalam bentuk dialog.

Harga Petrol Ron 97 naik 5 sen

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.

Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

Pemotongan subsidi merupakan sebahagian daripada rancangan kerajaan untuk mengurangkan subsidi untuk barangan keperluan seperti yang dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala.

Jala telah memberi amaran awal tahun ini bahawa Malaysia menghadapi prospek muflis pada 2019 - seperti yang berlaku di Greece dan Iceland kerana beban hutang - sekiranya subsidi tidak dikurangkan.

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan bahawa pengurangan subsidi adlah perlu, tetapi para pengkritik berkata usaha untuk memaksa pengguna berjimat, tanpa tindakan yang sama di pihak kerajaan, tidak membawa sebarang makna.

Lewat bulan lalu, Najib mengumumkan senarai projek baru - termasuk pembinaan Menara Warisan Merdeka setinggi 100 tingkat bernilai RM5 bilion, yang menurut kerajaan akan menarik pelabur dan membuat Malaysia lebih menarik kepada pelancong.

malam pertama di Batu Sapi

alhamdulillah saya jejakkan kaki di bumi Sandakan. Turut sama tiba bersama ialah YB Saifuddin , YB Sivarasia , Pak Wan Salleh ( Timbalan Pengerusi MPN Kedah ) dan kawan-kawan lain. Sempat juga terserempak dan bertanya khabar dengan kawan-kawan lama yang dah lompat ke UMNO ( geng2 Ezam ) Azwanddin dan Ghani Harun .

Kerana tak cukup kereta kami ambil teksi dan terus ke Hotel Ramai . Bilik yang disewa oleh Haslan dan kawan2 lain. Kerana perut dah lapar , saya ajak Haslan bawakan kami ke tempat makan. Di bawa ke tempat makan yang tak lah jauh sangat dari hotel . Tapi menarik kerana dibawa ke gerai yang terdapat ikan2 yang digoreng seperti ikan sebelah , ikan jenahak dan macam2.

Saya order jenahak.. fuh sedap giler. Sambil2 tu dengar report oleh Haslan perjalanan kempen dan gerakerja di Batu Sapi. Kumpul sedikit maklumat untuk pergerakkan esok.

Selesai makan, Haslan bawa ke Bilik Gerakan Utama. Sedang elok mesyuarat gerakerja baru hendak bermula. YB Fauziah sudah siap di meja mesyuarat . Ramai yang ada antaranya YB Hee , YB Nik Nazmi , YB Senator Pak Mus , Sdr Kamil , Dr Zalihya , Saedy dan kawan2 PKom.

Adakala dengar info agak negeri dari mesyuarat . Menumpu kepada angka . Tumpuan dan fokus gerakerja. Serius dan tegang . Otak saya berputar , mengikut rentak dan befikir apakah gerakerja yang terbaik dalam tempoh beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.

Memang agak rasa lain , sewaktu keluar dari airport saya saksikan bendera parti dan poster agak kurang . So saya kena kumpulkan maklumat .

Dalam mesyuarat tersebut , 90% adalah orang2 Semenanjung.. mana jentera local ? fuh,,, x ada.. lantaklah.. saya dah mangli dengan suasana tersebut setiap kali PRK.. esok tumpu gerakerja. Saya bersetuju untuk ke Kg. Air. Mungkin satu pengalaman baru yang saya harus harungi bagi berdepan realiti rakyat di situ.

perjuangan perlu diteruskan !