klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 10 Oktober 2009

Tinjauan: 34 peratus setuju Malaysia bawah Najib semakin corot

Gemerlapan Perdana Menteri Najib Abdul Razak semakin malap, menurut hasil tinjauan Merdeka Center.
Dalam masa enam bulan sahaja memegang tampuk pemerintahan negara, persepsi umum terhadap Najib corot sebanyak 10 peratus dari 65 peratus Jun lalu kepada 56 peratus.
Menurut Merdeka Center, tinjauan ini bermula September 4 hingga 14 September dan membabitkan 1,027 peserta 21 tahun dan keatas.Manakala untuk pecahan mengikut kaum, Merdeka Center melaporkan Najib semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat India dengan 68 peratus responden berpuas hati dengan kepimpinan Najib.
Antara sasaran Najib adalah memulihkan sokongan masyarakat bukan Melayu kepada Barisan Nasional, dengan memberikan pelbagai imbuhan antaranya saham Amanah Saham 1Malaysia dan bantuan usahawan.
Najib juga adalah Perdana Menteri yang kedua selepas bapanya yang melawat kuil Hindu Batu Caves.Imbuhan Najib bagaiamanpun tidak memberi kesan kepada masyarakat Cina.
Menurut tinjauan Merdeka Center, Najib dan konsep 1Malaysia yang diperkenalkan beliau tidak mendapat sambutan dari masyarakat Cina (36 peratus).
Manakala sebanyak 64 peratus orang Melayu menyokong Najib."Secara amnya, tinjauan mendapati jumlah mereka yang tidak berpuas hati dengan prestasi beliau pada takat 23 peratus berbanding 22 peratus pada Jun 2009," kata jurucakap Merdeka Center Ibrahim Suffian.
Berdasarkan tinjauan itu, Ibrahim berkata majoriti rakyat berpuas hati dengan usaha Najib menambahbaik sistem pendidikan, kecekapan kerajaan dan pengurusan ekonomi."Namun masih ramai yang melihat tiada usaha kuat membasmi rasuah dan jenayah," tambah Ibrahim.
Tinjauan itu juga mendapati rakyat Malaysia berbelah-bahagi akan hala-tuju negara. 34 peratus berkata prestasi negara semakin corot manakala tujuh peratus percaya Malaysia diuruskan dengan baik."Berkenaan isu-isu pula, tinjauan mendapati kebimbangan masyarakat akan ekonomi negara berkurangan kepada 21 peratus dari 23 peratus," kata Ibrahim.
Najib, mengambil-alih pemerintahan negara dari Abdullah Ahmad Badawi pada April tahun lalu. Kerjaya Najib dicemari pembunuhan wanita warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Meskipun Najib berulang-kali menafikannya, namun teori konspirasi sekitar kematian Altantuya menjadi peluru hidup parti-parti pembangkang terutamanya di masa pilihanraya.TVA

ANWAR BERSAMA ANAK MUDA & PENTAS ANAK MUDA

BERSAMA ARTIS UNDANGAN

YASSIN BROTHERS
RINGGO ARROW DAN BLACK GAMMA

10 OKTOBER 2009
8.30 MALAM
MARKAS BESAR DAP , BATU 9 ,
JALAN PANTAI , P.D

KITO KO SANUN BERAMAI-RAMAI !
ANJURAN : PEMUDA PAKATAN RAKYAT


DEBAT TERBUKA !

SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ?

AHLI PANEL :

vs

10 OKTOBER 2009
9 MALAM
BILIK GERAKAN DAP , BATU 9 , PD

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !

ANJURAN :ANGKATAN MUDA KEADILAN MALAYSIA

Pilihan raya kecil paling kotor, Umno amat tertekan!

TELOK KEMANG, 9 Okt : Jika SPR masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi, PAS tidak menolak kemungkinan rakyat akan bangkit menyatakan bantahan besar-besaran sekali lagi seperti ditunjukkan dalam Himpunan Bersih 100,000 dua tahun lalu.
Ini bagi memberi pengajaran perit kepada kerajaan Barisan Nasional agar menghormati hak rakyat dan tidak menzalimi mereka seperti insiden belasah dan pukul di Bagan Pinang sekaligus menghukum parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.
Demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui Harakahdaily di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini semalam.Kata Kamaruddin pelbagai pelanggaran akta pilihan raya dan tindakan ganas samseng Umno ke atas petugas dan penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam sejarah selepas pilihan raya 2008.
Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden pukul petugas PAS oleh penyokong Umno yang cukup kerap berlaku sejak 7 Oktober, Kamarudin menyatakan hal ini berkaku walaupun dengan kehadiran polis yang ramai."Tindakan ini menunjukkan Umno sangat tertekan dan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk mengganas demi untuk memastikan calon terpalit rasuah mereka menang"Asakan-asakan ini menunjukkan mereka sudah mendapat 'feedback' bahawa rakyat sudah menolak mereka dan imej Umno makin jatuh," katanya.
Dalam pada itu, beliau kesal dengan pihak berkuasa yang gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno.
Jika sebelum ini pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan bahawa keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara KPN tidak kedengaran, katanya."Kali ini polis gagal dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka itu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan melakukan tindakan yang sangat tidak demokratik.
"Peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno."Dan parti yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang,"katanya.HarakahDaily.Net/-

Ketua Putera Umno bukan samseng jalanan tetapi.......

By : Roslan Sms

Pada 21 Jun lalu saya ada memuatkan dalam blog saya (http://n32.blogspot.com/) ulasan berkenaan temuramah Ketua Putera Umno Azeez Abdul Rahim dalam Agendadaily (http://www.agendadaily.com/). Dalam ulasan saya itu saya mengenengahkan maklumat yang diterima dari sumber yang boleh dipercayai berkenaan jawapan dan ulasan Azeez dalam temuramah itu.

Menurut sumber tadi kebanyakan maklumat yang diberikan Azeez dalam temuramah itu samada telah diselewengkan atau palsu ataupun pembohongan.Saya terbitkan kembali ulasan saya itu:Menurut seorang sumber yang menghubungi kami sebahagian besar dari jawapan Azeez terhadap wawancara ini adalah bohong dan palsu belaka. Menurut sumber tadi sesiapa yang tidak mempercayainya bolehlah melakukan siasatan sendiri samada melalui pendaftar syarikat ataupun mana-mana pihak yang berkaitan.

Satu lagi pembohongan yang lebih serius (dalam wawancara itu) adalah:
Kemudian saya beli syarikat Almarhum Sultan Selangor iaitu syarikat Wilayah Arm, setelah maju dalam berniaga, saya mula memberi bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik, pada rumah anak yatim, badan kebajikan, sekolah agama, sekolah anak yatim, Belia 4B, Pandu Puteri.

Menurut sumber syarikat tersebut bukannya milik Almarhum Sultan Selangor, tidak masuk akal Almarhum Tuanku memiliki sebuah syarikat sedemikian rupa. Barangkali pemilik lesennya adalah kerabat di raja Selangor tetapi BUKAN Almarhum Sultan, mengapa Azeez menjual nama Almarhum dalam hal ini? Dan Azeez tidak pula memberitahu yang syarikat itu kemudiannya telah beliau jual dan kini pemiliknya bukan lagi beliau!
Dan lebih serius lagi Azeez mendakwa:
sejak dulu lagi saya memberi sumbangan dan bantuan, kemudian saya sambung belajar, saya buat Masters di sebuah Universiti di AmerikaMenurut sumber Azeez tidak pernah memasuki mana-mana universiti di Amerika apalagi berjaya mendapatkan ijazah sarjana di sana.

Pihak Agendadaily telah membuat temuramah susulan dengan Azeez barangkali ekoran perkembangan ini (atau barangkali agendadaily pun menerima maklumat yang sama). Jelas kenyataan Azeez kali ini semakin mengeruhkan keadaan malah hampir mengesahkan maklumat yang diperolehi dari sumber itu dan banyak lagi yang masuk setelah berita Azeez ini dibawa kepengetahuan umum.

Azeez tidak menafikan yang beliau banyak terlibat dengan kes-kes di mahkamah yang ada diantaranya masih belum diputuskan apabila beliau berkata dalam temuramah kali ini:
Dalam bab ada orang dakwa saya ada kes mahkamah …memang betul.Siapa saja yang berminat nak tahu sangat betul tak betul boleh pergi check kat mahkamah..memang dulu waktu zaman saya mula berniaga.. memang ada unsur-unsur dalam perniagaan… kata saya nak tembak orang dan sebagainya.

Selain itu dalam penjelasan beliau kepada Agendadaily Azeez tidak menyentuh langsung berkenaan syarikat Wilayah Arms yang didakwanya dibeli dari Almarhum Sultan Selangor (dalam temuramah pertama). Berdasarkan rekod Almarhum Tuanku memang TIDAK PERNAH memiliki mana-mana lessen mengedar ataupun menjual senjatapi!

Manakala berkenaan ijazah Masters yang didakwanya diperolehi beliau di Amerika Syarikat (yang dinafikan oleh kenalan-kenalan rapat beliau) Azeez berkata dalam temuramah baru ini:
Pasal ada orang bawa mulut kata saya tak ada kelulusan universiti luar negara kata saya temberang dan sebagainya.Itu terpulanglah..kalau saya tak ada mana mungkin saya berani nak bubuh kelulusan itu dalam biodata saya.Universiti saya belajar bukan universiti yang kolot..itu antara universiti tertua di Amerika iaitu Preston University di Wyoming,Amerika Syarikat.Tak kan saya masuk universiti balik kosong, mustahi, lainlah kalau universiti negara-negara kita tak percaya kesahihhannya, ini semua ada rekod.Tak mungkin saya nak bohong, apa tujuan saya nak bohong.

Akan tetapi penjelasan ini sahaja sudah merupakan satu pembohongan baru!Jeff Ooi pemilik blog SCREENSHOTS (http://www.jeffooi.com/) telah membuat kajian berkenaan Preston University ini sebagaimana yang didakwa Azeez dan Jeff mendapati:
Preston University of Wyoming - which was established in 1994, and held its first graduation ceremony in 1997 - is ONE OF THE OLDEST UNIVERSITIES IN THE US?Bagaimana Universiti yang ditubuhkan pada tahun 1994 (baru 11 tahun) itu boleh dikatakan oleh Azeez sebagai ANTARA UNIVERSITI TERTUA DI AMERIKA SYARIKAT!

Apa pun penjelasan Azeez ini makin menimbulkan pelbagai lagi kecelaruan dan kesangsian terhadap kewibawaan dan status beliau sebagai seorang pemimpin yang sepatutnya memimpin golongan muda, genarasi pelapis dalam Umno. Kemungkinan Azeez bukan lah samseng jalanan (sebagaimana tajuk temuramah susulan beliau dalam agendadaily), kerana hanya seorang samseng profesional sahaja sebenarnya yang mampu melakukan semua yang diatas! Selamatkanlah anak-anak anda dari terjebak di dalam Putera Umno ini.

355 km Rekod Perjalanan Rosmah Ketika Altantuya Dibunuh - TVA

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat perjalanan 355 kilometer dalam tempoh tiga hari antara 19 hingga 21 Oktober 2006. Persoalannya, ke mana beliau pergi?Mengikut rekod dan kenyataan pemandunya yang hanya dikenali sebagai Fauzi, Rosmah meninggalkan kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) di Putrajaya jam 6.48 pagi pada 19 Oktober, menaiki kereta WLQ 11 untuk ke rumahnya di Taman Duta.
Meter perjalanan ketika itu menunjukkan angka 86,197 dan Rosmah pada hari sama, menghadiri satu majlis di bangunan Tabung Haji dan hanya pulang ke kediaman rasmi jam 11.20 malam.Keesokannya, Rosmah keluar rumah jam 6.32 pagi dengan menaiki kereta sama ke Taman Duta dan tidak pulang sehingga jam 1.01 pagi. Meter perjalanan menjadi 86,315.Pada hari ketiga, Rosmah mengulangi rutin sama. Keluar rumah jam 6.40 pagi untuk ke Taman Duta dan pulang ke Putrajaya jam 9.34 malam. Meter perjalanan mencecah 86,550.
Mengikut buku log yang didedahkan Malaysia Today, kediaman TPM dikunjungi dua pegawai tentera pada 19 dan 20 Oktober, masing-masing pada jam 10.01 malam dan 6.05 pagi tapi sebab kehadiran tidak disebut.
Bermakna, kedua-dua pegawai itu berada di kediaman TPM ketika Altantuya Shaariibuu dibunuh menggunakan C4 kerana laporan rasmi menyatakan wanita Mongolia itu mati antara jam 10.00 malam hingga 1.00 pagi.
Pada 10.01 malam sehingga jam 6.05 pagi, kedua-dua pegawai itu mengunjungi kediaman TPM lagi selama lapan jam antara jam 10.01 malam hingga 6.05 pagi, mengikut buku log.
Persoalannya, benarkah mereka benar-benar berada di premis itu? Jika ya, ia bukan masa sesuai untuk mengunjungi sesiapapun, apatah lagi seorang TPM.
Identiti kedua-dua pegawai tentera itu tidak pernah didedah sehingga kini, menambahkan misteri yang menyelubungi pembunuhan yang mendapat perhatian seluruh dunia.TVA

Media Arus Perdana Dilarang Lapor Rekod Rasuah Isa Samad Dalam UMNO - TVA

Pucuk pimpinan Umno-Barisan Nasional melarang media arus perdana melapor penggantungan Tan Sri Isa Samad dalam Umno kerana rasuah politik, bagi memastikan kemenangan beliau pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang Ahad depan.
Kumpulan Media Prima telah menyebarkan arahan itu kepada semua stesen televisyen yang dikuasainya, termasuk Tv3, TV8, Ntv7 dan akhbar New Straits Times serta Berita Harian.Arahan secara lisan itu turut diberikan kepada Utusan Malaysia dan akhbar-akhbar Cina serta RTM, menurut sumber-sumber media.Arahan itu dilihat sebagai penting untuk mempengaruhi pengundi supaya menolak rekod Isa sebagai pemimpin Umno yang terpalit dengan tuduhan rasuah. Isa akan ditentang calon PAS, Zulkefly Mohd Omar.
Dalam pemilihan Umno pada tahun 2004, Isa memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan undi terbanyak. Kemenangan itu bagaimanapun dibatalkan kemudiannya selepas Isa didapati terbabit dalam politik wang.Antara lain beliau disabit sebagai menyogok perwakilan dengan mengadakan jamuan, disamping merasuah mereka untuk membeli undi.Berikutan itu, Isa digantung keahlian selama enam tahun, atau dua penggal, tetapi hukuman itu dikurangkan kepada tiga tahun selepas beliau membuat rayuan. Tempoh penggantungannya tamat tahun lepas.
Tokoh-tokoh veteran Umno sebelum ini menasihati Perdana Menteri Najib Razak supaya tidak meletakkan Isa sebagai calon kerana ia menjejaskan kredibiliti Umno dan menempelak usaha untuk mengubah imej parti itu sebagai sarat dengan amalan politik wang dan rasuah di peringkat tertinggi.Namun Najib membelakangkan nasihat oleh tokoh-tokoh seperti Mahathir Mohamad dan Razaleigh Hamzah kerana dikatakan ingin membalas jasa Isa dalam membantu menjaga kepentingan Najib pada masa lalu.
Najib turut mengharapkan bahawa populariti Isa di Bagan Pinang akan membolehkan Umno mencatat kemenangan pertamanya dalam pilihanraya kecil, setelah Umno-BN tewas pada kesemua tujuh pilihanraya kecil di Semenanjung sejak pilihanraya umum Mac tahun lalu.TVA

Imbasan Khas Bagan Pinang: Betulkah Umno memperjuangkan DEB?

