klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 10 Mac 2011

Saifool bawa KY Jelly dan dubur yang ajaib


Perbicaraan Fitnah 2 semakinkan bercelaru , tidak masuk akal , lari skrip , melucukan dan membinggungkan ramai orang yang mengikuti perbicaraan yang paling banggang dalam sejarah negara .

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira yang terus naik pangkat ke Bukit Aman telah memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil beberapa bahan bukti antaranya ialah daripada rumah Saifool iaitu sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau.

NONEManakala sehelai lagi seluar dalam berwarna biru-hitam diambil dari rumah teman wanita Saiful, yang telah dicuci. Bagaimana seluar dalam saifool boleh berada di rumah teman wanitanya

Pereira juga memberitahu mahkamah bahawa beliau telah mengambil KY gel jenama Johnson and Johnson ketika Saiful berada di hospital.

Adalah amat menghairankan , bagaimana KY Jelly tersebut berada pada Saifool ? Bukankah beliau adalah mangsa yang telah di liwat ? Buat apa Saifool bawak bahan tersebut ? Bukankah sepatutnya orang yang meliwat memiliki dan menyimpan KY jelly tersebut bagi mempermudahkan agar aktiviti tersebut dapat dilakukan akan datang atau dengan orang lain ?

Atau Saifool adalah pembekal KY jelly berjenama Johnson & Johnson yang sentiasa dibawa ke mana-mana !

Tak tahu la pulak Saifool guna buat gel rambut ! Boleh buat gel rambut ke ? Entah saya pun tak pernah tengok KY Jelly ni.

Menurut doktor yang memeriksa Saifool memberitahu pada mahkamah bahawa Saifool mengaku pendarahan berlaku pada hari pertama dan kedua di liwat , bermakna berlaku koyakkan . Kalau tidak masakan berlaku pendarahan . Tetapi sebelum itu semua doktor mengesahkan tiada sebarang koyakkan pada lubang dubur Saifool . Tiada penetrasi , tiada koyakkan , tiada pendarahan , tiada nanah !

Lalu cuba kaitkan dengan bahan pelincir KY jelly , tiada penetrasi tetapi ada DNA . Kononnya Anwar klimaks sewaktu diliwat . Kenapa doktor tidak mampu mengesan sebarang koyakkan pada lubang dubur Saifool ? Ajaib betul lubang dubur Saifool !

awas !!!! buku janji jingga bakal diharamkan ????

Buku Jingga Boleh Buat Negara Bankrap Dalam Dua Tahun

KUALA LUMPUR, 9 Mac – Seorang penyokong kerajaan yakin buku jingga yang dikeluarkan oleh pembangkang boleh menyebabkan Malaysia bankrap dalam masa dua tahun sekiranya pakatan itu diberi peluang menerajui Putrajaya.

Datuk Abdul Rahman Dahalan (BN-Kota Belud) berkata, ini kerana buku itu lebih bersifat manifesto politik dan populis yang boleh membahayakan negara.

“Saya amat kecewa bila melihat dan membaca buku jingga ini kerana berdasarkan fakta-fakta ekonomi yang terdapat di dalamnya, Malaysia boleh bankrap dalam tempoh dua tahun sekiranya pakatan pembangkang diberi peluang menguasai Putrajaya,”katanya.

Berucap membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini, Abdul Rahman berkata, penghasilan buku jingga itu bukan berdasarkan kehendak rakyat kerana ia langsung tidak menggambarkan kehendak akar umbi.

Pakatan pembangkang memperkenalkan Agenda Pakatan atau dikenali sebagai Buku Jingga pada Konvensyen Pakatan kedua di Kepala Batas tahun lepas. Buku Jingga turut menggariskan agenda pada 100 hari pertama pentadbiran pakatan pembangkang sekiranya diberi peluang menerajui negara.

