awas! bila terlalu banyak membuat persepsi ....
dan pelbagai andaian , menyusun telahan sendiri ...
mula menyusun fitnah , mereka cerita ...
ditambah rempah ratus kesyaitanan...
yang tiada diada-adakan... ditambah perencah penyedap cerita...
yang kecil diperbesarkan ...titik bengek jadi agenda...
adu domba ...
rupa manusia tapi hati binatang...
syaitan...
hadir membisikkan kedustaan...
di telinga teman-teman ...
menulis ayat-ayat palsu rekaan...
yang memecahkan...menghancurkan keyakinan..
lempar batu sembunyi tangan ...
ingat kawan !
" membujur lalu , melintang patah!"
Selasa, 26 Mei 2009
PROGRAM "KEMPEN SAFETY RIDING" BERSAMA YASIR SAID MERIAH !
26 Mei 2009
Program " Kempen Safety Riding " PRK N12 Penanti yang diadakan di perkarangan Markas Operasi Utama AMK Pusat berjaya dan sangat meriah dengan kehadiran anak-anak muda tempatan . Program yang dianjurkan oleh Chegubard.blogspot.com bersama AMK Pusat dan AMK Permatang Pauh . Turut sama hadir dalam program tersebut ialah Sdr. Fariz Musa ( Timbalan Ketua AMK Pusat ) , Sdr. Chegu Badrul Hisham Shahrin ( ahli MPT ) , YB Zuraidah ( Ketua Wanita PKR Pusat ) , YB Ustaz Firdaus Jaafar ( MP Jerai / Jawatankuasa DPP Pusat ) , YB Haji Taufiq Abd. Ghani ( ADUN Paroi / Ketua DPP Negeri Sembilan ) dan seluruh kepimpinan AMK Permatang Pauh .
Program hari ini diserikan dengan kehadiran Sdr. Yasir Said , Juara Cup Prix Asia bersama crew ARC ( Alternative Riding Club ) . Turut diserikan dengan persembahan 'poket bike' oleh anak-anak Sdr. Yasir serta demonstrasi pemanduan berhemah dan pengendalian motor yang betul oleh Sdr. Yasir .
Disamping itu para pengunjung juga diberikan perkhidmatan menukar minyak hitam secara percuma . Diberitahu sejumlah 170 buah motor telah berjaya mendapat perkhidmatan tersebut.
Pihak menganjur sangat marah dengan tindakan pihak polis yang cuba menghalang program tersebut dengan mengadakan road block di jalan-jalan menuju ke program tersebut . Termasuk juga pemantauan helikopter pihak polis yang berlegar di udara sekitar program tersebut memantau perjalanan program tersebut .
Namun begitu ianya tidak menghalang semangat ahli-ahli AMK untuk terus meneruskan program tersebut dengan jayanya . Kehadiran Yang Berbahagia Dr. Mansor Othman , calon N12 Parti Keadilan Rakyat yang turut menyampaikan ucapan menyerikan program tersebut .
* nanti gambar akan disiarkan - habis bateri la !
1 KONTROVERSI BARU : Syarikat dipertikai dapat kontrak air
May 25
Sebuah konsortium yang diketuai syarikat Jepun hari ini diberikan kontrak besar RM1.3 bilion bagi membina saluran paip air bawah tanah dari Pahang ke Selangor. Kontrak itu ditandatangani di Putrajaya antara kerajaan persekutuan dengan Shimizu Corp sebagai syarikat utama, Nishimatsu Construction Co dan dua syarikat tempatan UEM Builder dan IJM Corp.
Kontrak ini boleh menjadi kontroversi baru apabila Nishimatsu kini sedang disiasat berhubung dakwaan rasuah di Jepun dan beberapa tahun lalu dituduh cuai dalam satu projek pembinaan di Singapura.
Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Peter Chin Fah Kui bagaimanapun berkata imej negatif syarikat tersebut tidak menjadi masalah selagi ia mampu menyiapkan projeknya seperti ditenderkan.
Chin bercakap demikian dalam satu sidang akhba majlis tandatangan tersebut. Wakil keempat-empat syarikat tersebut tidak hadir.
