klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 20 Mei 2009

PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT


Pilihanraya Kecil N12 Penanti

Tarikh : 22 Mei 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Padang Ibu , Penanti
Penceramah :
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
TUAN HAJI MOHAMAD SABU
SDR. SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
YB SALEHUDDIN AYUB
YB ANTHONY LOKE
SDR. FARIZ MUSA
YB YUSMADI
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!!

HI-TEA & PELANCARAN MARKAS OPERASI UTAMA AMK PRK N12 PENANTI


TARIKH : 21 MEI 2009
MASA : 5.00 PETANG

TEMPAT : MARKAS OPERASI UTAMA AMK PUSAT,
GUAR PERAHU, PENANTI

Dilancarkan Oleh :
YB AZMIN ALI
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

KHIR TOYO : PERGANTUNGAN LEBIH ZALIM DARIPADA ISA !

Khir Toyo sewaktu Sidang Media beliau pagi tadi , beliau menyatakan ketidakpuashatian terhadap tindakan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri yang telah mengantungkan beliau selama 12 bulan . Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan . Malah beliau menyatakan bahawa pergantungan beliau lebih zalim daripada ISA ! Lawak dan melucukan !
ISA ialah akta zalim menahan seseorang tanpa bicara . Sedangkan Khir Toyo dipanggil untuk siasatan dan diberikan peluang untuk membela diri dalam siasatan oleh SELCAT . Kalau beliau tidak bersalah , sudah pasti BERANI KERANA BENAR . Khir Toyo pasti akan hadir untuk berdepan dengan SELCAT . Beliau digantung kerana tidak hadir dalam siasatan oleh SELCAT . SELCAT yang bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri Selangor . Bererti Khir Toyo engkar kepada arahan Dewan Undangan Negeri Selangor . Kena orang lain BAGUS ! Tang kena kat dia ZALIM !

fariz musa

AWAS ! H1N1 DI 1 MALAYSIA !!!!!!!!!!!!!!!

H1 N1
H1+N1 = SELSEMA

Mahkamah Tinggi putuskan Sultan tidak boleh pecat Menteri Besar

KUALA LUMPUR: Sultan Perak Sultan Azlan Shah tidak boleh memecat Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dari jawatannya kerana beliau (Menteri Besar) tidak memegang jawatan itu atas perkenan baginda.Ini keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim bila beliau mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah pada 11 Mei.
Dalam penghakiman 78 muka yang dikeluarkan kepada media semalam, Abdul Aziz berkata sebaik saja Menteri Besar dilantik, beliau dan majlis exconya bertanggungjawab kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) dan tiada siapa lain.Beliau berkata ini menurut fasal (2), (5), (6) dan (7) Artikel 16 Undang-undang Tubuh Negeri Perak.
"Sebaik saja menteri besar dilantik, menteri besar mentadbir negeri menerusi Majlis Eksekutif dan menasihatkan Sultan mengenai hal ehwal negeri sebagaimana diperuntukkan di bawah Artikel 18 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.Hakim Abdul Aziz berkata Sultan bertindak atas nasihat kecuali dalam perkara di mana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memperuntukkan bahawa Baginda boleh bertindak atas budibicara baginda semata-mata.Beliau berkata berdasarkan peruntukan dalam Artikel 16, ia mensyaratkan bahawa dewan undangan adalah pihak yang menentukan sama ada ia menaruh keyakinan terhadap Menteri Besar selaku ketua majlis eksekutif menerusi undi tidak percaya terhadap Menteri Besar.
"Saya berpendapat bahawa pemecatan Menteri Besar oleh Baginda atau oleh sesiapa lain tidak sekali-kali dipertimbangkan di bawah Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri Perak," kata beliau.Beliau berkata fasal 7 Artikel 16 undang-undang tubuh itu memperuntukkan bahawa kecuali Menteri Besar, anggota-anggota lain Majlis Eksekutif memegang jawatan atas perkenan Sultan dan mereka (anggota eksekutif) boleh dipecat dari jawatan oleh Sultan yang bertindak atas nasihat Menteri Besar.Abdul Aziz berkata Sultan Perak telah menemui dan menginterbiu tiga anggota dewan negeri yang menjadi anggota bebas dan seorang lagi anggota dewan yang sebelumnya keluar dari Barisan Nasional (BN) tetapi kemudian menyertai semula parti itu dan mereka memberitahu Sultan tentang sokongan mereka kepada BN secara sukarela tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak.Abdul Aziz, bagaimanapun berkata, walaupun menerusi pertanyaan Sultan, Baginda berpendapat Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mendapat sokongan majoriti anggota DUN, ini tidak bermakna Baginda boleh membuat keputusan bahawa Mohammad Nizar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti dewan berkenaan.Beliau berkata pendapat peribadi atau keputusan Sultan tidak relevan kepada maksud Artikel 16 (6) yang memperuntukkan bahawa "jika Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan, maka, kecuali atas permintaannya, Baginda membubarkan dewan, beliau dikehendaki mengemukakan peletakan jawatan majlis eksekutif".
Abdul Aziz mendengar prosiding semakan kehakiman yang dibawa oleh Mohammad Nizar, 52, memohon writ "quo warranto" dikeluarkan terhadap Zambry untuk memberi sebab atas asas apa atau kuasa apa beliau adalah menteri besar yang sah.Abdul Aziz kemudian mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah selepas memutuskan bahawa beliau (Nizar) tidak pernah melepaskan jawatan menteri besar oleh kerana beliau tidak kehilangan keyakinan majoriti dewan undangan negeri.Mohammad Nizar, dilantik sebagai Menteri Besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam plihan raya umum ke 12.Kedua-dua pihak, bagaimanapun, mempunyai 28 kerusi masing-masing, selepas tiga anggota dewan dari pakatan itu keluar parti untuk menjadi anggota bebas dan yang keempat melompat semula dari PKR kepada Umno.
Sultan kemudian meminta Mohammad Nizar meletak jawatan menteri besar dan Zambry mengangkat sumpah selepas mengisytiharkan bahawa Barisan Nasional mempunyai majoriti di dewan undangan negeri.Mahkamah Rayuan, pada 12 Mei, membenarkan perintah penangguhan keputusan itu kepada Zambry dan menetapkan Khamis ini untuk mendengar bersama permohonan Mohammad Nizar mengetepikan perintah penangguhan.Dalam penghakimannya, Hakim Abdul Aziz juga berkata beliau tidak meragui bahawa Sultan mempunyai budi bicara mutlak berhubung pelantikan Menteri Besar dan tidak memperkenan permintaan bagi pembubaran DUN.
"Saya tidak pernah meragui tentang pelaksanaan prerogatif diraja untuk melantik seorang Menteri Besar mengikut Artikel 16 (2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak semata-mata berdasarkan pendapat peribadi Baginda."Dan bahawa Baginda boleh memilih apa carapun bagi memuaskan hati dan membuat keputusan sewajarnya tentang siapa yang mendapat keyakinan majoriti DUN hingga beliau boleh dilantik sebagai menteri besar untuk memimpin majlis eksekutif," katanya.Abdul Aziz bagaimanapun berkata perkara yang sama tidak boleh dilakukan berhubung Artikel 16 (6) dalam memutuskan sama ada Menteri Besar tidak lagi mendapat keyakinan majoriti anggota dewan undangan. BERNAMA

Tahniah Tok Guru Hj. Hadi !



YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengekalkan jawatan presiden PAS tanpa bertanding, manakala beliau mengekalkan jawatannya selepas menerima pencalonan 136 daripada 137 PAS kawasan.
ANGKATAN MUDA KEADILAN ( AMK ) NEGERI TERENGGANU MERAKAMKAN JUTAAN TANIAH KEPADA YB DATUK SERI HAJI ABDUL HADI AWANG DI ATAS KEMENANGAN TANPA BERTANDING SEBAGAI PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA ( PAS ) .

DUN SELANGOR GANTUNG KHIR TOYO SETAHUN

Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menggantung ketua pembangkang dan bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo daripada menghadiri sidang DUN selama setahun.
Tindakan itu diambil ekoran kegagalan beliau menghadiri siasatan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) Selangor Mac lalu berhubung perbelanjaan dana agensi kerajaan negeri.

Jawatankuasa itu - di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor - juga mendapati beliau bersalah terhadap tiga tuduhan membuat kenyataan yang menghina legitimasi Selcat, dalam media dalam dalam blognya.

Tun Dr. Mahathir : Cakap Tak Serupa Bikin ! Meloyakan !

" Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar media arus perdana berhubung cara liputan berita yang tidak berhemah dan berat-sebelah. Mengakui kekangan ke atas media bermula ketika negara di bawah pentadbiran beliau, Dr Mahathir berkata media arus perdana cenderung mengampu pemimpin dan takut menyatakan kebenaran. Sikap ini, kata Dr Mahathir, menyebabkan rakyat tidak lagi percaya kepada integriti media arus perdana.Tambah beliau media arus perdana harus menukar wajah dan lebih berani mengkritik dan mendedahkan kelemahan kerajaan." - TVA

Tun Dr. Mahathir yang terkenal dengan jolokan Mahafiraun kini meniti hari-hari tua yang terus dengan kenyataan bak peribahasa melayu ‘ Kata dulang paku serpih’ ~ mengata orang dialah yang lebih . Sudah pasti blogers yang datang ke forum tersebut hendak termuntah apabila mendengar kenyataan seorang tua yang kononnya sudah insaf.
Inilah antara 'kejayaan' yang mantan Perdana Menteri Malaysia warisi - Indeks Kebebasan Akhbar Dunia yang dinilai Kalangan Wartawan Tanpa Sempadan menunjukkan tahap yang tidak memberangsangkan . Pada tahun 2006, Malaysia berada di kedudukan ke-92 dan kemudiannya tangga itu semakin meningkat ke tahun seterusnya. Pada tahun 2007, negara berada pada kedudukan ke-124 dan pada 2008 di tangga ke-132.
Akta – akta seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) , Akta Mesin Cetak dan Percetakan , Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) digunapakai semaksimum yang boleh terus mengekang kebebasan akhbar dan bersuara sewaktu menjadi Perdana Menteri . Hari ini mengkritik bukan main lagi bahawa akhbar arus perdana tidak bebas , tidak adil . Jelas terbukti beliau sedang buang tebiat .
Ingatlah wahai sang tua , kerana kamu demokrasi di Malaysia tercinta sudah mati!!!! Ingatlah rakyat tidak pernah memaafkan kamu wahai Tun Dr. Mahathir di atas sikap brutal kamu sewaktu berada di puncak kuasa!


Fariz Musa