klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 17 Mei 2009

PUAK IDRIS SURUH MAD SAID LETAK JAWATAN ! MUHYIDDIN CAKAP MAD SAID KEKAL MB !

Muhyiddin Yassin , Timbalan Presiden Umno menyatakan ketegasan bahawa Datuk Ahmad Said , tidak akan dipecat daripada jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu . Sebelum ini desas desus di Terengganu membayangkan akan berlaku penyingkiran Datuk Ahmad Said daripada jawatan nombor wahid kerajaan negeri Terengganu ekoran konflik politik melibatkan perbalahan dan perpecahan yang semakin teruk di dalam UMNO Terengganu . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar.Oleh itu, katanya, Ahmad akan kekal memegang jawatan tersebut. Isu pertukaran MB Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini.
Pertembungan Kem Ahmad Said dan Kem Idris Jusoh telah dilihat begitu 'panas' dan tidak mampu dibendung dan disimpan lagi sehingga menimbulkan rasa kelakar dan melucukan kepada rakyat negeri Terengganu . Persidangan DUN Negeri Terengganu tempohari menyaksikan ' retak yang sudah berbelah' di antara kedua-dua kem tersebut dan menimbulkan bisikan yang berkedengaran kuat bahawa Ahmad Said akan berdepan dengan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar , Datuk Ahmad Said . Ketidakhadiran 10 ADUN yang bertujuan memboikot persidangan DUN adalah tujuan untuk memberikan tekanan dan memalukan Ahmad Said dan menimbulkan pelbagai persepsi umum terhadap apa yang berlaku.
Pada 13 April lepas, tiga ADUN BN iaitu Datuk Rosol Wahid (Ajil), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) dan Zakaria Abdullah (Paka) menerima ‘SMS Ugut Bunuh’. SMS ugutan bunuh inilah yang menjadi alasan dan punca kononnya mereka tidak hadir kerana ugutan sms tersebut yang sangat mereka takuti dan termasuk juga 7 lagi yang lain turut sama memontengkan diri untuk tidak hadir ke dewan yang mulia tersebut kerana teramat takut dengan sms ugutan bunuh yang diterima oleh 3 rakan pasukan mereka . Laporan polis telah dibuat dan pihak polis memulakan siasatan terhadap kes tersebut .
Tindakan tidak menghadirkan diri ke sidang DUN itu kemudiannya bertukar menjadi satu agenda politik kumpulan yang pro-Idris bertujuan ‘menekan dan mengugut’ Menteri Besar Terengganu. Dalam sidang media yang diadakan pada hari yang sama, Rosol telah menggesa Dato’ Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Kes SMS Ugutan Bunuh tapi mendesak Ahmad Said letak jawatan . Tidak tahu yang mana satu kesahihannya tindakan mereka tidak hadir ke Sidang DUN . Kerana takut diugut bunuhkah atau kerana bencikan Ahmad Said ? Difahamkan kerana arahan Najib Tun Razak , mereka hadir ke Persidangan DUN dan terpaksa menghentikan tindakan memboikot persidangan tersebut.
Sebelum itu , pihak polis telah berjaya menahan seorang kerani sebuah syarikat swasta berusia 31 tahun di Bandar Baru Bangi, Selangor pada 20 April,bagi membantu siasatan kes tersebut kerana disyaki menghantar SMS ugutan itu dan kemudian dibebaskan . Malah beliau dipercayai adalah blogger yang mengendalikan laman ‘GanuLening’. Selepas itu gempar apabila pihak polis mencari seorang ahli politik bagi membantu siasatan dalam kes tersebut. Akhirnya pihak polis terpaksa memberi kata dua kepada tokoh politik tersebut untuk tampil melaporkan diri dalam tempoh 72 jam kerana beliau tidak dapat dikesan . Hairan bagaimana seorang ahli politik yang pernah bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Marang ini hilang tanpa di jejak .
Tokoh tersebut ialah , Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh , bekas calon Barisan Nasional Parlimen Marang yang melawan Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang . Beliau adalah merupakan seorang orang kepercayaan dan kesayangan Datuk Seri Idris Jusoh yang kini merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) . Beliau sekarang menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Mara . Sayang betul Idris Jusoh kepada Ramzi . Tapi adalah amat pelik bila Idris Jusoh diam tanpa bahasa terhadap kehilangan orang kesayangan dan kepercayaan beliau .
Akhirnya Ramzi di tahan selepas waran tangkap dikeluarkan oleh pihak polis terhadap beliau di sebuah hotel di Kuala Terengganu . Lebih mengejutkan apabila Timbalan Ketua Polis Terengganu SAC II Hamzah Mohd Jamil berkata pihaknya mempunyai bukti untuk mempercayai Ramzi terlibat dengan penghantaran SMS itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Telekomunikasi dan Multimedia 1998, jika sabit kesalahan Ramzi boleh didenda RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu.
Adakah Ramzi sahajakah yang terlibat ? Atau kehilangan Ramzi sebelum ini sebenarnya cubaan menutup 'dalang' sebenar yang mengarah atau bersekongkol dengan beliau . Adalah amat menghairankan kalau berdasarkan kepada SMS ugutan yang diterima oleh 3 ADUN tersebut yang merupakan pasukan Kem Idris Jusoh . Ramzi pula orang kepercayaan Idris Jusoh . SMS ugutan bunuh pula seolah berpihak kepada Kem Ahmad Said . SMS yang berbunyi " Baik jangan teruskan niat YB , YB tak sayang nyawa ? ". Tetapi yang kena tahan orang Idris Jusoh dan orang yang terima SMS juga orang Idris Jusoh ????? Kalau dilihat, kerja kotor dan jijik ini bukan dirancang dan dilaksanakan oleh orang daripada Kem Ahmad Said . Apa cerita sebenarnya ini ?
Ramzi telah dibebaskan dengan ikat jamin . Terlalu cepat soal-siasat yang dikenakan oleh pihak polis dalam kes yang sangat serius ini . Saya dulu sewaktu di tahan kerana menampal poster gambar Altantuya bagi tujuan menyambut Najib Tun Razak di dakwa di bawah Akta Mesin Cetak dan Percetakan dan dibawa ke Mahkamah Majestrit untuk disambung reman selama 4 hari lagi ! Tetapi dalam kes mengungut bunuh , Ramzi dibebaskan dengan cepat . Atau ada 'tangan ghaib' yang campurtangan dalam kes tersebut .
Tekanan Ahmad Said cukup jelas dirasai bagi memastikan beliau meletakkan jawatan terutama daripada Kem Idris Jusoh . Kebencian yang dinyatakan cukup jelas . Lebih ketara lagi apabila Ahmad Said diturunkan pangkat apabila Najib Tun Razak dan melantik Dato' Seri Hisamuddin Hussein , Naib Presiden UMNO sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu . Kehadiran Hishamuddin tidak akan mampu menyelesaikan kemelut dan perpecahan yang sangat ketara di antara Kem Ahmad Said dan Kem Idris Jusoh . Walaupun Pengerusi Badan perhubungan Umno Terengganu akan mengadakan pertemuan dengan semua 24 ADUN BN yang bertelagah di negeri serta ketua-ketua Umno bahagian bagi mencari penyelesaian terhadap krisis tersebut.Pertemuan itu akan diadakan di pejabat Pengerusi Badan Perhubungan Umno Terengganu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga menteri dalam negeri, di Putrajaya akan turut dihadiri oleh Ahmad Said dan Idris Jusoh . Mampukah Hisamuddin menyelesaikan problem ini ?
Sebelum ini AMK Negeri Terengganu juga menyangkal kenyataan Ghani Patail apabila membangkitkan isu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin yang tidak layak menjadi Menteri Besar Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN Perak , sedangkan dalam masa yang sama Ahmad Said juga tidak layak menjadi Menteri Besar Terengganu kerana 18 ADUN hilang kepercayaan terhadap beliau . Adalah amat menghairankan Najib Tun Razak tidak mampu untuk memecat Ahmad Said .
Apa yang berlaku membutikan bahawa pemimpin dan ADUN UMNO / BN bukan bertujuan untuk membela dan memperjuangkan rakyat Terengganu tetapi secara jelas lagi nyata mereka sebenarnya lebih mementingkan kepentingan diri daripada agenda memperjuangkan rakyat Terengganu . UMNO Terengganu sudah lagi tidak relevan untuk memimpin negeri Terengganu . Rakyat Terengganu terutama ahli-ahli UMNO seharusnya sedar bahawa UMNO bukan lagi parti yang memperjuangkan nasib orang melayu , tetapi memperjuangkan kepentingan peribadi dan tembolok mereka .
Kerana kebencian terhadap Ahmad Said , sekali lagi ADUN UMNO/BN bertindak menderhaka kepada DYMM Sultan Terengganu dengan terus menolak dan mendesak Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sedangkan Ahmad adalah orang yang diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Terengganu menjadi MB Terengganu .
Terbaik ialah bubar DUN Terengganu dan memberikan mandat kepada rakyat negeri Terengganu memilih pimpinan baru yang membentuk Kerajaan Negeri Terengganu dan membangun serta menjaga kebajikan rakyat Terengganu yang merupakan negeri ke 2 miskin di Malaysia .

fariz musa

FITNAH ANWAR : ANIFAH AMAN DIDESAK TARIK BALIK KENYATAAN

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Menteri Luar bahawa beliau pernah menawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Datuk Anifah Aman.
Pada pertemuan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat , Hillary Clinton di pejabat beliau di Washington dan semasa sidang akhbar Anifah mendakwa Anwar membuat tawaran jawatan kepada beliau ketika timbul ura-ura Ahli-Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional mahu melompat ke Pakatan Rakyat.
Persoalannya kenapa Anifah tidak membuat pendedahan itu di sidang Parlimen yang lalu. Pada sidang Parlimen yang lalu, Anifah dan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional dicabar oleh Anwar untuk mengaku jika mereka disogok wang ringgit dan jawatan untuk menyertai Pakatan Rakyat. Tidak ada seorang pun yang bangun menyahut cabaran itu, termasuk Anifah Aman. Anwar mengajukan cabaran itu ketika membahaskan krisis perlembagaan Perak yang baru tercetus ketika itu akibat rampasan kuasa oleh Barisan Nasional.
Apa yang tidak diberitahu oleh Anifah pada sidang media bersama Clinton ialah Najib Razak, yang menawarkan habuan politik kepada 3 ADUN Pakatan Rakyat Perak untuk melompat keluar dan menyokong BN. Sehingga berlaku rampasan kuasa secara jijik dan kotor oleh Barisan Nasional yang diketuai oleh Najib Razak .
Berkemungkinan Anifah membuat tuduhan melulu dan dangkal terhadap Anwar kerana tersentak dengan pertanyaan media asing kepada Clinton mengenai layanan Malaysia terhadap Anwar. Apapun tuduhan liarnya itu bukan sahaja tidak kena tempat tetapi mempamerkan sifat Anifah sebagai seorang opportunis politik. Seorang pencacai dan pengampu politik kepada Najib Razak , Perdana Menteri Malaysia kerana telah diberikan jawatan Menteri Luar kepada beliau .
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim , Sankara Nair ketika dihubungi TV Antara berkata dakwaan Anifah itu berbaur fitnah dan Anwar telah mengarahkan beliau menghantar surat tuntutan mendesak Anifah menarik balik kenyataan beliau dan memberikan tempoh 24 jam kepada Menteri Luar itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah terhadap beliau . Sekiranya Anifah gagal , Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada Anifah kerana memfitnah .
Anifah juga mengambil langkah defensif mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak berhubung dakwaan kaitan beliau dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu. Sedangkan terdapat 18 buah akhbar negara tersebut telah mendedahkan penglibatan Najib Razak dalam kes pembunuhan Altantuya . Berkeyakinan Clinton tidak begitu bodoh mempercayai kenyataan biadab dan fitnah yang dibuat oleh Anifah . Kalau betul Datuk Seri Anwar Ibrahim ada menawarkan sogokan jawatan kepada beliau , nyatakan bukti dan kesahihan tawaran tersebut. Di luar negara berani berkokok tapi bacul di negara sendiri .
fariz musa

Hishamuddin dan Musa Hassan Juga Boleh Dipenjara - Peguam

May 16, 2009

Badan Peguam Malaysia akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri bagi mendesak beliau memecat Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein berhubung kenyataan beliau baru-baru ini yang mendakwa golongan peguam tidak mengatasi undang-undang negara.Badan tersebut juga akan memfail saman terhadap kerajaan Malaysia dan Ketua Polis Negara berhubung penahanan tersebut.Hishammuddin membuat kenyataan tersebut berkaitan insiden penahanan lima peguam di depan Balai Polis Brickfields 7 Mei lalu.
Mereka adalah antara 20 yang ditahan dalam perhimpunan kecil menyalakan lilin bagi menyokong Wong Chin Huat, jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), yang direman di balai tersebut sehari sebelum itu. Lima peguam dari Biro Bantuan Guaman termasuk pengerusinya Ravinder Singh Dhalliwal hadir di depan balai polis tersebut tujuan memberi bantuan guaman terhadap sekumpulan 15 orang yang ditangkap kerana berhimpun sebagai tanda sokongan kepada Wong.
Badan Peguam yang membuat keputusan tersebut selepas mengadakan mesyuarat agung luar biasa di Petaling Jaya tengahari tadi.Badan itu juga mendesak supaya Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid serta DSP Jude Pereira dipecat.
Tindakan penahanan lima peguam itu juga dikutuk keras dan disifatkan penahanan itu tidak sah di sisi undang-undang.Presiden Badan Peguam, K. Ragunath berkata jika golongan peguam tidak mengatasi undang-undang maka pihak polis juga tidak boleh bertindak sesuka hati dan di luar batasan kuasa. -tva

Media UMNO/BN Kata Najib Perlu Bubarkan DUN dan Pilihanraya Perlu Diadakan Di Perak!!

1 MALAYSIA mengutuk tindakan Najib Tun Raak terhadap kemelut politik di negeri Perak. 1 MALAYSIA menyokong supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan memberikan mandat kepada rakyat menentukan parti mana yang bakal menerajui Kerajaan negeri Perak . 1 MALAYSIA mesti menolak Najib , UMNO dan Barisan Nasional .

Jadi kita ambil undian dalam media pro-BN.

Dan lihatlah keputusannya di sini:

Keputusan Undian SMS Dalam NTV7 (Edisi Bahasa Inggeris) Jam 8.00 Malam (14.5.2009)



Pilihanraya baru diadakan di Perak bagi menyelesaikan kekalutan politik Perak
Ya: 99%Tidak: 1%

Keputusan undian Berita Harian Online pada hari ini (16.5.2009)


Wajarkah Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubar bagi membolehkan pilihanraya negeri diadakan?
Ya 87.7% Tidak 10.6% Berkecuali 1.7%

Keputusan undian MStar Online pada hari ini (16.5.2009)

Siapakah yang layak menjadi Menteri Besar Perak?
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir 34.2%
Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin 65.8%

Najib sudah mengisytiharkan dia adalah PM Rakyat yang akan merasai denyut nadi rakyat dan mendengar suara hati rakyat. Dan tinjauan pendapat di atas adalah salah satu dari suara hati rakyat. Suara hati rakyat yang meminta DUN Perak dibubarkan.

JUSTERU TUNGGU APA LAGI WAHAI NAJIB !!!!!!!