Malaysiakini
PKR Minta Calon Bebas Menarik Balik Dakwaan
BUKIT MERTAJAM - Parti Keadilan Rakyat (PKR) meminta calon Bebas, Aminah Abdullah, menarik balik dakwaan parti itu menawarkan habuan supaya beliau menarik diri daripada bertanding pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti. Pengarah Pilihan Raya PKR bagi DUN Penanti, Saifuddin Nasution (foto), berkata pihaknya akan mengarahkan peguam menghantar notis tuntutan permohonan maaf kepada Aminah hari ini sebelum mengambil tindakan lanjut. "Kita akan meniliti bukti yang dikatakan itu sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya pada sidang media di Yayasan Aman di Penanti hari ini.
FM - kakak aminah cakap PKR tawarkan RM80 ribu supaya beliau tidak masuk bertanding sebagai calon bebas ... terasa betul hati kami .. kami mai kempen kat Penanti , parti x bayar 1sen pun... nampak sangat guna politik murahan ! Macam pelacur politik ! tunggu no... lawyer kami mai bawak surat saman !!!!!!
SPR Segera Nak Ambil Tindakan Sesiapa Perleceh Maruah Umno BN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar serius mahu menjalankan tugasnya di pilihan raya kecil N12 Penanti. Banyak amaran telah dikeluarkan supaya parti-parti yang bertanding mematuhi setiap peraturan dan garis panduan semasa berkempen dalalm PRK ini.
Sebelum ini parti-parti politik dalam PRK Penanti tidak dibenarkan mendirikan pondok panas dan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan juga dihadkan kepada 5,000 sahaja. Kedua-dua peraturan ini dipatuh dengan baik oleh semua pihak. Ini tentu sekali menyenangkan hati SPR dan juga menyenangkan tugasnya.
Hari ini pula SPR mengeluarkan satu lagi amaran akan mengambil tindakan terhadap parti dan calon yang memburukkan parti yang tidak bertanding dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.Parti yang tidak bertanding dalam PRK ini ialah Barisan Nasional yakni Umno jadi amaran SPR itu sudah tentu ditujukan bagi sesiapa yang mengkritik atau menghamun BN kempen pilihan raya.
Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar,berkata perbuatan menjatuhkan maruah parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya adalah tindakan yang tidak beretika dan boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Akta Keselamatan Pilihan Raya.Persoalan yang ingin diajukan kepada SPR bagaimana sekiranya parti yang tidak bertanding berlagak seperti ia parti yang bertanding.
Daripada maklumat yang diterima walaupun UMNO-BN tidak meletakkan calonnya di Penanti lagaknya bagai ia bertanding.Parti itu dikatakan sejak sehari dua ini sudah mula menganjurkan ceramah politik berhampiran Penanti. Umno juga telah siapkan banyak khemah untuk memuatkan ribuan orang tetapi malangnya jumlah yang hadir tidak lebih daripada 50 orang sahaja.
Di beberapa Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) ada pihak tertentu diberitakan menganjurkan makan angin ke Padang Besar dengan tujuan membawa lari pengundi daripada menjalankan hak dan tanggungjawab mereka.Sasaran pihak tertetu ini adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dan mereka ditawarkan makan angin percuma ke Padang Besar dan diberi duit belanja pula.
Sekiranya dakwaan ini benar adakah SPR sebagai badan yang "telus", "bebas" dan "profesional" akan mengambil tindakan ke atas Umno dan BN dan melarang mereka bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecil atau besar?
Beranikah SPR berbuat demikian atau SPR hanya menjadi pen-SURUH-anjaya kepada Umno dan BN dan me-PILIH-an-milih tindakan kepada pihak yang tidak sebulu dengan pen-SURUH-annya?Bagaimana SPR hendak mepertahankan maruah Umno-BN bila mereka sudah tidak ada lagi maruah yang ingin dipertahankan?Mungkin sebelum SPR senang-senang memberi amaran kepada mana-mana pihak elok-eloklah mencermin dirinya sendiri dahulu. -TVA
aktiviti amk 26 Mei 2009 di N12 Penanti
EDARAN RISALAH
BERSAMA CALON PARTI KEADILAN RAKYAT
DR. MANSOR OTHMAN
di Sekolah Kebangsaan Penanti
dan
Pekan Penanti
12.30 tgh - 2 petang
@@@@@@@@@@@@@@
BENGKEL
"SAFETY RIDING"
PRK N12 PENANTI
4.30 PETANG
Jalan Pasar Malam , Kg. Guar Perahu , Penanti
( hadapan Markas Operasi Utama AMK Pusat )
Bersama :
SDR. YASIR SAID
Juara Cub Prix Asia
Percuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertama
aktiviti : Demo 'wikang' dan 'williey' , demo dan taklimat safety riding dan pertandingan verkaitan safety riding.
anjuran bersama : Chegubard.blogspot , Skuad Pilihanraya AMK Pusat dan AMK Permatang Pauh
@@@@@@@@@
PENTAS ANAK MUDA
DAN
CABUTAN NOMBOR BERTUAH
DI MARKAS OPERASI UTAMA AMK PUSAT
Guar Perahu , Penanti
9 malam
Penceramah :
Tuan Haji Mohamad Sabu ( Naib Presiden PAS Pusat )
Sdr. Fariz Musa ( Timbalan Ketua AMK Pusat )
Sdr. Chegu Badrul Hisham Shahrin ( MPT )
YB Kasevan ( Ketua Penerangan AMK Pusat )
YB Yusmadi Mohd. Yusof ( Ketua AMK Pulau Pinang )
@@@@@@@@@@@
AMK DESAK BATALKAN SEGERA CADANGAN KENAIKAN 30% TAMBANG PENGANGKUTAN AWAM
Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) kesal dengan kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz , Menteri Di Jabatan Perdana Menteri berkaitan kenaikan tambang 30% bagi pengangkutan awam yang melibatkan teksi , bas ekspress , bas pengantara , bas sekolah dan bas perkhidmatan awam biasa .
Dalam suasana ekonomi negara dan rakyat sedang menguncup adalah tidak wajar bagi kerajaan terus mendera rakyat dengan kenaikan tambang pengangkutan awam ini . Isu kenaikan harga barang sudah cukup mencengkam rakyat tiba-tiba harus berdepan pula dengan kenaikan tambang pengangkutan awam pula .
Dalam situasi harga minyak yang masih rendah sekarang tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah tidak relevan dan keterlaluan . Semakan terakhir kenaikan harga tambang pengangkutan awam ialah pada tahun 2005 , justeru adalah terlalu awal dan ianya masih belum sampai 10 tahun lagi . Maka AMK yakin alasan tersebut tidak boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia yang kebanyakkan mereka yang menggunakan pengangkutan awam ini adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah , miskin dan dhaif .
Seharusnya pihak kerajaan mengambil langkah yang positif untuk kebaikan operator pengangkutan awam dan rakyat . Tindakan memberikan insentif kepada pengusaha atau operator pengangkutan awam ini adalah perlu seperti memberikan subsidi diesel , subsidi tol , mengurangkan pembayaran pemeriksaan kenderaan dan sebagainya yang mampu diberikan oleh kerajaan dalam menangani berlakunya kenaikan tambang .
Seharusnya pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan integriti , ialah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan keperihatinan kepada rakyat . Kerajaan semestinya mengambil langkah yang positif membasmi dan mencegah amalan rasuah yang berlaku. Amalan rasuah oleh segelintir anggota polis , Pengangkutan Jalanraya ( JPJ ) , LPKP dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain , sering diperkatakan oleh pihak pengusaha pengangkutan awam adalah antara sebab kerugian mereka .
AMK mencabar Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan lebih serius , bersih dan telus . Langkah menaikkan tambang kesemua pengangkutan awam akan memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat . Rakyat masih dibelenggu dengan isu kenaikan harga barang dan sudah pasti kenaikan 30% tambang pengangkutan awam oleh pihak kerajaan membebankan rakyat .
Justeru , AMK desak agar cadangan menaikkan tambang pengangkutan awam dibatalkan. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang positif menyelesaikan permasalahan tersebut dan bukannya menaikkan tambang ke semua pengangkutan awam.
Dalam situasi harga minyak yang masih rendah sekarang tindakan yang diambil oleh kerajaan adalah tidak relevan dan keterlaluan . Semakan terakhir kenaikan harga tambang pengangkutan awam ialah pada tahun 2005 , justeru adalah terlalu awal dan ianya masih belum sampai 10 tahun lagi . Maka AMK yakin alasan tersebut tidak boleh diterima oleh majoriti rakyat Malaysia yang kebanyakkan mereka yang menggunakan pengangkutan awam ini adalah terdiri daripada golongan berpendapatan rendah , miskin dan dhaif .