Apabila lima negeri BN kalah pemimpin Umno sudah gelabah macam gila talak. Kalau Wilayah Persekutuan ada Dewan Undangan Negeri bermakna BN terpaksa angkat tikar bantal sebanyak enam negeri. Kita melihat bagaimana telatah pemimpin Umno dan beberapa artikel dalam akhbar penyambung fitnah telah mengatakan bahawa kekalahan Umno-BN bermakna meruntuhkan ketuanan Melayu. Agenda untuk mengangkat taraf hidup orang melayu akan berkubur kerana Umno sudah tewas. DEB akan hancur.
Saya tertanya-tanya bilakah Umno berjuang untuk membasmikan kemiskinan. Yang saya tahu tahu Umno menjadikan miskin dan kejahilan rakyat sebagai senjata untuk terus berkuasa.Pemimpin Umno fikir mereka ada media yang diketuai oleh anak Maidin dapat menipu rakyat. Anggapan ini silap. Sekarang bukan pengundi 70-an yang boleh diulit dengan dakyah pembohongan. Banyak penulis membayangkan bahawa blog dan internet telah berjaya memberi padangan kedua kepada pengundi di negara ini. Rakyat sudah meloya dengan laporan televisyen yang terlampau mengampu, akhirnya senjata makan tuan. Barisan pembangkang telah berjaya menanamkan keyakinan kepada rakyat tentang pembohongan media.
Apa yang paling menarik sekali selepas pilihan raya maka pemimpin Umno yang menggunakan taktik lama dengan isu perkauman untuk menarik undi di kalangan orang Melayu. Malah ada seorang tokoh veteran Umno Melaka, Tan Sri Aziz Tapa mengatakan bahawa siapa yang tidak memangkah Umno tidak ada semanagat kebangsaan. Inilah otak pemimpin Melayu saluran 1, biarlah kita serah kepada Allah SWT yang menentukan segalanya.
Pemimpin Umno-BN telah menjadikan strategi untuk menjadikan miskin sebagai satu cek kosong yang akan diguna pada bila-bila masa terutama setiap kali pilihan raya. Di Kawasan Jerlun terdapat dua penempatan kampung nelayan iaitu Kuala Jerlun dan Kuala Sanglang yang diduduki hampir 100 tahun tanah yang tidak bergeran. Mereka ini adalah pengundi setia Umno yang tidak berubah walaupun tsunami melanda. Sedangkan kawasan ini diwakili oleh tiga orang exco kerajaan negeri Kedah. Orang miskin inilah yang menjadi stok simpanan untuk Umno kalahkan pembangkang dalam setiap kali pilihan raya.
Begitu juga yang berlaku di Terengganu, kenapa Umno memerintah Terengganu yang hasil royalti minyak mencecah sampai RM7 bilion. Tetapi masih gagal mengatasi masalah kemiskinan di Terengganu. Sedangkan sewaktu PAS memerintah daripada tahun 1999 hingga 2004 berjaya menurun kadar kemiskinan daripada nombor dua kepada tangga keempat walaupun royalti minyak dirampas oleh kerajaan Pusat. Selepas Umno menang 2004 kadar kemiskinan di Terengganu telah meningkat nombor dua selepas Sabah. Sehingga ada rakyat Terengganu meminta sedekah di depan tokong Cina untuk minta sedekah seperti yang dilaporkan dalam akhbar Metro. Kelantan yang diperintah oleh PAS berada di tangga keenam.
Bukankah Umno sendiri yang membunuh DEB ketika melaksanakan Wilayah pembangunan Iskandar. Kenyataan pemimpin Umno dan Tan Sri Musa Hitam mengatakan bahawa ketepikan DEB dalam membangunkan WPI. Kenapa tidak ada siri demonstrasi membantah kenyataan pemimpin Umno.Sebenarnya pemimpin Umno bersifat hipokrit sahaja dalam apa sahaja dasar yang mereka perkenalkan. Mereka bukan ikhlas tetapi hendak menipu dan umpan politik sahaja. Dasar dan amalan yang mereka perkenalkan kepada rakyat hanyalah lipstik untuk melindung agenda perut dan tembolok masing-masing.
Sama juga dasar penerapan nilai Islam yang diperkenalkan pada tahun 1981 dahulu hanya untuk sekat kebagkitan Islam supaya orang tidak sokong PAS. Begitu juga dengan Islam Hadhari hanya hendak tipu golongan agama supaya bersekongkol dengan kezaliman Umno-BN. Demikian juga dasar DEB yang diperkenalkan bukannya mereka ikhlas untuk menjayakan. Kalau betul mereka ikhlas sudah tentu ia sudah berjaya. Sejak dilaksanakan pada tahun 1971 dan tamat 1990 untuk mencapai ekuiti bumiputera 30% malangnya apabila tamat pada tahun 1990 ia hanya mencapai 18%. Lebih malang lagi ekuiti Bumiputera menurun lagi kepada 15% pada tahun 2000.Siapa yang memerintah negara selama ini. Mandat yang besar diperolehi setiap kali pilihan raya, pemimpin Umno-BN telah khianat. Setelah rakyat ajar dalam pilihan raya ke-12 baru rasa bengkak kepala dan terjaga daripada tidur. Kenapa sekarang baru hendak lihat Melayu Pulau Pinang perlu dibela? Siapa yang jadi broker tanah di sebelah Balik Pulau bertukar tangan kepada orang lain?
Saya tidak harian kalau Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang yang menyebut bahawa beliau hendak ketepikan DEB dan akan membantu semua kaum yang patut dibela. Kalau Lim Guan Eng bersetuju dengan DEB maka lebih baik dia bertanding atas tiket BN dalam pilihan raya yang lalu. Tetapi menjadi kehairanan apabila pemimpin Umno yang berselindung di sebalik DEB merampas hak Melayu dan orang susah melalui projek yang diberikan kepada mereka. Bukankah banyak kontrak diberikan selama ini kepada mereka yang mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno dan kemudian mereka mengalibabakan kepada orang lain. Ini sudah menjadi rahsia umum.
Sebelum pemimpin Umno merapu dan melalut maka terlebih dahulu tolong jawab perkara-perkara berikut yang sepatutnya diselesaikan oleh pemimpin Umno yang kononnya memperjuangkan Dasar Ekonomi Baru.
1. Kenapa setelah 50 tahun Umno berkuasa gagal membasmi kemiskinan di kalangan orang Melayu, sedangkan Perdana Menteri dan menteri Kabinet majoriti adalah orang Umno. Begitu juga dengan Menteri Besarnya adalah orang Umno.
2. Sejak Rancangan Malaysia Pertama sampai kesembilan kerajaan telah membelanja wang rakyat sebanyak RM1.2 trilion tetapi orang Melayu masih miskin. Ke manakah projek DEB untuk membasmi kemiskinan.
3. Kenapa kadar kemiskinan di kalangan bumiputera Melayu masih tinggi berbanding dengan bangsa lain. Menurut Dato' Zainal Osman bekas Timbalan Menteri Luar Bandar Dan Wilayah pada 7/12/07 ialah kadar kemiskinan Bumiputera 8.3%, India 2.9% dan China 0.6%. Kenapa masih tinggi lagi orang Melayu miskin. Siapa yang memerintah selama ini PAS atau Umno, DAP atau Umno, PKR atau Umno?
4. Bukankan wang PPRT sebanyak RM32 juta yang sepatutnya diberi kepada mereka yang miskin telah disonglap dan diberi kepada seorang Dato' yang bukan Melayu untuk tanam bunga orkid dan pelihara ikan. Orang miskin gigit jari dan gigit lidi. Pemimpin Umno yang diamanahkan wang PPRT bebas ke sana kemari. Macam mana orang Melayu hendak boleh berdikari kalau pemimpin sendiri pun jadi pencuri, maka orang Melayu miskin kurus macam ular lidi.
5.Apakah ini dasar DEB yang beri komisyen RM530 juta kepada seorang Melayu, Razak Baginda untuk beli kapal selam Scorpene. Cuba bayangkan kalau wang sebanyak ini dibuat rumah kepada rakayat yang tidak bertanah yang berharga RM30,000. Maka seramai 17,666 buah rumah dapat diberi secara percuma. Sekurang-kurangnya orang di Pekan Pahang tidak ada lagi yang duduk dalam pondok buruk yang tidak layak berada di kawasan Timbalan Perdana Menteri.
6. Apakah dasar DEB yang membolehkan satu ketika dahulu Khairy Jamaludin yang mampu beli saham ECM Libra yang bernila RM9.2 juta. Daripada mana beliau dapat wang sebanyak itu. Apakah bapa dia salah seorang hartawan. Kita tidak pernah dengar bapanya seorang yang tersenarai sebagai orang yang kaya sebaris dengan Ananda Krishnan, Syed Mokhtar Bukhari. Kalau beliau bekerja selama 10 tahun dengan gaji sebulan RM10,000 sebulan, Khairy baru dapat simpan wang sebanyak RM1.2 juta. Itupun beliau simpan tak makan dan tidak minum, hanya makan rumput dan batu sahaja. Kesemua ini adalah lambang penyelewengan dalam DEB
7. Kemana pergi tanah rizab Melayu yang ditinggal oleh penjajah seluas 3 juta hektar. Sekarang separuh tanah telah bertukar hak milik hasil pengkhinatan amanah oleh pemimpin Umno. Tahun 1985 sahaja tanah rizab Melayu hanya tinggal 1.7 juta hektar. Sekarang berapa lagi tinggal?
8. Siapakah yang menghalau orang Melayu di Kampung Berembang, adakah ini kerja DAP. Sedangkan mereka yang berada di Kampung Berembang adalah penyokong tegar Umno. Mungkin doa orang yang kena zalim tidak ada hijab maka Khir Toyo merundum daripada takhta.
9.Adakah Patrick Lim yang menjadi penggerak DEB di Terengganu sehingga Terengganu sekarang berjaya meningkat taraf hidup orang Melayu yang tidak ada lagi yang miskin. Adakah ini manusia yang Umno bercakap hendak memperjuangkan orang Melayu dan marah kepada mereka yang hendak mengkritik DEB.
10. Siapakah yang merampas tanah yang diberi oleh kerajaan PAS di Terengganu sebanyak 65156 lot kepada rakyat tanpa mengira kaum. Kebanyakan adalah orang Melayu. Bukankah dengan cara pemberian tanah salah satu daripada usaha kerajaan PAS Terengganu untuk membasmi kemiskinan yang bertepatan dengan DEB, tetapi dikhianati oleh pemimpin Umno yang kononya memperjuangkan DEB. Sekarang musibah sedang menimpa kepada Dato' Seri Idris Jusuh. Makbul doa orang yang dizalimi
11. Kalau benar Umno mendakwa mereka tunggk DEB kenapa Umno tidak bela oranag Melayu di negeri Pulau Pinang suatu ketika dahulu. Kenapa asyik berulang alik ke Kelantan untuk merampas negeri yang dikuasai oleh PAS. Apa dosa pemimpin PAS yang sebangsa dengan pemimpin Umno yang telah berjaya meletakkan Kelantan sebagai negeri contoh kejayaan orang melayu di Negara ini.Sebenarnya apa yang berlaku Umno mengkhinat DEB dan hanya menjadi senjata untuk menarik kembali sokongan apabila sudah kalah. Manakala PAS pula perjuangannya yang konsisten telah melaksanakan apa yang di kehendaki dalam DEB. - lanh

Kesamsengan UMNO di Bagan Pinang!