klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 17 Jun 2009

ALTANTUYA SAGA STILL NOT OVER FOR RAZAK

SHAH ALAM, June 16 — Shariibuu Setev's application to review the Attorney-General's decision not to appeal Abdul Razak Baginda’s acquittal in the murder of Shariibuu’s daughter Altantuya will be mentioned on July 8.
This was after Shariibuu's counsel, Sangeet Kaur Deo, standing in for lead counsel, her father Karpal Singh, asked for more time to reply to Razak's submission which was only filed on June 1.

FM - Kita heret sekali 1PM Najib Altantuya Mongolia sekali !!!!!!! Jangan Lupa Rosmah Perempuan Puaka!!!!!

PENJAWAT AWAM DILARANG GUNA MODEM UNTUK CAPAIAN TERUS INTERNET -

KUALA LUMPUR 16 Jun — Penjawat awam dilarang menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke Internet kerana ia melanggar Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di agensi-agensi kerajaan, kata Najib Razak.
Garis panduan itu yang dikeluarkan pada 2003, adalah sebagai panduan kepada penjawat awam dalam penggunaan Internet, kata Perdana Menteri dalam jawapan bertulis kepada soalan Teresa Kok (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Aktiviti lain yang melanggar tatacara pengguna Internet di pejabat kerajaan termasuk menyedia, memuat naik, memuat turun dan menyimpan gambar, lagu atau teks yang bercorak penentangan yang boleh membawa keadaan huru-hara dan menakutkan pengguna Internet yang lain, katanya.
Penjawat awam juga dilarang menyalahgunakan kemudahan perbincangan awam secara online seperti newsgroup dan bulletin board, menggunakan kemudahan ’chatting’ melalui internet, menggunakan kemudahan Internet untuk tujuan peribadi dan menjalankan aktiviti komersil dan politik.
FM - Begitulah apabila 1 Malaysia mendapat 1 PM yang bodoh dan tolol . Takut dengan bayang-bayang sendiri . Takut kakitangan kerajaan yang sepatutnya bagi beliau hanya mesti mentaati kerajaan UMNO/BN ( teringat saya sewaktu di'soal-siasat' oleh Pegawai Tatatertib Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan masa kerja dulu , bahawa saya mesti taat kepada parti yang menjadi kerajaan yang memerintah - poraaah cit ) sahaja daripada mendapat informasi yang tepat . Yang Najib suruh baca Utusan Meloya dan Berita Hairan . Nanti bila kakitangan Kerajaan yang majoriti Melayu layari informasi dalam internet pasti takut mendapat berita-berita betul dan tepat terutama melayari portal atau blog Pakatan Rakyat . Itu yang sebenarnya .

"KERIS BERDARAH CINA" : NAJIB NAFI DAKWAAN KARPAL


oleh MEDIA BYPASS (laporan dipetik dari web akhbar Cina)

bypass308.blogspot.com


SERIUS, GEMPAR DAN TERKEJUT BERUK"semasa ops lalang pada tahun 1987, adakah YB pernah sebut YB tidak akan simpan keris kecuali keris ini dapat rasa darah orang Cina?" Ini bukan cerita main-main, inilah soalan yang diajukan karpal sigh dalam dewan rakyat hari ini.
Dengan bukan main-main juga, orang yang diajukan soalan tersebut, yang 1Malaysia sanjung, PM ds Najib berkata, "Perkara ini tidak pernah berlaku, saya tak pernah buat kenyataan seperti yang dikatakan oleh YB, oleh itu yang harus minta maaf bukan saya, tetapi beliau sendiri (karpal)."
Ramai yang terkejut beruk apabila karpal ungkitkan soalan pasal peristiwa 22 tahun lalu, siapalah yang masih ingat, kalau masa tu ada akhbar laporkan ungkapan sedemikian, memang najib tak boleh nafi.tapi karpal pun janganlah ingat najib dah nyanyok, nak buat tuduhan melampau sebegitu, sepatutnya masa nak tanya tu kenalah bawa sekali bukti yang ada, bukan tanya untuk sedap mulut je.
lagi pun ni soalan jenis sensitif yang kalau silap langkah boleh cetus macam-macam insiden tak senang.bagaimanapun, lim kit siang yang juga salah seorang tahanan ops lalang memberitahu bahawa menurut satu catatan dewan rakyat pada 3.3.1988 memang ada catatan yang menunjukkan Pada 17.10.1987, pada satu perhimpunan yang diketuai Najib selaku ketua pemuda umno ada menampilkan kain rentang yang tertulis ayat bermaksud merahkan keris dengan darah orang Cina.
Pm ds najib menafikan beliau ada perkatakan soal "darah cina" dan "keris" seperti didakwa karpal, oleh itu beliau tidak perlu mohon maaf kepada masyarakat Cina. sebaliknya beliau kata karpal lah yang sepatutnya minta maaf.

