klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 20 Jun 2009

datuk bandar kuala terengganu akan saman saya

saya telah menerima talifon pagi tadi daripada cikgu fauzi MAMPAT yang memberikan maklumat bahawa datuk bandar kuala terengganu dijangka akan saman saya kerana kenyataan media saya yang menuduh beliau terlibat dalam pengeluaran CF Stadium Sultan Zainal Abidin . Alasannya ialah bangunan kerajaan tidak memerlukan CF , bermakna stadium tersebut siap dibina tanpa perlu kepada Sijil Layak Menduduki ( CF ) . Menarik dan pelik ! setiap rumah dan bangunan persedirian perlu kepada CF , tetapi bangunan kerajaan tidak perlu ? hanya memerlukan Sijil Siap Kerja ( SSK ) daripada JKR ! sedangkan JKR bagitahu yang bumbung stadium tidak ada SSK !

Kenapa setiap bangunan kerajaan tidak perlu ada CF ? menarik ! saya bersedia di saman oleh datuk bandar kuala terengganu . kalau betul beliau tidak keluarkan CF , kenapa bangunan kerajaan tidak perlu CF dan cukup sekadar SSK daripada JKR . kepada amalan biasa bahawa pengeluaran CF adalah di bawah tanggungjawab Kerajaan Tempatan . sama-sama kita kaji dan selidiki .

Kalau betul bangunan kerajaan tidak perlu ada CF , ini peranan yang perlu kita perjuangkan demi kepentingan rakyat . keselamatan rakyat perlu diutamakan . isu bangunan kerajaan tidak perlu CF adalah menarik ! bagaimana pula dengan bangunan tanpa SSK dibenarkan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu menggunakannya untuk rakyat umum ? bagaimana JKR benarkan stadium tersebut digunakan tanpa JKR keluarkan SSK ? menarik !

Mentaliti SPRM Sama Standard Dengan Lembu

KUALA LUMPUR [2.18 pm] - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pula sibuk menyiasat derma korban lembu, kos penyenggaran kereta dan segala lain yang remeh, asalkan ada nama pembangkang yang terlibat. Dalam keadaan sedemikian, tidak menghairankan keselamatan negara tergadai. Ketika Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara sibuk berpolitik dan membuat kenyataan politik, negara kita dibanjiri dengan ratusan ribu pekerja seks dan rakyat negara lain yang diekplotasikan oleh mereka yang tidak berhati perut.
Ini yang harus menjadi tumpuan Hishamuddin dan Musa, bukannya bingkas mengeluarkan kenyataan retorik yang setiap kali lebih kurang berbunyi “Kita tidak akan bertolak ansur….”. Rakyat telah mual dengan retorik termasuk Slogan 1 Malaysia yang cuba dijaja oleh Perdana Menteri. Laporan yang mengesahkan Malaysia sebagai pusat khidmat seks dan pekerja asing untuk diekplotasi menzahirkan kebimbangan rakyat mengenai mengenai hala tuju negara tercinta ini.

strategic planning for success workshop for keadilan strategic team

tarikh : 19 -20 jun 2009
anjuran : biro latihan keadilan pusat dan friedrich nauman stiftung
tempat : bayview hotel , langkawi

Tahniah kepada semua peserta dan kepada YB Fauziah Salleh serta team biro latihan kerana kursus yang sangat hebat ini .

para peserta bergambar kenangan bersama Mr. Manfred Rither ( FNF German ) dan Dr. Pimrapaat ( FNF Malaysia )

Kenyataan Undi BN Dan PAS Keduanya Boleh Bawa Umat Islam Masuk Syurga


Kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (foto), bahawa sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun PAS kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara ini masuk syurga.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.
"Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat)," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, Kuala Krai Kelantan semalam.
Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.
Muhyiddin berkata, PAS tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan. Beliau berkata, justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.
"Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan," katanya. Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

FM - HAHAHAHAHA ! Fatwa baru daripada imam al-muhyiddini al-yasini al-johori !

Nizar fail rayuan, pohon didengar 11 hakim

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Dalam permohonannya juga, Nizar turut menyertakan permohonan kepada Ketua Hakim Negara supaya kes itu didengar di hadapan 11 hakim.
Mahkamah menetapkan permohonannya itu didengar di Mahkamah Persekutuan pada 9 dan 10 Julai depan.Nizar tiba di mahkamah di Putrajaya pada jam 3.05 petang dan diikuti oleh peguamnya, Leong Cheok Keng 10 minit kemudiannya.Beliau memfailkan rayuannya walaupun tidak memperolehi penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan.
Menurutnya, rayuan tersebut berdasarkan kepada alasan-alasan yang dinyatakan dalam penghakiman lisan oleh panel tiga hakim hampir sebulan lalu, pada 22 Mei. - malaysiakini

Saiful jawab Anwar: 'Di mahkamah Allah dibicarakan juga'

Jika ditakdirkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda menerimanya.
Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".
Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut. - malaysiakini

FM - Laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur ( HKL ) , menurut laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan .
Wahai Saifool , bukan Anwar je yang akan dibicarakan di Mahysar , tetapi Saiool pun sama ! Dah terbukti dari 2 hospital ( PUSRAWI dan HKL ) bahawa Saifool TIDAK DILIWAT !!!!! So... Lu pikir la sendiri !!!

MANEK URAI : LAMBAKAN PROJEK MEE SEGERA SEBAGAI KEMPEN UMNO BN


MAFREL Kelantan telah menjalankan pemantauan awal di kawasan Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Manik Urai pada 16 Jun 2009 bertempat di 8 buah Unit Peti Undi (UPU) Sungai Sok, Chuchoh Puteri, Lata Rex, Lakloh, Manjor, Manik Urai Luar, Manik Urai Dalam dan Sungai Perial.Hasil daripada pemantauan awal, jelas berlaku salah laku dan etika melanggar Pilihanraya.



Berberapa gambar di atas menunjukkan salah guna kuasa agensi kerajaan persekutuan bagi menjalankan projek sempena PRK Manik Urai, Kelantan.MAFREL juga cuba mengesan projek-projek segera dari agensi kerajaan negeri tetapi setakat ini masih belum ada tanda-tanda projek seumpama itu.
KESIMPULANIstilah Projek ’Mee Segera’ adalah istilah yang dipopularkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia sewaktu berkempen di Pilihanraya Kecil Bukit Gantang.
Ia adalah janji PM untuk tidak melaksanakan projek ’mee segera’ dalam mana-mana Pilihanraya yang disertai oleh Barisan Nasional.Daripada pemantauan awal yang dilakukan oleh Pemerhati MAFREL, jelas berlaku projek ’mee segera’ di dalam Pilihanraya Kecil DUN Manik Urai, Kuala Krai, Kelantan. Tempoh projek tersebut adalah bermula dari 4 April 2009 hingga 22 Jun 2010. Kepadatan aktiviti berdasarkan tarikh adalah amat padat sewaktu tempoh berberapa hari bermulanya tempoh Penamaan Calon iaitu 6 Julai 2009 hingga tempoh masa Hari Pengundian di PRK Manik Urai.
Berberapa agensi Kerajaan telah dikenal pasti terlibat secara langsung dalam projek ’mee segera’ ialah;-
* Jabatan Kerja Raya
* KESEDAR
* Jabatan Kebajikan Masyarakat
* Kementerian Pelajaran Malaysia
* Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Program dan aktiviti kempen awal banyak tertumpu berhampiran Pusat Pengundian. Sasaran program projek ’mee segera’ adalah banyak tertumpu kepada;-
* Pelajar sekolah rendah dan menengah – ibu bapa
* Penerima skim bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat – individu yang berpendapatan rendah dan ibu tunggal.
* Penduduk di kawasan pendalaman
Maka daripada bukti bergambar di atas, dapat disimpulkan bahawa telah berlaku projek ’mee segera’ di kawasan Pilihanraya Manik Urai dan dijangkakan lebih banyak lagi projek-projek ’mee segera’ yang akan dilaksanakan semasa Tempoh Kempen bermula, iaitu selepas 6 Julai 2009.
MAFREL memandang projek-projek ini sebagai satu amalan yang amat hina kerana ia mengganggap mentaliti masyarakat Malaysia boleh digula-gulakan dengan pembangunan yang tidak teracang dengan peruntukan yang dibuat secara luar biasa yang akhirnya merugikan rakyat juga.Sampai bila pemimpin-pemimpin politik ingin meneruskan budaya memperbodohkan rakyat dan meneruskan budaya rasuah politik seperti ini.
MAFREL akan terus dengan agenda menjadikan pilihanraya adil dan bebas dan tidak akan membisu melihat kesalahan demi kesalahan dilakukan walaupun sesetengah pihak sudah mengganggap nya sebagai perkara-perkara biasa-kesalahan biasa, semua pihak buat belaka!
MAFREL Kelantan