Seharusnya pihak kerajaan mengambil langkah yang positif untuk kebaikan operator pengangkutan awam dan rakyat . Tindakan memberikan insentif kepada pengusaha atau operator pengangkutan awam ini adalah perlu seperti memberikan subsidi diesel , subsidi tol , mengurangkan pembayaran pemeriksaan kenderaan dan sebagainya yang mampu diberikan oleh kerajaan dalam menangani berlakunya kenaikan tambang .
Seharusnya pihak kerajaan dalam usaha meningkatkan integriti , ialah dengan meningkatkan penguatkuasaan undang-undang dan keperihatinan kepada rakyat . Kerajaan semestinya mengambil langkah yang positif membasmi dan mencegah amalan rasuah yang berlaku. Amalan rasuah oleh segelintir anggota polis , Pengangkutan Jalanraya ( JPJ ) , LPKP dan agensi penguatkuasaan undang-undang lain , sering diperkatakan oleh pihak pengusaha pengangkutan awam adalah antara sebab kerugian mereka .
AMK mencabar Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan lebih serius , bersih dan telus . Langkah menaikkan tambang kesemua pengangkutan awam akan memberikan tekanan dan kesusahan kepada rakyat . Rakyat masih dibelenggu dengan isu kenaikan harga barang dan sudah pasti kenaikan 30% tambang pengangkutan awam oleh pihak kerajaan membebankan rakyat .
Justeru , AMK desak agar cadangan menaikkan tambang pengangkutan awam dibatalkan. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang positif menyelesaikan permasalahan tersebut dan bukannya menaikkan tambang ke semua pengangkutan awam.
FARIZ MUSA
Timbalan Ketua AMK
Penyokong 'rasa tertipu' mainan Umno
May 25, 09
Bekas ketua penerangan Umno Perlis mendakwa ramai ahli parti itu termasuk di kalangan Pemuda bersedia meninggalkan parti itu jika beliau berbuat demikian."Respons awal ialah mereka akan meneliti perkara itu dan sedia bersama saya.
"Mereka berkata kalau Datuk Hashim lompat, mereka akan lompat juga," kata Datuk Hashim Suboh hari ini.Beliau mendakwa, kebanyakan mereka juga "berasa tertipu" dengan permainan politik Perlis sekarang bawah barisan kepemimpinan baru sejak Mac tahun lalu.Beliau juga mendakwa, ketua penerangan Umno negeri yang baru Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad "tidak pandai menjalin hubungan dengan orang lain".
Katanya, keadaan ini boleh menjejaskan imej parti terutama ada kumpulan yang tidak senang dengan kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seru Md Isa Sabu."Umno Perlis menjadi kacau bilau kerana tindakan-tindakan bekas setiausaha agung Umno itu," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Radzi di sebuah akhbar hari ini yang menganggap laporan di internet bahawa ramai ahli Umno Perlis menyertai pembangkang adalah "gimik politik murahan demi meraih populariti peribadi sebagai membantah kepemimpin Umno negeri".Hashim berkata, perkara ini akan menjadi lebih besar jika ia tidak diselesaikan dengan segera.Orang kanan bekas menteri besar Datuk Seri Shahidan Kassim itu juga kecewa dengan dakwaan Radzi bahawa laporan media bahawa ramai ahli Umno Perlis telah dan akan menyertai pembangkang "didalangi oleh individu tertentu yang mensabotaj parti ketika kempen pilihanraya umum tahun lalu".
Hashim menambah, untuk membuktikan dakwaan tersebut benar atau tidak, ahli parlimen Kangar perlu bertemu dengan mereka yang berpaling tadah."Tanya mereka sendiri mengapakah mereka keluar Umno. Jawabannya, kerana (mereka) meluat dengan Radzi," katanya.
Malaysiakini sejak minggu lalu melaporkan keluh kesah ahli-ahli Umno terhadap parti itu, termasuk ingin menyertai pembangkang beramai-ramai, antaranya akibat dipecat daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung.
malaysiakini
Langgan:
Catatan (Atom)