Antara yang dicadangkan ialah mereformasikan institusi penting negara seperti Suruhanjaya Pilihana Raya (SPR), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengembalikan kewibawaan kepada sistem pentadbiran kerajaan, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengarahkan Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih aset lebuh raya oleh kerajaaan dengan tujuan menghapuskan tol.

Pakatan pembangkang juga bercadang menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi pengurusan air yang diurus swasta kepada kerajaan selain menyediakan perkhidmatan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.

“Jika dilihat pada cadangan ini pastinya menggunakan banyak perbelanjaan misalnya untuk menyediakan perkhidmatan wi-fi percuma sahaja sekurang-kurangnya memerlukan RM1.2 bilion, jadi kalau dikaji cadangan dan perbelanjaan yang akan dibuat boleh menyebabkan negara bankrap pada tahun kedua pembangkang menerajui negara.

“Walaupun mereka mendakwa buku ini digubal oleh pakar-pakar ekonomi, itu tidak bermakna ia menggambarkan kehendak rakyat secara keseluruhan dan ini amat berbeza dengan program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya yang merujuk kepada program-program transformasi kerajaan seperti Model Baru Ekonomi (MEB) yang merangkumi Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Malah, katanya sebelum MEB dilaksanakan kerajaan telah mengambil kira segala pandangan rakyat melalui pelbagai pendekatan antaranya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon, bengkel serta hari terbuka.

Selain itu katanya, buku jingga juga hanya menonjolkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sahaja dan bukannya kepentingan pakatan pembangkang secara keseluruhan.

Jom Baca Artikel ini : Amaran Ahli Sains: Bukti DNA Boleh Dipalsukan Dan Diletakkan Di Lokasi Jenayah

Ditulis oleh Fiona Macrae

Ahli-ahli sains telah membuktikan wujud kebarangkalian pemalsuan bukti DNA, sekaligus berpotensi memusnahkan kredibiliti teknik utama forensik.

Dengan menggunakan peralatan yang boleh dijumpai di makmal-makmal di seluruh negara, mereka melenyapkan semua kesan DNA dari sampel darah dan menambah bahan genetik individu lain pada sampel tersebut.

Pemalsuan ini sangat berjaya sehingga mampu memperdaya ahli-ahli sains yang menjalankan ujian DNA cap jari di mahkamah-mahkamah di Amerika Syarikat.

Perkembangan ini menimbulkan kemungkinan sampel darah atau air liur diletakkan di lokasi di mana jenayah berlaku, sehingga mengakibatkan mereka yang tidak bersalah dihukum manakala mereka yang bersalah terlepas bebas.

Menurut Dan Frumkin, penyelidik yang menghasilkan DNA palsu menyatakan: 'Jika anda boleh memalsukan darah, air liur atau mana-mana tisu, anda boleh mencipta lokasi jenayah. Mana-mana pelajar jurusan biologi pun mampu melakukannya.

Dr. Frumkin - yang mendakwa bahawa syarikatnya telah berjaya mencipta kit untuk membezakan sampel DNA sebenar dengan yang palsu - menggunakan dua teknik untuk memalsukan bukti.

Pada peringkat awal, mereka akan akan mengasingkan sampel minit bahan genetik dari helaian rambut dan menggandakannya beberapa kali.

Kemudian mereka akan memasukkan DNA ini ke dalam sel darah yang telah diasingkan dari segala klu genetik pemilik asal.

Kini sel darah ini mengandungi cap jari genetik milik individu pertama, demikian menurut laporan Journal Forensic Science International: Genetics.

Secara teori, ianya boleh diletakkan di tempat kejadian jenayah. Rambut, gula getah, puntung rokok, cawan dan gelas boleh membekalkan sampel awal DNA.

Syarikat ini juga telah membangunkan satu teknik yang rumit, yang mana bergantung kepada pengetahuan mengenai cap jari DNA - satu 'kod bar' genetik daripada 20 set kedudukan-kedudukan pada satu rantaian DNA seseorang individu.

Ahli sains ini telah membina 'perpustakaan' yang mengandungi ratusan cebisan DNA yang merangkumi semua kod genetik yang muncul di tempat-tempat yang telah diperiksa oleh polis. Untuk membuat padanan satu-satu cap jari, mereka hanya perlu mencari dari 'perpustakaan' untuk gabungan yang betul dan dicampurkan di dalam tabung uji.

Para pengkaji percaya, lambat laun teknologi ini bakal digunakan oleh penjenayah.

Mereka memberi amaran: 'Bukti DNA adalah kunci kepada sabitan atau pembebasan suspek daripada pelbagai bentuk jenayah, waima dari rogol hinggalah bunuh. Namun begitu, kita telah terlepas perhatian akan kemungkinan yang menggusarkan bahawa bukti DNA boleh dipalsukan.

'DNA dengan profil genetik yang diinginkan dengan mudah disintesis (baca: dihasilkan melalui makmal) dengan hanya menggunakan teknik biologikal biasa dan yang baru dibangunkan, diintegrasi ke dalam tisu manusia atau dibubuh pada permukaan-permukaan objek, dan kemudiannya diletakkan di tempat kejadian jenayah.'

Namun pakar British berpendapat adalah suatu yang hampir mustahil bagi mana-mana penjenayah untuk melakukan sesuatu seperti itu. Dr. Gill Tully dari Perkhidmatan Sains Forensik Kerajaan menyatakan:

'Anda memerlukan satu makmal biologi molekul yang lengkap, peralatan yang bernilai ribuan pound dan seorang ahli sains biologi molekul yang cekap atau juruteknik makmal.'

'Dan majoriti daripada mereka yang terlibat dengan jenayah tidak akan mempunyai akses kepada bahan-bahan ini.'

Dr. John Manlove, seorang ahli sains forensik dan saksi pakar di dalam kes-kes mahkamah, berkata: 'Ya, ianya satu kemungkinan dari segi sains, tetapi ia adalah untuk seseorang yang benar-benar terdesak.

'DNA adalah sangat penting di dalam sesuatu kes, tetapi penyiasatan tidak harus berasaskan kepada bukti DNA semata-mata.'

--

Diterjemahkan oleh Dr. Afif Bahardin dan Najwan Halimi dari artikel berjudul "DNA evidence can be fabricated and planted at crime scenes, scientists warn" tulisan Fiona Macrae yang diterbitkan di laman The Daily Mail UK pada 19 Ogos 2009.

KANTOI !!!!! KATAK-KATAK KANTOI !!!!!!! JUAL HARGA DIRI ??????? MACAM....

Berapa harga sebenar pengkhianatan MP KEADILAN?

Saifuddin menunjukkan salinan dua cek bernilai RM1.4 juta milik Gobakrishnan untuk membayar hutang tanah

KUALA LUMPUR: Jika tiga bulan keluar parti menerima habuan RM1.4 juta, berapa pula nilai yang diperoleh seseorang Ahli Parlimen KEADILAN yang belot, dalam tempoh lebih panjang?

Mengajukan pertanyaan itu, Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail merujuk kepada perbuatan Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan yang keluar parti dan terbukti mampu menjelaskan hutan bernilai RM1.4 juta.

“Jika Ahli Parlimen Padang Serai mampu menjelaskan bayaran tanah berjumlah RM1.4 juta dalam masa tiga bulan, berapakah agaknya habuan yang beliau terima sebagai harga perkhianatan ini?

“Kalau, ‘nilai’ Ahli Parlimen Padang Serai dengan jumlah RM1.4 juta, berapa pula habuan yang diterima Ahli-ahli Parlimen Bayan Baru, Wangsa Maju, Bagan Serai, Kulim Bandar Baharu dan Nibong Tebal,” soalnya lagi pada pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Beliau turut mendedahkan bukti salinan dua cek bernilai RM700,000 dan RM 701,250 masing-masing bertarikh 12 Januari dan 15 Mac tahun ini, yang dipercayai sebagai bayaran pajakan tanah seluas 100 ekar di Lojing, Kelantan.

Katanya, Gobalakrisnan secara tiba-tiba menyelesaikan bayaran pajakan tanah antara syarikat miliknya, Embun Megah Sdn Bhd dengan Kumpulan Pertanian Kelantan Bhd yang berjumlah RM 1.4 juta.

“Dari mana sumbernya? Siapakah yang ‘bermurah hati’ menolong. Urus niaga apa yang dilakukannya yang memungkinkan wang sebanyak itu diperoleh?” katanya.

Beliau turut menggesa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya ‘bertanya khabar’ kepada Gobalakrishnan berikutan kemampuannya membuat bayaran RM1.4 juta dalam satu transaksi

Saifiuddin juga mengulangi pendirian betapa pengkhianatan pemimpin KEADILAN keluar parti termasuk Ahli-ahli Parlimen,didorong habuan lumayan yang tidak mungkin diperoleh jika kekal dalam parti.

“Dek dorongan inilah ramai yang tewas. Ralatnya, mereka mencipta alasan-alasan yang tidak masuk akal untuk menjustifikasikan tindakan mereka.

Selain Gobalabrishnan, Ahli Parlimen Bayan Baru, Mohamed Zahrain Hashim; Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng; Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Shamsuri keluar parti dengan pelbagai alasan.

Sebaliknya, pelbagai laporan menunjukkan tindakan mereka bersandarkan faktor kewangan termasuk membayar hutang masing-masing.

KERAJAAN UMNO/BN TERENGGANU TIDAK HARAMKAN JUDI !

Exco: Tiada pengharaman loteri di Terengganu

Terengganu tidak mempunyai premis perjudian bukan kerana larangan oleh pihak berkuasa tetapi tidak ada permohonan mengendalikan perniagaan itu, kata anggota exco Terengganu Toh Chin Yaw.

toh chin yaw"Sejak BN mengambil kuasa negeri itu pada 2004, hanya ada segelintir orang yang berkata mereka mahu mengendalikan premis berkenaan, tetapi ia hanya cakap-cakap. Tidak ada orang yang memohon secara rasmi,” kata Toh, menurut laporan akhbar Sin Chew Daily, semalam.

Judi dan juga undang-undang tegas berhubung penjualan alkohol dikuatkuasakan oleh majlis tempatan selepas PAS menguasai kerajaan negeri pada 1999. Semua premis perjudian diarahkan ditutup.

Ditanya, sama ada beliau bermaksud kerajaan negeri akan meluluskan permohonan seumpama itu, Toh berkata beliau tidak dapat menjawap soalan itu kerana sehingga kini tidak ada sebarang permohonan.

isk ! Saifool buat aper kat rumah mak we dia!

Fitnah II: Seluar dalam Saiful dirampas dari rumah teman wanitanya

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Fitnah II bersambung semula hari ini dan pendakwa memanggil saksi terakhir mereka, Pegawai penyiasat DSP Jude Pereira. Berikut lintas langsung kronologi perbicaraan dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

9.06 pagi: Mahkamah mula bersidang. Pegawai penyiasat, DSP Jude Pereira mengambil tempat di kandang saksi. Beliau sekarang adalah Ketua Bahagian Pendakwaan & Undang-undang Bukit Aman.

9.08 pagi: Jude mula bertugas dalam sebagai Ketua Bahagian Pendakwaan & Undang-undang Bukit Aman bermula 4 Januari 2011. Sebelumnya beliau merupakan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Brickfields bermula 1 Jun 2008.

9.10 pagi: Saiful keluar dari bilik saksi untuk dicam.

9.11 pagi: Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di galeri mahkamah.

9.12 pagi: Menurut Jude, beliau menghubungi Superintendan Ku Chin Wah, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur pada masa itu selepas mendapat tahu tentang laporan liwat itu. Ku Chin Wah meminta beliau menyiasatnya.

9.13 pagi: Jude memberitahu beliau berjumpa dengan Saiful Bukhari di Hospital Kuala Lumpur pada Jam 8.50 malam 28 Jun 2008 di Hospital Kuala lumpur.

9.16 pagi: Pada jam 9 malam menemui tiga orang doktor HKL-Dr Siew, Dr Razali, Dr Khairul-yang memeriksa pengadu.

9.19 pagi: Beliau bertemu doktor-doktor itu di Bilik Mawar, Hospital Kuala Lumpur.

9.20 pagi: Beliau turut ada bersama sepanjang pemeriksaan berlangsung. Pemeriksaan berlangsung dari jam 9.30 malam sehingga jam 11 malam.

9.21 pagi: Menurut Jude, yang memeriksa Saiful adalah Dr Mohd Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam. Dr Siew menerima dan membungkus spesimen yang diterima daripada kedua-dua doktor itu.

9.22 pagi: Spesimen darah pengadu turut diambil untuk laporan toksikologi.

9.28 pagi: Jude memberitahu menerima spesimen daripada doktor pada 12.30 pagi dan pulang ke pejabatnya di Brickfields pada jam 1 pagi 29 Jun 2008.

9.29 pagi: Menurut Jude, beliau turut merampas kemeja jenama Ralph Lauren biru muda daripada pengadu di hospital sebelumnya.

9.36 pagi: DSP Jude memeriksa pelincir jenama Johnson and Johnson yang dirampas daripada pengadu.

9.41 pagi: Jude memberitahu turut merampas seluar dalam biru hitam (blue black) kepunyaan Saiful dari rumah teman wanitanya. Ia diambil daripada mesin basuh di rumah teman wanita pengadu.

9.41 pagi: Kesemua eksibit yang diterima Jude sewaktu menyiasat kes disimpan di peti besi beliau di pejabatnya di Brickfields.

9.41 pagi: Beliau menanda eksibit yang diterima pada 1 Julai 2008.

9.47 pagi: Menurut Jude, pada 30 Jun 2008, beliau ke sebuah kondo yang dipercayai tempat kejadian di Damansara bersama sepasukan polis forensik.

9.49 pagi: Pasukan forensik jumpa sehelai bulu di unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara. Di unit 11-5-2 pula, pasukan forensik menemui sehelai duvet dan sehelai karpet.

9.52 pagi: Menurut Jude, beliau memasuki kondo tersebut dengan izin pemiliknya. Pemilik kondo, Hasanuddin Hamid keluar dari bilik saksi untuk dicam Jude.

9.54 pagi: Jude mengecam sehelai bulu yang diambil dari kondo dipercayai tempat kejadian.

10.10 pagi: Mahkamah berehat sebentar.

10.42 pagi : Mahkamah bersambung semula. DPP Yusof menyambung soal balas DSP Jude Pereira berkenaan 12 spesimen yang diterima daripada pihak hospital.

10.48 pagi: DSP jude memberitahu beliau menyerahkan spesimen ke Jabatan Kimia Petaling Jaya pada 30 Jun 2008. Ia diserah kepada Dr Seah Lay Hong di Jabatan Kimia.

UMNO/BN TERUS INAYA RAKYAT !!!!!!!!!!

BN Perak Aniaya Penduduk Kg Gunung Cheroh

IPOH 9 MAC : Adun Buntong, A Subramaniam mendakwa pimpinan Umno-Barisan Nasional Perak menyalahgunakan kuasa mereka demi kepentingan peribadi berhubung isu pemberian hak milik tanah kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.

"Saya jumpa mereka dan meneliti segala dokumen yang ada pada mereka, saya dapati besar kemungkinan ada unsur penyalahgunaan kuasa di mana semua penghuni telah tinggal di situ sejak 80 tahun.

"Jadi saya hairan banyak kali mereka membuat permohonan kepada pejabat daerah dan agensi kerajaan tetapi tiada sebarang langkah atau tindakan yang diambil tetapi tiba-tiba mereka terima surat peguam mengatakan tanah yang mereka duduki telah diberi hak milik kepada orang lain,"katanya kepada pemberita.

Sebelum ini, satu notis mengosongkan kawasan penempatan itu dikeluarkan berikutan pemberian hak milik tanah penempatan tersebut kepada sebuah syarikat pemaju di negeri itu baru-baru ini.

Menurut Subramaniam, tindakan kerajaan negeri memberikan kelulusan kepada pihak lain dan bukan kepada penduduk kawasan terbabit menimbulkan keraguan pihaknya memandangkan penempatan ini sudah didiami sehingga generasi ketiga.

Tambah Subramaniam, permohonan penduduk bagi mendapat milikan penempatan ini juga menemui jalan buntu apabila beberapa rayuan yang dibuat tidak diendahkan kerajaan negeri dan Pejabat Tanah negeri itu.

Dalam pada itu, salah seorang penduduk yang ditemui berkata, selain diarahkan supaya mengosongkan kawasan penempatan itu mereka juga dikatakan tidak akan menerima sebarang pampasan.

Sementara itu menurut wakil penduduk yang dikenali sebagai Mohan berkata, penduduk hanya mahukan hak di tempat kediaman yang mereka diami sejak sekian lama.

”Kita nak tempat. Ada penduduk tinggal di sana dan ada juga kuil, kita mahukan tempat,"katanya.

Berikutan kejadian tersebut satu laporan polis telah dibuat di IPD Ipoh kerana notis mahkamah bagi mengosongkan kawasan dihantar kepada penduduk, sedangkan mereka tiada tempat untuk berteduh.

22 TAHUN MEMERINTAH , RUPANYA TIADA KUASA.. BAPA PEMBOHONG NEGARA !

Benarkah Mahathir Hanya ikut Telunjuk Orang Lain?


KOMENTAR : Adakah keterlaluan jika dirumuskan Tun Mahathir Mohamad tidak mempunyai banyak kuasa selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri? Kesimpulan ini mungkin boleh dibuat berasaskan nilai “pengakuan” beliau sendiri dalam buku kisah hidupnya, “Doctor in the house”.

Atau, adakah Mahathir sekadar berbohong untuk menutup pekung di dada dan menghalalkan segala penyelewengan kuasa, pemborosan dan rasuah dan kronisme yang mewarnai pemerintahan beliau?

Bersandarkan buku “A doctor in the house” dan pengakuan Mahathir sendiri, mantan perdana menteri itu mahu awam percaya bahawa bukan keputusan beliau memecat Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas pada tahun 1988.

Malah beliau juga tidak bertanggungjawab ke atas penangkapan lebih seratus orang aktivis masyarakat dan ahli politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Operasi Lalang pada tahun 1987.

Dalam buku nukilannya sendiri, Mahathir meletakkan beban pemecatan Salleh Abas kepada mantan Sultan Johor Al-Marhum Sultan Mahmud Iskandar.

Almarhum yang mangkat tahun lalu, kononnya mendesak Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu untuk memecat Salleh.

Selain itu Mahathir, mengikut pengakuannya sendiri, terpaksa akur desakan Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar untuk melancarkan Ops Lalang.

Mungkin perlu ditambah kepada pendedahan Mahathir itu adalah tema yang sering dikitar oleh beliau, bahawa Anwar Ibrahim kononnya “menggadaikan” negara apabila berurusan dengan Tabung Kewangan Antarabangsa atau IMF.

Mahathir mahu rakyat mempercayai bahawa walaupun menjadi Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri atau dalam erti kata lain, orang paling berkuasa di Malaysia, beliau tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menegur Anwar mengenai tugas-tugasnya.

Mahathir juga mahu kita mempercayai bahawa beliau TIDAK sama sekali mengarahkan Petronas menggunakan hasil minyaknya untuk membeli kapal-kapal tangki bernilai lebih RM1bilion untuk menyelamatkan anaknya Mirzan ketika kemelesetan ekonomi 1997.

Begitu juga dengan keputusan Petronas untuk membiayai projek-projek seperti pembinaan Putrajaya, Lapangan Terbang KLIA dan sebagainya. Kesemua pelaburan berjumlah lebih RM100 bilion ringgit itu itu adalah berasaskan keputusan dibuat oleh pengurusan Petronas sendiri dan bukan atas kehendak Mahathir.

Jadi rakyat tidak boleh dipersalahkan jika merumuskan Mahathir adalah seorang Perdana Menteri yang mengaku dirinya sebagai tidak mempunyai kuasa dan hanya mentadbir di bawah telunjuk pihak lain.

Semalam, ketika melancarkan buku nukilannya itu, Mahathir berkata beliau mengambil masa lapan tahun menulisnya dan menunggu masa sesuai sebelum melancarkan buku itu.

Amat mendukacitakan Almarhum Sultan Mahmud sudah mangkat dan tidak dapat membela diri terhadap tuduhan Mahathir bersabit pemecatan Salleh Abas. Pemecatan beliau bersama lima hakim kanan yang lain masih menjadi detik hitam dalam sejarah perundangan negara.

Mahathir mengelak daripada memikul tanggungjawab mencalar dan menghakis kewibawaan sistem kehakiman negara tetapi sebaliknya menyalahkan seorang Sultan yang sudah mangkat.

Dalam kes Anwar, Mahathir mengelak untuk memberi keterangan di Mahkamah, tetapi ibarat seorang pengecut, beliau melontarkan fitnah dan tuduhan dan berlindung di bawah payung Umno yang melihat Anwar sebagai musuh politik utamanya.

Mungkin kini sudah sampai masanya pihak Istana menegur Mahathir kerana sifat celuparnya mengheret keluarga diraja Johor semata-mata untuk menghalalkan tindakannya memecat Salleh Abas demi menyelamatkan diri beliau dan Umno pada tahun 1988.

Dan, mungkin sampai masa Mahathir sedar bahawa lebih banyak beliau bercakap, lebih terserlah pembohongannya.

kes pisau lipat 20 sen selesai , BEBAS !

pagi 9 Mac 2011 , kami tiba awal sepertimana arahan Puan majestrit yang telah memerintahkan kami supaya hadir awal ke mahkamah jam 8.30 pagi . Apabila mahkamah bermula , rupa-rupanya Puan Majestrit telah pun ditukar kepada Tuan Majestrit yang baru .

Selepas dibaca segala pertuduhan kepada kami yang berada di kandang salah , peguam kami memohon supaya kes tersebut tidak perlu diteruskan kerana saksi dan pegawai penyiasai (IO) masih gagal hadir dan tepat masa sepertimana arahan Puan Masjestrit yang lalu yang telah mengarahkan anak-anak guam beliau serta saksi dan IO hadir awal .

Pendawaraya mengesahkan bahawa sepina telah dihantar kepada saksi dan IO 5 bulan yang lalu supaya hadir ke mahkamah . Tuan Majestrit nampak marah apabila kegagalan saksi dan IO walaupun ini merupakan kali ke 5 kehadiran kami termasuk sebutan kes .
Justify Full
Kegagalan saksi dan IO menyebabkan mahkamah tidak boleh membicarakan kes Seksyen 427 Akta Bahan Kakisan , Bahan Letupan dan Senjata Merbahaya sepertimana yang didakwa kepada kami berlima ekoran pihak polis menjumpai sebilan pisau lipat berharga 20 sen dalam salah seorang daripada kami .

Tuan Majestrit telah membuat keputusan yang kami (OKT ) dibebaskan dan membenarkan duit ikat jamin diambil semula serta memaklumkan sekiranya pihak pendakwaraya masih ingin meneruskan pendakwaan kami semua akan diminta hadir semula ke mahkamah .

Saya dan kawan2 mengucapkan terima kasih kepada semua teman2 yang terus memberikan sokongan termasuk Ketua Umum , Dato Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa perihatin kepada kami .