klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 10 Julai 2009

Peminjam Tekun gagal jelaskan hutang RM225jBerita Harian 8 Julai 2009

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei lalu sangat tinggi, iaitu 15 peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.Beliau berkata, ia menyukarkan kerajaan memberi pinjaman kerana dana sedia ada tidak mencukupi, manakala permohonan yang diterima setiap tahun meningkat lebih dua kali ganda sehingga ramai yang terpaksa menunggu giliran.
Katanya, jumlah permohonan yang diterima dan sedang dalam pertimbangan adalah 15,687 pemohon membabitkan anggaran pembiayaan sejumlah RM348 juta."Kalau peminjam tidak bayar, orang lain tidak boleh mendapat pinjaman sebab ini duit tabung pusingan. Kalau tak bayar macam mana nak pusing."Kerajaan beri tambahan dana sebanyak RM100 juta pun tidak boleh menyelesaikan masalah kalau peminjam terus tegar tidak mahu bayar hutang. Saya merayu kepada peminjam ini supaya mengasihani kawan mereka yang mahu buat pinjaman," katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Kempen Membayar Hutang Tekun Nasional yang dilaksanakan kementerian mulai bulan ini bagi menggalakkan lebih ramai peminjam membayar hutang mereka setiap bulan.Mengulas lanjut, Noh berkata institusi kredit mikro itu yang memberi pembiayaan kepada hampir 150,000 usahawan, mensasarkan kutipan sebanyak 50 peratus sebulan menerusi kempen ceramah pendidikan dan agama, selain insentif pe-ngurangan dan penjadualan bayaran balik pinjaman."Kalau kita dapat kutip 50 peratus dari kempen ini pun sudah cukup baik. Kutipan sekarang sebanyak RM15 juta sebulan dan sasaran kita RM30 juta sebulan daripada pinjaman yang diberikan purata RM40 juta sebulan," katanya.
FM - Noh Omar telah membuat lawak dan tidak sedar diri bila membuat kenyataan pemiutang TEKUN yang berhutang dengan kerajaan sejumlah rm225 juta ! Sepatutnya Noh mengucapkan jutaan tahniah kepada para peminjam TEKUN yang telah berjaya berhutang dengan kerajaan kerana itulah polisi baru kerajaan najib altantuya " rakyat didahulukan".
Agaknya Noh tidak sedar yang berhutang dan meminjam TEKUN itu adalah puak-puak UMNgok ! Sedarkah Noh bahawa barang sesiapa yang hendak meminjam TEKUN syaratnya ialah ahli UMNgok, kalau belum ahli , kena isi borang ahli UMNgok. Ahli Keadilan TIDAK boleh pinjam , ahli PAS lagilah TIDAK boleh ! jadinya ... bukan susah sangat hendak kutip hutang TEKUN ni wahai Noh , pergi ibupejabat UMNgok , bahagian data dan maklumat ahli UMNgok . Dapatlah kat mana dia orang tu. Hehehe

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat."Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.Melalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.
Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya."Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.Daulat bahasa MelayuDitanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu."Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama."Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.'Hanya sebahagian selesai'Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi."Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai."Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris."Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat."Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu."Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.Gapena akan bantu
Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia."Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama."Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu."Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.
Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak"."Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.Daulat bahasa Melayu.
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu."Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan."Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.Malaysiakini

Mansuhkan PPSMI 2012: Tidak penuhi tuntutan, lebih ramai jadi 'mangsa'


KUALA LUMPUR, 9 Julai (Hrkh) - Keputusan kerajaan memansuhkan PPSMI pada 2012 , dianggap belum memenuhi harapan tuntutan banyak pihak yang memperjuangkan isu ini di samping terus menambahkan lagi jurang pencapaian para pelajar yang tertinggal akibat dasar ini.Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras) Mohd Azmi Abdul Hamid berkata sekiranya pemansuhan itu ditamatkan serta merta ianya tidak akan menimbulkan masalah memandangkan sudah ada buku rujukan mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu dan memang ramai guru yang sudah pun mengajar mata pelajaran tersebut dalam bahas tersebut."Pelajar yang kini menghadapi masalah untuk mengikuti pembelajaran itu dan sepatutnya dengan segera dapat ditukar kepada Bahasa Melayu."Ini supaya mereka tidak terus menjadi mangsa kepada eskperimen yang sudah jelas menjejaskan pencapaian mereka seperti yang telah terbukti diakui oleh Menteri Pelajaran," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.
Katanya membiarkan pelajar sekolah luar bandar tertinggal walaupun terpaksa menunggu sistem tersebut kembali kepada Bahasa Melayu akan terus membiarkan jurang pencapaian melebarkan dan pelajar berkenaan terus tertinggal.Teras katanya kesal kenapa dengan pelbagai pendirian dan kajian yang telah dilakukan oleh pelbagai pihak yang jelas menunjukkan pelajar luar Bandar akan terjejas dan pencapaian keseluruhannya akan merosot , baru kini kerajaan akhirnya mengaku pada hal sebelum ini pihak Kementerian Pelajaran beria-ia benar mempertahankan kejayaan PPSMI."Kemerosotan pencapaian adalah akibat dari kedegilan pihak kerajaan untuk akur kepada suara pelbagai pihak termasuk dari kelangan para pendidik , ahli akademik , ibu bapa dan ahli agama," kata Azmi.
Kini barulah semuanya terpaksa diterima termasuk pengakuan betapa kajian universiti-universiti tempatan pun mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI, katanya"Kini setelah 6 tahun kita dapati ratusan ribu generasi pelajar PPSMI menanggung kerugian kerana gagal menguasai mata pelajaran yang penting untuk berjaya melanjutkan pelajaran kepada yang tahap lebih tinggi."Jika pihak kerajaan tidak berdegil ,ratusan ribuan pelajar yang berkenaan tidak akan rugi menghadapi tekanan kerana dinafikan hak untuk belajar dalam bahasa ibunda mereka sendiri," katanya yang berharap dasar ini dimansuhknan dengan kadar segera sebelum tiga tahun lagi seperti yang diumumkan.- azm _Harakah

The illusion of Najib 100 days-M'sian Insider


PUTRAJAYA:We are just two days away from Datuk Seri Najib Razak's first 100 days as prime minister of Malaysia.And his approval rating is up to 65 per cent from 42 per cent before he took office, so says the Merdeka Center for Opinion Research.Now what has he done to get such a jump in almost 100 days?Freeing the Hindraf leaders? Yes, 74 per cent of Indians surveyed approve of him now.Freeing the economy? Well, only 48 per cent of Chinese polled approve of him now despite the community being most affected by Bumiputera-friendly policies.Agreeable to unity talks with PAS? Installing an almost all-Malay if not all-Muslim slate of editors in the Umno-held Media Prima group of television stations and newspapers? Okay, 74 per cent of Malays questioned approve of him.Unfortunately, the decision to switch back to vernacular languages to teach mathematics and science was too late to be included in the survey. But it could have helped him with a higher approval rating.The main question is, has there been any change in the conditions, policies and excesses of ruling party politicians that drove Malaysians to desert the Barisan Nasional in Election 2008?After all, the power grab in Perak remains messy with Datuk Seri Nizar Jamaluddin's case being heard in the Federal Court. He is no closer to returning to Ipoh as Perak mentri besar. And the judiciary has yet to see its finest hour in dealing with the matter.That remains a part of Najib's baggage even before he took office on April 3.
And there is the classic scandal of the Port Klang Free Zone that began from the time of fourth prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad, continued under Tun Abdullah Ahmad Badawi and now in the hands of Najib.Yes, the audit report is out and we all know that a project that began life with RM2 billion has now ballooned to RM12.5 billion unless the skint Port Klang Authority strikes oil or finds gold within its grounds.But apart from publishing the report online, getting the Malaysian Anti-Corruption Commission and the Public Accounts Committee to look into the fiasco, nothing really has been done.The Najib administration remains arrogant in dealing with the issue even as it continues to pay the vendors and contractors for the project "without prejudice" although the audit report has raised red flags citing weak governance and conflicts of interest.Perhaps, the Jelutong MP Jeff Ooi says it best: "This PKFZ scandal is fast becoming an Agatha Christie mystery murder: You have a stinking corpse with multiple fatal stabs, no killers."Think about how the so-called freer media environment has been rolled back in the last three months with mainstream newspaper editors being told to cut down coverage on excesses of Barisan Nasional politicians.Giving too much space to Datuk Seri Khir Toyo's mansion earned a couple of them a rebuke. After all, Barisan Nasional acolytes are also entering the cyberspace to give their side of the story, even if it flies against the facts.And think about what 1 Malaysia really means. Is it really equality for all, or just a smokescreen as they continue campaigning for unity talks with PAS in the Manek Urai hustings.
Najib has done a fair bit in his first 100 days, announcing his slogan of 1 Malaysia. People First. Performance Now.And he has liberalised 27 sectors of the economy, freed Hindraf leaders and others, cut the FIC's role, tweaked the Bumiputera equity quota and thrown out the policy of using English for certain subjects.For the more things change, the more they stay the same.But these are just illusions of change at this point in time. Real reforms and equality must be done. For approval ratings can go up and fall down.Only the next general election will determine how far has Najib gone to make Malaysia, 1 Malaysia.--MA

Zaid: Najib harus jelaskan isu Altantuya, royalti

KUALA KRAI, - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim dalam ceramah pertamanya di atas pentas Pakatan Rakyat meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak menjelaskan isu royalti minyak untuk Kelantan, isu pembunuhan Altantuya Shariibuu (gambar) dan kontroversi pembelian kapal selam.Najib diminta supaya berterus terang kepada rakyat Kelantan berkaitan isu tuntutan royalti minyak oleh kerajaan negeri yang didakwa tertunggak sejak 2004 dengan anggaran nilaian berjumlah RM1 bilion.Ceramah Zaid, bekas anggota Parlimen Kota Bharu itu diadakan di kampung Lela Jasa, dekat sini. Turut hadir adalah Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, serta beberapa kepimpinan PAS kawasan.Berbeza dengan siri kempen pilihan raya kecil Penanti, isu Altantuya masih belum dihalang dari dibicarakan.Dalam ceramah itu juga, Zaid menyelar sikap pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) merendah-rendahkan karektor calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah, tidak mempunyai latar belakang akademi sebagai serangan peribadi tidak berasas.Beliau berkata, prinsip Pakatan Rakyat jauh berbeza dengan BN dalam memilih calon yang mengutamakan kualiti penampilan calon dari kepelbagaian sudut selaras dengan kehendak rakyat.Zaid merujuk kepada sejarah ketamadunan kerajaan Islam zaman Rasulullah yang berjaya mentadbirkan negara dengan telus dan adil kepada seluruh masyarakat tanpa mendapat kelulusan ijazah universiti.“Pengajian tinggi tidak penting. Yang penting ialah pengalaman, sebab pengalaman tidak akan didapati walau mengaji setinggi manapun. Kerajaan di zaman Rasulullah dulupun tidak terbentuk daripada individu yang berpendidikan di peringkat universiti.“Bahkan tidak ada universiti pada zaman nabi tetapi boleh memerintah dengan telus dan adil kepada rakyat. Ada ijazahpun buat apa kalau banyak putar belit yang akhirnya menyusahkan rakyat,” katanya.
Melalui ceramah sulung beliau selepas menyertai PKR, Zaid berkeyakinan rakyat Manek Urai memerlukan calon yang benar-benar bertanggungjawab dan tidak semestinya mempunyai pendidikan tinggi.Mohd Fauzi Abdullah, seorang pemborong ikan di Kuala Krai, dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil DUN Manek Urai tidak mempunyai latar belakang berpendidikan tinggi, sering menjadi modal serangan BN.Fauzi dibezakan dengan calon BN Tuan Aziz Tuan Mat merupakan bekas pengurus bahagian pemantauan projek Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) yang mempunyai kelulusan ijazah.Sementara itu, Salahuddin memberitahu akan terus memperjuangkan nasib rakyat bersama ahli parlimen Pakatan di Dewan Rakyat yang dikatakan terbeban dengan cengkaman kadar kenaikan insuran kenderaan awam."Satu Malaysia, rakyat diutamakan adalah slogan retorik Najib mengaburi mata rakyat. Mana realiti slogan itu? belumpun sampai setengah tahun jadi perdana menteri unsur cengkaman terhadap rakyat sudah mulai nampak.“Insya-Allah kami akan serang habis-habisan perkara ini dalam sidang bajet bulan sepuluh nanti supaya kerajaan kaji balik insuran kereta dan motosikal,” jelasnya.Kadar kenaikan insuran kereta dan motosikal melebihi 100 peratus sebelum ini menjadi rungutan rakyat rasa terbeban.-Malaysian InsiderTVA

Serangan peribadi: Johari mohon maaf kepada KM

Oleh: Annuar Ismail

Pulau Pinang 8 Julai - Semalam Ketua Whip PKR, Majlis Perbadaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim telah memohon berhubung kenyataannya beliau yang menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.Bagaimanapun menurut Johari, beliau bertanggungjawab terhadap tindakan memulaukan ucapacara angkat sumpah YDP Majlis Perbandaran Seberang Perai, Mokhtar Mohd Jait apabila Johari bersama 7 ahli majlis PKR yang lain.
Tindakan tersebut dilakukan setelah perlantikan Moktar yang juga penjawat awam dibuat tanpa merujuk persetujuan yang pernah dibuat selepas keputusan pilihanraya umum lalu.
Langkah memohon maaf secara terbuka tersebut adalah kehendak Ketua Menteri dan pimpinan parti di negeri ini yang mahukan kontroversi itu dileraikan dengan segera, seterusnya meneruskan kerjasama dan mengekalkan persefahaman antara Pakatan Rakyat negeri ini.Selain itu Johari turut tegas mempertahankan keputusan PKR berhubung dasar perlantikan ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini yang mahukan agar perlantikan politik dilakukan terhadap kedua-dua pihak berkuasa tempatan negeri ini.
Sehubungan itu, perbincangan antara PKR-DAP yang diadakan pada hari selasa lalu telah mencapai keputusan penting supaya sebarang keputusan sepakat untuk kepentingan Pakatan Rakyat dapat dibuat terlebih dahulu dalam Majlis Pakatan Rakyat di Pulau Pinang.
Keputusan memecat Johari adalah mengikut Seksyen 10 (4) Akta Kerajaan Tempatan 1976 yang tidak dibenarkan beliau dirayu bagaimanapun keputusan tersebut harus ditarik kembali oleh Lim dan Johari akan dilantik semula sebagai Ahli Majlis MPSP.Johari dijadualkan bertugas semula awal bulan hadapan.

FM - ALHAMDULILLAH SELESAI . ABANG JO, HANG KERJA ELOK2 NO...