5 Mei 2009
Selasa, 5 Mei 2009
GHANI PATAIL BERNIAT JAHAT , LUCUT SEGERA AHMAD SAID DARIPADA MB TERENGGANU
5 Mei 2009
BEBASKAN SEGERA
AMK DESAK SPR BERSIHKAN DAFTAR PENGUNDI !
Justeru bagi mengulangi harapan daripada manifestasi Perhimpunan BERSIH tersebut serta bukti-bukti yang diperolehi dan dikesan oleh Sistem Menang Pilihanraya ( SISMEP ) Parti Keadilan Rakyat dan siasatan secara terperinci kesahihan wujudnya 'Pengundi hantu' atau 'Pengundi Ragu' oleh Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya ( Mafreal ) maka Biro Pilihanraya AMK mendesak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) MEMBERSIHKAN daftar pengundi agar SPR dilihat benar-benar menjadi badan yang bebas , telus , adil dan profesional . Malah sewaktu PRK DUN Bukit Selambau Biro Pilihanraya AMK telah menghantar memorandum dan senarai keseluruhan 3029 orang pengundi yang boleh dikenalpasti "hantu" atau "ragu" kepada pihak wakil Pengurus SPR di Pejabat Daerah Sungai Petani , Kedah Darul Aman .
Pelbagai usaha telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) membuat laporan Polis , menghantar memorandum , perhimpunan dan sebagainya tetapi SPR terus tidak melakukan sebarang tindakan reformasi dan transformasi secara bersungguh-sungguh dan keberanian membersihkan keseluruhan senarai pengundi agar imej , kredibiliti dan integriti SPR dapat dipulihkan dan dipercayai dan diyakini .
Biro Pilihanraya AMK menganggap SPR wajib menjadi badan yang bebas dan profesional tanpa diganggu gugat atau campurtangan oleh mana pihak khusus parti pemerintah . Walaupun SPR cuba menangkis dan bersikap profesional tetapi berdasarkan beberapa pendekatan , keputusan serta sikap yang dibuat SPR membuktikan SPR menjadi institusi yang berat sebelah dan berada di bawah telunjuk UMNO / BN .
SPR seharusnya membuat tindakan membersihkan diri , memperbaiki dan memulihkan kepercayaan serta integriti daripada semua dakwaan yang dilemparkan oleh semua pihak dan bukannya "memekakkan telinga dan membutakan mata" tanpa bertindak secara positif . Malah berdasarkan segala tuntutan , harapan dan kritikan yang di buat khususnya Pakatan Rakyat tidak lain tidak bukan ianya untuk kebaikan SPR bagi menjana dan memperkasakan SPR yang benar-benar bebas , adil dan profesional . Tidak ada usul , pandangan dan cadangan tersebut merosakkan SPR sebagai badan penting bagi merealitikan amalan demokrasi di Malaysia tetapi adalah kebaikan SPR .
Sekali lagi Biro Pilihanraya AMK atas prinsip demokrasi dan ke arah membaikpulih integriti SPR maka adalah amat relevan SPR mengambil tindakan positif MEMBERSIHKAN senarai Daftar Pengundi terutama dalam menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Penanti .
TAHNIAH ! SELAMAT BERTUGAS !
Berikut adalah amanat DSAI pada 27 April 2009 di Sidang Bulanan Pimpinan Pusat PKR :
"Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.
Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.
Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.
Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.
Lain-lain perubahan adalah:
Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fuziah Salleh
Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul
Pengarah Strategik - YB Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Mohammed Yussof, Sdr Paul Kadang, YB Raveentharan dan Sharifah Shahidah.
Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.
Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain."
SPR : BERSIHKAN SEGERA DAFTAR PENGUNDI ! HENDAK BUKTI APA LAGI ?????
LUBOK ANTU 4 April (SK) : Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya (Mafrel) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa pengundi yang telah mati tetapi hidup kembali di Dun N29 Batang Ai.
Kes pertama: Batu nesan Dayang Utat Binti Kamaruden (1898-1981) yang bertulis dengan huruf jawi antara pengundi yang tertua di sini. Beliau memegang nombor mykad 981231-13-0146 yang di lahirkan pada tahun 1898, 111 tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mei 1981. Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Ulu Sri Aman.
Yang menghairankan ialah nama Dayang Utat masih terdapat dalam senarai pengundi di Dun N29 Batang Ai dan nama beliau sekarang ialah ‘Dayang Bt Abg Kam’ didaftarkan pada 5 Februari 2008 dangan kedua-dua nama berkenaan tercatat dalam daftar pengundi mengunakan nombor mykad yang sama.
Kes kedua: Timah ak Ambal (1900-?) Menurut anak saudara Timah iaitu Tay Chow Ming menyatakan bahawa Timah yang memegang Mykat bernombor 001231-50-5984 dilahirkan pada tahun 1900 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina bersebelahan kubur suaminya yang terletak dibelakang Bazar Lubok Antu.
Tanah perkuburan yang ditandakan dengan cara tradisional Tajau (buyong) berserta gong untuk menandakan bubur orang Iban di dalam perkarangan tanah perkuburan orang Cina. Mendiang juga memegang nombor Mykad 001231-50-5984.
Kes ketiga: David Aling ak Usit(1942-2007) yang dilahirkan pada 1942 danmeninggal pada tahun 2007 namun hantu beliau masih dapat menggundi kerana nama beliau masih di dalam senarai pengundi di Batang Ai.
“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak langsung mengeluarkan data pengundi yang telah meninggal dunia tetapi sebaliknya mengemaskinikan nombor Mykad 10-digit dalam rekod data pengundi,” jelas koordinator sukarelawan Mafrel di Batang Ai Peter John Jaban.
Walaupun Mafrel telah mengumumkan pada pilihanraya umum tahun 2008 bahawa seorang pengundi yang berumur 108 tahun telah disahkan meninggal dunia namun pihak SPR masih tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyemak danmengeluarkan nama dalam rekod pendaftaran pengundi.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah menyalahgunakan perkhidmatan e-tadbir untuk menipu data sebagai pengundi hantu, ” jelas Peter lagi
“Peliknya JPN dan SPR menjadi terlalu cekap dalam mengemaskinikan nombor Mykat kepada yang telah meninggal dunia lama sebelum kad berkenaan diperkenalakan kepada orang awam,”jelas Peter.