klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 25 Mei 2009

Kayveas: Murugiah 'perlu periksa mental'



May 25,

Presiden PPP Datuk M Kayveas menyifatkan Senator Datuk T Murugiah - yang mengisytiharkan dirinya juga presiden parti itu - sebagai "orang yang gila publisiti" dan "perlu diperiksa mental"."Dia kena periksa mental dia di (hospital) Tanjung Rambutan," kata Kayveas selepas menghadiri perhimpunan agung tahunan PPPPahang di Kuantan hari ini.

FM - HAHAHAHAHAHAHAHA ! Dalam duk tension menjalankan gerak kerja AMK di Penanti , terhibur dengan berita-berita lucu hari ini .

UMNO dah pecah + PPP dah terbelah + MCA duk berbalah + MIC dah nak musnah = BN Punah Ranah !

Aminah dedah bukti PKR sogok ???????????

May 25, 09 11:01am

Calon bebas Aminah Abdullah mendakwa mempunyai bukti PKR cuba menyogoknya dengan jawatan penting jika beliau tidak bertanding dalam pilihanraya kecil Penanti, 31 Mei ini. Dalam sidang medianya pagi ini, bekas ketua Wanita PKR Pulau Pinang mendakwa, dua wakil parti itu menemuinya pada 13 Mei lalu untuk menawarkan jawatan yang dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP). Tambahnya, seorang ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan pembantu seorang exco kerajaan negeri, daripada parti itu, menemuinya dengan mendapat restu penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menggunakan slogan "Ke Arah Keadilan Sebenar", Aminah bagaimanapun tidak menamakan dua pemimpin PKR tersebut.Beliau juga mendakwa, jika berjaya menewaskan calon PKR Mansor Othman dalam pilihanraya DUN itu, beliau akan dibenarkan menyertai parti itu dan diberikan jawatan Timbalan Satu Ketua Menteri .

FM - Tak nak ketawa tapi memang lawak ! hehehehe ! hahahaha ! Nak cakap tak masuk akal , memang pun ! Tawaran dan sogokkan yang sangat mengelikan hati . Sedarlah wahai Kakak Aminah , jawatan YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN hanya dijawat oleh pejawat awam atau kakitangan kerajaan negeri . Yang ni lagi lawak ... disogokkan dengan jawatan TIMBALAN 1 KETUA MENTERI PULAU PINANG jika kakak Aminah menang ! Biaq betoi Kakak Aminah ! Tak kan bodoh lagu tu! Mudah betul nak bagi jawatan macam tu . Hang sapa ? Tak payah merapulah kakak Aminah . kik kik kik ! 1 MALAYSIA PASTI GELAK BESAQ!

JADUAL CERAMAH FARIZ MUSA 25.5.2009

9 MALAM - KG BUKIT BERANGAN MK21, GUAR PERAHU

11 MALAM - KG TELOK WANG

Najib Khianati Orang Melayu?

Malaysiakini melaporkan kenyataan Najib bahawa DEB akan dihapuskan.Kenyataan tersebut di buat oleh Najib kepada akhbar Straits Time Singapura sewaktu lawatan sulungnya sebagai Perdana Menteri ke Republik tersebut.

FM - Najib tidak berani buat kenyataan di Malaysia . Tetapi menggunakan ruang sewaktu di Singapura bahawa beliau akan hapuskan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ) . Dimanakah ahli-ahli UMNO khusus pemuda gagah perkasa bila Najib Tun Razak membuat kenyataan tersebut ? Apabila Anwar Ibrahim mencadangkan agar DEB dihapuskan,terdengar soraksorai yang begitu riuhrendah dari kalangan pemimpin UMNO.Maka bertebaran kecaman dan fitnah seperti Pengkhianat Melayu,Alat Cina,Tak Mengenang Budi dan pelbagai lagi yang ditujukan kepada beliau . Bila Najib berkokok hendak hapuskan DEB, umno bisu seribu bahasa .

Dari Penanti lari Sekejap Ke Sg. Petani , Program Untuk Ahli Baru AMK Sg. Petani


AMK Sg. Petani telah menjemput saya ke program tersebut bagi menyampaikan ceramah tentang Parti Keadilan Rakyat : Sejarah Perjuangan dan Penubuhan . Saya terpaksa tinggalkan sekejap N12 Penanti ke program tersebut jam 10 pagi bertempat di Dewan Pertubuhan Peladang , Sg. Petani . Tahniah dan syabas kepada AMK Sg. Petani di atas program tersebut dan usaha mengumpulkan ahli-ahli MK Sg. Petani .
Terima kasih Cikgu Azman , Timbalan Ketua AMK Kedah atas jemputan .
24 Mei 2009

PKR Nafi Dakwaan Cuba Pujuk Calon Bebas

BUKIT MERTAJAM [5.00 pm] - Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini menafikan dakwaan seorang daripada calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bahawa parti itu memujuk atau memberi ganjaran kepada calon Bebas supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu, 31 Mei ini.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian. "Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR," katanya.

Najib Kesal Segala Tuduhan Parti Pembangkang

PETALING JAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kesal dengan sikap parti pembangkang yang terus menerus menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengatur keputusan Mahkamah Rayuan dalam menentukan Menteri Besar Perak yang sah.
Beliau berkata, sebaliknya keputusan mahkamah itu bebas daripada sebarang pengaruh mana-mana pihak dan alasan yang diberikan Mahkamah Rayuan bagi keputusannya itu turut dikongsi oleh pakar undang-undang antarabangsa Queen's Counsel Lord Lester. “Dan kalau lah seorang Queen’s Counsel seperti Lord Lester itu boleh mengeluarkan pendapat bahawa kita berada di atas landasan yang betul, seperti mana keputusan mahkamah rayuan, maka janganlah disalahertikan ataupun memberikan pandangan yang negatif terhadap badan kehakiman negara”, katanya selepas merasmikan Minggu Perpaduan peringkat kebangsaan hari ini.

Beliau berkata, pihak pembangkang tidak boleh mengambil sikap jika sesuatu keputusan itu memihak kepada mereka maka mereka menerima sistem kehakiman itu sebagai bebas tetapi jika memihak kepada kerajaan, dituduh sebagai mengikut telunjuk kerajaan dan beranggapan perkara berkenaan adalah tidak tidak adil