Pilihanraya Kecil Permatang Pasir akan bermula dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos 2009 . Begitu singkat notis yang dikeluarkan oleh SPR . Tidak mengapa , cepat atau lambat , PRK tetap akan berlaku . Suasana panas politik mutakhir ini mungkin menyemarakkan suasana PRK Permatang Pasir . Kerusi yang digeruni oleh UMNO / BN kerana semua mengetahui Permatang Pasir berada di dalam Parlimen Permatang Pauh . Permatang Pasir adalah kubu PAS. Permatang Pauh kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan . Sudah pastinya sedikit sebanyak menjatuhkan moral untuk UMNO / BN untuk menang . PRK Penanti baru-baru ini UMNO terlalu takut dan bacul sehinggakan tidak berani untuk meletakkan calon . Pelbagai alasan Najib Razak termasuk pimpinan UMNO dicipta bagi memberitahu bahawa UMNO tidak perlu menyertai PRK tersebut . Kali ini UMNO /BN bakal menghadapi kekalahan buat sekian kalinya lagi.
PRK Manek Urai tetap UMNO / BN kalah kepada 'Tok Peraih Ikan' dari PAS . Walaupun majoritinya sangat sedikit , tetapi yang pasti UMNO "kalah" ! Paling malu Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di Manek Urai . Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyidin Yasin . Kali pertama ditugaskan sebagai Pengarah Pilihanraya hingga sanggup merasuah para pengundi di Manek Urai akhirnya UMNO / BN tetap kecundang !
Muhyidin yang sudah malu dengan kekalahan UMNO , tertekan dengan kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat mengeluarkan serangan kepada anwar secara peribadi dengan menyatakan "Anwar Pengkhianat". Anwar dilabel sebagai pengkhianat kepada orang Melayu !
Benarkan Anwar seorang 'pengkhianat' ? Pengkhianat kepada Melayu atau pengkhianat kepada UMNO ? Kalau Anwar pengkhianat kepada UMNO , semua orang sudah mengetahui . Anwar bukan lagi ahli UMNO . Maka adalah wajar Anwar mengkhianati UMNO supaya UMNO kecundang dalam pilihanraya akan datang . Pakatan Rakyat akan memimpin Malaysia tercinta ini .
Pengkhianatan apa yang Anwar lakukan terhadap orang Melayu ? Adakah kerana mempertahankan ketuanan rakyat , membentuk keadilan sosial , mendaulatkan istitusi Raja berperlembagaan , mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan , merakyatkan ekonomi , menentang akta zalim seperti ISA , mendesak pemansuhan PPSMI yang merugikan anak-anak bangsa , penentangan kepada rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN , menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dengan cadangan mengantikan Agenda Ekonomi Malaysia yang lebih progresif , adil dan efektif dan banyak lagi , sudah pasti yang akan diberikan keutamaan ialah orang Melayu , adakah ini semua dianggap sebagai pengkhianat ?
Bagaimana pula pengkhianatan pimpinan UMNO dan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu sehingga sanggup meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu serta menggunakan media menghina Raja-Raja Melayu , melacurkan bahasa Melayu melalui perlaksanaan PPSMI , menjual dan mengadaikan tanah rezab Melayu daripada 7 juta hektar yang digazetkan , kini tinggal 4 juta hektar , menjual BERNAS kepada syarikat daripada Hong Kong , penyelewengan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan sama ada di peringkat negara dan negeri terhadap orang-orang Melayu .
Bagaimana pula dengan tanah orang-orang Melayu berkeluasan 51,170 hektar yang diserahkan oleh Muhyidin sewaktu menjadi MB Johor kepada Kerajaan Singapura dengan bayaran RM350 juta ? Sehingga sekarang Muhyidin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut . Pengkhianatan yang cukup nyata oleh Muhyidin . Siapa yang sebenarnya pengkhianat ?
Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat ? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar , Muhyidin atau UMNO ?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka . Disiar secara langsung di seluruh media elektronik . Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu ? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya . Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka .