klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 12 Mei 2009

krisis Perak berlarutan

May 12, 09 10:00am

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.
Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry. Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan."Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.
Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno. Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar. Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu.
( dipetik daripada malaysiakini )

NIZAR MB SAH , ZAMBRY MB HARAM , SULTAN PERAK ………..????

Peristiwa bersejarah rampasan kuasa oleh UMNO/ Barisan Nasional tanggal 7 Februari 2009 jam 3 petang di Istana Iskandariah Kuala Kangsar telah menjadi sejarah hitam politik negeri Perak dan negara dengan tindakan dan taktik kotor Najib Tun Razak serta mendapat perkenan DYMM Sultan Perak , Sultan Raja Azlan Shah .
Semua ini berlaku apabila tindakan jijik Najib Tun Razak yang telah merasuah 3 orang ADUN iaitu dua pengkhianat daripada Parti Keadilan Rakyat dan seorang pengkhianat daripada DAP untuk melompat parti dan mengistyihar diri sebagai ADUN Bebas. Angkara mereka bertiga yang sanggup melacurkan prinsip dan perjuangan mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak .
Pada 13 Februari lalu, Datuk Seri Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu. Pelbagai persepsi dan andaian berkaitan perbicaraan kes tersebut .
Akhirnya Najib Tun Razak , Zambry , UMNO/BN tersungkur rebah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 yang memutuskan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan .Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.. Justeru , secara ironinya tindakan melucutkan jawatan beliau oleh DYMM Sultan Azlan Shah adalah tidak sah serta bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak . Perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh DYMM Sultan Azlan Shah yang merupakan Bekas Ketua Hakim Negera menjadi satu insiden yang memalukan baginda seolah-olah baginda terlalu buta dan dangkal dengan undang-undang .
Keputusan Hakim Abdul Aziz ini sahaja mengakibatkan besar kemaluan yang ditanggung oleh DYMM Sultan Azlan Shah tetapi termasuklah konspirator utama Najib Tun Razak , yang selama ini bertindak kurang ajar , biadab dan melanggar undang-undang. Malah Najib Tun Razak sanggup menjebak DYMM Sultan Azlan Shah ke dalam tindakan bodoh dan memualkan ini . Malah sebelum ini Zambry dan seluruh kuncu-kuncunya dalam UMNO / BN menggunakan media milik UMNO /BN dengan cubaan memalitkan Datuk Seri Nizar sebagai penderhaka dan menghasut rakyat negeri Perak untuk menderhaka kepada DYMM Sultan Perak akhirnya terjawab dengan keputusan Mahkamah Tinggi .
Sebelum itu pada 7 April 2009 , Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang mempertaruhkan YAB Datuk Seri Nizar sebagai calon Pakatan Rakyat , memperlihatkan bagaimana rakyat Bukit Gantang telah memberikan signal yang cukup jelas kepada Najib, Zambry , UMNO/BN apabila kemenangan besar YAB Datuk Seri Nizar dan ini juga merupakan referendum rakyat terhadap penolakkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 .
DYMM Sultan Raja Azlan Shah sudah pasti terkedu dan terperanjat dengan keputusan tersebut yang sudah pasti meletakkan beliau dalam keadaan yang sangat memalukan ekoran kerana terpengaruh kepada Najib Tun Razak dan juak-juak UMNO . Najib dan UMNO lah yang menjadi dalang kepada tindakan meletakkan DYMM Sultan dan istitusi raja sebagai tidak diyakini dan tidak dihormati . Institusi Raja yang sebelum ini dilihat bebas,disanjung dan dihormati sebagai payong rakyat tercemar dan tercalar dengan insiden ini . DYMM Sultan dan Institusi Raja Perak telah mengerakkan satu gerakan yang tidak pernah difikirkan oleh Pakatan Rakyat kerana DYMM Sultan Perak ialah manusia yang celik undang-undang . Sekiranya DYMM Sultan pun boleh melanggar undang-undang dan bertindak wewenang apa lagi rakyat jelata . Pemimpin adalah contoh teladan .
Daripada penghujahan Yang Ariff Hakim membuktikan tindakan DYMM Sultan Azlan Shah telah salah dan melanggar undang-undang bertindak memperkenankan perlatikan Zambry sebagai Menteri Besar . Alasan ketika itu ialah Datuk Seri Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN-ADUN Perak . Justeru , kita minta supaya DYMM Sultan Azlan buktikan dakwaan tersebut . Malah Ghani Patail , Peguam Negera juga menyatakan perihal yang sama . Seolah skrip yang sudah terancana dan tersusun . Siapa pelakon utama dan siapa pelakon tambahan?
Insiden yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri , 7 Mei lalu adalah dicetus oleh ADUN-ADUN UMNO / BN bersikap biadap dan kurang ajar di dalam dewan yang mulia sehingga sanggup membelakangkan peraturan dan undang-undang .Tindakan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat adalah mempertahankan hak dan maruah . Tindakan mengheret YB Speaker S. Sivakumar daripada kerusi Speaker begitu rakus dan di luar batas-batas norma , moral dan undang-undang . UMNO/BN sanggup membelakangkan undang-undang dan mempergunakan polis untuk melaksanakan nafsu serakah mereka . Puluhan rakyat termasuk beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di tangkap pada hari persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat . Siapa yang memakai baju hitam ditangkap.
YB Datuk Zambry sewaktu menyampaikan kenyataan media selepas insiden kekecohan persidangan DUN Perak menyatakan Pakatan Rakyat menggunakan undang-undang rimba mencetuskan kekecohan dan kebiadaban di dalam dewan mengakibatkan DYMM Pemangku Sultan Perak Dr Raja Nazrin Azlan Shah terpaksa menunggu lama . Siapa yang menggunakan undang-undang rimba? Pakatan Rakyat atau UMNO / BN ? Persoalan sudah terjawap . Justeru , Zambry tergolong dalam spesis apa?
Rakyat Perak dan Malaysia , khususnya ahli UMNO harus membuka mata dan minda untuk berfikir secara matang dan rasional dengan apa yang berlaku . Tindakan pemimpin UMNO / BN adalah merupakan tindakan bukan sahaja biadab , kurang ajar dan tidak bermoral tetapi sanggup mempengaruhi dan 'bermain kepala' sultan untuk kepentingan politik mereka sehingga Institusi Raja Berperlembagaan ini dihina dan terhina . Najib Tun Razak dan UMNO harus dipertanggjawab di atas penderhakaan ini .
Semua ini dicetuskan oleh Najib Tun Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak ketika itu . Najib wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana bertindak biadab dan kurang ajar serta bertindak menghasut rakyat untuk memperlekeh dan menderhaka kepada DYMM Sultan Negeri Perak melalui tindakan rampasan kuasa yang dilakukan di negeri Perak . Tindakan Najib Tun Razak , UMNO/BN adalah memalukan Sultan Perak dan istitusi raja berperlembagaan .
Hasrat Najib Tun Razak untuk berkerjasama dan berbincang dengan Pakatan Rakyat akhirnya tidak bererti apa-apa . Ini semua untuk mengelak daripada tomahan rakyat kepada UMNO/ BN terhadap kekecohan yang berlaku dalam Persidangan DUN Perak . Difahamkan YAB Datuk Seri Nizar akan mengadap DYMM Sultan Perak bagi merapat sembah memohon agar Dun Perak dibubarkan dan ini bererti Pilihanraya Negeri Perak akan diadakan .
Apa yang berlaku akan menimbulkan kepeningan banyak pihak terutama pihak yang bersekongkol dengan UMNO / BN . Seharusnya mereka sedar bahawa mereka telah diperbodohkan dengan tindakan UMNO/BN yang durjana . YAB Datuk Seri Nizar dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga harus sedar siapakah yang mereka harus percayai dan tindakan mesti diadakan untuk membersih petualang , pencacai dan talam dua muka yang berada dalam pentabiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Perak . Merekalah selama ini menjadi tali barut UMNO/BN sehingga peristiwa hitam ini berlaku .
Pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah wajar dan terbaik diadakan bagi membersihkan pengkhianat dan UMNO / BN daripada bumi Perak . Syabas dan Taniah buat YAB Datuk Seri Ahmad Nizar dan seluruh pejuang demokrasi yang konsisten di Negeri Perak yang akhirnya selesai meranapkan sebuah kerajaan haram jadah Barisan Nasional .
Itulah kuasa Allah Rabbul Jalil! Ingat pesan Allah SWT – Manusia boleh merancang , Allah juga ada perancangan dan perancangan Allah merupakan perancang yang terbaik!

Oleh : Fariz Musa