klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 8 November 2009

Hua Zhou Ge Ji : Memotong Bubur Beku dan Sayur Jeruk untuk Makan Sehari


Terima kasih YB DRS. KHALIL IDHAM LIM atas artikel FAN ZHONYAN ini yang saya ambil daripada blog beliau idhamlim.blogspot.com

Fan Zhongyan ialah ahli politik dan sasterawan yang tersohor di China pada zaman Dinasti Song Utara. Beliau bukan sahaja membuat jasa yang besar dalam bidang politik, malah mempunyai bakat yang luar biasa dalam bidang kesusasteraan dan ketenteraan. Kejayaannya yang cukup cemerlang ini dikatakan sebagai hasil kegigihan, kesungguhan dan ketekunannya ketika beliau masih muda.

Fan Zhongyan yang dibesarkan oleh bapa tirinya ini, sudah mula merasai keperitan hidup ketika masih kecil lagi. Menyedari kesusahan hidupnya, beliau bertungkus lumus menuntut ilmu di sekolah, dengan harapan agar dapat mengubah nasib memberikan sumbangan kepada negara ketika dewasa nanti.

Penderitaan keluarganya akibat dihimpit kemiskinan memaksa Fan Zhongyan makan sekadarnya sahaja setiap hari, iaitu dengan memasak seperiuk bubur yang pekat, kemudiannya memotongnya jadi empat keping selepas bubur itu menjadi sejuk dan beku. Beliau mengambil dua keping bubur beku itu untuk makan tengah hari, dan dua keping lagi untuk makan malam dengan dicampur sedikit sayur jeruk.

Seorang kawannya berasa terlalu kasihan melihat Fan Zhongyan yang hidup begitu menderita itu. Maka, dia cuba memberikan wang kepadanya. Bagaimanapun, pemberian itu ditolak oleh Fan Zhongyan. Kemudian kawannya itu membawa pula banyak makanan yang sedap-sedap kepada Fan Zhongyan, Fan Zhongyan terpaksa menerima makanan itu.

Beberapa hari kemudian, kawannya itu datang menziarahi Fan Zhongyan lagi. Dia terkejut apabila ternampak makanan yang diberikannya itu langsung tidak disentuh oleh Fan Zhongyan dan sudah bercendawan.

Melihat kawannya itu tidak senang hati, Fan Zhongyan menjelaskan. Katanya,"Saya bukanlah tak mahu makan makanan ini. Sebenarnya, saya tak berani makan, kerana saya khuatir, setelah makan ikan dan daging yang sedap-sedap ini, saya tidak dapat menelan bubur dan sayur jeruk lagi."

Mendengar perkataan ini, rasa hormat terhadap Fan Zhongyan semakin bertambah dalam hati kawannya itu.

Setelah bertugas sebagai Timbalan Perdana Menteri, cita-cita luhur yang tersemat dalam hati Fan Zhongyan ketika muda itu, telah pun tercapai apabila beliau melaksanakan banyak tindakan yang berkesan untuk membantu pentadbir membangunkan negara. Usahanya benar-benar telah mendatangkan banyak manfaat kepada rakyat. CRI/-

benarkah seminar PAS berjaya selesaikan masalah?

"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," - Presiden PAS , YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Seminar PAS yang berlangsung semalam diharapkan benar-benar memberikan makna dan erti sebenar serta memperbaiki pelbagai persepsi daripada semua pihak . Isu Kerajaan Perpaduan yang dimainkan diharapkan menjadi 'noktah' yang 'benar-benar noktah' . Segala yang berkarat di hati selama ini akan terhakis dan berjaya mengembalikan keyakinan para pendokong PAS dan Pakatan Rakyat .
Segala polemik dan konflik diharap benar-benar berjaya diatasi dan diselesaikan . Demi kebaikan kita bersama . Namun adakah seminar ini benar-benar berjaya menyelesaikan masalah PAS seperti yang diucapkan oleh Presiden PAS ?
Adakah beberapa individu dalam PAS yang sedang berusaha menjahanamkan Kerajaan Pakatan Rakyat dapat dibelenggu dan mampu menghentikan perilaku dan tindakan mereka ? Adakah mampu menghentikan mereka semua ini ?
Selagi mereka ini masih terus diberikan kuasa dan kedudukan . Selagi mereka tidak diambil tindakan secara serius oleh Pimpinan PAS . Seminar PAS yang berlangsung tersebut hanyalah retorik semata-mata .
Sikap prejudis mereka ini akan menjadikan seminar tersebut hanya satu tindakan sia-sia . Watak "telunjuk lurus kelingking berkait" ini wajib dihapuskan . Mereka harus dikeluarkan daripada saf kepimpinan .
Tahniah dan syabas kepada mereka yang terus konsisten atas prinsip perjuangan dan pakatan , mempertahankan prinsip dan persahabatan . Meneruskan agenda perjuangan dan mempertahan serta memperkasakan Pakatan Rakyat .
Semoga seminar ini benar-benar merealitikan harapan rakyat . Memulihkan keyakinan dan menyusun tindakan secara kolektif dalam menghadapi UMNO/BN dan seterusnya merampas kerajaan Persekutuan .

fm

5 Resolusi Berjaya Di luluskan Semasa Seminar PAS

Hadi simpulkan seminar berjaya selesaikan masalah parti
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

KUALA LUMPUR: PAS menetapkan sasaran untuk meningkatkan semula sokongan golongan muda terutamanya bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Perkara itu merupakan satu daripada lima resolusi yang diluluskan pada Seminar Memperkasakan Parti anjuran parti itu hari ini.
Selain itu PAS juga akan mengukuhkan Pakatan Rakyat dan meningkatkan persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13 secara lebih proaktif.
PAS juga berusaha untuk meningkatkan sokongan bukan Muslim dengan bertindak aktif menubuhkan Kelab Penyokong PAS di kawasan masing-masing.
Resolusi lain yang dicapai ialah untuk memantapkan pendirian parti berdasarkan maklumat, informasi serta menguatkan parti di peringkat akar umbi seluruh negara.
Dalam pada itu, resolusi kelima yang diluluskan tanpa bantahan turut menggariskan usaha untuk membuat pelan tindakan antaranya menguatkan kempen nasional yang bertemakan 'PAS Untuk Semua'.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang media selepas seminar tersebut berkata, resolusi yang diluluskan itu akan digunakan oleh pihak pengurusan parti untuk tindakan dalaman.
Menurut beliau, kejayaan seminar pada hari ini menunjukkan parti itu sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kritikan.
"Kita berjaya adakan seminar dengan menghimpunkan jentera parti yang datang dari seluruh pelusok negara kerana keterbukaan secara demokratik
"Bukan sahaja memberi peluang dari dalam parti untuk mengkritik secara membina bahkah kita menerima teguran dari tokoh yang bukan di kalangan kita," katanya.
Abdul Hadi juga dengan kejayaan seminar itu juga akan memberi lebih semangat kepada PAS untuk terus memperkasakan parti bersama Pakatan Rakyat.
"InsyaAllah kita dapat menunjukan satu prestasi yang baik, mengukuhkan parti dan menghadapi cabaran yang akan datang bagi membuat perubahan bersama dengan Pakatan Rakyat.
"Kita konsisten dan teguh dengan Pakatan Rakyat dan kita anggap ini adalah bahtera baru yang kita bina... ia perlu dikukuhkan lagi untuk melayari perjuangan dan membuat perubahan dalam negara kita," katanya.
Ditanya tidakkah beliau rasakan kritikan yang diberikan oleh tokoh-tokoh akademik yang turut sama sebagai ahli panel pada seminar ini dilihat begitu 'keras' terutamanya melibatkan kepimpinannya, Abdul Hadi berkata perkara itu merupakan isu biasa.
"Kita anggap perkara biasa, kita matang dengan kritikan, yang benar kita ambil, yang tak benar kita jawab," katanya.

NEGERI SEMBILAN JUARA PIALA MALAYSIA

Penantian 61 tahun skuad Negeri Sembilan akhirnya berbaloi apabila menjuarai Piala Malaysia edisi ke-84 di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas mengalahkan Kelantan 3-1 .

YB. Salahuddin mengumumkan Resolusi Seminar.

5.15 PM :Seminar Memperkasakan Parti berada dipenghujungnya apabila Pengarah Program, YB. Salahuddin Ayob membacakan resolusi seminar .
Antara intipatinya ialah untuk terus memperkasakan Pakatan Rakyat disemua peringkat.
Semua saf kepimpinan dan peserta berdiri untuk memberi kata setuju kepada resolusi yang dibentang sebentar tadi.

Tolak prespesi adalah pramitif - Dr. Abu Hassan.

KUALA LUMPUR, 7 Nov: Para pemimpin PAS digesa agar jangan sesekali menolak persepsi ke atas mereka kerana diabad ini persepsi sudah dianggap sebagai satu maklumat, kata Dr Abu Hassan Hasbullah.Atas dasar itu, katanya, para pemimpin PAS mesti menerima pandangan Dr Abdul Aziz Bari sebagai satu maklumat dan diambil tindakan sewajarnya dan bukan mencari bagaimana persepsi itu terbina.
Dr Hasbulah menyatakan perkara ini ketika memberikan rumusan kepada sessi percambahan minda sempena Seminar PAS di Dewan Datuk Fadzil Noor hari iniAbu Hassan dipercayai mengulas pandangan dan soalan sesetengah pemimpin PAS yang mempertikaikan pandangan Dr Aziz dengan mempersoalkan di mana sumber dan bukti tulisan Aziz itu.
AJK PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik dan Setiausaha Pemuda PAS, Kamaruzaman Mohamad mengasak Dr Aziz termasuk mencabar beliau turun dan aktif dalam politik.
Menurut Hasbulah, mereka yang tidak percaya kepada persepsi bolehlah dianggap sudah primitif dan masih berpijak kepada abad ke 17 dahulu.
Ini kerana, di abad ini, maklumat bergerak dengan cepat dan tidak boleh lagi dibendung dengan penafian, penjelasan atau sebagainya.Ia mesti ditangani dengan bijak bukan lagi dengan cara penafian, mencari punca atau seumpamanya.
Beliau menyifatkan, para peserta seminar yang marahkan penulis atau pembentang seperti Dr Aziz adalah primitif dan hanya sesuai hidup di abad ke 17 sahaja.Dr Hasbulah dalam penggulungan menyokong tulisan Dr Abdul Aziz dan menyifatkan penemuan melalui hasil kajian beliau selari dengan apa yang ditulis Aziz.
"Ini adalah kali ketiga kami bertemu. Kali pertama atas kapal terbang, kali kedua di lapangan terbang dan kali ketiga di sini. Jadi kami tidak berpakat," kata beliau dalam penggulungannya.

Elak tindakan mengundang fitnah - Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Nov : Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitmah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan.Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tanggapan atau persepsi salah terhadap parti dan pimpinan mestilah dicegah supaya ianya tidak merebak menjadi besar dan merosakkan perjuangan parti itu sendiri.
Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada."Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran."Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.
Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan teguran.Tambahnya lagi, sebarang matlamat yang baik tidak menghalal cara atau perbuatan yang menyalahi agama atau dasar parti.Yang penting ialah untuk uruskan perbezaan pendapat dan bukannya 'melebarkan' lagi perbezaan pendapat yang sedia ada, kata Naib Presiden itu."Jangan gadai prinsip Islam. Nak menang tapi jangan gadai untuk dapatkan undi," katanya kepada lebih 1,000 peserta yang hadir.
Selain itu, beliau turut menasihati agar PAS dan pimpinan serta ahlinya tidak leka dengan pujian yang mengundang rebah malah para penceramah juga mesti memastikan hujah dan ceramah disampaikan bukan sekadar 'syok sendiri'."Ceramah berjaya memperkukuhkan semangat antara kita tetapi belum tentu dapat menarik generasi baru yang lain," katanya.Selain itu, beliau juga yakin, sebarang masalah yang dihadapi parti dapat diurus dengan baik, sungguhpun acapkali menghadapi pelbagai cabaran dan fitnah.
"Setakat ini, PAS membuktikan tiada antara wakil rakyatnya yang lompat parti dan PAS juga terbukti berjaya dalam menguruskan masalah," katanya.Beliau sekali lagi menegaskan bahawa PAS mahu menajdi parti yang besar untuk mengambil alih kerajaan sedia ada dan oleh itu soal untuk berkerjasama dengan Umno tidak timbul sama sekali.
"Kita nak ganti Umno, bukannya bersama Umno."
Akhir sekali yang penting ialah, kita mesti mendukung keputusan parti," katanya yang berucap 20 minit selepas dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya) membentang hujah dan kajian mereka. Harakahdaily/-