Rakyat Tuntut Janji MB, Dimana Agenda ‘ Rakyat Di Dahulukan’ ??

KUALA TERENGGANU – Penduduk Pantai Kuala Ibai, menuntut kerajaan negeri memindahkan mereka ke kawasan penempatan baru sebagaimana janji Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said .
Majoriti penduduk terbabit adalah mangsa kejadian banjir air laut dan diancam ombak besar sejak beberapa tahun lalu melahirkan rasa kesal kerana sehingga ini kerajaan masih gagal mengotakan janji. Pada 7 Disember 2008, ketika saat hampir menjelang pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Ahmad Said telah berkunjung ke kawasan berkenaan dan berjanji akan memindahkan penduduk ke penempatan baru di Lot Perpindahan Tok Adis (gambar kiri) pada Februari lalu.
Antara 89 penduduk terbabit adalah warga emas Wook Salleh, 63, yang berasa hairan kerana menurutnya kediaman di Lot Perpindahan Tok Adis telah siap dibina pada tahun lalu, namun sehingga hari ini pihak terbabit belum mengambil tindakan sewajarnya.
“Sebelum pilihan raya, kami pernah dipanggil mengadakan mesyuarat dan penduduk dijemput menyertai cabutan nombor rumah. Kami dijanjikan untuk berpindah ke kawasan penempatan baru pada Febuari dan dibenarkan tinggal selama enam bulan “Malangnya, kami mendapat nombor rumah sahaja sedangkan sehingga sekarang pihak berkenaan langsung tidak memberi apa-apa maklumat dan mengambil tindakan untuk membenarkan kami tinggal di situ,” katanya.
Menurut Wook, penduduk memerlukan kunci rumah secepat mungkin, walaupun rumah tersebut masih belum dilengkapi kemudahan fasiliti seperti elektrik dan air, namun mereka bersedia untuk membiayai sendiri kemudahan itu.
Katanya, penduduk memerlukan kediaman lebih selesa untuk didiami memandangkan rumah setinggan yang diduduki sekarang sudah tidak selamat kerana terlalu uzur dan boleh mengancam keselamatan mereka sekeluarga. “Ramai penduduk di sini terpaksa mencari inisiatif untuk berpindah ke kawasan lain. Ada di antara mereka menyewa dan ada juga terpaksa menumpang di rumah keluarga lain sementara menunggu kebenaran untuk tinggal di Lot Perpindahan Tok Adis.
“Jadi, sampai bila kami harus hidup berpindah randah dan menumpang? Kerajaan sepatutnya melaksanakan agenda di mana ‘rakyat didahulukan’. Mengapa perkara itu tidak dibuktikan?” Katanya.
Seorang lagi penduduk, Midah Musa, 40, berkata, dia terlalu mengharapkan pihak kerajaan menyelesaikan masalah itu secepat mungkin kerana sehingga hari ini, dia sekeluarga terpaksa bergadai nyawa tinggal di rumah uzur dan hampir roboh. “Saya merayu agar kerajaan selesaikan masalah ini. Saya adalah ibu tunggal yang mempunyai lapan orang anak. Cuba bayangkan kami sekeluarga hidup dalam ketakutan setiap hari. Jika angin kencang, kami hanya mampu berdoa semoga diselamatkan. Jika hujan, rumah kami dipenuhi air kerana atap semua sudah bocor,” katanya tidak mampu menanggung kos berkaitan. - buletinonline


FM - MAD SAID DOK ROK CETONG ! Sayugia diingatkan kepada seluruh rakyat Kuala Ibai bahawa UMNO adalah singkatan kepada U - Umno , M -Menipu , N - Number , O - One !

Ikrar AMK; Ke Manek Urai, Pastikan Kemenangan Pas !

Written by SM Noor
Tuesday, 16 June 2009 06:57

MARANG - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menyatakan komitmen untuk turun ke pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai bagi memastikan kemenangan PAS di atas prinsip Pakatan Rakyat .
Ketuanya, Cikgu Fariz Musa berkata AMK akan menumpukan gerakerja sepenuhnya bersama rakan-rakan pemuda Pakatan Rakyat bagi memastikan kemenangan di PRK DUN Manek Urai, sepertimana Pilihanraya Kecil sebelum ini”.
AMK akan memfokuskan gerakerja dan seluruh jentera bagi memastikan para pengundi terutama pengundi muda memilih PAS pada 14 Julai nanti, ”AMK seluruh Malaysia akan berkampung di Manek Urai agar dapat mendekatkan diri dengan para pengundi muda melalui pendekatan dan program yang bersesuaian dengan persekitaran dan adat budaya masyarakat di Manek Urai,”katanya ketika dihubungi semalam.
Beliau berkata walaupun UMNO / BN telah menjadikan Manek Urai sebagai ‘anak angkat’, beliau yakin dan percaya, rakyat di Manek Urai terutama golongan pengundi muda akan terus konsisten memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.
”Ia (Manek Urai anak angkat UMNO) tidak memberikan kesan kepada gerakerja AMK bagi memastikan kemenangan lebih bermakna dan lebih besar kepada PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat,”tegasnya.
Katanya, beliau dan seluruh jentera AMK telah sentiasa bersiap sedia menghadapi jentera Pemuda UMNO / BN di PRK Manek Urai.”Kita (AMK) yakin UMNO / BN masih fobia untuk berdepan dengan jentera pilihanraya Pakatan Rakyat terutama (sekarang) UMNO / BN semakin lemah , kucar - kacir dan berpecah di bawah kepimpinan Presidennya Datuk Seri Najib Razak, ”lebih-lebih lagi kekalahan demi kekalahan yang dihadapi oleh Barisan Nasional dalam PRK sebelum ini.”katanya.
Ketakutan UMNO /BN, tambahnya, benar-benar dirasai apabila tindakan mereka tidak menyertai PRK di N12 Penanti, bulan lalu. - Buletinonline

KEADILAN condemns & questions high-handed action of Speaker

Tuesday, June 16, 2009 9:50 AM

Date: 15 June 2009

MEDIA STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

Parti Keadilan Rakyat
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan
147410 Petaling Jaya
Telefon: +603 7885 0530
Faks: +603 7885 0531

KEADILAN condemns & questions high-handed action of Speaker

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) condemns the high-handed action of Dewan Rakyat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia in ejecting and suspending the newly sworn-in Bukit Gantang MP Mohammad Nizar Jamaluddin and six other Pakatan Rakyat parliamentarians from the Dewan Rakyat today.
The ejection of the MPs, simply for wearing black songkoks with slogans calling for the dissolution of the Perak state assembly, is another example of the determination of the ruling Barisan Nasional coalition to quash any dissenting views in the country. It also calls into question, once again, Pandikar's impartiality as speaker of parliament.

WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidentParti Keadilan Rakyat

Anwar Pertahan Tindakan Nizar

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, mempertahan tindakan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Mohammad Nizar Jamaluddin dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat memakai lilitan hitam "Bubarkan DUN Perak" semasa permulaan sidang Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata, Parlimen luar negara membenarkan wakil rakyatnya memakai sebarang tanda bagi meluahkan sesuatu perkara ketika memasuki mesyuarat atau persidangan.
"Saya juga akan mengutus surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini berhubung tindakan beliau mengarah tujuh wakil rakyat pembangkang meninggalkan Dewan Rakyat kerana enggan mematuhi arahan menanggalkan lilitan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen.TVA

GERAKAN MANSUH ISA !



Saya terima SMS Sdr, Abdul Rachman Hackeem ( EXCO AMK Pusat ) , 16 Jun , 10.31 mlm
SIDANG AKHBAR 'HIMPUNAN MANSUH ISA' ESOK ( 17 JUN 2009 ) DITUNDA KE HARI ISNIN - 22 JUN 2009 , JAM 11 PAGI DI SELANGOR CHINESE ASSEMBLY HALL ( DEWAN -PERNIAGAAN CINA SELANGOR )

SMS ni Rahman terima dari Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh