klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 6 Julai 2009

Anwar Mahu Siasatan Isu Kampung Buah Pala Disegerakan - TVA

BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu laporan siasatan mengenai isu Kampung Buah Pala disiapkan segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil bagi menyelesaikan isu itu.Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman yang mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian isu kampung itu dapat menyiapkan laporan mengenai perkara itu dengan kadar segera.
"Kerajaan negeri tengah cari penyelesaian. Harap Mansor jangan ambil masa terlalu panjang, dalam dua atau tiga hari boleh serahkan laporan itu kepada Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini, hari ini.
Ditanya mengenai Lim yang masih belum menemui penduduk kampung itu, Anwar berkata adalah tidak adil untuk menuduh Ketua Menteri itu tidak memberi komitmen terhadap masalah penduduk kampung itu."Mungkin kalau boleh, beliau (Lim) jumpa (penduduk), tapi yang lebih penting daripada turun (jumpa penduduk) ialah jaminan ketua menteri untuk siasat perkara itu dan cari jalan penyelesaian," katanya.
Mengenai isu pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim, Anwar berkata ia akan dibincangkan oleh PKR negeri dan kerajaan negeri.Ditanya mengenai keutuhan Pakatan Rakyat berikutan beberapa isu yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang akhir-akhir ini, Anwar berkata isu yang berlaku itu tidak mengugat hubungan dalaman gagsan itu.

Husam: Manek Urai Gelombang Tumbangkan BN

Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu menjadikan kemenangan di Manek Urai sebagai satu arus yang membawa gelombang untuk menumbangkan BN yang menguasai kerajaan persekutuan. "Kita mahu hantar mesej bahawa rakyat sudah tidak mahu menerima BN. Dan BN Harus bersiap sedia keluar daripada Putrajaya.
"Dan Manek Urai adalah sebahagian daripada strategi untuk menaikkan gelombang kebangkitan rakyat itu," kata Husam.Beliau menegaskan demikian dalam satu majlis "Amanat Tok Guru untuk Anak Manek Urai" di sebuah hotel di ibunegara malam tadi.Majlis tersebut - anjuran Persatuan Anak Kelantan di perantauan (Perakan) dengan kerjasama urusetia penerangan Kerajaan Kelantan - dihadiri kira-kira 400 pengundi Manek Urai dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Terdapat 867 anak Kelantan daripada Manek Urai yang tinggal sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan turut mengingatkan agar rakyat negeri itu supaya pulang mengundi dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini.'Ujian Kepimpinan Nik Aziz'Katanya, ini kerana mengundi merupakan satu kewajipan untuk meneruskan pemerintahan Islam di negeri yang terkenal dengan jolokan 'Serambi Mekah"."Sebagaimana difardukan solat, begitulah kewajipan mengukuhkan kerajaan Islam Kelantan agar gagasan Islam tidak pupus dan lupus tidak kira dalam pilihanaraya kecil atau pilihanraya umum," katanya.
Turut hadir di majlis tesebut termasuk Bendahari PAS pusat, Mohd Hatta Ramli yang juga ahli Parlimen Kuala Krai; Pengerusi Perakan, Abdul Fatah Mahmood; Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim; dan calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi Abdullah.Husam yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat menyifatkan pilihanraya kecil ini juga sebagai satu ujian Allah untuk menguji kepimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Katanya, Umno cuba untuk memperlekehkan calon PAS, Mohd Fauzi Abdullah yang tidak dilihat mempunyai sijil kelulusan yang tinggi untuk berkhidmat kepada rakyat.
Sebaliknya kata Husam, pengundi di Manek Urai mementingkan calon yang mempunyai tingkah laku yang baik dan melihat perangai calon yang bertanding."Mereka mahu calon seperti (Allahyarham) Pak Su Wei (Ismail), iaitu orang yang boleh dilihat (dalam masyarakat), tak kunci pintu rumah dan mudah mesra dengan rakyat. Berkhidmat untuk rakyat tidak perlu sijil tapi komitmen," katanya.Jelas Isu Royalti MinyakMenurut Husam lagi, PAS Kelantan akan menjelaskan isu royalti minyak kepada pengundi sebagai satu isu yang akan menjadi strategi kempen di Manek Urai.Pihaknya akan menaikan poster besar berhubung isu tersebut, sebagai isyarat "harapan rakyat Kelantan terhadap tuntutan royalti" tersebut.
Mengulas mengenai lawatan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang mengunjungi Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS bulan lalu, Husam berkata: "Lee kata parti PAS kuat disebabkan anak-anak muda dan orang yang berpelajaran menyokong perjuangan PAS."Menurut Husam lagi, dasar keadilan untuk semua kaum, yang menjadi dasar parti, menyebabkan PAS diterima oleh semua kaum.Dengan keadilan tersebut, tambah Husam, Lee menganggap, Kelantan akan berbuat baik dengan negara berjiran dengan Malaysia dan negara serantau."Ini kerana dasar PAS adalah Islam yang diterima umum. Kalau Kelantan boleh diiktiraf oleh negara luar, kita maju setapak lagi," katanya sambil menyatakan keyakinan bahawa PAS akan mencapai kemenangan di Manek Urai.
Manakala Nik Aziz pula, ketika berucap di majlis itu, menggesa pengundi Manek Urai agar pulang mengundi pada 14 Julai ini - dengan apa cara sekalipun - untuk memberi kemenangan kepada PAS.Islam Sebagai Cara Hidup"Kena balik, tak boleh naik bas, naik motosikal. Tak boleh naik motosikal, jalan kaki," katanya berseloroh sambil disambut gelak ketawa para hadirin.
Nik Aziz yang juga pesuruhjaya PAS Kelantan menasihatkan Umno supaya menjadikan Islam sebagai cara hidup."Bumi yang kita duduk ini, Tuhan buat. Udara yang kita bernyawa (dengannya) yang ada sukatan tertentu, ada oksigen, Tuhan buat... Sayur-sayuran yang kita tanam, kita makan, pun Tuhan buat."Semua benda yang manusia berkehendak, Tuhan buat belaka, tiba-tiba kita tolak Islam. Islam bukan datang daripada PAS. Islam datang daripada Allah Taala," katanya.
Sementara itu Pengerusi Perakan, Abdul Fatah Mahmood berkata kemenangan PAS di Kelantan pada 1990 adalah kerana anak Kelantan di perantauan menelefon ibu bapa dan keluarganya di kampung supaya mengundi PAS.Beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan berharap agar pengundi Manek Urai di luar mengambil langkah yang sama dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai pada 14 Julai ini."MU (Manek Urai) adalah langkah awal untuk memenangi piliharaya umum yang ke-13 dan (seterusnya) Pakatan Rakyat dapat menerajui kerajaan persekutuan," katanya.
Manakala calon PAS di Manek Urai, Mohd Fauzi turut memeriahkan perrtemuan dengan berucap selama lima minit untuk memperkenal dirinya.Beliau juga meminta agar pengundi di luar Kelantan, dapat pulang ke kampung untuk memberi sokongan kepada parti PAS dan seterusnya mengekal kerusi tersebut.TVA

AMK LANCAR KEJAM !

Keputusan Mahkamah Rayuan untuk mengekalkan perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi secara jelas dan terang menggambarkan usaha berterusan Umno-BN untuk memastikan kemaraan rakyat di bawah Pakatan Rakyat terhalang.
Setelah pelbagai usaha jahat dan kotor untuk mengganggu gugat kestabilan Pakatan Rakyat menemui jalan buntu, maka klimaks kepada usaha ini terlihat melalui perbicaraan mahkamah ke atas konspirasi kedua yang dipalitkan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pembuktian bagaimana usaha terancang yang melibatkan Peguam Negara dan Ketua Polis Negara – ironinya keduanya adalah institusi besar di dalam perjalanan kes ini – sebermula konspirasi tahun 1998 dahulu, ditolak mentah oleh Mahkamah Rayuan.Justeru hari ini, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK), secara rasminya melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (KEJAM).

KEJAM tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat imperikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.Pembuktian demi pembuktian telahpun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telahpun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan.

KEJAM akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar, dan akan menyebarluas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekaligus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat yang semakin hari semakin menolak Umno-BN.

AMK yakin dan percaya bahawa usaha kotor ini akan menemui kegagalan di tangan rakyat, malah impaknya akan lebih memberi kesan kepada Umno-BN, selagi mana mereka terus dijangkiti sindrom penafian bahawa rakyat semakin muak dan jelak ke atas konspirasi jahat ini.Rakyat semakin celik dengan kebenaran, dan rakyat akan terus jelek untuk menelan ‘operasi pembodohan’ yang dijalankan Umno-BN secara berterusan.

penamaan calon PRK DUN Manek Urai

Proses penamaa calon PRK Dun Manek Urai berjalan dengan baik . Perarakan dan perhimpunan para penyokong Pakatan Rakyat di hari penamaan calon sepertimana biasa saya saksikan semangat dan komitmen yang sangat tinggi bagi memberikan sokongan moral kepada calon PAS , Mohd Fauzie Abdullah .
Segala tomohan dan fitnah BN terhadap PR yang kononnya retak menunggu belah rupanya berjaya dinafikan dengan perhimpunan hari ini . Saya dapat saksikan bagaimana komitmen para pemimpin dan penyokong PR , PAS , Keadilan dan DAP bersama mengiringi calon dan berhimpun dengan semangat muhibbah dan komitmen PR masih utuh . Saya sempat bertemu dengan teman-teman dari DAP Sabah yang turut hadir bersama dalam hari penamaan calon hari ini . Pakatan Rakyat tetap unik dan hebat .
SPR umumkan pada jam 11.30 pagi pertandingan 1 lawan 1 , PAS lwn BN. Diumumkan Sdr. Mohd. Fauzie Abdullah mewakili PAS dan Tuan Aziz Tuan Mat bagi mewakili BN .
Perang sudah bermula ! Saya diberi kesempatan menyampaikan ucapan dan saya tekankan bahawa kematangan dan kecerdikan rakyat Manek Urai akan mampu benamkan UMNgok dan BN . Saya juga selit juga dengan konspirasi jahat terhadap Anwar Ibrahim ( KEJAM ) sebagai bukti betapa tertekannya UMNgok terhadap beliau sedangkan pakar2 sahkan tiada berlaku liwat terhadap Saifool .
Saya nak berehat dulu . Petang ini Pelancaran Markas Operasi AMK oleh YB Datuk Husam Musa.

reforms must be liberal must promote a competitive and meritocratic society

By Dr Chen Man Hin, DAP Life Advisor
REFORMS BY PRIME MINISTER NAJIB RAZAK ARE NOT LIBERAL OR MODERN ENOUGH TO PROPEL MALAYSIA TO BE COMPETITIVE TO MEET THE CHALLENGES OF A GLOBAL WORLD
PM NAJIB RAZAK have introduced a series of reforms in an attempt to transform Malaysia to a high income country. He has slimmed down the NEP by reducing the 30% bumiputra equity quota to 12.5%. He has also curbed the powers of the Foreign Investment Committee and substituted it with a smaller committee.
To reassure the bumiputras, he has retained the 30% bumiputra equity target, but will use different modes to achieve the objective.
It is a pity that the PM has not understood why the 40 year old NEP has failed to help poor Malaysians, whether Malays, Chinese or Indians. The average poor Malay household only earn about RM3,000 per household or only RM500 per person (in a family of 5). Admittedly, the NEP enriched Umno cronies who became obscenely rich, while the Malays in rural areas are still mired in poverty.
PM NAJIB SHOULD LEARN FROM THE NEP EXPERIENCE
The 40 year old NEP slowed down economic growth since it was implemented in 1971. In 1957 at independence, Malaysia had the second highest per capita income (PCI) in Asia, after Japan. The World Bank has statistics that showed the per capita income slowed down since 1971, and has fallen behind S Korea, Taiwan, Hong Kong and Singapore. In 2008, Malaysia has a PCI of US$6,000, while S Korea has US$19,000, Taiwan US$17,000, Hong Kong US$30,000 and Singapore US$34,000.It was Malaysia’s natural resources that saved the day, otherwise our pci would be much lower in the company of banana republics.
THE CAUSES
1.The NEP drove away foreign investors, and last year our FDI was only RM46 billion, and estimated to fall by half this year. Thailand has more FDIs than Malaysia.
2. The bumiputra quota system. Bumiputras have been showered with quotas from the day they were born, they were pampered in every field of personal endeavour. The quota system has engendered a dependent psychology which has affected their performance in education, in jobs and in business. In other words, the country is moving at 50% capacity, and resulting in a low per capita income. If all citizens have put their shoulders to the wheel, the per capital income (nominal) should be near US$20,000 as in a developed country.
THE OLD FORMULA OF QUOTAS AND BUMIPUTRAISM HAS FAILED TO BRING PROSPERITY
PM NAJIB has himself admitted that the NEP quota system is outdated and not productive any more. However he did not advocate a new philsophy for the country. Instead, he did say that in the future, the 30% target is still the objective, and a new model is contemplated to achieve that. This is unbelievable. What he is proposing would be equivalent to reviving NEP, in which case, he is condemning Malaysia to another 40 years of economic stagnation and the plight of the poor will get worse.
TIME TO ADOPT A CULTURE OF MERITOCRACY AND COMPETITIVENESS
We live in new global age where race is neutral and where nations interact on the principle of competitiveness, accountability and transparency. We must have good governance, because in the new era the investment climate must be liberal, open, corruption free and judicial independence.
The ability of the indigenous people, whether Malays, Dayaks or Ibans are as good as their Malaysian brothers and sisters. Statistics show that 50% or more are professionals, engineers, doctors, accountants and corporation executives, many are doing well in service industries.
Education is the key to success for all. The next is discipline and hard work. These are the same qualities of successful people in other countries, especially developed countries in the States, Europe, Japan, or India.
China is the classic example of success. from a poor communist country, she has become the third richest country of the world because a former premier, Deng Xiao Peng promulated four modern liberalisation policies of a free market economy. The people put in a lot of hard work and discipline. China, it is predicted that she will overtake Japan in 2010, and become the world’s second richest country.
Malaysia can be a developed country also, if it modernises like China and is united like one people as Malaysians, no ketuanan melayu and no bumi and non bumiputras.
By Dr Chen Man Hin, DAP Life Advisor REFORMS BY PRIME MINISTER NAJIB RAZAK ARE NOT LIBERAL OR MODERN ENOUGH TO PROPEL MALAYSIA TO BE COMPETITIVE TO MEET THE CHALLENGES OF A GLOBAL WORLD PM NAJIB RAZAK have introduced a series of reforms in an attempt to transform Malaysia to a high income country. He has slimmed down the NEP by reducing the 30% bumiputra equity quota to 12.5%. He has also curbed the powers of the Foreign Investment Committee and substituted it with a smaller committee. To reassure the bumiputras, he has retained the 30% bumiputra equity target, but will use different modes to achieve the objective.
It is a pity that the PM has not understood why the 40 year old NEP has failed to help poor Malaysians, whether Malays, Chinese or Indians. The average poor Malay household only earn about RM3,000 per household or only RM500 per person (in a family of 5). Admittedly, the NEP enriched Umno cronies who became obscenely rich, while the Malays in rural areas are still mired in poverty. PM NAJIB SHOULD LEARN FROM THE NEP EXPERIENCE The 40 year old NEP slowed down economic growth since it was implemented in 1971. In 1957 at independence, Malaysia had the second highest per capita income (PCI) in Asia, after Japan. The World Bank has statistics that showed the per capita income slowed down since 1971, and has fallen behind S Korea, Taiwan, Hong Kong and Singapore. In 2008, Malaysia has a PCI of US$6,000, while S Korea has US$19,000, Taiwan US$17,000, Hong Kong US$30,000 and Singapore US$34,000. It was Malaysia’s natural resources that saved the day, otherwise our pci would be much lower in the company of banana republics. THE CAUSES 1.The NEP drove away foreign investors, and last year our FDI was only RM46 billion, and estimated to fall by half this year. Thailand has more FDIs than Malaysia. 2. The bumiputra quota system. Bumiputras have been showered with quotas from the day they were born, they were pampered in every field of personal endeavour.
The quota system has engendered a dependent psychology which has affected their performance in education, in jobs and in business. In other words, the country is moving at 50% capacity, and resulting in a low per capita income. If all citizens have put their shoulders to the wheel, the per capital income (nominal) should be near US$20,000 as in a developed country. THE OLD FORMULA OF QUOTAS AND BUMIPUTRAISM HAS FAILED TO BRING PROSPERITY PM NAJIB has himself admitted that the NEP quota system is outdated and not productive any more.
However he did not advocate a new philsophy for the country. Instead, he did say that in the future, the 30% target is still the objective, and a new model is contemplated to achieve that. This is unbelievable. What he is proposing would be equivalent to reviving NEP, in which case, he is condemning Malaysia to another 40 years of economic stagnation and the plight of the poor will get worse.
TIME TO ADOPT A CULTURE OF MERITOCRACY AND COMPETITIVENESS
We live in new global age where race is neutral and where nations interact on the principle of competitiveness, accountability and transparency. We must have good governance, because in the new era the investment climate must be liberal, open, corruption free and judicial independence. The ability of the indigenous people, whether Malays, Dayaks or Ibans are as good as their Malaysian brothers and sisters. Statistics show that 50% or more are professionals, engineers, doctors, accountants and corporation executives, many are doing well in service industries. Education is the key to success for all.
The next is discipline and hard work. These are the same qualities of successful people in other countries, especially developed countries in the States, Europe, Japan, or India. China is the classic example of success. from a poor communist country, she has become the third richest country of the world because a former premier, Deng Xiao Peng promulated four modern liberalisation policies of a free market economy. The people put in a lot of hard work and discipline. China, it is predicted that she will overtake Japan in 2010, and become the world’s second richest country. Malaysia can be a developed country also, if it modernises like China and is united like one people as Malaysians, no ketuanan melayu and no bumi and non bumiputras.
blog.limkitsiang.com

DADAH MUSUH NEGARA !

Menurut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008, jumlah penagih dalam negara kita adalah seramai 12,352 orang yang merangkumi penagih lama dan baru. Secara umumnya 75% penagih dadah adalah umat Melayu. Pada setiap hari kira-kira 17 orang penagih baru dikesan. Selain daripada itu pada masa ini terdapat 29 buah Pusat Serenti di seluruh negara yang menampung kira-kira 10,000 orang penagih dadah sebagai tempat rawatan dan pemulihan. Menurut sumber agensi itu lagi, hanya kira-kira antara 20-25% penagih dadah yang menghuni di Pusat Serenti berjaya dipulihkan. Manakala yang lainnya gagal untuk dipulihkan, di mana hidup terumbang ambing, lemah serta terjebak menghidap HIV dan AIDS.
FM - majoriti para penagih dadah ini ialah - 1. MELAYU 2. ANAK MUDA 3. LELAKI

ke manek urai dan KEJAM !

Dalam jam 2.00 pagi tadi saya mula bertolak ke Manek Urai , Kuala Krai , Kelantan. Kem Pilitik Perdana AMK berakhir jam 5.30 petang tadi dengan suksenya . program berakhir dengan Kenyataan Akhbar yang dibuat oleh Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin , Ketua AMK berkaitan mobilisasi Konspirasi Jahat Terhadap Anwar Ibrahim ( KEJAM ) bagi memastikan rakyat terutama para pendokong KEADILAN dan PR turun ke Mahkamah Tinggi Jalan Duta , 8 Julai 2009 jam 9 pagi dengan memakai baju HITAM sebagai tanda sokongan moral terhadap Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Saya sengaja bertolak agak lewat kerana terlalu penat serta memberi ruang pada pemandu saya mr. zul @ awe rehat secukupnya . saya pun sama terlalu penat dengan kem dan persiapan pejabat saya di Kota Damansara . kesempatan itu saya gunakan untuk tidur dan rehat . Terkejut jam 1.30 pagi tadi dan bersiap untuk ke Manek Urai . Harap sampai di Kuala Krai jam 7 pagi dan terus ke tempat penamaan calon .
Selepas penamaan calon , saya akan melawat Bilik Gerakan AMK dan mendengar taklimat gerakerja PRK oleh Sdr W/ Chairul , Ketua AMK Negeri Kelantan . Selepas itu saya akan balik semula ke Kuala Lumpur untuk mobilisasi KEJAM.

Raub -360 KM dari Kota Bahru

Fakta Pengundi PRK Manek Urai


Pengundi Muda adalah pengundi paling ramai di kawasan pilihanraya Manek Urai dengan mereka yang berumur diantara 21 hingga 39 tahun membentuk 45.5% dari jumlah keseluruhan 12, 293 orang pengundi.

12,293 Pengundi Berdaftar
5,598 pengundi (21-39 tahun)
45.54% dari jumlah pengundi

4,511 pengundi (40-59 tahun)
36.70% dari jumlah pengundi

1,937 pengundi (60-79 tahun)
15.75% dari jumlah pengundi

247 (atas 80 tahun)
2.01% dari jumlah pengundi

6,316 jumlah pengundi Lelaki
51.38% dari jumah pengundi

5,977 jumlah pengundi perempuan
48.62% dari jumlah pengundi

99.2% Pengundi Melayu

56 orang pengundi Cina

28 orang pengundi India

12 pengundi lain-lain.

25 orang Pengundi POS

buletinonline