klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 1 Oktober 2009

HANYA 2000 ORANG SAHAJA ADA DALAM KEM

Menurut siasatan Pas, hanya ada 2,000 orang sahaja yang masih tinggal di kem tentera di Port Dickson untuk mengundi pos. Yang lainnya sudah berpindah ke kem lain di luar Port Dickson. Dalam keadaan pengundi dalam kem pun, SPR tidak dapat menjamin ketelusan undi, bagaimana yang di luar kem.
Undi Pos tak relevan lagi kerana kini tentera tidak bertugas luar di dalam hutan untuk memburu komunis seperti zaman 50 dan 60an dahulu. Kini, semuanya siap siaga dalam kem sahaja dan bila-bila masa boleh mengundi sekitar luar kem.
BERSIH hendaklah meneruskan perjuangan menghapuskan undi pos.

In the beginning he was DPM!

What was Anwar's biggest contribution to what we are today? I sat and ponder over this question the whole day today. I wanted to write about it and yet I cannot because there were so many thoughts that came and went inside me. All I could do today was about two half page - notes on times go by – Cakap cakap about AP and then I revisited the “Bentong car park” issue because one of our friends sent me something new about that car park. It is now 11.42pm and I have been thinking since 7.15am this morning….fifteen minutes ago it hit me! I believe that what Anwar did to me and to many of us can be conceptualised in two words:
‘POLITICL AWAKENING”
Before Anwar was dismissed by Mahatir I was a Bumiputra intent on pursuing my “rights” as a Bumiputra. The right to have a share in the perceived richness brought into the consciousness of the Malays as a result of the New Economic Policies. All that was in my mind was where the next ringgit was going to be found. Tenders, project proposals, pink slips, AP’s, IPO, licenses, Privatisation opportunities…life was a whirl of meetings and discussions in five star hotels and lunches in restaurants whose name you find hard to pronounce – Troika was one of those that I can still remember – in Jalan Raja Chulan. The evenings were again another whirl of coffee houses and meetings until the early mornings.
Then 2nd September 1998 he was dismissed as DPM. The next day he was expelled from UMNO. September 20th he was arrested and September 29th he was brought to court to be charged. Five cases for sodomy and five for corruption. My first conscious understanding that this was really happening was seeing him with a black eye. Common sense tells me that no policeman would dare lay a hand on someone who was the DPM just a few months ago….surely Anwar must have injured himself….but looking at him I could see that he was accepting of the fact that he was no longer DPM and I felt that he was coming to terms within himself as to where he would have to go from there. There was a grim acceptance in his face that the battle for his life and his future had begun.
When his trail started do you remember what Judge Augustine Paul said when a request was made by Anwar’s lawyers for observer status to be given to the Malaysian Bar Council, several rights group and the U.N. Rapporteur Param Cumaraswamy?
"This is a big insult to the court," Augustine said of the request. "It gives the impression that the court may not be dispensing justice."
In hindsight and knowing what we know now, I do not know how this Augustine Paul could have prostituted himself to do the biddings of Mahathir! He is the scum of the earth!
As the days unfold and I relive Anwar’s arrest in his house with Balaclava clad personals, his black eye, how he was being treated during the trial and how UMNO and Mahathir was trying to demonized him…my dislike for Mahathir became a dislike for UMNO. Slowly this crystallized into my questioning what was happening within UMNO. It was not enough that Mahathir have dismissed him as DPM - that he relentlessly pursued Anwar in such a manner made me, and I am sure most of us, start to question the sanity of that man who was then our Prime Minister.
So my friends if you ask me what was Anwar’s biggest contribution to our consciousness until now – it will be our political awakening of what is right and what is wrong with our government,with our Prime Minister and with UMNO.….and after much thought we know that Mahathir and UMNO is wrong for our nation! So do not question Anwar’s on his commitment to our cause – we are with him in HIS cause to bring decency and dignity back to how things are done in Malaysia. He showed us the way, he stands in front - but we are together now and we will persevere.

Bagan Pinang : Pakatan Rakyat Mungkin Akan Menang Sorak

Pilihan raya kecil ke sembilan akan diadakan pada 11 Oktober ini yang berlangsung semasa bulan Syawal di mana umat Islam berhari raya. Sememangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikatakan oleh banyak pihak sebagai sebahagian daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mesra tarikh dalam menentukan hari membuang undi; sama ada ianya hari bekerja, hari pelepasan mahupun musim hujan. Selain itu, SPR menggunakan hingga saat-saat terakhir tempoh yang diperuntukkan dalam mengumumkan hari penamaan calon dan pembuangan undi bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau serta Batang Ai tidak berapa lama dahulu semata-mata kerana mungkin member impak kepada Perhimpunan Agung Umno yang dijadualkan lebih awal.
Itulah yang apabila saya sering mengatakan akibat daripada melantik seorang pengerusi dari bekas Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri dan bukannya bekas hakim yang sudah tentu lebih peka kepada persekitaran dan mengetahui mengenai system perundangan.
Kesemua kawasan kemenangan Pakatan Rakyat dimenangan Pakatan Rakyat dan kawasan didominasi BN di Batang Ai dimenangi BN.
Bagaimana pula Bagan Pinang?
Kawasan yang terletak di bahawa Parlimen Teluk Kemang mengandungi 13,664 pemilih berdaftar iaitu 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos. Daftar yang digunakan berdasarkan kepada daftar pemilih yang telah dikemaskinikan sehingga 4 September lalu.Pada pilihan raya umum tahun lalu, Azman, 54, yang mewakili Barisan Nasional (BN) menang dengan undi 6,430 menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi. Bandingkan jumlah pengundi pos dengan kemenangan Azman. Bukankah undi pos yang menentukan kejayaan di Bagan Pinang nanti?
Borang 2
Borang 2 ialah borang yang diperkenalkan oleh SPR di dalam sistem undi pos yang dijalankan di Negara ini. Setiap anggota tentera yang diminta mencatatkan latar belakang mereka pada Borang 2 ini. Ini menjadikan satu-satu undi itu menjadi tidak rahsia kerana Borang 2 boleh memberikan maklumat mengenai pihak yang dipangkah oleh seseorang pengundi itu.Pada pilihan raya umum ke-10 di tahun 1999 lalu, setiap undi dikoyakkan dari sebuah buku yang mengandungi nombor rujukan pengundi. Kaedah tersebut dimansuhkan pada pilihan raya umum 2004.
Kelayakan pengundi pos
Seperti yang kita sedia maklum, anggota tentera mempunyai nombor rujukan berbeza. Bagi anggota tentera yang sudah bersara, mereka akan kembali diberikan noMyKad baru.Secara teorinya, nombor rujukan anggota tentera yang bermula dengan nombor 1068xxx hingga 1070xxx adalah rekrut pengambilan pada bulan November 1986 siri 115 yang berpusat di PLR Port Dickson.
Pengambilan ketika itu seramai lebih kurang 1970 orang. Jika dikira tamat tempoh perkhidmatan mereka selama 21 atau 22 tahun bermakna rata-rata mereka ini berpencen pada Nov 2007 dan Nov 2008. Namun sebahagian dari nama mereka, masihdigunakan sebagai pengundi pos secara haram setelah melebihi tempoh perkhidmatan bersara wajib. Senarai tersebut hanya merujuk kepada rekrut siri 115 dan belum termasuk rekrut dari perantis putera yang bermula dengan nombor 5337xx hingga 534xxx dimana tarikh bersara hampir sama.
Namun, banyak nombor-nombor tersebut masih wujud di dalam daftar pemilih SPR. Di Bagan Pinang, terdapat seramai 27 orang tersenarai daripada 362 orang sebagai pengundi pos secara haram. Jika 27 orang tersebut telah beristeri bermakna secara automatik isteri juga pengundi pos dan akan berganda menjadikan tambahan 27 orang lagi. Secara keseluruhannya menjadikan 54 orang pengundi pos haram di DUN Bagan Pinang. Kemenangan pilihan raya nanti sudah tentu berpihak kepada BN tanpa melakukan sebarang kempen.Anggota Tentera BersaraSekiranya membaca semula arkib berita mengenai pengundi pos ini, banyak kes mengenai bekas anggota tentera yang mempunyai MyKad mempunyai dua nombor pengenalan diri yang melayakkan mereka untuk mengundi dua kali.
Dalam satu kes pada Mac 2008 lalu, seorang bekas anggota bernama Nasarudin Sapiee, No. kad pengenalan 71011-06-5013 berasal dari Kampung Gantuk Hilir, Daerah mengundi 088/30/02 - Songsang. Saharuddin mengundi di pusat mengundi Sekolah Menegah Teknik, Temerloh.Dengan menggunakan kad pengenalan tentera, Nasarudin adalah pengundi pos bagi daerah mengundi 132/31/07/405 - Pusasda Kem si Rusa bagi kawasan Dun Bagan Pinang dan parlimen 132- Teluk Kemang, Negeri Sembilan.
Dengan berlakunya banyak kes yang mengurangkan populariti BN kali ini, ia mungkin akan menggugat keputusan berbanding dengan pilihan raya umum 2008. Namun, kemenangan masih di pihak BN disebabkan undi pos nanti.
Edarlah ribuan kronologi kes Teoh Beng Hock. Sebarlah foto sekumpulan Melayu yang memijak kepala lembu di depan Bangunan SUK Selangor. Dedahkan jumlah skandal PKFZ berjumlah RM12.5 billion.Di dalam politik, Pakatan Rakyat boleh cetak ribuan gambar istana Khir Toyo yang didakwa berjumlah RM24 juta. Ceritalah mengenai Altantuya dan Rosmah. Ketawakan Ong Tee Keat dan Chua Soi Lek. Ketawakan Samy Vellu dan Subramaniam.
Pakatan Rakyat perlu terima hakikat bahawa pengundi pos akan menjadi penentu; sehingga ada pengundi-pengundi pos mengakui ada pihak ketiga yang mengundi bagi pihaknya. Namun, parti komponen BN iaitu SPR masih tetap mahukan undi pos.
nukilan...acaiFM merepek

Ketua SPRM Buat Lawak Bodoh Lagi Nak Nafi Laporan Indek Persepsi Rasuah

Tiba-tiba saja Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan naik angin dengan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan olehTransparency International (TI) yang meletakkan Malaysia di tangga 47pada tahun 2008, merudum 4 anak tangga dari tangga 43 pada tahun 2007.
Beliau mendakwa laporan TI itu "tidak adil". Tambahnya CPI tidak mengambilkira faktor, antaranya jumlah penduduk negara-negara dalam indeks tersebut.Saya kurang faham mengapa Ahmad Said mengaitkan ketidak adilan laporan TI itu dengan jumlah penduduk sesebuah negara. Tapi saya membuat andaian mungkin maksudnya negara berpenduduk kecil mudah ditadbir dan oleh itu tahap rasuah/CPI mereka lebih baik berbanding negara yang jumlah penduduknya lebih besar. Mungkin Ahmad Said melihat Denmark(penduduk 5.5 juta), New Zealand (penduduk 4.3 juta), Sweden (penduduk9.3 juta) dan Singapura (penduduk 4.9 juta) meraih tempat 1 hingga 4 dalam indeks CPI kerana penduduk negara-negara itu tidak sampai 10juta.
Jika itulah andaian Ahmad Said, beliau telah membuat kenyataan yangsalah. Ini kerana ternyata jumlah penduduk bukannya faktor yang bolehdikaitkan dengan tahap rasuah sesbuah negara. Banyak negara yang penduduknya lebih ramai dari Malaysia (27.5 juta), tetapi berjaya berada di tempat yang lebih baik dalam indeks CPI berbanding negara ini.
Contohnya negara Jerman dengan penduduk 82.05 juta berada ditempat 14 dalam indeks CPI, United Kingdom (penduduk 61.6 juta) ditangga ke 16, Jepun (penduduk 127.6 juta) di tangga ke 18 dan Sepanyol(penduduk 45.93 juta) di tangga ke 28.
Sepatutnya Ahmad Said tidak wajar mencari alasan tidak munasabah bagimempertahankan tahap rasuah di negara ini yang jelas kian merudum.Jika Ahmad Said rajin membaca artikel yang ditulis dalam mediaalternatif, beliau akan faham betapa kecewanya rakyat dengan tindaktanduk SPRM yang kononnya cuba membanteras rasuah, tetapi cara pelaksanaannya kelihatan seperti acuh tak acuh sahaja.
Malah kekecewaan rakyat terhadap tahap rasuah di negara inilah antara faktoryang menyebebkan BN tewas banyak kerusi dalam PRU ke-12 dahulu. Jikabukti rasuah yang didedahkan oleh pihak PR, NGO dan badan-badanberkecuali yang membabitkan pemimpin-pemimpin BN, SPRM buat tidakpeduli sahaja, walaupun 100 treler digunakan untuk mengangkut bukti-bukti rasuah yang mereka lakukan. Tapi jika wujud kabar-kabar angin bahawa ada pemimpin-pemimpin PR melakukan rasuah, SPRM bertindak begitu proaktif, sehingga tanpa bukti yang kukuh dan belumpun siasatanr asmi dijalankan, kesimpulan dibuat terlebih dahulu oleh SPRM bahawa di situ ada elemen rasuah.
Kita berharap Ahmad Said dan pegawai-pegawai atasan SPRM melihatlaporan TI dari sudut positif. Anggaplah ia sebagai cabaran bagimeningkatkan kreadebiliti badan tersebut yang semakin dipersendakanrakyat kerana ketidak bolehannya menyelesaikan banyak isu rasuah. Adajenaka yang berkata Ahmad Said yang berdagu panjang itu sepatutnyamemiliki akal fikiran yang juga panjang. Sebagai seorang yang berakal panjang, beliau tidak sepatutnya melenting dengan laporan TI itu.
Beliau perlu berani membenteras rasuah selaras dengan kedudukan SPRM yang telah dinaik taraf kepada Suruhanjaya dan keanggotaannya yang semakin besar itu. Jangan nanti ketika SPRM diterajui oleh Ahmad Said yang berdagu panjang, kedudukan CPI Malaysia di tahun-tahun mendatang berada di tangga yang lebih panjang dan terkebelakang !!

DAP, PKR tetap kibar bendera, foto pemimpin - Malaysiakini

Dua parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat - DAP dan PKR - tetap akan meneruskan berkempen dengan mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka masing-masing sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang bermula 3 Oktober ini.
Kedua-dua parti tersebut juga mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) untuk menunjukkan peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.
Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke ketika dihubungi Malaysiakini berkata, arahan terbaru itu tidak masuk akal dan melampaui tugas SPR yang sebenarnya."Mungkin SPR fobia dengan pemimpin Pakatan Rakyat dan logo DAP dan PKR. Mereka melampaui tugas. Mereka sepatutnya mengendalikan proses penamaan calon, proses pengundiaan dan pengiraan undi.
"Soal kempen, serah kepada kepada parti-parti politik yang bertanding... Masa Tan Sri Abdul Rashid (Abdul Rahman) tidak ada peraturan macam ini," katanya.
Anthony yang juga ketua Pemuda DAP diminta mengulas berhubung arahan terbaru SPR yang melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen.Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar semalam dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

‘Tidak faham demokrasi'

Pilihanraya kecil DUN itu pada 11 Oktober ini bakal menyaksikan pertembungan sengit antara Tan Sri Isa Samad yang juga bekas naib presiden Umno dan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Mengulas lanjut, Anthony Loke yang juga ahli Parlimen Rasah tidak akan mengendahkan arahan terbaru SPR itu malah akan terus berkempen dengan meletakan bendera parti dan gambar pemimpin mereka.
"Memang kita sudah buat dan letakkan gambar pemimpin DAP dan PKR."Sebagai contoh, kalau gambar Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dibenarkan, mungkin gambar pada banner 1Malaysia yang menggunakan beratus-ratus (wajah) orang lain, patut ditanggalkan," katanya.
Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin menyifatkan arahan terbaru SPR itu akan menyebabkan berlakunya "defisit dalam sistem demokrasi di Malaysia".

'Bawa ke mahkamah'

"SPR tidak faham demokrasi dalam pilihan raya di Malaysia. Ia sepatutnya digalakkan kepada sesiapapun untuk terlibat, turut sama berkempen."Ini kerana, pilihan raya adalah satu-satunya ruang untuk memilih pemimpin dalam negara," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sehubungan itu, Shamsul Iskandar berkata pihaknya akan terus meletakkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN tersebut.Mengulas lanjut, beliau yang juga seorang peguam tidak akan teragak-agak untuk membuat semakan kehakiman sekiranya SPR arahan tersebut mempunyai alasan undang-undang.
"Arahan terbaru, sekiranya ada asas, kita akan ke mahkamah untuk membuat semakan kehakiman."Semakan kehakiman berlaku, sekiranya kita tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan. SPR kata kononnya ada alasan undang-undang, kita akan cabar, kalau mereka sungguh-sungguh laksanakan," katanya.Malaysiakini

Hong Kong’s Independent Commission Against Corruption (ICAC) Money Trafficking & Money Laundering Case Linked To Malaysian Top Politician

On August 14, 2008, Michael Chia, a confidante of the Malaysian Sabah Chief Minister, Musa Aman had been arrested at the Hong Kong International Airport for alleged money trafficking and laundering with Singapore currency worth MYR16 million before boarding a flight bound for Kuala Lumpur. The Hong Kong ICAC has been investigating the case since then.
Kindly be informed that the Youth Wings of the People’s Justice Party, a leading opposition party in Malaysia will lodge a report to the ICAC Headquarters at North Point, Hong Kong tomorrow (2nd October 2009) at 10am to request ICAC to hold further investigation. The report will be lodged by the Youth Chief of the Party, Mr. Shamsul Iskandar Mohd Akin.
A press conference will be held after that at the same place.A bundle of document showed the illegal activities i.e illegal logging activites that may contribute to the money laundering will also be submitted.
We strongly believe that more money is laundered in Hong Kong. Hence we view this matter with grave concerns as this involved the public interest especially the people of the state of Sabah.

USTAZ ZUL CALON PAS BAGAN PINANG

TELUK KEMANG – Calon PAS mewakili Pakatan Rakyat ialah Zukefli Mohamad Omar berasal dari Lenggeng Negeri Sembilan. Beliau Dilahirkan pada 19 Mei, 1964, mempunyai seorang isteri dan enam orang anak.
Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan yang tinggi, iaitu memiliki Sarja Sains (Masters in Science) dari Universiti Putra Malaysia serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari UiTM.
Manakala latarbelakang politik bermula daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan, kemudia sebagai Exco Pemuda PAS Pusat dan kini adalah Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan.

SPR SAHKAN TIADA PENDUNDI HANTU


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan tidak wujud 'pengundi hantu' pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana semakan yang berterusan telah dibuat terhadap daftar pengundi sedia ada.Sehubungan itu,

Pengarah SPR Negeri Sembilan, Abd. Latif Baba meminta orang ramai tidak mempertikaikan ketelusan suruhanjaya tersebut dalam mengendalikan pilihan raya itu.''SPR akan sentiasa melakukan pemantauan serius dan mahu memastikan proses pilihan raya berkenaan berjalan dengan baik dan sempurna," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, SPR juga akan menguruskan undi pos pada 7 Oktober ini membabitkan 4,604 pengundi yang telah berdaftar.

FM - BILA AMK CAKAP ADA PENGUNDI HANTU , SPR NAFI , TIDAK ADA ! WALAU PUN ADA BUKTI ! SEKARANG SIAP BOLEH SAHKAN TIADA PENGUNDI HANTU DI BAGAN PINANG ! MAKNANYA MEMANG SAHLAH ADA PENGUNDI HANTU DI SEMUA PRK . ATAU SPR SEDANG BEKERJASAMA DENGAN UMNO UNTUK MASUKKAN PENGUNDI HANTU ! SO CAKAPLAH TIADA PENGUNDI HANTU !

Samy Vellu berkata.. tentang Che Det


"Look at the history of Mahathir. Who was his first deputy... Musa Hitam. What happened to Musa? I know the story as I was in the cabinet," said Samy Vellu.

" After that (it) was Ghafar Baba. What happened to Ghafar Baba? A man who was a nationalist was thrown out of the cabinet just like that," he added.

"The third Anwar Ibrahim, there was a time when Mahathir said Anwar is the only man who can control the country... He praised him so much. But what happened to Anwar?

"Who really destroyed the deputies? He is a master in destroying his deputies. I don't destroy any deputies, they stayed there for such a long time," he stressed.


Sekarang orang harapannya sedang menerajui Malaysia. Najib dan Muhyiddin Yassin. Namun kedua-duanya telah benar2 menghampakan beliau semalam. Kedua2nya tidak peduli lagi kepada beliau...kesian... Najib dan Muhyiddin di bawah penguasaan Rosmah sekarang. Tiada apa lagi yang Che det boleh buat.

PATUTLA UMNO TUDUH PAS DIPERALAT DAP ....

Patutla galak sangat UMNO sekarang ni menuduh PAS dihambakan DAP. Rupanya, ada udang sebalik batu. Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, duit rakyat di Selangor mereka gunakan macam bapak mereka punya.
Adake patut belanja duit rakyat RM1.6 semata-mata untuk membawa keluarga pergi bercuti di Disneyland, California, USA. Pergi Disneyland atas nama urusan kerajaan tapi pihak Disneyland pun tak tahu diorang datang.Kalau ini bukan tindakan khianat kepada bangsa Melayu, saya tak tau la nak kata apa.
Duit RM 1.6 juta tu boleh membeli 40 rumah kos sederhana kepada 40 keluarga Melayu yang miskinBUKANKAH INI SATU PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA MELAYU dan UMAT MELAYU SEDUNIA? Jawab wahai ahli2 UMNO sekelian jawab. Pemimpin kamu pergi bercuti ke Disneyland dgn wang rakyat RM1.6 juta, kamu penyokong bawah ni dapat apa? Nak pegi bercuti kat Morib pun takda duit.
Wahai ahli UMNO sekelian, janganlah kamu jadi kerbau. Kerja teruk kat sawah sampai kena sebat last2 nasik yang kamu tolong tanam padinya, dimakan oleh kucing yang di atas rumah.
Lihatlah jasa SELCAT mendedahkan perangai UMNO menjadikan wang rakyat macam wang bapak diorang. Yang herannya, Hasan Ali pegi lawan SELCAT???

Umno siap sedia tangkis isu rasuah politik Isa

Umno bahagian Teluk Kemang bersedia untuk menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuk isu rasuah politik wang yang dikaitkan dengan calon BN di Bagan Pinang Tan Sri Isa Samad, dalam kempen pilihan raya kecil DUN tersebut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menutup penamaan pada 3 Oktober dan pengundian pada 11 Oktober depan.Seorang jurucakap Umno bahagian namanya disebut berkata, apa jua isu yang dibangkitkan oleh pambangkang, akan dijawab sepanjang tempoh kempen tersebut.
"Bagi saya, Tan Sri Isa dah jalani hukuman, kenapa nak hukum beliau dua, tiga kali. Apa juga isu di Bagan Pinang, sama juga seperti di Permatang Pauh, apa orang nak cakap, pengundi di sana tetap memilih (Datuk Seri) Anwar Ibrahim. "Sama juga di Bagan Pinang. Bukan kita tak kisah dengan isu. Kita akan jawab isu itu (rasuah politik)," kata jurucakap Umno itu ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.
Bagaimanapun, katanya, suasana di Bagan Pinang setakat ini masih tenang tetapi pihaknya akan bersiap sedia untuk berdepan"isu-isu panas" yang mungkin ditimbulkan pembangkang.Isa digantung selama tiga tahun sejak 24 Jun 2005 kerana rasuah politik ketika pemilihan Umno 2004.Isa memenangi jawatan naib presiden Umno bagi penggal 2004-2007 dengan memperoleh 1,507 undi, iaitu undi tertinggi mengatasi Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam (1,329 undi) dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika itu Tan Sri Muhyiddin Yassin (1,234 undi).Bagaimanapun kemenangannya itu kemudiannya dibatalkan selepas didapati bersalah terhadap tuduhan amalan politik wang dalam pemilihan tersebut.Pada mulanya, dia digantung selama enam tahun atau dua penggal tetapi dikurangkan selepas beliau membuat rayuan.
Ekoran itu, mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa Isa tidak seharusnya menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut.Isa yang juga bekas naib presiden Umno, yang mempertahankan kerusi tersebut, bakal ditentang oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor dari BN yang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang, menewaskan Ramli Ismail dari PAS yang mendapat 4,097 undi.
Mengulas lanjuut jurucakap Umno itu berkata beliau cukup optimis perjalanan kempen pilihan raya kecil itu akan berlangsung dengan baik."Isu-isu yang dibangkitkan akan ditangani dengan baik supaya pilihanraya kecil ini tidak dilihat kotor. Harap-harap begitulah," katanya. - MALAYSIAKINI

2 PEMIMPIN PEMUDA UMNO BAHAGIAN KEMAMAN DITANGKAP DADAH

Bernama turut melaporkan, polis telah menahan dua orang pemimpin Pemuda Umno bahagian setelah disyaki mengambil dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Tengah, Kijal, Terengganu malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri Supt Roslan Abdul Wahid berkata, kedua-duanya yang berumur 41 tahun itu, merupakan antara 74 orang yang diberkas dalam Ops Sepadu yang dijalankan oleh jabatan berkenaan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun dan Kemaman.
"Seorang daripada mereka ditahan di ruang tamu di rumah tersebut pada pukul 9 malam, manakala seorang lagi ditahan bersama abangnya dalam sebuah bilik di rumah yang sama. "Kita merampas satu tiub straw yang mengandungi dadah jenis heroin daripada seorang daripada mereka," katanya.
Beliau berkata pemeriksaan air kencing yang dijalankan mendapati ketiga-tiga mereka positif dadah.Seorang daripada mereka kemudian dilepaskan dengan jaminan polis setelah kenyataan diambil manakala seorang lagi bersama abangnya telah dibawa ke Mahkamah Majistret Kemaman sebelum dilepaskan dengan jaminan RM3,000 seorang.
Operasi itu dijalankan oleh 100 anggota dan pegawai dari cawangan narkotik di kawasan-kawasan panas di daerah Dungun dan Kemaman dalam usaha untuk membersihkan kawasan berkenaan daripada kegiatan pengedaran dan penagihan dadah.