klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 6 Julai 2009

DADAH MUSUH NEGARA !

Menurut statistik Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada tahun 2008, jumlah penagih dalam negara kita adalah seramai 12,352 orang yang merangkumi penagih lama dan baru. Secara umumnya 75% penagih dadah adalah umat Melayu. Pada setiap hari kira-kira 17 orang penagih baru dikesan. Selain daripada itu pada masa ini terdapat 29 buah Pusat Serenti di seluruh negara yang menampung kira-kira 10,000 orang penagih dadah sebagai tempat rawatan dan pemulihan. Menurut sumber agensi itu lagi, hanya kira-kira antara 20-25% penagih dadah yang menghuni di Pusat Serenti berjaya dipulihkan. Manakala yang lainnya gagal untuk dipulihkan, di mana hidup terumbang ambing, lemah serta terjebak menghidap HIV dan AIDS.
FM - majoriti para penagih dadah ini ialah - 1. MELAYU 2. ANAK MUDA 3. LELAKI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan