Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan tersebut pada 15 Julai 2009 . Ini kerana disebabkan peguam DSAI Tuan Hj. Sulaiman sedang sakit dan kini berada di HKL dan termasuk juga tindakan pendakwaraya yang tidak memberikan segala dokumen dan kenyataan berkaitan kes tersebut yang diminta oleh para peguam DSAI .
Rabu, 8 Julai 2009
cubaan polis gagalkan Pejalan Kaki Aman AMK ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta
Kami semua berkumpul di Hentian Duta , dalam jam 8.30 pagi kami mula bergerak ke mahkamah tinggi jalan duta. keluar sahaja daripada kawasan hentian duta kami ditahan oleh pasukan polis yang dari awal pagi berada di situ. Saya dan Shamsul bertekak dengan pegawai polis yang tidak membenarkan kami berjalan kaki ke mahkamah . Saya tidak menghiraukan tindakan pihak polis dan teruskan perjalanan . Beberapa orang anggota polis terus menahan saya dan samsul serta beberapa orang lagi. alasan kami berjalan secara berkumpulan . kami mula bertekak dengan pegawai polis atas alasan tersebut dan kenapa nak berjalan kaki pun tidak boleh.
Kami tidak hiraukan halangan tersebut dan terus berjaya membolosi pihak polis. mereka tidak dapat berbuat apa2 dan kami terus bergerak ke mahkamah . sesampai di mahkamah laungan REFORMASI dan BEBAS! BEBAS! BEBAS ANWAR! bergema dan kami diserbu oleh pihak wartawan yang sedang berada di situ . Kami juga disambut oleh Ustaz Nasruddin Tontawi , Ketua DPP Pusat . Turut dalam rombongan kami YB Tian Chua .
Selepas membuat PC , kami terus ke lift walaupun dihalang oleh pegawai polis di situ untuk naik ke tingkat 5 di mana DSAI dibicarakan . Di lobi mahkamah ramai pimpinan termasuk YB Saifudin berada di situ .
Langgan:
Catatan (Atom)