klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 6 Julai 2009

Anwar Mahu Siasatan Isu Kampung Buah Pala Disegerakan - TVA

BUTTERWORTH: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu laporan siasatan mengenai isu Kampung Buah Pala disiapkan segera bagi membolehkan tindakan lanjut diambil bagi menyelesaikan isu itu.Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) berharap Timbalan Ketua Menteri I Mansor Othman yang mengetuai jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri bagi mencari jalan penyelesaian isu kampung itu dapat menyiapkan laporan mengenai perkara itu dengan kadar segera.
"Kerajaan negeri tengah cari penyelesaian. Harap Mansor jangan ambil masa terlalu panjang, dalam dua atau tiga hari boleh serahkan laporan itu kepada Exco dan Ketua Menteri (Lim Guan Eng)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak di sini, hari ini.
Ditanya mengenai Lim yang masih belum menemui penduduk kampung itu, Anwar berkata adalah tidak adil untuk menuduh Ketua Menteri itu tidak memberi komitmen terhadap masalah penduduk kampung itu."Mungkin kalau boleh, beliau (Lim) jumpa (penduduk), tapi yang lebih penting daripada turun (jumpa penduduk) ialah jaminan ketua menteri untuk siasat perkara itu dan cari jalan penyelesaian," katanya.
Mengenai isu pemecatan Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Johari Kassim, Anwar berkata ia akan dibincangkan oleh PKR negeri dan kerajaan negeri.Ditanya mengenai keutuhan Pakatan Rakyat berikutan beberapa isu yang berlaku di Kedah dan Pulau Pinang akhir-akhir ini, Anwar berkata isu yang berlaku itu tidak mengugat hubungan dalaman gagsan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan